Thursday, 29 January 2015

random 29 januari

Assalammualaikum


buat insan diluar sana
mungkin ada yang gembira
mungkin ada yang berduka


moga kita semua sentiasa dibawah perlindunganNYA








moga kita semua tetap tabah menjalani kehidupan
diberi kekuatan olehNYA


masalah merupakan satu ujian
moga kita mampu melalui ujian didunia ini agar semakin dekat kepadaNYA


buat sahabat yang hadir dan pergi dari hidup ini
aku doakan kalian moga sejahtera dalam menempuh ujian
hanya doa mampu ku sematkan
sebagai hadiah yang paling mudah
moga Allah lindungi kalian.






buat sahabat yang berlalu pergi
moga perjalananmu akan bertemu dengan insan yang lebih baik
lebih baik berbanding diriku
kerana diriku banyak celanya
maafkan aku andai pernah menjadi sahabat yang menyusahkan
seorang sahabat yang mungkin kau anggap sebagai musuh
walau sesaat








aku minta maaf.






aku tidak akan lagi menunggu
pergilah kau mencari 1000 lagi teman
yang bisa membimbingmu kesyurga


biarlah aku berdiri disini
menjalani hidup yang Allah sudah aturkan


aku sudah penat dengan permainan perasaan






kau pergi dan datang sesuka hati
adakah kau sudah salah tafsir erti persahabatan ini


pesanku untukmu
janganlah kau mudah mendengar anasir dari perbualan mereka
mereka yang hanya berlagak bijak meneka
bijak berbual
hingga aku menjadi mangsa


sedangkan anggapan itu amatlah berbeza dari apa yang aku buat
dari apa yang aku rasa
aku tak mahu menjadi mangsa
dianggap sebagai teman tikam dari belakang


bukan aku mahu menyembunyikan kebenaran
andai kau sudah percaya mereka
mahukah kau mempercayai cerita ku pula?


lalu aku diamkan
biarlah diriku yang nampak buruknya




aku benar ingin menjadi sahabat
tidak lebih dari itu






andai dulu aku pernah pergi
dan aku telah kembali
anggap seperti tiada apa pernah berlaku
aku lupakan kisah lama
lalu membuka buku baru
ingin memulakan persahabatan yang pernah terputus dahulu




tetapi kali ini kau pergi






pergilah kau
membawa diri


untuk keseribu kali
aku mengalah


tidak selamanya orang yang pergi harus diberi peluang kedua untuk kembali
"just let him go"
"just let her go"
"just let them go"




kenapa aku harus menghalang kepergian kalian
kenapa harus ku paksa untuk disambut tangan ini?


aku bukan lagi wanita cengeng yang kau pernah kenal dahulu






" kadang,
bila tiada pilihan
kita sendiri akan kuat.
kuat kerana tiada pilihan untuk menjadi lemah"




biarlah doa menjadi penghubung
aku harap kau bahagia mencapai cita citamu




jangan lupa untuk doakan kebahagiaan aku juga
mungkin bukan doa agar aku berjumpa dengan sahabat yang lebih baik
kerana aku sangat gembira dengan punya teman yang aku sudah punya sekarang
kawan kawan kampung hingga ke universiti
dan juga aku sangat bahagia kerana mempunyai keluarga yang penyayang






doakanlah aku moga ditemukan dengan jodoh yang baik
mampu menerima aku dan keluargaku seadanya
menjadikan aku istiqamah mengenal Allah


aku tak minta lebih.
apalah dunia kalau nak dibandingkan akhirat sana.






haha
ok yang last tu macam sesat untuk puisi ni




















"I will see you when Allah let me"




terima kasih kerana pernah hadir
cukuplah memori menjadi kawan sebagai kenangan untuk aku simpan






andai aku pergi menghadap ilahi






maafkan aku


doakan aku.








