Monday, 7 October 2013

Reminder untuk Mid-sem ! :D

Assalammualaikum !

harap semua sihat sokmo dan berada dibawah rahmat Allah selalu :)

Cuma nak bagitahu ,

12 - 20 OKTOBER MID SEM BERMULA            ! dan berakhir.

sebulan baru masuk sem ni , terkejuttt dapat lecturer sekema , nasib baik baik baik belaka lecturernya .

sibuk dengan aktiviti luar dan aktiviti sendiri .

kancil asyik rosak dan semput .

sebab tu tak sabar nak cuti mid sem . nak betulkan segala skru wayar dan fius dikepala dan anggota badan agar bersedia untuk belajar betul betul nanti ! hehe . cewwwahhhhhhhh

dah part 5 dah !

tak sabar nak graduate . boleh kahwin lepas tu.

tapi aku ada 8 sem. tak pe. sabar sabar. kejayaan tak mudah digapai , tapi manis bila sudah tercapai.

kekekkekekekekke

aku ni saja nak buat post mgarut sebab dah lama tak mengarut.

nanti mid-sem aku nak try buat tiramisu : D

daging korban nanti nak try masak dengan kerutuk ( rempah dari kelantan ) dan masak gulai kawah . ohhh saja nak masak sebab nak rasa rempah kelantan . bukan bermaksud aku berlatih masak lauk tu sebab nak kahwin dengan orang kelantan

 HAHAHAHAH

ok semua . jangan lupa puasa sunat !



Rasulullah SAW bersabda:


“Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”


dan nak highlight :

HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH .


dan hari ni aku baru tahu , wajib sebenarnya bagi yang mampu ( hari ni dan esok dia cukup bekalan makanan ) untuk mengerjakan korban ( mengambil bahagian dalam korban ). :)

selamat beribadah semua. semoga negara negara Islam aman dan pihak musuh segera tumpas . :) kepada kawan yang sudah atau mahu pulang ke mesir demi semangat yang berkobar kobar mahu menuntut ilmu disana , semoga urusan dipermudahkan . Kita merancang , tapi perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan. Banyakkan berdoa. k bai semua.

aku nak masuk sukan bakat baru badminton. tapi macam tempah kekalahan je sebelum bertanding. huehueheu

12 OKTOBER NI BESDAY ADIK BONGSU AKU. HMMMM DISEBABKAN TENGAH SENGKEK , AKU RASA CUMA NAK AJAK DIA JALAN JALAN MAIN LAYANG LAYANG DAN TENGOK PANTAI KAT PANTAI REMIS. SWEET JUGAK AKU NI . KAKAKAKKA

Pantai remis je kotttttt . tak pelah . ok jugak kan. demi adik bongsu aku. 

sepatutnya dalam list midsem ni , aku letak Assignment dan lab report dan subjek yang perlu disiapkan dan diulangkaji . ok ok ok. okayyyyyyy . spoil .






Wednesday, 17 July 2013

Random 2


Random ?

Nope.

Assalammualaikum.

Have you ever heard about this pepatah melayu “ Luka di hati walaupun dah sembuh tetap berparut ? “

Tiitt tiit tiit . okay . nak taip melayu lah. Bagi feeling kat diri aku sikit . *slap*

Dulu, dan sebelum ini , aku pun setuju kot dengan pepatah melayu ni yang direka oleh siapa pun aku tak tahu. Randomly , orang cakap biasanya pakai quotes kan. Lepas tu, that quotes akan bagi effect kepada si pembaca.

Quotes = positive cooperativity ?

Kadang kadang aku fikir,

“ macam mana aku nak tahu yang aku betul betul dah maafkan seseorang ? “
Seem like I be the one who doesn’t care too much about something yang remeh temeh . Tapi ,,, (short  stories)

Contoh 1 :  aku geram je dgn mokcikmokcik yang suka blame on me ‘kenapa stadi uni tempatan ‘ . kalau ingat je, mesti hati rasa nak marah. Walaupun aku dah maafkan diorang ?

Contoh 2 : aku makan hati kalau teringat kisah lama , how people , friends can easily justify me without ask or try to figure out what actually happen even im not the one who spread the rumours or create the rumours . but im AMONG them who heard about the rumours. Haha . masa tu rasa macam muka aku dah ada cop penjenayah. Walaupun tak buat, tapi tetap nampak penjenayah. Durrr


Contoh 3 : then , aku betul betul marah bila minta tolong dengan guys , tapi memasing bajet macho , ego agaknya. Dah kudrat pompan tak larat nak angkat benda berat or buat something yang kena together buat sama sama macam bersihkan taman yang telah ditugaskan ke satu kumpulan, but only girls who works while boys goyang kaki. Hati menyumpah.

