Sunday, 26 January 2014

pakcik cina kedai henset

Assalammualaikum semua !!!

Lama sudah tiada daku menaip coretan di sini. Akibat kesibukan yang melanda walaupun hati meronta nak kongsi kisah kisah tak guna  lawak dan sedih dan gembira . cewwwwwaaahhhh puih.

Minggu lepas aku baru habis final exam semester 5. Next sem dah masuk sem 6.

Hmm cerita pasal fakulti kita tolak ketepi dulu ye. Final ke , lecturer ke insyaallah aku update akan datang. Mungkin waktu dah dapat result nanti. At least bolehla dijadikan alasan kalau result down ( moga dijauhkan ) .

Dalam sem ni , betapa sedarnya aku yang wassap tu penting. Nak contact akak akak makmal , nak tempah chalet ke .... Semuanya minta num wassap. Lebih mudah berurusan. Tapi malangnya aku masih menggunakan henset yang tak de android . wifi ke benda semua tak de. Kamera pun tak jelas. CSL katakan.

Dulu niat nak beli henset macam tu adalah sikit. Lama lama , dah tak de nafsu. Cuma teringin nak beli henset butterfly nokia zaman lama tu adalah. Hohohoho

Seorang penceramah ni cakap , sekarang zaman IT dan teknologi. Lepas zaman IT adalah zaman ilmu. Jadi kena cepat update dan belajar teknologi. Ibubapa pun kena update dengan teknologi.

Jadi sekarang , mak bapak aku punya hensetttt besaqqq kedabaqqqq . aku sebagai anak kena lah mengajar cara nak guna henset tu. Al maklumlah , kawan universiti semua guna henset canggih , jadi aku tahulah nak guna henset macam ni. Senang je nak belajar , petik jari je. Tak banyak beza macam guna lappy.

Tadi , ayah aku pergi lah beli henset baru. Tak mahu ketinggalan IT katanya. Senang nak berwassap dengan org masjid.

Tadi pakcik kedai cina tu pun tunjuklah bapak aku cara guna henset tu sikit sikit. Then bapak aku cakap gini , " ok tak pe. Nanti anak saya ni boleh tolong ajar " . then pakcik cina tu tengok aku dan tanya " oh , u pakai henset apa ma ? " .

.............

Aku macam blur tak tahu nak cakap macam mana.

Tetibe aku cakap " saya pakai henset cikai je. "

Dia tanya lagi henset apa.

Aku cakaplah " CSL " tak de android ma.

Dia tengok macam tak percaya. Maklumlah budak umur macam aku ni patutnya dah pakai henset grand grand. Puih .


KENAPA , INGAT AKU TAK PANDAI ????

Huh.

Jangan nak pandang macam tu dengan saya lagi uncle !

Saya rasa macam saya ni bangang je uncle kalau uncle..tengok muka saya macam tu.


P/s :

Terima kasih mak ayah sambut hari lahir november lepas. :)




pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email