Saturday, 15 November 2014

kental






Kalau kau dah terlalu sangat sangat terlalu biasa dengan luka,
di hentam sampai kerak bumi paling dalam pun kau sudah tidak mampu untuk merasa apa apa.

Sebab jiwa kau
dah terbiasa







dan kau akan menjadi manusia yang cekal jiwanya kental hatinya.

untuk berhadapan dengan pelbagai lagi luka luka yang mungkin hadir tanpa kau sedar ia nya wujud.


tapi jangan kau lupa.

biar kental jiwa hati tak menitik airmata kerana manusia.

tapi ketika menghadap Pencipta, biar hati berbicara kepada Tuhan.
meluahkan segalanya.


andai itu bisa menghapuskan dosa.

biar airmata menitis ketika menghadap Tuhan,
bukan kerana manusia yang tiada arah tujuan.
hidup ini perlukan bimbingan,
agar tak kecundang dalam perjalanan.


menuju kearah destinasi Tuhan.


perjalanan abadi yang perlu kita cari.

walaupun umur 22 tahun, 
ataupun 40 tahun,
dan apa apa tahun.

selagi kau masih mampu menghirup udara,


Allah masih lagi beri peluang untuk mencari arah.
arah menuju kepada Dia.

hidup tak pernah terlambat selagi kau masih bernafas.

jadi kau perlu bangkit walaupun kau kecundang beribu kali.



kerana kebahagiaan itu nilainya tinggi.

jika kau tak bahagia didunia, kau mengharaplah agar bahagia diakhirat sana.


kerana semua orang berhak untuk bahagia.
😃😃😃😃

cuma,
ia lebih indah jika dapat bahagia didunia dan akhirat.


kau selalu fikir kau tidak bahagia.
kau terluka.
tapi kau lupa kau masih punya keluarga.
bersyukurlah pada yang Esa.
pasti kau akan berasa cukup dengan rezeki kurniaanNya.
kerana didunia ini bahagia mampu dimiliki bila kau miliki iman dan keluarga yang bahagia

dan agama Islam sebagai pegangan.


😃😃😃😃


nota buat diri

Thursday, 13 November 2014

pura kura pura

assalammualaikum.

disebabkan ini update takde langkah dari semalam, aku akan cerita kisah pendek sahaja.

mengenai aku.

mengantuk pulak tetibe. rasa nak tidur dan biarkan blog ini kembali kosong.

tapi aku teruskan usaha menaip kerana perasaan pada hari ini lain dengan keesokan hari.

cuma nak khabaq.

aku kadang kadang rasa serba salah.
aku ni suka mengajak.


mengajak orang kesana kemari.

contoh ajak makan luar, ajak main pingpong, ajak lepak dataran, ajak tengok teater n sebagainya.

dan aku akan tanya dulu,

"bole tak kau join?"

"kalau busy ada test esainment quiz khabaq mai awai kat ceqqq. nnt ceqq cari org lain ganti tempat hang"

"kau betul free ni?"

dan sebagainya. once dia dah setuju hingga ke hari dan saat kau keluar.

tiba tiba dia cakap,

"aku ada test esok"

"aku ada lab report tak siap lagi"

dan sebagainya yang mana ayatnya seolah olah mahu dia diusir dari situ.

yg membuat aku rasa serba salah. masa ajak cakap lain bila jumpa cakap lain.

lepas tu sepanjang show or masa dia buat muka macam tak hepi. bukak enset seolah olah mngejar masa macam nak cakap cepatlah habis.

tahu tak, sebagai orang dewasa, aku terkilan.

its better if u said

"esok ada test. sorri tau. aku dapat teman sekejap je"

"esok ada test la sebenarnya. sorri tak jadi ikut"

atau

"esok aku ada test sebenarnya. tapi takpelah. aku pn nak enjoy"

"esok aku ada test. tapi lantaklah. aku bukannya stadi sangat pun"


or apa apalah.

lebih baik kau berterus terang daripada kau act cool but at the same time you show some unsatisfied feeling.


bagi aku, ok je kalau tak jadi. aku boleh cari orang lain. kalau boleh katakan boleh. kalau tak boleh katakan tak boleh.

daripada kau berpura pura cakap boleh konon nak jaga hati kawan tapi pada waktu yang sama kau buat suasana spoil dgn mood kau yang tak hepi.

alang alang bpura pura, baik kau bpura pura hepi.

aku pun kadang kadang ikut kawan sebab kesian takde sape nak teman tapi jgn rosakkan suasana. kesian kawan kau. ikut suasana. tak suka jgn ditunjuk. hepi sama hepi.



ok bai.







bayang bayang

assalammualaikum semua.

dipetang yang dingin bersama rintik hujan yang turun,

hatiku turut dingin bersama kenangan dan memori yang menerpa minda dan jiwa.



aku pernah rasa.
dan aku selalu rasa.

kebahagiaan itu dirasai apabila aku hanya hadir dalam bayang bayang.


