Friday, 1 February 2013

cerita cuti sem



Assalammualaikum semua.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera :)

Oh. Semua tengah bercuti semester ?
Tidak juga kan.

Ada juga kawan kawan diploma yang sedang struggle dengan test n quiz n esainment yang berlambak sebelum final exam kan J jadi , selamat berjaya. Jangan rasa terbeban atau tertekan walaupun hakikatnya kadang kadang kita rasa penat dengan tugasan. Tapi insyaAllah segala penat lelah ni akan terbalas suatu hari nanti .  =) Rezeki Allah beri , jadi uasaha dan serahkan segala padaNYA.

Ada juga senior yang sepatutnya sudah cuti semester tapi belum cuti lagi.
Aaaaaaaa macam mana tu ? hehe mesti la sebab diorang sibuk nak betulkan dan siapkan thesis for final year. So, good luck jugak. Semoga semua usaha penat lelah akan terbayar . jadi, buat sungguh sungguh. Jangan semberono dan buat ala kadar okay ! 

Aku ada terbaca . seorang senior ni nak mencari kerja tapi dia nak cari kerja dalam suasana islamik. Hmmmmm macam mana tu ? hehe.

Sebenarnya tadi ada tengok rancangan usrah, encik abang imam muda ni cakap, dulu dia kerja pegawai bank, duduk depan laptop, pakai kot , duduk bawah aircond. Abang imam muda ni bertemu ramah dengan pakcik yang kerja di laut. Pakcik ni dahulunya seorang yang susah. Pergi kelaut hanya dengan menggunakan sampan. Dia pun kumpul duit dan akhirnya mampu membeli sebuah bot kecil. Dan hasil dilaut itu sebenarnya banyak. Walaupun tidak berpakaian kot, bekerja diwah sianaran matahari , tapi pakcik yang kerja dilaut ni dapat menerokai rezeki denagn lebih banyak. =) gaji lebih kurang sama denagn pegawai bank. Haaaa amacam. Percaya tak ? percayalah. Sebab bumi kita 79% terdiri daripada air. Sumber makanan pun kebanyakannya daripada air kan :)


Tapi cerita kat sini bukan nak cakap suruh jadi nelayan, sebenarnya kerja apa-apa pun , tapi aklau dibuat dengan bersungguh, insyaAllah kita masih mampu untuk hidup senang. Rezeki itu kan , Allah yang bagi =) dannnnnnnnnnnn, nak cari kerja suasana islamik sebenarnya, bukanlah kita nak cari kerja dimana, diwaktu dhuha, bos suruh pekerja buat jemaah dirikan solat dhuha. Masuk zohor, terus pegi masjid reramai dan solat jemaah. Sedangkan kita tahu, dalam malaysia cara bekerja ada timing dia tesendiri. Yang paling pentingggg, asalkan syarikat atau mana mana tempat kerja tu tidak melarang kita untuk menunaikan solat =)
Dan, walaupun suasana tempat kerja itu tidak seislamik yang kita mahukan, mungkin kita sendiri yang boleh wujudkan suasana islamik ditempat kerja itu. =) hehe. Tiba tiba teringat novel hlovate “ ROOFTOP “ . try lah baca.

Ok. Itu muqadimah je. Sebenanya nak cerita perjalan hidup dan perancangan sempena tengah cuti sebulan ni. Mula mula niatnya ingin mencari kerja. Tapi disebabkan cuti Cuma sebulan, susahla kot nak cari kerja. Ye tak ? hehe.

Firstly, dalam senarai cuti ni .. perkara yang wajib dibuat adalah mempelajari masakan n buat makanan ala ala western. Yep ! sebab aku memang fail bab bab makanan yang takde kena mengena dengan makanan tradisional melayu. Hehe ( bajet macam da pro masak makanan melayu.. tui tui tui )

1- karamel
2- kek red velvet
3- lupa dah nama dia apa.

Then, tempat wajib pergi dalam list hanyalah pwtc sempena pesta buku.
Disebabkan mak aku tetibe ambil lagi 3 orang budak untuk dijaga dan menjadikan semua budak yang perlu dijaga adalah 5 orang, memanglah tak menang tangan nak tolong. Jadi mungkin aku terpaksa ( paksa dgn ikhlas ) untuk tidak mencari kerja sementara cuti sem yang pendek ini. Dan untuk pi pwtc niiiiiiii entahlah. Mungkin akan digantikan dengan pi karnival karangkraf tu je kot sebab RAM ada kat situ kali ni !

hehehehehe !

Jadi rutin harian kat rumah ni kadang kadang jadi driver. Jaga budak . benda wajib adalah jadi pembonceng motor untuk bebudak ni petang petang sebelum diorang balik. Hehe. Budak budak kecik ni ,,,,,, buatkan aku tak kering gusi.

