Tuesday, 15 December 2015

random xyz

Assalammualaikum.



warning!
(entry ini tiada kena mengena dengan mana mana entry sebelum ini).



moga semuanya baik baik sahaja :')


dulu,
jiwa kental, macam lelaki.
mungkin lebih kental dari lelaki.

sekarang jiwa rapuh,
kesannya rapuh yang ada hubungkait dengan air mata

kadang gelak ketawa
1 saat lepas tu, rasa sayu


mungkin inilah kesan duduk jauh dari keluarga
mungkin, inilah perubahan nak jadi wanita (haha)



tak pasti sayu dek gembira atau sedih



tapi satu perkara yang aku pasti,
hidup disini mengajar untuk rasa bersyukur

syukur yang bila ucap 'alhamdulillah' pun rasa macam tak cukup nak balas dengan apa Allah dah bagi



sebab Allah tahu aku dah penat duduk kawasan sesak.

sebab Allah tahu, hati aku ada pada pantai, bukit bukau, bulan dan bintang..
hati aku ada pada ciptaan Allah,

maka, cinta hakiki ku hakikatnya milik Allah.


tapi, sayu hati itu masih terkadang timbul,


rasa sayu itu timbul bila terkenang kisah lampau

kadang kerana memikirkan masa hadapan,

kadang kerana cemburu,

maka, aku bukanlah hamba Allah yang paling best :')
syukur itu masih kurang mungkin.


dan terkadang,

sayu itu muncul,

bila memikirkan,
mungkin tiada insan yang mampu terima aku seadanya,
kejelekan diri luaran mahupun dalaman.

kerana manusia itu sikapnya ingin mencari kesempurnaan.


dan sekarang apa yang aku sedar ialah,




aku terlebih berfikir.













aku lupa perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan. :')

maka, teruskan melatih diri untuk terus bersyukur
dan berusaha kearah kebaikan.


jika balasan bukan didunia,

tunggulah diakhirat bukan?








sayu dan rindu itu ada kaitan?

andai begitu,

rindu pun mungkin menjadi penyebab rasa sayu.







dan aku berharap, kau bahagia disana sahabat. :')
sedikit perkhabaran mengatakan kau sihat pun cukup memberi senyuman dan sinar :)

aku hanya bisa mendoakan yang baik baik untuk kau
sebagai tanda persahabatan,
yang kadang aku rasa sayang itu melebihi persahabatan,
tanpa bicara kata.

hanya membisu.


kerana kebisuan itu membuatkan aku lebih selamat untuk menyayangi dalam diam.




sebab aku tahu,

kalau sayang itu diluahkan,
kau pasti akan hilang.

:')




ampunkan aku Ya Allah andai hati terkadang rapuh kerana manusia,






dan sekarang aku masih tak pasti,

kenapa hati terkadang rasa sayu.








mungkin juga kerana dahi kurang sujud lama disejadah.







sebab sekarang ni musim hujan agaknya. :') haha




then, just smile and laugh. 
so people cant see your tears :)

kata ego tinggi.
wajiblah!































Tuesday, 10 November 2015

Coretan Simple (1)



Assalammualaikum sahabat dunia akhirat.







Apa khabar iman dan roh? Apa khabar fikiran dan jasmani?




Bila nak berbicara tentang hidup, terlalu luas. Setiap ceruk daerah, setiap inci itu pasti mempunyai ceritanya yang tersendiri.




Hidup itu rumit.




Keluarlah dari comfort zone,

Bina impian, agar tercetusnya perjuangan.

Set balik tujuan hidup

Hati kena kental.




Bukan sahaja cabaran hidup itu payah. Berlawan dengan masa. Bermain dengan emosi. Berperang dengan kerja. Berbolak balik melayan kerenah manusia dan sebagainya.




Hadapi dengan tenang. Allah kan ada.




Ubah balik cara hidup. Sesibuk mana pun kau dengan dunia, jangan dilupa pada akhirat. Biar berjuang untuk akhirat itu seiring dengan usaha kau berjuang nak hidup didunia.




Kerana akhirnya destinasi kita bukan disini.







Hiduplah dalam dunia yang rumit ini,




Sehingga kau rasa hidup didunia ini rupanya mudah.







Kerumitan dan Kesibukan dunia itu rupanya Mudah untuk kita lalui.




Mudah.




Tepuk dada, Tanya iman. Bagaimana nak jadikan hidup ini mudah?




Bukankah semua jawapan itu dalam AlQuran?




Bersambung.






YNWA.

