Thursday, 20 June 2013

Happy 21 friend.

Assalammualaikum.




Semalam  19 jun 2013.

Tahun lepas   19 jun 2012.

Sebelum tu lagi   19 jun 2011.

before again,  19 jun 2010.

and before that , 19 jun 2009.

tahun 2009. tahun terakhir di sekolah menengah. tahun terakhir belajar bersama. tahun terakhir lepak bersama. tahun terakhir usrah bersama. bersama sama dengan kawan kawan sekolah menengah. that years before 2013, you still have , HERE.

Tapi Allah lebih menyayangi dirimu.

Thanks Allah for let US meet and be friends with HER.


Moga Allah ketemukan kita di akhirat kelak.


semenjak pemergian beliau, Nur Hidayah Bt Zaid ,

aku selalu terasa kematian itu amatlah dekat.
mampu berlaku bila bila.
ketika bergurau, belajar, online, makan, minum , berjalan, tidur. bila bila.
apakah cukup amalan yang aku bawa?
apakah banyak lagi dosa antara aku dan manusia yang tidak dimaafi ?
adakah masih bertimbun perkara yang aku belum berjaya untuk lakukan demi agamaku , keluargaku, diriku ?
dan aku merasakan, selagi aku masih bernyawa,
semua ini tak akan pernah cukup.
Selagi Allah bagi kita nyawa,
Selagi Allah bagi kita hirup udara,
Selagi kita masih berinjak dibumi ini,
Selagi itulah tugas sebagai seorang hamba tak pernah selesai.


Dan aku tak tahu, adakah aku layak untuk terima Jannah Nya.

Aku hanya mampu untuk meminta keampunan daripada NYA.

kerana aku tahu. pasti setiap hari aku ada berbuat kesalahan samada sedar ataupun tidak.

Dan semua matlamat hidup menjadi jelas, selepas pemergianmu wahai sahabat.




Betullah. kematian itu tanda peringatan.





You ask; He gives.


You cry; He listens.


You sin; He forgives.


You repent; He accepts.


You knock; He opens. …


You attend; He welcomes.


You nag; He hears.


You request, He gives.


You question; He solves.


You plea; He resolves.


You take; He provides.


You insist; He grants…


Everything you do, is about you; and everything He does, is about you..



It’s all about you. It’s all about His servants. How Mercy our Allah. Allahuakbar!





Oh Allah. Im always be a sinner. forgive me.


Selamat ulangtahun 21 dayah. Actually , u always be 20 :)


Your mom always said that you are happy being 'there' . And I also know that you such a nice girl made me realise about deen deeply. Berbahagialah awak disana. Allah , please let us meet in Your Jannah one day. 

Im just only a sinner.

Who always ask for forgiveness.

Forgive me.



Oh Allah. 


Ramadhan dah hampir tiba. 

O Allah. sampaikan aku kepada bulan ramadhan.

Ameen.



















Sunday, 9 June 2013

Random I

Assalammualaikum .

selamat malam semua. hari ni dah masuk 1 sya'ban. Semoga Allah pertemukan kita semua dalam bulan ramadhan . sekejap je lagi. tak sabarnya nak puasa yeay :)

disebabkan aku pun nak tulis secara merapu dan apa apa je, tajuk aku tukar menjadi random. takdelah susah susah nak fikir nak letak tajuk apa. haha

 Abang aku sekarang kat johor. sebulan . under company dia hantar. practical kot nak naik pangkat ? pape lah. rindu dia. tu je.

Adik aku yang bongsu ni keje nak cari gaduh. Tapi paling annoying bila dia berdiri sebelah aku. Makin tinggi lah budak ni. haishhhh. tercabar keimanan aku. oh ye. dah 3 hari aku demam. kebelakangan ni sering sakit. mungkin cuaca. mungkin kifarah Allah nak bagi kat dunia. Dah lama pun tak demamkan.

Aku terbatuk batuk. tiba tiba adik bongsu aku dok depan aku. Dia cakap macam ni tiba tiba.
" Kakak, kau tahu tak. kalau epal yang busuk diletak sebaris dengan epal epal yang lawa, epal yang lawa pun boleh jadi busuk. malah jadi lebih busuk. "

Aku blurr. tiba tiba teringat kisah minyak wangi. umpama siapa yang berbuat kebaikan, wangiannya akan semerbak dan memberi kebaikan kepada orang lain. tapi kalau busuk, dari jauh pun dah boleh bau. buat datang mudarat je.

Tapi apa kena mengena cerita ni dgn batuk aku? blurr gila. kena tazkirah dah dengan adik aku.

then, dia sambung. " jadi, kalau kau batuk depan adik, nanti adik boleh berjangkit dan batuk lagi teruk dari kau "

laaaaaaaa. dia cakap pasal jangkitan kuman batuk rupanya. durgh. dah dia tetibe datang time aku batuk ni kenapa.

lagi.

kawan abang aku baru pulih dari parah eksiden. kemalangan motor terlanggar penghadang besi tepi jalan. Keadaan dia ? Ya Allah. Teruk . Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa pada dia walaupun fizikal dia sekarang is not the same as before , lagi lagi bahagian kepala. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah still give him a chance to live. Be a better khalif. dah kita yang sihat ni, jangan lupa pada kematian. dunia hanya persinggahan :)

Tapi. tapi. tapi.

