Tuesday, 10 November 2015

Coretan Simple (1)



Assalammualaikum sahabat dunia akhirat.







Apa khabar iman dan roh? Apa khabar fikiran dan jasmani?




Bila nak berbicara tentang hidup, terlalu luas. Setiap ceruk daerah, setiap inci itu pasti mempunyai ceritanya yang tersendiri.




Hidup itu rumit.




Keluarlah dari comfort zone,

Bina impian, agar tercetusnya perjuangan.

Set balik tujuan hidup

Hati kena kental.




Bukan sahaja cabaran hidup itu payah. Berlawan dengan masa. Bermain dengan emosi. Berperang dengan kerja. Berbolak balik melayan kerenah manusia dan sebagainya.




Hadapi dengan tenang. Allah kan ada.




Ubah balik cara hidup. Sesibuk mana pun kau dengan dunia, jangan dilupa pada akhirat. Biar berjuang untuk akhirat itu seiring dengan usaha kau berjuang nak hidup didunia.




Kerana akhirnya destinasi kita bukan disini.







Hiduplah dalam dunia yang rumit ini,




Sehingga kau rasa hidup didunia ini rupanya mudah.







Kerumitan dan Kesibukan dunia itu rupanya Mudah untuk kita lalui.




Mudah.




Tepuk dada, Tanya iman. Bagaimana nak jadikan hidup ini mudah?




Bukankah semua jawapan itu dalam AlQuran?




Bersambung.






YNWA.

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email