KISAH BERMULA



apabila kau ada kawan. kawan baik. boleh buat senda gurauu. kepala sama senget. mulut sama bisa. hati sama sensitiff. fikiran sama melayang. cuma muka je tak sama sebab korang bukan kembar pong hiks.


dan akan sampai satu tahap,


kau akan mula menjauhkan diri.

sebab





kau rasa dia menjauhkan diri. mungkin segan. mungkin dia rasa rimas.
atau mungkin dia fikir bila dia menjauh, kau akan bahagia.
atau kau hanya sekadar serangga nyamuk yg hadir mengganggu ketenangan malam.

kepada kawan itu, kau harap kehadiran kau masih boleh dirasai. walaupun hanya sekadar bayang bayang yang tiada makna.

dipijak tak sakit.
ditomah dikeji dihina tiada kesan.
kerana bayang bayang hanya sekadar bayang bayang.


hanya memerhati didalam gelap yang sepi.
memerlukan cahaya walaupun sedikit untuk muncul kembali.




*aku tak harap apa apa.
kerana aku hanya bayang bayang.
yang hanya mampu berdoa dalam diam*

agar kau bahagia.




SAMBUNGAN.


kadang kadang juga, kau ada kawan. kawan rapat yang seiring dengan kau.

akan sampai suatu tahap, kawan kau menginjak pergi.
bukan pergi menjauh.
hanya pergi menginjak tinggi.

kau hanya duduk termangu dibawah.

sedang dia menginjak tinggi, menjadi orang yang dikenali, menjadi orang penting dalam organisasi dunia, menjadi nadi dalam setiap urusan.



hingga kau rasa kau tak layak untuk berada dekat.
kerana kau bukan seperti dia.
kau tak pernah nak mengorak langkah.
kerana kau adalah kau.
yang masih sama dulu dan sekarang.
hanya sekadar duduk di bawah sini.


insan yang tak pandai mengejar kejayaan.




ketika itu, kau hanya mampu memerhati. tersenyum sendiri.

memberi sokongan dalam diam agar dia mampu mengakhiri garisan penamat yang makin tinggi menginjak.

kau tak mampu bersuara. tak mampu dekati dia.

lebih ramai orang yang memijak tangga menolak kau semakin ke bawah.


hingga kau segan untuk berbicara mahupun bersenda gurau.

 apatah lagi mahu menunjukkan wajah dan kehadiran yang tak pasti akan mengganggu atau merosakkan suasana. kau hanya sebutir gula didalam manisan yang terlampau manis kerana kehadiran berjuta juta gula sudah memadai.




dan kau seumpama bayang bayang.
yang makin lama tidak disedari apabila ramai orang berkerumun.
dan hanya disedari apabila dia keseorangan.

dan kau masih setia berdiri disitu.

kerana kau adalah bayang bayang.








Monday, 27 October 2014

Angan angan yang hanya menjadi angan angan

Assalammualaikum


Nama saya laila s!

hehe. bertahun sudah tidak berjumpa. akhirnya terdetik hati nak taip sebentar kisah pendek yang betul betul tak panjang.

kerana masa sangat mencemburui, ditambah dengan komitmen ceqq sebagai final year student yang sibuk uruskan itu ini ditambah dengan ulang alik dari rumah dan kampung halaman ke uitm shah alam, ceqq betui betui tiada masa.

hanya hidup dgn fb wassap n twitter sebab online pakai henset haha!

cerita pendek yang ingin aku ceritakan (bukan ceqq lagi dah),
adalah mengenai angan angan yang pernah aku angan angankan suatu masa dahulu yang kini aku pasti ia akan berlalu dan hanya menjadi angan angan dan bukan kenyataan.

dulu masa form 4 ke form 5, aku tak ingat. dok sembang pasal jodoh dengan mak.
dia sibuk dok suruh aku kahwin masa 22 tahun. tapi aku bantah. at least 23 tahun.

zaman sekolah menengah, noob banyak. rasa 22 or 23 tu dah matured.

