Thursday, 13 November 2014

bayang bayang

assalammualaikum semua.

dipetang yang dingin bersama rintik hujan yang turun,

hatiku turut dingin bersama kenangan dan memori yang menerpa minda dan jiwa.



aku pernah rasa.
dan aku selalu rasa.

kebahagiaan itu dirasai apabila aku hanya hadir dalam bayang bayang.


KISAH BERMULA



apabila kau ada kawan. kawan baik. boleh buat senda gurauu. kepala sama senget. mulut sama bisa. hati sama sensitiff. fikiran sama melayang. cuma muka je tak sama sebab korang bukan kembar pong hiks.


dan akan sampai satu tahap,


kau akan mula menjauhkan diri.

sebab





kau rasa dia menjauhkan diri. mungkin segan. mungkin dia rasa rimas.
atau mungkin dia fikir bila dia menjauh, kau akan bahagia.
atau kau hanya sekadar serangga nyamuk yg hadir mengganggu ketenangan malam.

kepada kawan itu, kau harap kehadiran kau masih boleh dirasai. walaupun hanya sekadar bayang bayang yang tiada makna.

dipijak tak sakit.
ditomah dikeji dihina tiada kesan.
kerana bayang bayang hanya sekadar bayang bayang.


hanya memerhati didalam gelap yang sepi.
memerlukan cahaya walaupun sedikit untuk muncul kembali.




*aku tak harap apa apa.
kerana aku hanya bayang bayang.
yang hanya mampu berdoa dalam diam*

agar kau bahagia.




SAMBUNGAN.


kadang kadang juga, kau ada kawan. kawan rapat yang seiring dengan kau.

akan sampai suatu tahap, kawan kau menginjak pergi.
bukan pergi menjauh.
hanya pergi menginjak tinggi.

kau hanya duduk termangu dibawah.

sedang dia menginjak tinggi, menjadi orang yang dikenali, menjadi orang penting dalam organisasi dunia, menjadi nadi dalam setiap urusan.



hingga kau rasa kau tak layak untuk berada dekat.
kerana kau bukan seperti dia.
kau tak pernah nak mengorak langkah.
kerana kau adalah kau.
yang masih sama dulu dan sekarang.
hanya sekadar duduk di bawah sini.


insan yang tak pandai mengejar kejayaan.




ketika itu, kau hanya mampu memerhati. tersenyum sendiri.

memberi sokongan dalam diam agar dia mampu mengakhiri garisan penamat yang makin tinggi menginjak.

kau tak mampu bersuara. tak mampu dekati dia.

lebih ramai orang yang memijak tangga menolak kau semakin ke bawah.


hingga kau segan untuk berbicara mahupun bersenda gurau.

 apatah lagi mahu menunjukkan wajah dan kehadiran yang tak pasti akan mengganggu atau merosakkan suasana. kau hanya sebutir gula didalam manisan yang terlampau manis kerana kehadiran berjuta juta gula sudah memadai.




dan kau seumpama bayang bayang.
yang makin lama tidak disedari apabila ramai orang berkerumun.
dan hanya disedari apabila dia keseorangan.

dan kau masih setia berdiri disitu.

kerana kau adalah bayang bayang.








No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email