Saturday, 15 November 2014

kental






Kalau kau dah terlalu sangat sangat terlalu biasa dengan luka,
di hentam sampai kerak bumi paling dalam pun kau sudah tidak mampu untuk merasa apa apa.

Sebab jiwa kau
dah terbiasa







dan kau akan menjadi manusia yang cekal jiwanya kental hatinya.

untuk berhadapan dengan pelbagai lagi luka luka yang mungkin hadir tanpa kau sedar ia nya wujud.


tapi jangan kau lupa.

biar kental jiwa hati tak menitik airmata kerana manusia.

tapi ketika menghadap Pencipta, biar hati berbicara kepada Tuhan.
meluahkan segalanya.


andai itu bisa menghapuskan dosa.

biar airmata menitis ketika menghadap Tuhan,
bukan kerana manusia yang tiada arah tujuan.
hidup ini perlukan bimbingan,
agar tak kecundang dalam perjalanan.


menuju kearah destinasi Tuhan.


perjalanan abadi yang perlu kita cari.

walaupun umur 22 tahun, 
ataupun 40 tahun,
dan apa apa tahun.

selagi kau masih mampu menghirup udara,


Allah masih lagi beri peluang untuk mencari arah.
arah menuju kepada Dia.

hidup tak pernah terlambat selagi kau masih bernafas.

jadi kau perlu bangkit walaupun kau kecundang beribu kali.



kerana kebahagiaan itu nilainya tinggi.

jika kau tak bahagia didunia, kau mengharaplah agar bahagia diakhirat sana.


kerana semua orang berhak untuk bahagia.
😃😃😃😃

cuma,
ia lebih indah jika dapat bahagia didunia dan akhirat.


kau selalu fikir kau tidak bahagia.
kau terluka.
tapi kau lupa kau masih punya keluarga.
bersyukurlah pada yang Esa.
pasti kau akan berasa cukup dengan rezeki kurniaanNya.
kerana didunia ini bahagia mampu dimiliki bila kau miliki iman dan keluarga yang bahagia

dan agama Islam sebagai pegangan.


😃😃😃😃


nota buat diri

Thursday, 13 November 2014

pura kura pura

assalammualaikum.

disebabkan ini update takde langkah dari semalam, aku akan cerita kisah pendek sahaja.

mengenai aku.

mengantuk pulak tetibe. rasa nak tidur dan biarkan blog ini kembali kosong.

tapi aku teruskan usaha menaip kerana perasaan pada hari ini lain dengan keesokan hari.

cuma nak khabaq.

aku kadang kadang rasa serba salah.
aku ni suka mengajak.


mengajak orang kesana kemari.

contoh ajak makan luar, ajak main pingpong, ajak lepak dataran, ajak tengok teater n sebagainya.

dan aku akan tanya dulu,

"bole tak kau join?"

"kalau busy ada test esainment quiz khabaq mai awai kat ceqqq. nnt ceqq cari org lain ganti tempat hang"

"kau betul free ni?"

dan sebagainya. once dia dah setuju hingga ke hari dan saat kau keluar.

tiba tiba dia cakap,

"aku ada test esok"

"aku ada lab report tak siap lagi"

dan sebagainya yang mana ayatnya seolah olah mahu dia diusir dari situ.

yg membuat aku rasa serba salah. masa ajak cakap lain bila jumpa cakap lain.

lepas tu sepanjang show or masa dia buat muka macam tak hepi. bukak enset seolah olah mngejar masa macam nak cakap cepatlah habis.

tahu tak, sebagai orang dewasa, aku terkilan.

its better if u said

"esok ada test. sorri tau. aku dapat teman sekejap je"

"esok ada test la sebenarnya. sorri tak jadi ikut"

atau

"esok aku ada test sebenarnya. tapi takpelah. aku pn nak enjoy"

"esok aku ada test. tapi lantaklah. aku bukannya stadi sangat pun"


or apa apalah.