Contoh 4 : kalau aku tulis lagi contoh, Nampak sangatlah aku ni mcm banyak marah kat orang kan. Haha

Dan semua contoh kat atas ni ( rekaan ? agar mudah bagi paham ? tak semestinya berlaku k ) , mungkin takes time untuk aku ( aku gunakan contoh diri sendiri lah )  memaafkan kepada sesape yang pernah buat aku marah and made me annoying or berjaya keluarkan tanduk setan dari kepala aku .
okay ayat sarkas .

Yeah. Manusia. Its not easily to forgive and forget . well-said. Well-said lela. Well-said . *double slap*
Pang.pangg.


Kalau dah marah or benci to someone who make your life turn around 360, ataupun acute angle je <60,  bukan mudah nak maafkan betul betul . as I said before , Im also not sure if im really really have forgiven them. How can I know that, even its actually hard to understand myself? Kenapa kalau dah maafkan, still rasa macam ‘terasa’ kalau teringat kembali kisah kisah itu ?


Tapi kan  islam tak ajar macam tu.
(terasa pipi kena lempang lagi sekali minta kena tarbiyyah).

Because I found this quote :

 bila terasa parut tu masih ada lepas hati terluka, tu tandanya hati masih belum sembuh sepenuhnya. Sebab hati tak akan pernah tinggalkan kesan parut. Sedangkan hati kotor masih boleh dibersihkan dengan zikir dan taubat. Jadi, kalau ada parut , tu maknanya kita belum betul betul memaafkan orang itu “

Dan juga :

Abu Hurairah ra, bahwasannya Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran a.s, berkata: “Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? “
 Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )

Sungguhlah islam itu indah .

Itulah betapa susah nak memaafkan seseorang , walhal itulah perkara ALLAH paling suka. Sedangkan kita hari hari berbuat dosa samada dalam sedar atau tak , ALLAH masih lagi menyuruh hambanya seeking forgiveness  -taubat- sebab ALLAH Maha Pengampun.
Siapalah kita nak berjalan dimuka bumi ALLAH dengan perasaan marah kepada mereka yang lain, sedangkan kita juga hamba yang berdosa .

Juga :

An-Nuur : 22 .

Then, automatic dan secara tak langsungnya sifat SABAR pun terkait sekali.


Jadi, bila dah terjaga dari mimpi dan perlu meghadapi reality . . . . aku kena ada sikap pemaaf. Bukan maaf yang saja saja .

Alhamdulillah. insyaALLAH , the past is the past . everyone deserve the future .
Then, I want my future get blessing from HIM and barakahh too from ALLAH.


To those, who have made me freaking out ouch. Or annoyed me (haha ayat macam kejam) or made me angry , just chill out . you owe me nothing .  InsyaAllah tengah nak jadikan diri kebal. Mungkin. Phewww.  Just be happy . tak nak lah tunggu raya baru nak maafkan kan ? he he he he.

Orang remaja cakap , 0 - 0 ?
Haha.

Just want to start the new beginning .
New beginning of me ? inside lah. Kalau Nampak aku kecoh or kepoh or buat lawak bodoh or perangai bebudak please don’t judge me.

Hei lela.

“" If you try to please everyone you will end up pleasing no one, but if you please Allah, you will not have to please any one ".
++++++++
‘’’’’’plus, Allah would give you everything. but people can promise nothing’’’’’


Smile again :)

So, if you have forgive and forget , you will be happy . dan ada satu perasaan bahagia yang digelar ‘tenang’. Bila dah rasa bahagia dan tenang after dah maafkan orang , so you really really actually forgive them sebabb parut pun tak de ;)

Sebab Allah pun suka.

Selepas memaafkan orang lain ,  ( dengan susah payahnya memaafkan dan berusaha keras melupakannya ) and they do the same mistakes again . . . . . . . okay. You can scold them . hahahahaha and kill them .

DON’T EVER !

Spill it out . nangis ke . luah ke. Bagi rasa calm down sikit . then maafkan lagi . maaf  dan  maaf .

Easily to said than done ehh ?

Takpe, ALLAH tengok usaha . tak tengok natijah kan ?






Tak salah pun nak rasa marah . Cuma jangan dibiarkan amarah itu terus terusan bertakung dalam diri .
Still , kita manusia biasa kan ?

Tapi manusia ni ALLAH cipta hebat sebabb syaitan pun dulu , ALLAH suruh dia sujud kat ADAM tapi syaitan ni ingkar dan angkuh.
Jadi dah nyatalah syaitan ni musuh kita .