Tapi paling lawak tentang bebudak ni, kalau aku ajak diorag pi solat , baru rakaat pertama memasing dah habis sembahyang. -.-‘’’’’’ maklumlah. Budak tak cukup umur. Diorang semangat waktu nak ambil wudu’ je. Mungkin sebab suka main air. Oh udak yang mak aku jaga ni, umurnya semua 2-3 tahun. Tapi ada 2 orang yang dah besar sikit. Sorang ni 5 tahun , sorang lagi 6 tahun.
Bila aku tolong mak aku jaga bebudak ni, bukan ciri ciri mak yang nampak dalam diri aku, tapi dah tak nampak mana budak budak kecik dan mana ‘ budak dewasa ’ .
Akan sampai satu tahap ni, jaga budak sebenarnya mengajar aku erti kesabaran. Kesabaran yang nyata.

Hehe


Ada satu perkara ni yang adik aku si asyraaf suka buat lawak lately ni.


1- dia suka berdiri sebelah aku , lepas tu gelak tetibe. Then cakap, “ pendeknye kau kakkkk “ -.- oi. Oi . oi. Oi oi oi oi. Geeessshhh


2- ejek kononnya aku dah ada pakwe. Sedangkan hakikatnya tak de langsung. Tak ke sadis bunyinye tu. Oooh, paling sadis bila mak aku jumpa kawan dia kat majlis kahwin. Dan kawan mak aku tu cakap yang mak aku ni tak lama lagi bakal nak dapat menantu. Sebab dengar ura ura yang aku ni dah ada pakwe. Tak ke rasa macam nak lempang pengsan je dengar mende merepek ni. Mungkin sebab aku lately ni syok dengan artis fahrin ahmad kot. Tu bajet aku dah ade pakwe. Hissssshhhhhhhh. Sepanjang aku hidup ni, pakwe aku Cuma soang je tau. Maher Zain. Hak hak hak

Cuti sem ni kena manfaatkan masa yang ada.

Ada 2 nikmat yang besar tetapi manusia tak sedar. 1-nikmat kesihatan 2- nikmat kelapangan.

Semoga masa yang lapang Allah bagi ni, kita semua boleh isi dengan perkara perkara bermanfaat =) tak semestinya kita kena jejak masjid untuk dengar ceramah. Tak semestinya kita kena cari kawan untuk buat halaqah n dirikan usrah andai kita tak mampu. Tapi, kita masih boleh buka tv dan dengar ceramah di tv, tengok rancangan islamik. Selain tu, kalau tak de tv pun, kita masih ada tafsir al quran untuk kita baca. =)

Dan tak semestinya nak buat baik kena bangun malam n buat solat sunat. Lepas sembahyang maghrib pun kita bole latih untuk buat solat sunat taubat n hajat J latih diri sedikit demi sedikit . yang penting , kita istiqamah . bila dah bersedia untuk menjadi orang yang lebih hebat , insyaAllah diri akan menjadi rajin dengan sendirinya untuk menjadi yang lebih baik.

Tapi kalau nak jadi luar biasa, bolehlah cuba untuk buat amalan lebih, yang extravaganza luarbiasa sebab sekarang dah ramai yang jadi luar biasa. Hehehehehehehe

Aku ?

aku pun masih berjalan . mungkin bertatih ? untuk melalui perjalanan hidup menuju kejayaan .

Sebab aku pun manusia yang pernah melakukan kesalahan .

Hehe.

Teringat kata kata senior dulu, “ selamat berjaya menuju syurga “ .

Aku jumpa kata kata ni haaaaa

  SOLEH BUKAN KERANA SOLEHAH TAPI KERANA ALLAH . SOLEHAH BUKAN KERANA SOLEH , TAPI KERANA ALLAH ‘


Yet. I still learn . learn how to be good .Good and then be better . to be the best . but still learn , how to be the good one.


Btw, tak slahkan kalau suka tengok drama melayu ? hehe. Aku suka tengok drama melayu. Tapi bila da sampai tahap jalan cerita yang si hero atau heroin kena tindas, aku terus tukar  cerita tv. Nanti dah agak agak konflik dah selesai , baru aku tengok balik cerita tu. Sebab tu aku lebih suka tengok horror film. So tak de lah bab bab perasaan ni. Dan , aku masih suka untuk dengar lagu bigbang. Yeah bigbang korea tu.
Kadang kadang aku pelik. Aku ni manusia  dua alam ke ? :P

Tak kisahlah =)

Tapi cuti semester ni yang paling best adalah aku dapat berjumpa dengan kawan kawan lama. =) syukuurrrrr ! Allah masih bagi peluang untuk kitorang berjumpa. Syukuurr! :)

Aku rasa , akan datang nanti aku nak cerita pasal diorang ni la. Hehe . jadi, selamat malam, pagi , petang  kepada semua !
Salam subuh, zohor , asar , magrib , isyak !

Salam 1 malaysia. (  errrrrkkkkkk? )






1 comment:

AkmalAmira said...

happy holidayyy lela !!!

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email