lebih baik kau berterus terang daripada kau act cool but at the same time you show some unsatisfied feeling.


bagi aku, ok je kalau tak jadi. aku boleh cari orang lain. kalau boleh katakan boleh. kalau tak boleh katakan tak boleh.

daripada kau berpura pura cakap boleh konon nak jaga hati kawan tapi pada waktu yang sama kau buat suasana spoil dgn mood kau yang tak hepi.

alang alang bpura pura, baik kau bpura pura hepi.

aku pun kadang kadang ikut kawan sebab kesian takde sape nak teman tapi jgn rosakkan suasana. kesian kawan kau. ikut suasana. tak suka jgn ditunjuk. hepi sama hepi.



ok bai.







bayang bayang

assalammualaikum semua.

dipetang yang dingin bersama rintik hujan yang turun,

hatiku turut dingin bersama kenangan dan memori yang menerpa minda dan jiwa.



aku pernah rasa.
dan aku selalu rasa.

kebahagiaan itu dirasai apabila aku hanya hadir dalam bayang bayang.


KISAH BERMULA



apabila kau ada kawan. kawan baik. boleh buat senda gurauu. kepala sama senget. mulut sama bisa. hati sama sensitiff. fikiran sama melayang. cuma muka je tak sama sebab korang bukan kembar pong hiks.


dan akan sampai satu tahap,


kau akan mula menjauhkan diri.

sebab





kau rasa dia menjauhkan diri. mungkin segan. mungkin dia rasa rimas.
atau mungkin dia fikir bila dia menjauh, kau akan bahagia.
atau kau hanya sekadar serangga nyamuk yg hadir mengganggu ketenangan malam.

kepada kawan itu, kau harap kehadiran kau masih boleh dirasai. walaupun hanya sekadar bayang bayang yang tiada makna.

dipijak tak sakit.
ditomah dikeji dihina tiada kesan.
kerana bayang bayang hanya sekadar bayang bayang.


hanya memerhati didalam gelap yang sepi.
memerlukan cahaya walaupun sedikit untuk muncul kembali.




*aku tak harap apa apa.
kerana aku hanya bayang bayang.
yang hanya mampu berdoa dalam diam*

agar kau bahagia.




SAMBUNGAN.


kadang kadang juga, kau ada kawan. kawan rapat yang seiring dengan kau.

akan sampai suatu tahap, kawan kau menginjak pergi.
bukan pergi menjauh.
hanya pergi menginjak tinggi.

kau hanya duduk termangu dibawah.

sedang dia menginjak tinggi, menjadi orang yang dikenali, menjadi orang penting dalam organisasi dunia, menjadi nadi dalam setiap urusan.



hingga kau rasa kau tak layak untuk berada dekat.
kerana kau bukan seperti dia.
kau tak pernah nak mengorak langkah.
kerana kau adalah kau.
yang masih sama dulu dan sekarang.
hanya sekadar duduk di bawah sini.


insan yang tak pandai mengejar kejayaan.




ketika itu, kau hanya mampu memerhati. tersenyum sendiri.

memberi sokongan dalam diam agar dia mampu mengakhiri garisan penamat yang makin tinggi menginjak.

kau tak mampu bersuara. tak mampu dekati dia.

lebih ramai orang yang memijak tangga menolak kau semakin ke bawah.


hingga kau segan untuk berbicara mahupun bersenda gurau.

 apatah lagi mahu menunjukkan wajah dan kehadiran yang tak pasti akan mengganggu atau merosakkan suasana. kau hanya sebutir gula didalam manisan yang terlampau manis kerana kehadiran berjuta juta gula sudah memadai.




dan kau seumpama bayang bayang.
yang makin lama tidak disedari apabila ramai orang berkerumun.
dan hanya disedari apabila dia keseorangan.

dan kau masih setia berdiri disitu.

kerana kau adalah bayang bayang.








pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email