Tuesday, 1 September 2015

after practical

Assalammualaikum semua!


syukur kehadrat ilahi, kita semua masih bernafas dan jari jemari masih boleh menaip serta mata masih boleh melihat disamping hidung dapat bernafas siap boleh goyang goyang kaki. eh?



rasa macam banyak berhutang story part kehidupan. tapi lantaklah. ceqq sibuk kebabun kebabomm!

kekekekekkekekekekekeke


setelah aku menghabiskan practical training di jais shah alam, sempatlah menganggur dalam masa 3 - 4 minggu, tapi tak la menganggur mana. kena jaga budak + kucing + budak + kucing kat rumah. lagi lagi masa raya. kau rasa anak tunggal perempuan tak banyakkkkkkkk kerjaaaa??

then, sempatlah menghabiskan duit di langkawi dan perlis supaya aku rasa menyesal dan ada semangat nak kerja bila duit dah takde. huahua

lama dah rasanya hidup ni tak mintak duit. lepas habis spm je, kerja part time jaga barang barang dapur, perkakas elektrik, kedai badminton dan sebagainya nak tanggung diri belanja dan sebagainya. masuk dip kat pilah then sambung deg di uitm shah alam pun tanggung diri sendiri. tak cukup duit biasiswa sebab nak tampung minyak kereta dan rumah sewa serta jika kereta meragam, kita buat kerja part time masa cuti sem. jaga kedai kasut, kedai baju, stesen minyak.


then aku sedar, betapa cepatnya masa berlalu.


sekarang dah habis study.

kini tengah bekerja.


nak sangat memberontak kerja jauh sebab dah penat buat kerja kat rumah, dah jemu hadap jem klang shah alam dan KL, last last aku merantau duduk kat PD ni. menjadi tenga pengajar. hadap kampung. takde la PD mana. area pasir panjang nak ke teluk kemang. naik kereta tekan minyak sambil langgar lampu merah. seminit lebih sampailah dari rumah sewa ke tempat kolej yang aku kerja.










hidup jauh dari family ni satu je,



kau akan hargai family tu lebih.
rindu lagi menggunung.









student kolej ni berlainan sikit dengan student universiti. tapi apapun, aku insyaallah moga diberi kekuatan sebarkan ilmu sebarkan bahagia. cewwwahhhhhh

berat tugas pendidik. bukan sahaja sebar ilmu duniawi. kena bijak selit ukhrawi. at least, bila Allah tanya, ada la juga kita nak jawab. manusia hina dina macam aku moga Allah beri keampunan.










banyak lagi nak story. tapi dah nak kena buat soalan final exam. dua subjek yang aku ajar kat sini, cuma aku je yang mengajarnya. tiada lecturer lain. ting tong jugak nak buat soalan. lagi senang nak jawab soalan.



oh ye. konvo uitm 83 ditunda mei tahun depan!
yeayyyyy!

sempat lah nak cari tunang untuk diri aku kannnn. boleh realisasikan angan yang pernah aku mimpikan. haha!

abang, adik... cepatlah kahwin!


tapi, siapa yang nak aku?
ok. takpe,  forever alone is better.










haha!







kadang bila dah terbiasa hidup berdikari, kau akan rasa teringin sesekali nak bergantung pada seseorang.
but thanks. Allah always here. :) never feel empty.


moga hati tabah.






moga hati emak ayah adik abang tabah bila aku merantau kahkah! jangan rindu sangat.







sori ayat tunggang langgang. insyaAllah next time masa lapang lapang, aku update dengan bahasa puitis. sekarang aku update dengan bahasa suka hati la nak taip apa.



:P


moga ketemu lagi!


gambar skema dihari akhir praktikal.



skandal di alam mimpi. sempat la jumpa masa lewat malam lepas habis praktikal.




selamat tinggal! :)
 







Monday, 6 April 2015

Baby Baru

Assalammualaikum



Moga iman dan kesihatan dalam keadaan baik.




yeah!

hampir sebulan sudah praktikal di bahagian pengurusan halal jais.



alhamdulillah semua baik baik sahaja. cuma penat sedikit lah. perkara biasa. audit ditengah malam. balik kerja petang. malam audit sampai 3am. siang keluar kerja lepas subuh. mata tak ada lah lebam mana. sebab curi curi tidoqqqq bila masuk opis huahua.



nak cerita sikit je. sebab tengah curi masa nak hapdet blog yang kian terbiar.


secara ringkasnya,




aku jumpa kawan yang gila sekepala dengan aku. senang la nak ajak sana sini. travel buang duit cuci mata. kahkah


astaghfirullah.