hanya itu yang aku pinta
sebagai hadiah kepada diriku


maaf andai mementingkan diri








kau berlalu pergi












lalu aku pandang langit malam
terima kasih tuhan
kerana bintang tetap bersinar
dikala bulan tiada
sebagai penyeri dikala malam gelap






terima kasih tuhan
masih memberi aku nafas
untuk hirup udara
memberi aku peluang
mengenaliMU dengan lebih mendalam


dan memulai langkah baru
menuju kedestinasi realiti
setelah aku bangun dari mimpi
bimbingku kearahMU
kerana takdirMU terbaik untukku
redhai perjalananku
perbetulkan niatku




kalam akhir untuk dirimu


assalammualaikum.
















p/s:


hishh bila la aku nak buat puisi gempak kebabom bermetafora.
 lebih kurang macam

panas bak matahari terbakar dikala siang
sejuk bak ais didalam peti sejuk

k merepek




rindunya nak main pingpong.
rindunya nak jumpa bebudak pingpong.















setiap kali sebut pasal karangkraf je hati aku da bdebor debor
tak guna betul
mak siap offer lagi duit dia bagi pinjam semata mata nak pergi karangkraf
itu baru karangkraf.

belum orangnya lagi
*sigh*



kahfi tak habis baca lagi jangan berangan jauh sangat.





ok da decide.
wajib pi karangkraf.

:-)           :- )       :-)

Monday, 26 January 2015

random 26 jan



Assalammualaikum


kepada semua insan diluar sana

moga dalam keadaan sihat ceria bahagia dan dalam redha Allah sentiasa




Alhamdulillah

thesis telah berjaya disiapkan maka secara rasminya tamatlah semester 7.

final year yang sangatlah hampeh tak tahu nak cakap macam mana dengan tiada gap antara paper seriously membuat kepala aku panas.


subjek law, muamalat really kill me inside.


argh.


kalau lah last sem ni pointer kantoi, aku kena get ready untuk menangis. hahahahhahah

tapi memang tak usaha sangat pun.

bila masa pulak aku suka belajar sesuatu benda yang aku tak minat.


"refer to standard 2005 bla bla how bla bla"

"based on Act 1972 bla bla"


kriikkkkkk kriikkkkkkkkkk krikkkkkkkkkk

seriously masa final tu rasa macam diri ni lawyer yang dah boleh gubal undang undang pasal halal haram law and so on lah sebab semua tu buat jawapan sendiri. sebab nota banyak sangat lah aku terus angkat tangan tak baca haha!


bila ye mahu serius kalau belajar. hmm


haha lembab gila baru cerita pasal final yang sebulan hampirrrrrrrrr berlalu.


banyak sangat perkara yang dah berlaku. nak taip semua pun tak lalu.

malas sebenarnya.


next sem insyaallah cuma practical je selama 4 bulan. then habisssss study!

moga Allah permudahkan practical.

nanti lah dah masuk practical baru ceqqqq khabaq prac kat mana k



baru berapa minggu tak jumpa kengkawan especially dari fast track pilah yang sama sama survive kat shah alam dah rasa rindu gila gila.

jadi aku taip rindu aku kat sini.


duduklah rindu disini baik baik ya.


next.


masa banjir berlaku di pantai timur, pahang dan beberapa tempat tu, uitm batalkan misi kemanusiaan kepadang indonesia. sumbangan dinegara sendiri lebih membutuhkan keringat dan bantuan dari kami. disebabkan projek kemanusiaan kepadang dah lama kami rancang, siap tiket flight memang dah beli jadi kami teruskan jela misi. tiket rm250 dan hampir rm500 hanya untuk penginapan dan makan minum dan barang barang yang nak dibeli guna duit memasing sebab tak dapat support dari uitm.


redha je la kan. haha. sebab memang patut pun aku rela guna duit sendiri dan uitm support untuk warga banjir negara sendiri. jadi tak ada lah serba salah pergi padang indon bila guna duit sendiri.


preparation semua dah siap. bahagian yang aku diamanahkan untuk buat pun dah settle.


