Tuesday, 1 September 2015

after practical

Assalammualaikum semua!


syukur kehadrat ilahi, kita semua masih bernafas dan jari jemari masih boleh menaip serta mata masih boleh melihat disamping hidung dapat bernafas siap boleh goyang goyang kaki. eh?



rasa macam banyak berhutang story part kehidupan. tapi lantaklah. ceqq sibuk kebabun kebabomm!

kekekekekkekekekekekeke


setelah aku menghabiskan practical training di jais shah alam, sempatlah menganggur dalam masa 3 - 4 minggu, tapi tak la menganggur mana. kena jaga budak + kucing + budak + kucing kat rumah. lagi lagi masa raya. kau rasa anak tunggal perempuan tak banyakkkkkkkk kerjaaaa??

then, sempatlah menghabiskan duit di langkawi dan perlis supaya aku rasa menyesal dan ada semangat nak kerja bila duit dah takde. huahua

lama dah rasanya hidup ni tak mintak duit. lepas habis spm je, kerja part time jaga barang barang dapur, perkakas elektrik, kedai badminton dan sebagainya nak tanggung diri belanja dan sebagainya. masuk dip kat pilah then sambung deg di uitm shah alam pun tanggung diri sendiri. tak cukup duit biasiswa sebab nak tampung minyak kereta dan rumah sewa serta jika kereta meragam, kita buat kerja part time masa cuti sem. jaga kedai kasut, kedai baju, stesen minyak.


then aku sedar, betapa cepatnya masa berlalu.


sekarang dah habis study.

kini tengah bekerja.


nak sangat memberontak kerja jauh sebab dah penat buat kerja kat rumah, dah jemu hadap jem klang shah alam dan KL, last last aku merantau duduk kat PD ni. menjadi tenga pengajar. hadap kampung. takde la PD mana. area pasir panjang nak ke teluk kemang. naik kereta tekan minyak sambil langgar lampu merah. seminit lebih sampailah dari rumah sewa ke tempat kolej yang aku kerja.










hidup jauh dari family ni satu je,



kau akan hargai family tu lebih.
rindu lagi menggunung.









student kolej ni berlainan sikit dengan student universiti. tapi apapun, aku insyaallah moga diberi kekuatan sebarkan ilmu sebarkan bahagia. cewwwahhhhhh

berat tugas pendidik. bukan sahaja sebar ilmu duniawi. kena bijak selit ukhrawi. at least, bila Allah tanya, ada la juga kita nak jawab. manusia hina dina macam aku moga Allah beri keampunan.










banyak lagi nak story. tapi dah nak kena buat soalan final exam. dua subjek yang aku ajar kat sini, cuma aku je yang mengajarnya. tiada lecturer lain. ting tong jugak nak buat soalan. lagi senang nak jawab soalan.



oh ye. konvo uitm 83 ditunda mei tahun depan!
yeayyyyy!

sempat lah nak cari tunang untuk diri aku kannnn. boleh realisasikan angan yang pernah aku mimpikan. haha!

abang, adik... cepatlah kahwin!


tapi, siapa yang nak aku?
ok. takpe,  forever alone is better.










haha!







kadang bila dah terbiasa hidup berdikari, kau akan rasa teringin sesekali nak bergantung pada seseorang.
but thanks. Allah always here. :) never feel empty.


moga hati tabah.






moga hati emak ayah adik abang tabah bila aku merantau kahkah! jangan rindu sangat.







sori ayat tunggang langgang. insyaAllah next time masa lapang lapang, aku update dengan bahasa puitis. sekarang aku update dengan bahasa suka hati la nak taip apa.



:P


moga ketemu lagi!


gambar skema dihari akhir praktikal.



skandal di alam mimpi. sempat la jumpa masa lewat malam lepas habis praktikal.




selamat tinggal! :)
 







pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email