cuci mata melihat alam Allah.



pangkor, gunung kutu, stadium shah alam bola live and krabi in our list.
setakat ni, baru broga dan butik shah alam settledown.


jadi memang busy la sepanjang praktikal ni sebab kami akan curi masa nak  jelajah semua ini.



ini beberapa keping gambar berbroga minggu lepas.



aku pergi dengan beberapa budak UMS. bebudak sabah. kawan uitm semua berterabur praktikal jejauh. haha



broga dah lain. angin makin kencang. the most lawak bila aku tengah berdiri atas bukit lapang tu, angin kencang membawa debu menolak badan aku sikit. bukan bermakna aku kurus kahkah cuma angin serius kuat masa tu.


bebudak ni tak semua aku boleh ajak ke KK next year. aku dok daki broga tunggu sejam, baru la 3 orang tu sampai atas. siap tidur kat lereng bukit. hahaha senget gila.



oh ya. baby baru.

aku ada buat blog baru. untuk post puisi puisi dan luahan hati kahkahkah muntah lah. tapi yang tu memang rahsia. jadi blog ni mungkin akan terbengkalai sedikit. tapi benda happy happy moment dengan kengkawan memang aku post kat sini je la.

jadi tak de la luahan hati sedih sedih lagi kat sini lepas ni.















aci tak kalau aku story pasal praktikal ni bila dah habis intern hujung bulan 6 nanti?


aci la kan.


>_<


ayah nak pi umrah 15.4.2015 nanti.
bestlah. ada orang sponsor.

nak hantar ayah ke airport. tapi dia pergi dengan imam masjid lain.
ok la tu. moga semuanya dipermudahkan.



susah nak jaga title anak imam. buat buruk sikit je dah ada orang lapor. *sigh*





p/s: thanks wira for that song. that man really deserve my penumbuk kan. aku dah okay. sehari je. kahkah



babai.

Thursday, 29 January 2015

random 29 januari

Assalammualaikum


buat insan diluar sana
mungkin ada yang gembira
mungkin ada yang berduka


moga kita semua sentiasa dibawah perlindunganNYA








moga kita semua tetap tabah menjalani kehidupan
diberi kekuatan olehNYA


masalah merupakan satu ujian
moga kita mampu melalui ujian didunia ini agar semakin dekat kepadaNYA


buat sahabat yang hadir dan pergi dari hidup ini
aku doakan kalian moga sejahtera dalam menempuh ujian
hanya doa mampu ku sematkan
sebagai hadiah yang paling mudah
moga Allah lindungi kalian.






buat sahabat yang berlalu pergi
moga perjalananmu akan bertemu dengan insan yang lebih baik
lebih baik berbanding diriku
kerana diriku banyak celanya
maafkan aku andai pernah menjadi sahabat yang menyusahkan
seorang sahabat yang mungkin kau anggap sebagai musuh
walau sesaat








aku minta maaf.






aku tidak akan lagi menunggu
pergilah kau mencari 1000 lagi teman
yang bisa membimbingmu kesyurga


biarlah aku berdiri disini
menjalani hidup yang Allah sudah aturkan


aku sudah penat dengan permainan perasaan






kau pergi dan datang sesuka hati
adakah kau sudah salah tafsir erti persahabatan ini


pesanku untukmu
janganlah kau mudah mendengar anasir dari perbualan mereka
mereka yang hanya berlagak bijak meneka
bijak berbual
hingga aku menjadi mangsa


sedangkan anggapan itu amatlah berbeza dari apa yang aku buat
dari apa yang aku rasa
aku tak mahu menjadi mangsa
dianggap sebagai teman tikam dari belakang


bukan aku mahu menyembunyikan kebenaran
andai kau sudah percaya mereka
mahukah kau mempercayai cerita ku pula?


lalu aku diamkan
biarlah diriku yang nampak buruknya




aku benar ingin menjadi sahabat
tidak lebih dari itu






andai dulu aku pernah pergi
dan aku telah kembali
anggap seperti tiada apa pernah berlaku
aku lupakan kisah lama
lalu membuka buku baru
ingin memulakan persahabatan yang pernah terputus dahulu




tetapi kali ini kau pergi






pergilah kau
membawa diri


untuk keseribu kali
aku mengalah


tidak selamanya orang yang pergi harus diberi peluang kedua untuk kembali
"just let him go"
"just let her go"
"just let them go"




kenapa aku harus menghalang kepergian kalian
kenapa harus ku paksa untuk disambut tangan ini?