sekarang aku berumur 22 tahun.
dan bila fikir zaman sekolah menengah tu macam baru berlalu semalam.

rasa macam tak patut sangat nak kahwin 22 tahun kahkah! perangai dan sebagainya macam takde beza dari sekolah rendah. cuma masa sekolah rendah aku pandai masak nasi dan air dan lauk sardin je (PBSM mesti pandai masak sardin).

sekarang dah pandai masak. kahkah. *diam*

then, masa aku mula mula masuk uitm shah alam 2 tahun lebih yang lepas, aku angankan bahawa apabila aku grad, aku nak pakai selimpang pink bersama baju konvo.

tapi bukan selimpang tu yang aku nak highlight.

aku angankan aku pakai baju konvo + selimpang + tunang aku kat sebelah. ambil gambar sama sama. dengan family aku sekali.

aku insyaAllah bakal konvo november tahun depan (kalau FYP lepas. harap harap lulus)....
dan masih single and forever alone.

dan aku sekarang macam takde keinginan nak cari orang yang sesuai, sebab aku rasa tak matured lagi. dan mungkin sebab aku terlalu bahagia dengan kawan dan family. dan mungkin sebab aku tak pernah jumpa orang yang sesuai.

oh ye. aku tak pernah mencari pun.

bengong.

tu la. fahrin ahmad yang aku dok suka sampai sekarang. tak pandang laki lain. ok. my bad.





ditambah pula belajar di fsg yg majoriti perempuan.

dan sekarang aku pasti, angan angan aku akan berlalu sebagai angan angan.

tak payah nak ambil gambar dengan tunang segala bagai la. adoi.



bukan senang nak mencari sebenarnya.


orang kata kalau dah tiba masa, jodoh tu ketemu juga.
tapi itu kalau kita betul  betul usaha mencari dan tekad mencari.

masalahnya, aku tak nak mencari. dan aku tak sampai seru lagi nak mencari.
cuma, aku nak ambil gambar. tu je.



aku tahu kebengongan tahap maxima. tapi, tu la angan angan aku yang pernah aku angankan.



sekarang aku nak tukar angan angan tu.


1- aku nak konvo bersama selimpang pink, duduk sebelah sahol dan ambil gambar.
2- konvo aku wajib seluruh family aku datang sebab aku tahu abang dan adik laki aku sibuk kerja. jadi, aku nak semua datang waktu tu dan ambil gambar bersama. hehe :D


sekarang.

aku harap angan terbaru aku menjadi kenyataan.


babai.

entri yang singkat sebab kesuntukn masa.

jumpa lagi bila aku dah habis buat FYP. dah bentang FYP. dah hantar thesis yang lengkap. dah habis final exam.


jumpa masa tu insyaallah. :)






aku tak sangka dulu aku berangan tahap tak boleh bla.
rasa nak tampor diri sendiri je.


Friday, 30 May 2014

kisah bersama pakcik bas.

Assalammualaikum semua.

semoga semuanya baik baik sahaja.

hari ini kita mahu cerita kisah pendek sahaja.

kisah ini berlaku ketika konvokesyen UiTM dua minggu lepas. Dimana kami sebagai pelajar NR perlu parking kereta dibelakang jakel, bukan dipadang kawad.

Pada hari isnin, selepas kelas tamat 9.30am, aku menunggu bas dipondok bas yang terletak antara fakulti sains gunaan dan fakulti bisnes. selepas 30minit menunggu, datanglah pakcik bersama basnya laluan A menggnakan bas Etika kerana bas uitm digunakan untuk konvo.

Perjalan pulang ke jakel menaiki bas itu hanya dua orang penumpang iaitu aku bersama lagi seorang budak lelaki ntah fakulti bisnes atau law yang aku tak kenal.

Kami pun menaiki bas itu. Dalam bas tu ada raw kanan(2 kerusi) belakang driver dan kiri(2kerusi) sebaris dengan pintu bas. alaaaaa, bas biasa macam bas sekolah tulah.

Budak laki itu duduk di raw ke tiga sebelah tingkap belah kanan.

Manakala aku duduk dihadapan budak lelaki tu tapi bukan sebelah tingkap sebab cuaca panas.

tiba tiba pakcik bas cakap macam ni " Jangan duduk sebelah sebelah ".
aku punya tak faham sebab sepanjang kelas 8.30-9.30am tu aku tidoqqqq je dan balik dalam keadaan mamai.

