Thursday, 29 January 2015

random 29 januari

Assalammualaikum


buat insan diluar sana
mungkin ada yang gembira
mungkin ada yang berduka


moga kita semua sentiasa dibawah perlindunganNYA








moga kita semua tetap tabah menjalani kehidupan
diberi kekuatan olehNYA


masalah merupakan satu ujian
moga kita mampu melalui ujian didunia ini agar semakin dekat kepadaNYA


buat sahabat yang hadir dan pergi dari hidup ini
aku doakan kalian moga sejahtera dalam menempuh ujian
hanya doa mampu ku sematkan
sebagai hadiah yang paling mudah
moga Allah lindungi kalian.






buat sahabat yang berlalu pergi
moga perjalananmu akan bertemu dengan insan yang lebih baik
lebih baik berbanding diriku
kerana diriku banyak celanya
maafkan aku andai pernah menjadi sahabat yang menyusahkan
seorang sahabat yang mungkin kau anggap sebagai musuh
walau sesaat








aku minta maaf.






aku tidak akan lagi menunggu
pergilah kau mencari 1000 lagi teman
yang bisa membimbingmu kesyurga


biarlah aku berdiri disini
menjalani hidup yang Allah sudah aturkan


aku sudah penat dengan permainan perasaan






kau pergi dan datang sesuka hati
adakah kau sudah salah tafsir erti persahabatan ini


pesanku untukmu
janganlah kau mudah mendengar anasir dari perbualan mereka
mereka yang hanya berlagak bijak meneka
bijak berbual
hingga aku menjadi mangsa


sedangkan anggapan itu amatlah berbeza dari apa yang aku buat
dari apa yang aku rasa
aku tak mahu menjadi mangsa
dianggap sebagai teman tikam dari belakang


bukan aku mahu menyembunyikan kebenaran
andai kau sudah percaya mereka
mahukah kau mempercayai cerita ku pula?


lalu aku diamkan
biarlah diriku yang nampak buruknya




aku benar ingin menjadi sahabat
tidak lebih dari itu






andai dulu aku pernah pergi
dan aku telah kembali
anggap seperti tiada apa pernah berlaku
aku lupakan kisah lama
lalu membuka buku baru
ingin memulakan persahabatan yang pernah terputus dahulu




tetapi kali ini kau pergi






pergilah kau
membawa diri


untuk keseribu kali
aku mengalah


tidak selamanya orang yang pergi harus diberi peluang kedua untuk kembali
"just let him go"
"just let her go"
"just let them go"




kenapa aku harus menghalang kepergian kalian
kenapa harus ku paksa untuk disambut tangan ini?


aku bukan lagi wanita cengeng yang kau pernah kenal dahulu






" kadang,
bila tiada pilihan
kita sendiri akan kuat.
kuat kerana tiada pilihan untuk menjadi lemah"




biarlah doa menjadi penghubung
aku harap kau bahagia mencapai cita citamu




jangan lupa untuk doakan kebahagiaan aku juga
mungkin bukan doa agar aku berjumpa dengan sahabat yang lebih baik
kerana aku sangat gembira dengan punya teman yang aku sudah punya sekarang
kawan kawan kampung hingga ke universiti
dan juga aku sangat bahagia kerana mempunyai keluarga yang penyayang






doakanlah aku moga ditemukan dengan jodoh yang baik
mampu menerima aku dan keluargaku seadanya
menjadikan aku istiqamah mengenal Allah


aku tak minta lebih.
apalah dunia kalau nak dibandingkan akhirat sana.






haha
ok yang last tu macam sesat untuk puisi ni




















"I will see you when Allah let me"




terima kasih kerana pernah hadir
cukuplah memori menjadi kawan sebagai kenangan untuk aku simpan






andai aku pergi menghadap ilahi






maafkan aku


doakan aku.








hanya itu yang aku pinta
sebagai hadiah kepada diriku


maaf andai mementingkan diri








kau berlalu pergi












lalu aku pandang langit malam
terima kasih tuhan
kerana bintang tetap bersinar
dikala bulan tiada
sebagai penyeri dikala malam gelap






terima kasih tuhan
masih memberi aku nafas
untuk hirup udara
memberi aku peluang
mengenaliMU dengan lebih mendalam


dan memulai langkah baru
menuju kedestinasi realiti
setelah aku bangun dari mimpi
bimbingku kearahMU
kerana takdirMU terbaik untukku
redhai perjalananku
perbetulkan niatku




kalam akhir untuk dirimu


assalammualaikum.
















p/s:


hishh bila la aku nak buat puisi gempak kebabom bermetafora.
 lebih kurang macam

panas bak matahari terbakar dikala siang
sejuk bak ais didalam peti sejuk

k merepek




rindunya nak main pingpong.
rindunya nak jumpa bebudak pingpong.















setiap kali sebut pasal karangkraf je hati aku da bdebor debor
tak guna betul
mak siap offer lagi duit dia bagi pinjam semata mata nak pergi karangkraf
itu baru karangkraf.

belum orangnya lagi
*sigh*



kahfi tak habis baca lagi jangan berangan jauh sangat.





ok da decide.
wajib pi karangkraf.

:-)           :- )       :-)

No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email