Saturday, 15 November 2014

kental






Kalau kau dah terlalu sangat sangat terlalu biasa dengan luka,
di hentam sampai kerak bumi paling dalam pun kau sudah tidak mampu untuk merasa apa apa.

Sebab jiwa kau
dah terbiasa







dan kau akan menjadi manusia yang cekal jiwanya kental hatinya.

untuk berhadapan dengan pelbagai lagi luka luka yang mungkin hadir tanpa kau sedar ia nya wujud.


tapi jangan kau lupa.

biar kental jiwa hati tak menitik airmata kerana manusia.

tapi ketika menghadap Pencipta, biar hati berbicara kepada Tuhan.
meluahkan segalanya.


andai itu bisa menghapuskan dosa.

biar airmata menitis ketika menghadap Tuhan,
bukan kerana manusia yang tiada arah tujuan.
hidup ini perlukan bimbingan,
agar tak kecundang dalam perjalanan.


menuju kearah destinasi Tuhan.


perjalanan abadi yang perlu kita cari.

walaupun umur 22 tahun, 
ataupun 40 tahun,
dan apa apa tahun.

selagi kau masih mampu menghirup udara,


Allah masih lagi beri peluang untuk mencari arah.
arah menuju kepada Dia.

hidup tak pernah terlambat selagi kau masih bernafas.

jadi kau perlu bangkit walaupun kau kecundang beribu kali.



kerana kebahagiaan itu nilainya tinggi.

jika kau tak bahagia didunia, kau mengharaplah agar bahagia diakhirat sana.


kerana semua orang berhak untuk bahagia.
😃😃😃😃

cuma,
ia lebih indah jika dapat bahagia didunia dan akhirat.


kau selalu fikir kau tidak bahagia.
kau terluka.
tapi kau lupa kau masih punya keluarga.
bersyukurlah pada yang Esa.
pasti kau akan berasa cukup dengan rezeki kurniaanNya.
kerana didunia ini bahagia mampu dimiliki bila kau miliki iman dan keluarga yang bahagia

dan agama Islam sebagai pegangan.


😃😃😃😃


nota buat diri

No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email