Marah tu kawan syaitan eh ?
Tak mau la kawan dengan depa. Depa kejam. Makhluk yang kompem ALLAH hantar direct ke neraka.

Dan akhir sekali , tak bestlah kalau aku je yang nak memaafkan.



Me , here , laila syahidah binti abdul rahim also seeking forgiveness from them who terasa hati or termakan hati or terguris hati or tersembilu hati or termarah , terasa diannoyed kan dulu dulu zaman kita remaja dan sekarang masih lagi remaja kay haha. Aku minta maaf. Saya minta maaf.

Dari dalam hati .

Betul betul minta maaf.

Kalau ada hutang tak dibayar lagi ke, boleh la minta.

Zaman remaja dan kanak kanak, mana lah nak ingat sangat kan :)

Still, im a human.
Who makes sins everyday . and try to seek forgiveness from ALLAH and my sahabah sahabah too.

Seorang sahabat ada memberitahu , 
“ jangan kerana disebabkan amarah seseorang terhadap kita atau hutang kita terhadap seseorang menyebabkan langkah kaki kita tersekat untuk memasuki syurga “

;)

Moga Allah redha.

InsyaALLAH sebarang masalah boleh diutarakan. Haha
Dengan ini, saya berbesar hati sekiranya ada sape sape nak tuntut hutang duit walupun seposen , ataupun nak settle masalah , ataupun apa apa yang sebagainya di e-mel saya.


Or skype with me, to get everything goes smoothly ( moga ALLAH permudahkan ) di:

laila.syahidah

haha gaya dah macam apa.
Tak apalah. Allah tengok usaha :)



it is not their fault to judge you from the past . because they might know nothing .

but it surely wrongs , if i hate them because they are judging me from my past . should be i know that Allah the best to know who i am. so I need to please Allah . 

--- bila hubungan dengan Allah kita jaga , Allah jaga hubungan kita dengan manusia yang lain  ---

obey Allah .


still , if you feel there have problems, try to settle it and leave the rest to ALLAH .
kadang kadang manusia ni hidup sebab terlalu memikirkan macam mana kita perform depan manusia berbanding nak perform depan ALLAH.



p/s :

semua orang ada masalah.

masalah belajar ?
masalah keluarga ?
masalah kawan?
masalah kewangan?
masalah dengan m-a-s-a-a-l-a-h ?
masalah dengan diri sendiri?

so, takes note. be optimis.

cuba untuk selesaikan. 

again. Allah tak tengok natijah. yang penting usaha .

usaha yang bukan main-main. usaha yang digelar , Mujahadah , bukannya Pekejadah. 
:)


semua yang berlaku ada hikmahnya.

jadikan point kejatuhan kita untuk push up kita to keep move on and learning from that mistakes.



tak pelik pun kalau nak gagal. sebab gagal sekali bukan bermakna gagal selama lamanya.

tapi pelik kalau dah gagal tapi tak nak usaha . tu namanya gagal sekali bermakna gagal selama lamanya.

tak kan nak jadi pelik ? ;)


thus, for me, untuk result exam semester kali ni, walauapapun keputusannya , i need to be ready to accept any results i get.

just , typing this for myself. 







































Thursday, 20 June 2013

Happy 21 friend.

Assalammualaikum.




Semalam  19 jun 2013.

Tahun lepas   19 jun 2012.

Sebelum tu lagi   19 jun 2011.

before again,  19 jun 2010.

and before that , 19 jun 2009.

tahun 2009. tahun terakhir di sekolah menengah. tahun terakhir belajar bersama. tahun terakhir lepak bersama. tahun terakhir usrah bersama. bersama sama dengan kawan kawan sekolah menengah. that years before 2013, you still have , HERE.

Tapi Allah lebih menyayangi dirimu.

Thanks Allah for let US meet and be friends with HER.


Moga Allah ketemukan kita di akhirat kelak.


semenjak pemergian beliau, Nur Hidayah Bt Zaid ,

aku selalu terasa kematian itu amatlah dekat.
mampu berlaku bila bila.
ketika bergurau, belajar, online, makan, minum , berjalan, tidur. bila bila.
apakah cukup amalan yang aku bawa?
apakah banyak lagi dosa antara aku dan manusia yang tidak dimaafi ?
adakah masih bertimbun perkara yang aku belum berjaya untuk lakukan demi agamaku , keluargaku, diriku ?
dan aku merasakan, selagi aku masih bernyawa,
semua ini tak akan pernah cukup.
Selagi Allah bagi kita nyawa,
Selagi Allah bagi kita hirup udara,
Selagi kita masih berinjak dibumi ini,
Selagi itulah tugas sebagai seorang hamba tak pernah selesai.


