Monday, 7 October 2013

Reminder untuk Mid-sem ! :D

Assalammualaikum !

harap semua sihat sokmo dan berada dibawah rahmat Allah selalu :)

Cuma nak bagitahu ,

12 - 20 OKTOBER MID SEM BERMULA            ! dan berakhir.

sebulan baru masuk sem ni , terkejuttt dapat lecturer sekema , nasib baik baik baik belaka lecturernya .

sibuk dengan aktiviti luar dan aktiviti sendiri .

kancil asyik rosak dan semput .

sebab tu tak sabar nak cuti mid sem . nak betulkan segala skru wayar dan fius dikepala dan anggota badan agar bersedia untuk belajar betul betul nanti ! hehe . cewwwahhhhhhhh

dah part 5 dah !

tak sabar nak graduate . boleh kahwin lepas tu.

tapi aku ada 8 sem. tak pe. sabar sabar. kejayaan tak mudah digapai , tapi manis bila sudah tercapai.

kekekkekekekekke

aku ni saja nak buat post mgarut sebab dah lama tak mengarut.

nanti mid-sem aku nak try buat tiramisu : D

daging korban nanti nak try masak dengan kerutuk ( rempah dari kelantan ) dan masak gulai kawah . ohhh saja nak masak sebab nak rasa rempah kelantan . bukan bermaksud aku berlatih masak lauk tu sebab nak kahwin dengan orang kelantan

 HAHAHAHAH

ok semua . jangan lupa puasa sunat !



Rasulullah SAW bersabda:


“Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”


dan nak highlight :

HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH .


dan hari ni aku baru tahu , wajib sebenarnya bagi yang mampu ( hari ni dan esok dia cukup bekalan makanan ) untuk mengerjakan korban ( mengambil bahagian dalam korban ). :)

selamat beribadah semua. semoga negara negara Islam aman dan pihak musuh segera tumpas . :) kepada kawan yang sudah atau mahu pulang ke mesir demi semangat yang berkobar kobar mahu menuntut ilmu disana , semoga urusan dipermudahkan . Kita merancang , tapi perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan. Banyakkan berdoa. k bai semua.

aku nak masuk sukan bakat baru badminton. tapi macam tempah kekalahan je sebelum bertanding. huehueheu

12 OKTOBER NI BESDAY ADIK BONGSU AKU. HMMMM DISEBABKAN TENGAH SENGKEK , AKU RASA CUMA NAK AJAK DIA JALAN JALAN MAIN LAYANG LAYANG DAN TENGOK PANTAI KAT PANTAI REMIS. SWEET JUGAK AKU NI . KAKAKAKKA

Pantai remis je kotttttt . tak pelah . ok jugak kan. demi adik bongsu aku. 

sepatutnya dalam list midsem ni , aku letak Assignment dan lab report dan subjek yang perlu disiapkan dan diulangkaji . ok ok ok. okayyyyyyy . spoil .






pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email