Friday, 30 May 2014

kisah bersama pakcik bas.

Assalammualaikum semua.

semoga semuanya baik baik sahaja.

hari ini kita mahu cerita kisah pendek sahaja.

kisah ini berlaku ketika konvokesyen UiTM dua minggu lepas. Dimana kami sebagai pelajar NR perlu parking kereta dibelakang jakel, bukan dipadang kawad.

Pada hari isnin, selepas kelas tamat 9.30am, aku menunggu bas dipondok bas yang terletak antara fakulti sains gunaan dan fakulti bisnes. selepas 30minit menunggu, datanglah pakcik bersama basnya laluan A menggnakan bas Etika kerana bas uitm digunakan untuk konvo.

Perjalan pulang ke jakel menaiki bas itu hanya dua orang penumpang iaitu aku bersama lagi seorang budak lelaki ntah fakulti bisnes atau law yang aku tak kenal.

Kami pun menaiki bas itu. Dalam bas tu ada raw kanan(2 kerusi) belakang driver dan kiri(2kerusi) sebaris dengan pintu bas. alaaaaa, bas biasa macam bas sekolah tulah.

Budak laki itu duduk di raw ke tiga sebelah tingkap belah kanan.

Manakala aku duduk dihadapan budak lelaki tu tapi bukan sebelah tingkap sebab cuaca panas.

tiba tiba pakcik bas cakap macam ni " Jangan duduk sebelah sebelah ".
aku punya tak faham sebab sepanjang kelas 8.30-9.30am tu aku tidoqqqq je dan balik dalam keadaan mamai.

Pakcik bas tu teleng kepala ke belakang dan pandang aku , " Jangan duduk sebelah sebelah, lelaki dan perempuan. Kamu (sambil tunjuk aku) duduk kerusi bahagian sebelah kiri ni.

Aku pun pelik. Tapi aku bangun jela tukar tempat duduk dengan dok sebelah tingkap bahagian kiri.
Aku ingat waktu tu pakcik tu saja sebab tak nak bagi nampak gonjeng semua org duduk sebaris (driver aku dan budak lelaki tu).

Setelah 2 minit berfikir, baru aku sedar. Pakcik tu tersalahhhh angggggaaaaapppppp !
Kalau tengok kat cermin driver ( rear mirror ), nampak macam aku dengan lelaki tu duduk sebelah sebelah !!!!!!!!! so, pakcik tu taknak tanggung dosa kot dengan menjadi orang ketiga membiarkan seorang wanita dan seorang lelaki duduk bersebelahan dalam bas dia. kebetulan cuma ada kitorang je.

Sepanjang perjalanan ke jakel tu, aku dok pikiaq... habis calar balar maruah aku. aku bukannya duduk sebelah lelaki tu pun. aku duduk depan dia kot. adakah aku perlu explain kat pakcik ni. "grrrrrrr".

tapi bila tiba dijakel, aku terus terdetik, takpelah pakcik ni salah anggap kat aku. aku maafkan. lagipun , niat pakcik ni baik. Cuma, salahnya, dia salah oranglah.

kan bagus kalau semua pakcik bas macam ni.

tapi kenalah selidik betul betul dulu.

tak pasal pasal aku yang tak bersalah ni terkena.

hasil gambar google yang diedit.

Warna merah (1) : tempat budak lelaki duduk.

Warna kuning (2) : tempat aku duduk mula mula

Warna pink (3) : tempat duduk aku lepas dihalau pindah.


SEKIANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN !!

first time rasa terhina.
tetapi, tidak mengapa. :D *sentap*







Thursday, 15 May 2014

Ini semua mengarut.

Assalammmualaikum.


Semoga semuanya baik sihat sejahtera hendak kehendak mahunya.

Semenjak SPM BM dapat A+, aku dah tak endah tata tertib bahasa Melayu sampai words nak cakap hilang.

Uolllsssss.

Susah kot kita nak cari lelaki yang dapat terima kita seadanya kannnn.

Walaupun lelaki tu cakap, " saya terima awak seadanya.. " tu hanya ditujukan untuk perempuan yang cantik.

kau bayangkan kalau pompan tu tak cantik (macam aku). Ada diorang nak cakap macam tu?

FINE. aku bukan nak cerita pasal ni. hewwwww hewwwww hewwwww.

Kau nak tahu apa yang mengarut?

 "Sandy Chips".

Sandy Chips adalah idea paling teruk aku pernah cakap. Tapi kalau difikir, mungkin idea ini boleh jadi gempak dan gemparrrrr (mungkin dalam mimpi aku je).

Bayangkan kalau produk makanan aku ni berkhasiat tinggi ! Sedap ! Boleh makan bila bila ! Tapi at the same time... its texture .... sandiness. So, namakan dia sandy chips.

Ada tak agak agak orang nak beli?

Dulu mula mula orang buat makanan rumpai laut tu macam mengarut je. Rumpai goreng lah rumpai yang jadi jajan lah... Tapi sekarang ramai kot gemar makan makanan alah ni.

Then fikir. mungkin Sandy Chips ini akan jadi popular jugak satu hari nanti.

Bila fikir kali kedua, dan ketiga dan seterusnya. ini semua mengarut. Mungkin popular kerana kualiti dia yang macam sampah.


ohhhh. Ini harus di REJECT.

Next, ini first time supervisor aku depan depan cakap " saya tak larat nak baca banyak banyak kamu punya fyp. Dah macam nak muntah. Literature Review (dalam slide) dah macam sampah. berteraburrrrrrr ".

Kau tahu apa aku buat lepas SV cakap macam tu ?

Aku gelak.

Ye. aku gelak. untuk tenangkan hati dan sejukkan hati SV aku.

Nasib baik lawak bodoh aku dapat diterima dan lecturer turut tergelak.



Oh ye. Selain itu............................ selain daripada itu,

Aku benci tengok cerita Romi Cinta Julia. Walaupun baru 2 episod aku tengok (malam ni dan minggu lepas), aku rasa ceritanya amat mengarut. Tolong jangan tengok. HAHAHAHAHHAAHAHAHAHAHAHHAH!!!!


Eh. uollls tahu tak. aku ni suka mandi manda dan berendam dipantai.
Kalau pergi tempat tempat macam tu, jangan lupa jemput sekali yeeeee !!! K bai. Ini semua hanya nak mengarut semata.

Dasar post blog takde isi.


K bai bai bai.


Hmm kejap lagi ada lah yang muntah lepas baca blog aku ni.

Friday, 9 May 2014

Random Part unknown..

Assalammualaikum.


semoga semuanya sihat sihat belaka dan berada dalam rahmat Allah. May Allah bless us :)

di semester ke 6 saya ini, teramatlah busy dan sibuk dan sibuk dan sibuk.

Hal ini disebabkan saya mempunyai 2 projek iaitu Food product development dan proposal final year projek.

2 perkara ini membuatkan otak, badan, fikiran aku jadi terbelit belit sampai nak putus fius otak.

tak tahu nak tulis apa lagi. nampak tak ke blurrrrrrrr ran disini. dooakan saja semoga saya berjaya.
oh ye. semester ni tak jejak langsung pusat sukan. tak main langsung pingpong. sibuk dengan aktiviti dirumah.

kita jumpa next sem pingpong !






cuma.













saya terlupa gila gila gila gila gila nak wish heppi besday kepada kawan saya heheheehehehe





























lupa sangat 3 mei sudah berlalu. mungkin kena wish ikut kalendar islam pulak kihkih kih.

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email