tetapi, aku terpaksa tarik diri a week before flight.

sebab nak kena uruskan trip ke jepun memang memerlukan usaha yang tinggi.

lagi lagi bila kau pegang jawatan pegang duit dan memerlukan usaha for sponsor if dah bank in pasal tax free dan sebagainya. memikirkan semua ni, aku tarik diri sebab tanggungjawab untuk trip ke jepun lebih besar.


tak lama lepas tu, air asia inbox.

after bulan februari, semua trip ke tokyo dibatalkan. air asia ada problem gitu haaa katanyalah.

either we refund the tickets or change route and depart in osaka.


osaka terlalu jauh dari tokyo.


lari bajet tu satu.

sangat jauh dari destinasi halal company, university, research centre, slaughter house and other places yang kami dah rancang.


kalau depart ke osaka memang lari jadual dan tempat tinggal dan segalanya lah.


bincang dengan lecturer.

dia suruh batalkan trip terus dan refund ticket. ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu.

ditambah dengan tragedi kapal terbang.



bila dah khabaq macam tu,

tipulah kalau tak sedih.



start 2015 ni uitm memang tak nak support apa apa projek ke oversea. tetapi sebab ada ketua projek kami yang really rajin gila semangat naik turun pejabat hep dan sebagainya, kami punya projek uitm bagi rm 6k. projek kami je yang dapat support.

ditambah dengan usaha minta sponsor sana sini, dan ada beberapa syarikat setuju sponsor dengan sponsor pack yang telah kami buat, berurusan dengan bendahari uitm lagi. tax free lagi dan sebagainya. dan juga surat sokongan dari dato khalid.


senang kata. kami tinggal cari beberapa lagi sponsor, claim duit dan yang lain kira aku kena settlekan lah nak dapatkan duit tu.


tapi dah kita rancang, perancangan Allah lebih hebat.


goodbye jepun.


sebab usaha dah gempak jadi lecturer ajak pi brunei atau singapura. dengan duit tiket jepun tu dah cukup nak sponsor makan minum dan halal trip kat sana. tp nak tunggu duit refund ni pun dah problem.



krikkk krikkk


lecturer siap sanggup bawak walaupun cuma 8 orang je kalau nak ikut.

aku ni pun dah macam tawar hati tak tahu nak pi ke tak sebab dah aim nak pergi jepun.


tapi memang betul la ada hikmah.


jadi jangan dipikirin sangat.


hidup aku ni dah macam apa yang dikejar tak dapat, digendong keciciran.


haaaaaa gitu bunyinyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.




nak backpacking! tolong culik aku bawak pergi jauh jauh nak tengok duniaaaaaa haha!


kalau lah aku ni lelaki, dah lama aku travel jauh jauh sensorang. daaaaaaaadaaaaaaaa




rasa menyesal sikit tak ikut zura hiking ke KK hujung feb ni. zzzzzzz


apapuntakbole




ok. ni je cerita merepek yang aku simpulkan apa yg berlaku sem lepas. hahahahahahahahah


yang lain biarlah tersemat di pikiran dan hati dan diari aku 2015.

(baru tulis 2 muka surat kot)


oh ye. liverpool fc and mufc selamat bergembiralah sana lepas chelsea and manchester city da kena kick out!

ramai sangat nganjingnya ditwitterrrrr.

takpe. FA je pun.


ini entry untuk diri sendiri.

untuk kamu kamu kamu, nanti kita upload kat entry yg lain k.


selamat malam.


hiduplah baik baik ya.












2015


lelaki masih lagi memilih teman hidup based on rupa? flawless? good looking?


tak kahwin la nampaknya aku.



😩😩😩😩


khabaq mai bila rupa tak termasuk dalam senarai k.

kalau tak, aku rasanya nak kahwin dengan lelaki indon belakang rumah ni. aliiim pun alimm.


*gelak pecah perut*

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email