Pakcik bas tu teleng kepala ke belakang dan pandang aku , " Jangan duduk sebelah sebelah, lelaki dan perempuan. Kamu (sambil tunjuk aku) duduk kerusi bahagian sebelah kiri ni.

Aku pun pelik. Tapi aku bangun jela tukar tempat duduk dengan dok sebelah tingkap bahagian kiri.
Aku ingat waktu tu pakcik tu saja sebab tak nak bagi nampak gonjeng semua org duduk sebaris (driver aku dan budak lelaki tu).

Setelah 2 minit berfikir, baru aku sedar. Pakcik tu tersalahhhh angggggaaaaapppppp !
Kalau tengok kat cermin driver ( rear mirror ), nampak macam aku dengan lelaki tu duduk sebelah sebelah !!!!!!!!! so, pakcik tu taknak tanggung dosa kot dengan menjadi orang ketiga membiarkan seorang wanita dan seorang lelaki duduk bersebelahan dalam bas dia. kebetulan cuma ada kitorang je.

Sepanjang perjalanan ke jakel tu, aku dok pikiaq... habis calar balar maruah aku. aku bukannya duduk sebelah lelaki tu pun. aku duduk depan dia kot. adakah aku perlu explain kat pakcik ni. "grrrrrrr".

tapi bila tiba dijakel, aku terus terdetik, takpelah pakcik ni salah anggap kat aku. aku maafkan. lagipun , niat pakcik ni baik. Cuma, salahnya, dia salah oranglah.

kan bagus kalau semua pakcik bas macam ni.

tapi kenalah selidik betul betul dulu.

tak pasal pasal aku yang tak bersalah ni terkena.

hasil gambar google yang diedit.

Warna merah (1) : tempat budak lelaki duduk.

Warna kuning (2) : tempat aku duduk mula mula

Warna pink (3) : tempat duduk aku lepas dihalau pindah.


SEKIANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN !!

first time rasa terhina.
tetapi, tidak mengapa. :D *sentap*







Thursday, 15 May 2014

Ini semua mengarut.

Assalammmualaikum.


Semoga semuanya baik sihat sejahtera hendak kehendak mahunya.

Semenjak SPM BM dapat A+, aku dah tak endah tata tertib bahasa Melayu sampai words nak cakap hilang.

Uolllsssss.

Susah kot kita nak cari lelaki yang dapat terima kita seadanya kannnn.

Walaupun lelaki tu cakap, " saya terima awak seadanya.. " tu hanya ditujukan untuk perempuan yang cantik.

kau bayangkan kalau pompan tu tak cantik (macam aku). Ada diorang nak cakap macam tu?

FINE. aku bukan nak cerita pasal ni. hewwwww hewwwww hewwwww.

Kau nak tahu apa yang mengarut?

 "Sandy Chips".

Sandy Chips adalah idea paling teruk aku pernah cakap. Tapi kalau difikir, mungkin idea ini boleh jadi gempak dan gemparrrrr (mungkin dalam mimpi aku je).

Bayangkan kalau produk makanan aku ni berkhasiat tinggi ! Sedap ! Boleh makan bila bila ! Tapi at the same time... its texture .... sandiness. So, namakan dia sandy chips.

Ada tak agak agak orang nak beli?

Dulu mula mula orang buat makanan rumpai laut tu macam mengarut je. Rumpai goreng lah rumpai yang jadi jajan lah... Tapi sekarang ramai kot gemar makan makanan alah ni.

Then fikir. mungkin Sandy Chips ini akan jadi popular jugak satu hari nanti.

Bila fikir kali kedua, dan ketiga dan seterusnya. ini semua mengarut. Mungkin popular kerana kualiti dia yang macam sampah.


ohhhh. Ini harus di REJECT.

Next, ini first time supervisor aku depan depan cakap " saya tak larat nak baca banyak banyak kamu punya fyp. Dah macam nak muntah. Literature Review (dalam slide) dah macam sampah. berteraburrrrrrr ".

Kau tahu apa aku buat lepas SV cakap macam tu ?

Aku gelak.

Ye. aku gelak. untuk tenangkan hati dan sejukkan hati SV aku.

Nasib baik lawak bodoh aku dapat diterima dan lecturer turut tergelak.



Oh ye. Selain itu............................ selain daripada itu,

Aku benci tengok cerita Romi Cinta Julia. Walaupun baru 2 episod aku tengok (malam ni dan minggu lepas), aku rasa ceritanya amat mengarut. Tolong jangan tengok. HAHAHAHAHHAAHAHAHAHAHAHHAH!!!!