aku bukan lagi wanita cengeng yang kau pernah kenal dahulu






" kadang,
bila tiada pilihan
kita sendiri akan kuat.
kuat kerana tiada pilihan untuk menjadi lemah"




biarlah doa menjadi penghubung
aku harap kau bahagia mencapai cita citamu




jangan lupa untuk doakan kebahagiaan aku juga
mungkin bukan doa agar aku berjumpa dengan sahabat yang lebih baik
kerana aku sangat gembira dengan punya teman yang aku sudah punya sekarang
kawan kawan kampung hingga ke universiti
dan juga aku sangat bahagia kerana mempunyai keluarga yang penyayang






doakanlah aku moga ditemukan dengan jodoh yang baik
mampu menerima aku dan keluargaku seadanya
menjadikan aku istiqamah mengenal Allah


aku tak minta lebih.
apalah dunia kalau nak dibandingkan akhirat sana.






haha
ok yang last tu macam sesat untuk puisi ni




















"I will see you when Allah let me"




terima kasih kerana pernah hadir
cukuplah memori menjadi kawan sebagai kenangan untuk aku simpan






andai aku pergi menghadap ilahi






maafkan aku


doakan aku.








hanya itu yang aku pinta
sebagai hadiah kepada diriku


maaf andai mementingkan diri








kau berlalu pergi












lalu aku pandang langit malam
terima kasih tuhan
kerana bintang tetap bersinar
dikala bulan tiada
sebagai penyeri dikala malam gelap






terima kasih tuhan
masih memberi aku nafas
untuk hirup udara
memberi aku peluang
mengenaliMU dengan lebih mendalam


dan memulai langkah baru
menuju kedestinasi realiti
setelah aku bangun dari mimpi
bimbingku kearahMU
kerana takdirMU terbaik untukku
redhai perjalananku
perbetulkan niatku




kalam akhir untuk dirimu


assalammualaikum.
















p/s:


hishh bila la aku nak buat puisi gempak kebabom bermetafora.
 lebih kurang macam

panas bak matahari terbakar dikala siang
sejuk bak ais didalam peti sejuk

k merepek




rindunya nak main pingpong.
rindunya nak jumpa bebudak pingpong.















setiap kali sebut pasal karangkraf je hati aku da bdebor debor
tak guna betul
mak siap offer lagi duit dia bagi pinjam semata mata nak pergi karangkraf
itu baru karangkraf.

belum orangnya lagi
*sigh*



kahfi tak habis baca lagi jangan berangan jauh sangat.





ok da decide.
wajib pi karangkraf.

:-)           :- )       :-)

Monday, 26 January 2015

random 26 jan



Assalammualaikum


kepada semua insan diluar sana

moga dalam keadaan sihat ceria bahagia dan dalam redha Allah sentiasa




Alhamdulillah

thesis telah berjaya disiapkan maka secara rasminya tamatlah semester 7.

final year yang sangatlah hampeh tak tahu nak cakap macam mana dengan tiada gap antara paper seriously membuat kepala aku panas.


subjek law, muamalat really kill me inside.


argh.


kalau lah last sem ni pointer kantoi, aku kena get ready untuk menangis. hahahahhahah

tapi memang tak usaha sangat pun.

bila masa pulak aku suka belajar sesuatu benda yang aku tak minat.


"refer to standard 2005 bla bla how bla bla"

"based on Act 1972 bla bla"


kriikkkkkk kriikkkkkkkkkk krikkkkkkkkkk

seriously masa final tu rasa macam diri ni lawyer yang dah boleh gubal undang undang pasal halal haram law and so on lah sebab semua tu buat jawapan sendiri. sebab nota banyak sangat lah aku terus angkat tangan tak baca haha!


bila ye mahu serius kalau belajar. hmm


haha lembab gila baru cerita pasal final yang sebulan hampirrrrrrrrr berlalu.


banyak sangat perkara yang dah berlaku. nak taip semua pun tak lalu.

malas sebenarnya.


next sem insyaallah cuma practical je selama 4 bulan. then habisssss study!

moga Allah permudahkan practical.

nanti lah dah masuk practical baru ceqqqq khabaq prac kat mana k



baru berapa minggu tak jumpa kengkawan especially dari fast track pilah yang sama sama survive kat shah alam dah rasa rindu gila gila.

jadi aku taip rindu aku kat sini.


duduklah rindu disini baik baik ya.


next.