Lepas adik aku, mak n memakcik berborak dgn kawan abg aku yang seorang ni , adik aku terus pergi dok sebelah aku sambil buat muka sedih. dan dia pun cakap mcm ni. " kakak, kwn abg nak lamar kau. kali ni kau jgn tolak. sebelum ni kau da tolak byk lamaran org kan . kesian dia kak. kepala dia bla bla bla. pinggang dia da jadi bla bla lepas eksiden ".

dan aku pun cakaplah " bila masa pulak budak laki tu lamar ? kau suka buat cerita kan. amboi. kesian kat dia pun takkan sampai nak gadai kakak sendiri kot . ingat kakak tak tahu ke yang kau tu saje menipu sbb kesian ? "

sadis dapat adik mcm ni. yep. memang aku kesian. mmg aku simpati. tapi aku lagi kesian kalau dia dapat aku. HHAHAHAHAHAHAH.

matang dah adik aku ni. tak lama lagi bole makan penampo dari aku. huahuahua

oh ye. hari tu aku ada sertai kejohanan terbuka pingpong di UM. let the picture story about everything k.


aku ni tumpang sekaki je medal tu. Just , alhamdulillah :)

kereta kancil ada prob lagi. clutch dan gear dia ada problem. macam dah nak habis.  kat jalan aku bawak slow je sbb tak le nak bawak laju. kalau sebelum ni paling slow 80km/h dan bawak sampai 100++ kali ni aku bawak 60km/h je tau. mesti brader berader jalan ingat aku ni pompan ayu sopan bawak kete slow. ppuih HAHAHAHA. semoga kancil aku cepat sembuh. next week baru nak betulkan.

oh. ada lagi ni nak cerita.

hari tu aku ada dapat paper test. dari test 1 , test 2 dan quiz. sekaligus lecturer tu bagi. dah la masa tu ramai dah dapat paper memasing. aku terlewat sikit sbb kelas before tu aku TER ponteng kelas dia. LAGI . SEKALI . haha 

bila dia tengok markah test 1 aku, " laila, markah awak okaylah. sekadar lepas " .
bila dia tengok markah test 2 aku, " laila, awak bawak toyol eh ? "

sabo je.

tahulah dalam kelas dia aku terbongkang tido. aduh . mungkin salah aku jugak. sape suruh tak concentrate masa dia ajar. jadi kalau dapat full mark pun, takde lah disangkal dan disangsikan lagi. sesungguhnya aku budak sekema dalam kelas. tak tido.

tapi .

itu bukan aku. kalau kelas sejuk sgt , tido lah. kan. sape suruh pasang aircond kuat kuat. kelas petang pulak tu. haha ZZZZZzzZZZ. sekian. kalu panas pun aku tido jugak.

mungkin ada hikmahnya. mungkin Allah nak bagi aku usaha lebih lagi untuk buktikan pada lecturer ni walaupun aku bukan student dari matriks, aku boleh buat. mungkin juga Allah nak uji samada aku lupa akan nikmat DIA beri. mungkin. 

muhasabah diri. mungkin boleh sedarkan diri.

exam dah nak dekat .

tapi tak rasa pun aura nak exam tu.

apa nak jadi dengan sem ni ? mampukah ?

kalau tak usaha , mana nak tahu setakat mana kemampuan kita :) jadi kena terus usaha usaha usaha, lepas tu tawakal dan berdoa. Kita merancang. tapi perancangan allah adalah sebaik baik perancangan.

dibumi mana pun kita study , di mana mana universiti pun kita belajar , bukan itu yang membezakan keputusan . tetapi , u s a h a . usaha yang menentukan kejayaan . Allah penentu segalanya.

layakkah seorang wanita biasa untuk menyukai pada seorang lelaki yang sangat cintakan masjid ?
Allahurabbi.

Maaf kepada ahadiyah sbb tak dapat attend wedding dia sbb kebetulan tournament pingpong pada hari yang sama. Maaf walaupun rumah aku tak jauh mana. HAHA ( cakap jelah dekat ).

Akan datang, najib pulak kahwin . Membina masjid adalah perkara yang mulia. Dimana pada hari seorang lelaki dan wanita diijabkabulkan secara halal, berjuta spesis syaitan dok menangis airmata berdarah kegagalan . (extravaganza punya bahasa :) ) keh keh


Jodoh ? jodoh tu ada. Allah dah tetapkan . cuma cepat atau lambat. Tapi antara jodoh dan kematian , kematian itu adalah suatu benda yang kebih pasti.

Cukupkah amal yang ingin aku bawa?

Moga Allah redha.


Have a nice life kawan kawan :) 

Maafkan aku.
if im being the most ignorant people.






aku cuma manusia. yang sering berbuat kesilapan. maafkan aku.

people make sins. 
muhasabah.
apa ertinya taubat andai diri ego untuk memohon keampunan dari tuhan.












pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email