Eh. uollls tahu tak. aku ni suka mandi manda dan berendam dipantai.
Kalau pergi tempat tempat macam tu, jangan lupa jemput sekali yeeeee !!! K bai. Ini semua hanya nak mengarut semata.

Dasar post blog takde isi.


K bai bai bai.


Hmm kejap lagi ada lah yang muntah lepas baca blog aku ni.

Friday, 9 May 2014

Random Part unknown..

Assalammualaikum.


semoga semuanya sihat sihat belaka dan berada dalam rahmat Allah. May Allah bless us :)

di semester ke 6 saya ini, teramatlah busy dan sibuk dan sibuk dan sibuk.

Hal ini disebabkan saya mempunyai 2 projek iaitu Food product development dan proposal final year projek.

2 perkara ini membuatkan otak, badan, fikiran aku jadi terbelit belit sampai nak putus fius otak.

tak tahu nak tulis apa lagi. nampak tak ke blurrrrrrrr ran disini. dooakan saja semoga saya berjaya.
oh ye. semester ni tak jejak langsung pusat sukan. tak main langsung pingpong. sibuk dengan aktiviti dirumah.

kita jumpa next sem pingpong !






cuma.













saya terlupa gila gila gila gila gila nak wish heppi besday kepada kawan saya heheheehehehe





























lupa sangat 3 mei sudah berlalu. mungkin kena wish ikut kalendar islam pulak kihkih kih.

Monday, 3 February 2014

sembang kosong.

Assalammualaikum.

Sudah ber februari kita di tahun 2014 tapi aku banyak kali tersasul cakap dan tulis umpama sekarang masih lagi 2013.

Loser.

Umur walaupun tak officially 22 tahun tapi masih lagi rasa macam budak berumur 16 tahun.

Berat naik 7 kg boleh buat dono tapi takut la jugak nak makan sampai tertambah tambah. Bila dah seminggu turun 1 kg punyalah heppi terus makan bertambah tambah sehingga kenyang alhamdulillah..... Terus malas nak timbang. Takut kecewakan diri sendiri kekekekkekekeke

Mak aku cakap , zaman sekarang ni kita kena cari jodoh tu  , bukan tunggu je. Zaman sekarang dah tak macam dulu. Al maklumla dia takut nanti umur aku 40 tahun pun tak kahwin lagi. Aku dok melangut jekk dengar.

Mak aku pun sambung lagi , dia cakap hmmm dia suruh aku dok jgn sombong sangat.

Tapi hakikatnya bukan aku sombong. Bila dah senang berkawan dengan kawan lelaki ni , automatik nak berjaatuh hati tu semua ke laut.

Kekkekeekekekkekekeke

Aku ni semua pasal kawan lelaki ni aku cerita kat mak aku. Ramai la jugak mak aku kenal korang ha.

Kawan pompan ni aku jarang cerita sikit sebab hmmm tak tahu pun nak cakap apa pasal kengkawan pompan ni. Cuma , aku suka cerita pasal anis sikit kat mak aku sebab mak aku suka kat anis ni. Lawak orangnya. Haaa anis . lela promote anis ni.

Selama aku hidup 21 tahun ++++++ ni , aku baru tahu mak aku boleh detect macam mana aku react kalau aku betul betul jatuh hati dan berkenan pada seseorang.

Aku tak akan cakap pape kat lelaki tu.
Bila jumpa dia je aku gugup .
Nampak muka dia je aku gelabah semua benda tak bole nak buat. Semua ke longkang kelaut. Tangan menggigil gigil tapi tak selaju jantung aku yang berdegup. Cewwwwaaaahhhhhh

Dan lelaki tu mestilah baik. Bila dia terlebih baik , aku rasa macam tak layak dan tarik diri huahuahuahuuaa padahal lelaki tu tak tahu papepun pasal kita.

Mak aku betul hoi teka siapa yang berjaya buat aku macam ni. Kahkah ! Naluri mak aku ni kannnnn bahaya jugak. Nasib baiklah mak aku tak kenal muka budak ni. Tapi mak aku agak muka dia macam fahrin ahmad.

Sentap sungguh dengan naluri mak. Sentap.

Mungkin sebab tu la mak aku cakap jgn smpai umur 40 tahun pun tak kahwin kahwin.

Entah lah.

