Monday, 3 February 2014

sembang kosong.

Assalammualaikum.

Sudah ber februari kita di tahun 2014 tapi aku banyak kali tersasul cakap dan tulis umpama sekarang masih lagi 2013.

Loser.

Umur walaupun tak officially 22 tahun tapi masih lagi rasa macam budak berumur 16 tahun.

Berat naik 7 kg boleh buat dono tapi takut la jugak nak makan sampai tertambah tambah. Bila dah seminggu turun 1 kg punyalah heppi terus makan bertambah tambah sehingga kenyang alhamdulillah..... Terus malas nak timbang. Takut kecewakan diri sendiri kekekekkekekeke

Mak aku cakap , zaman sekarang ni kita kena cari jodoh tu  , bukan tunggu je. Zaman sekarang dah tak macam dulu. Al maklumla dia takut nanti umur aku 40 tahun pun tak kahwin lagi. Aku dok melangut jekk dengar.

Mak aku pun sambung lagi , dia cakap hmmm dia suruh aku dok jgn sombong sangat.

Tapi hakikatnya bukan aku sombong. Bila dah senang berkawan dengan kawan lelaki ni , automatik nak berjaatuh hati tu semua ke laut.

Kekkekeekekekkekekeke

Aku ni semua pasal kawan lelaki ni aku cerita kat mak aku. Ramai la jugak mak aku kenal korang ha.

Kawan pompan ni aku jarang cerita sikit sebab hmmm tak tahu pun nak cakap apa pasal kengkawan pompan ni. Cuma , aku suka cerita pasal anis sikit kat mak aku sebab mak aku suka kat anis ni. Lawak orangnya. Haaa anis . lela promote anis ni.

Selama aku hidup 21 tahun ++++++ ni , aku baru tahu mak aku boleh detect macam mana aku react kalau aku betul betul jatuh hati dan berkenan pada seseorang.

Aku tak akan cakap pape kat lelaki tu.
Bila jumpa dia je aku gugup .
Nampak muka dia je aku gelabah semua benda tak bole nak buat. Semua ke longkang kelaut. Tangan menggigil gigil tapi tak selaju jantung aku yang berdegup. Cewwwwaaaahhhhhh

Dan lelaki tu mestilah baik. Bila dia terlebih baik , aku rasa macam tak layak dan tarik diri huahuahuahuuaa padahal lelaki tu tak tahu papepun pasal kita.

Mak aku betul hoi teka siapa yang berjaya buat aku macam ni. Kahkah ! Naluri mak aku ni kannnnn bahaya jugak. Nasib baiklah mak aku tak kenal muka budak ni. Tapi mak aku agak muka dia macam fahrin ahmad.

Sentap sungguh dengan naluri mak. Sentap.

Mungkin sebab tu la mak aku cakap jgn smpai umur 40 tahun pun tak kahwin kahwin.

Entah lah.

Tapi aku percaya , kalau Allah dah tetapkan jodoh kita insyaallah adalah tu. Cuma , jangan mengharapkan yang sempurna. Allah ciptakan pasangan saling melengkapi kelemahan memasing. Yang penting , jalan hidup itu wajiblah menuju redha Allah.

Dan , mak aku terkejut bila aku bagitahu.
" mak , jangan risau . kawan lela semua jenis macam lela. Jenis orang yang tak couple. Semua single. Suka , kita pendam je. Tak berani kot nak cakap. Lagipun 22 je baruuuuuuuuu. Kita lebih suka perhati dari jauh. Crushh gitu"

Lalu mak aku terdiam.

Mesti dia fikir " hai , lambatlah aku timang cucu. "

Hahahahaa

Harap mak aku tak risau.

Kalau dah jodoh , ntah tahun depan ke tahun depan ke tahun depan ke 10 tahun lagi ke bila bila je jodoh datang. Entah aku kenal ke , tak kenal ke , pernah jumpa ke tak pernah berjumpa le , pernah bercakap sama ke tak pernah bercakap sama ke . semua boleeh berlaku dengan izin Allah.

Yang penting .... Doa.

Doa moga mendapat pasangan yang mampu untuk bina sebuah keluarga bahagia. Bahagia dunia akhirat.

Coretan dari wanita pemikiran kanak kanak. Sekian.


P/s : upload blog dari henpon mak je untuk c,uti ni. Jadi cerita semua di taip melulu medadak dan simple. Kalau ada salah bahasa mintak maaf. K bai


Bau minyak atar sememangnya untuk elak wanita dekat kat lelaki ke ?

2 comments:

WiraSakti said...

Kau boleh Laila. Doa banyak-banyak, niat yang ikhlas. Insha Allah.Peluang masih cerah lagi untuk berjodohan. Aku doakan jugak kau dengan dia. Amin... :)
( lilis hujung tahun ni.. wohoo!)

atiqah rafine said...

HAHAHHAHAHA.kemain kau lela dekat blog nih.kemainnn terus teranggg bahahahahhaha

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email