masa banjir berlaku di pantai timur, pahang dan beberapa tempat tu, uitm batalkan misi kemanusiaan kepadang indonesia. sumbangan dinegara sendiri lebih membutuhkan keringat dan bantuan dari kami. disebabkan projek kemanusiaan kepadang dah lama kami rancang, siap tiket flight memang dah beli jadi kami teruskan jela misi. tiket rm250 dan hampir rm500 hanya untuk penginapan dan makan minum dan barang barang yang nak dibeli guna duit memasing sebab tak dapat support dari uitm.


redha je la kan. haha. sebab memang patut pun aku rela guna duit sendiri dan uitm support untuk warga banjir negara sendiri. jadi tak ada lah serba salah pergi padang indon bila guna duit sendiri.


preparation semua dah siap. bahagian yang aku diamanahkan untuk buat pun dah settle.


tetapi, aku terpaksa tarik diri a week before flight.

sebab nak kena uruskan trip ke jepun memang memerlukan usaha yang tinggi.

lagi lagi bila kau pegang jawatan pegang duit dan memerlukan usaha for sponsor if dah bank in pasal tax free dan sebagainya. memikirkan semua ni, aku tarik diri sebab tanggungjawab untuk trip ke jepun lebih besar.


tak lama lepas tu, air asia inbox.

after bulan februari, semua trip ke tokyo dibatalkan. air asia ada problem gitu haaa katanyalah.

either we refund the tickets or change route and depart in osaka.


osaka terlalu jauh dari tokyo.


lari bajet tu satu.

sangat jauh dari destinasi halal company, university, research centre, slaughter house and other places yang kami dah rancang.


kalau depart ke osaka memang lari jadual dan tempat tinggal dan segalanya lah.


bincang dengan lecturer.

dia suruh batalkan trip terus dan refund ticket. ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu.

ditambah dengan tragedi kapal terbang.



bila dah khabaq macam tu,

tipulah kalau tak sedih.



start 2015 ni uitm memang tak nak support apa apa projek ke oversea. tetapi sebab ada ketua projek kami yang really rajin gila semangat naik turun pejabat hep dan sebagainya, kami punya projek uitm bagi rm 6k. projek kami je yang dapat support.

ditambah dengan usaha minta sponsor sana sini, dan ada beberapa syarikat setuju sponsor dengan sponsor pack yang telah kami buat, berurusan dengan bendahari uitm lagi. tax free lagi dan sebagainya. dan juga surat sokongan dari dato khalid.


senang kata. kami tinggal cari beberapa lagi sponsor, claim duit dan yang lain kira aku kena settlekan lah nak dapatkan duit tu.


tapi dah kita rancang, perancangan Allah lebih hebat.


goodbye jepun.


sebab usaha dah gempak jadi lecturer ajak pi brunei atau singapura. dengan duit tiket jepun tu dah cukup nak sponsor makan minum dan halal trip kat sana. tp nak tunggu duit refund ni pun dah problem.



krikkk krikkk


lecturer siap sanggup bawak walaupun cuma 8 orang je kalau nak ikut.

aku ni pun dah macam tawar hati tak tahu nak pi ke tak sebab dah aim nak pergi jepun.


tapi memang betul la ada hikmah.


jadi jangan dipikirin sangat.


hidup aku ni dah macam apa yang dikejar tak dapat, digendong keciciran.


haaaaaa gitu bunyinyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.




nak backpacking! tolong culik aku bawak pergi jauh jauh nak tengok duniaaaaaa haha!


kalau lah aku ni lelaki, dah lama aku travel jauh jauh sensorang. daaaaaaaadaaaaaaaa




rasa menyesal sikit tak ikut zura hiking ke KK hujung feb ni. zzzzzzz


apapuntakbole




ok. ni je cerita merepek yang aku simpulkan apa yg berlaku sem lepas. hahahahahahahahah


yang lain biarlah tersemat di pikiran dan hati dan diari aku 2015.

(baru tulis 2 muka surat kot)


oh ye. liverpool fc and mufc selamat bergembiralah sana lepas chelsea and manchester city da kena kick out!

ramai sangat nganjingnya ditwitterrrrr.

takpe. FA je pun.


ini entry untuk diri sendiri.

untuk kamu kamu kamu, nanti kita upload kat entry yg lain k.


selamat malam.


hiduplah baik baik ya.












2015


lelaki masih lagi memilih teman hidup based on rupa? flawless? good looking?


tak kahwin la nampaknya aku.



😩😩😩😩


khabaq mai bila rupa tak termasuk dalam senarai k.

kalau tak, aku rasanya nak kahwin dengan lelaki indon belakang rumah ni. aliiim pun alimm.


*gelak pecah perut*

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email