Tapi aku percaya , kalau Allah dah tetapkan jodoh kita insyaallah adalah tu. Cuma , jangan mengharapkan yang sempurna. Allah ciptakan pasangan saling melengkapi kelemahan memasing. Yang penting , jalan hidup itu wajiblah menuju redha Allah.

Dan , mak aku terkejut bila aku bagitahu.
" mak , jangan risau . kawan lela semua jenis macam lela. Jenis orang yang tak couple. Semua single. Suka , kita pendam je. Tak berani kot nak cakap. Lagipun 22 je baruuuuuuuuu. Kita lebih suka perhati dari jauh. Crushh gitu"

Lalu mak aku terdiam.

Mesti dia fikir " hai , lambatlah aku timang cucu. "

Hahahahaa

Harap mak aku tak risau.

Kalau dah jodoh , ntah tahun depan ke tahun depan ke tahun depan ke 10 tahun lagi ke bila bila je jodoh datang. Entah aku kenal ke , tak kenal ke , pernah jumpa ke tak pernah berjumpa le , pernah bercakap sama ke tak pernah bercakap sama ke . semua boleeh berlaku dengan izin Allah.

Yang penting .... Doa.

Doa moga mendapat pasangan yang mampu untuk bina sebuah keluarga bahagia. Bahagia dunia akhirat.

Coretan dari wanita pemikiran kanak kanak. Sekian.


P/s : upload blog dari henpon mak je untuk c,uti ni. Jadi cerita semua di taip melulu medadak dan simple. Kalau ada salah bahasa mintak maaf. K bai


Bau minyak atar sememangnya untuk elak wanita dekat kat lelaki ke ?

Sunday, 26 January 2014

pakcik cina kedai henset

Assalammualaikum semua !!!

Lama sudah tiada daku menaip coretan di sini. Akibat kesibukan yang melanda walaupun hati meronta nak kongsi kisah kisah tak guna  lawak dan sedih dan gembira . cewwwwwaaahhhh puih.

Minggu lepas aku baru habis final exam semester 5. Next sem dah masuk sem 6.

Hmm cerita pasal fakulti kita tolak ketepi dulu ye. Final ke , lecturer ke insyaallah aku update akan datang. Mungkin waktu dah dapat result nanti. At least bolehla dijadikan alasan kalau result down ( moga dijauhkan ) .

Dalam sem ni , betapa sedarnya aku yang wassap tu penting. Nak contact akak akak makmal , nak tempah chalet ke .... Semuanya minta num wassap. Lebih mudah berurusan. Tapi malangnya aku masih menggunakan henset yang tak de android . wifi ke benda semua tak de. Kamera pun tak jelas. CSL katakan.

Dulu niat nak beli henset macam tu adalah sikit. Lama lama , dah tak de nafsu. Cuma teringin nak beli henset butterfly nokia zaman lama tu adalah. Hohohoho

Seorang penceramah ni cakap , sekarang zaman IT dan teknologi. Lepas zaman IT adalah zaman ilmu. Jadi kena cepat update dan belajar teknologi. Ibubapa pun kena update dengan teknologi.

Jadi sekarang , mak bapak aku punya hensetttt besaqqq kedabaqqqq . aku sebagai anak kena lah mengajar cara nak guna henset tu. Al maklumlah , kawan universiti semua guna henset canggih , jadi aku tahulah nak guna henset macam ni. Senang je nak belajar , petik jari je. Tak banyak beza macam guna lappy.

Tadi , ayah aku pergi lah beli henset baru. Tak mahu ketinggalan IT katanya. Senang nak berwassap dengan org masjid.

Tadi pakcik kedai cina tu pun tunjuklah bapak aku cara guna henset tu sikit sikit. Then bapak aku cakap gini , " ok tak pe. Nanti anak saya ni boleh tolong ajar " . then pakcik cina tu tengok aku dan tanya " oh , u pakai henset apa ma ? " .

.............

Aku macam blur tak tahu nak cakap macam mana.

Tetibe aku cakap " saya pakai henset cikai je. "

Dia tanya lagi henset apa.

Aku cakaplah " CSL " tak de android ma.

Dia tengok macam tak percaya. Maklumlah budak umur macam aku ni patutnya dah pakai henset grand grand. Puih .


KENAPA , INGAT AKU TAK PANDAI ????

Huh.

Jangan nak pandang macam tu dengan saya lagi uncle !

Saya rasa macam saya ni bangang je uncle kalau uncle..tengok muka saya macam tu.


P/s :

Terima kasih mak ayah sambut hari lahir november lepas. :)




pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email