Dan aku tak tahu, adakah aku layak untuk terima Jannah Nya.

Aku hanya mampu untuk meminta keampunan daripada NYA.

kerana aku tahu. pasti setiap hari aku ada berbuat kesalahan samada sedar ataupun tidak.

Dan semua matlamat hidup menjadi jelas, selepas pemergianmu wahai sahabat.




Betullah. kematian itu tanda peringatan.





You ask; He gives.


You cry; He listens.


You sin; He forgives.


You repent; He accepts.


You knock; He opens. …


You attend; He welcomes.


You nag; He hears.


You request, He gives.


You question; He solves.


You plea; He resolves.


You take; He provides.


You insist; He grants…


Everything you do, is about you; and everything He does, is about you..



It’s all about you. It’s all about His servants. How Mercy our Allah. Allahuakbar!





Oh Allah. Im always be a sinner. forgive me.


Selamat ulangtahun 21 dayah. Actually , u always be 20 :)


Your mom always said that you are happy being 'there' . And I also know that you such a nice girl made me realise about deen deeply. Berbahagialah awak disana. Allah , please let us meet in Your Jannah one day. 

Im just only a sinner.

Who always ask for forgiveness.

Forgive me.



Oh Allah. 


Ramadhan dah hampir tiba. 

O Allah. sampaikan aku kepada bulan ramadhan.

Ameen.



















Sunday, 9 June 2013

Random I

Assalammualaikum .

selamat malam semua. hari ni dah masuk 1 sya'ban. Semoga Allah pertemukan kita semua dalam bulan ramadhan . sekejap je lagi. tak sabarnya nak puasa yeay :)

disebabkan aku pun nak tulis secara merapu dan apa apa je, tajuk aku tukar menjadi random. takdelah susah susah nak fikir nak letak tajuk apa. haha

 Abang aku sekarang kat johor. sebulan . under company dia hantar. practical kot nak naik pangkat ? pape lah. rindu dia. tu je.

Adik aku yang bongsu ni keje nak cari gaduh. Tapi paling annoying bila dia berdiri sebelah aku. Makin tinggi lah budak ni. haishhhh. tercabar keimanan aku. oh ye. dah 3 hari aku demam. kebelakangan ni sering sakit. mungkin cuaca. mungkin kifarah Allah nak bagi kat dunia. Dah lama pun tak demamkan.

Aku terbatuk batuk. tiba tiba adik bongsu aku dok depan aku. Dia cakap macam ni tiba tiba.
" Kakak, kau tahu tak. kalau epal yang busuk diletak sebaris dengan epal epal yang lawa, epal yang lawa pun boleh jadi busuk. malah jadi lebih busuk. "

Aku blurr. tiba tiba teringat kisah minyak wangi. umpama siapa yang berbuat kebaikan, wangiannya akan semerbak dan memberi kebaikan kepada orang lain. tapi kalau busuk, dari jauh pun dah boleh bau. buat datang mudarat je.

Tapi apa kena mengena cerita ni dgn batuk aku? blurr gila. kena tazkirah dah dengan adik aku.

then, dia sambung. " jadi, kalau kau batuk depan adik, nanti adik boleh berjangkit dan batuk lagi teruk dari kau "

laaaaaaaa. dia cakap pasal jangkitan kuman batuk rupanya. durgh. dah dia tetibe datang time aku batuk ni kenapa.

lagi.

kawan abang aku baru pulih dari parah eksiden. kemalangan motor terlanggar penghadang besi tepi jalan. Keadaan dia ? Ya Allah. Teruk . Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa pada dia walaupun fizikal dia sekarang is not the same as before , lagi lagi bahagian kepala. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah still give him a chance to live. Be a better khalif. dah kita yang sihat ni, jangan lupa pada kematian. dunia hanya persinggahan :)

Tapi. tapi. tapi.

Lepas adik aku, mak n memakcik berborak dgn kawan abg aku yang seorang ni , adik aku terus pergi dok sebelah aku sambil buat muka sedih. dan dia pun cakap mcm ni. " kakak, kwn abg nak lamar kau. kali ni kau jgn tolak. sebelum ni kau da tolak byk lamaran org kan . kesian dia kak. kepala dia bla bla bla. pinggang dia da jadi bla bla lepas eksiden ".

dan aku pun cakaplah " bila masa pulak budak laki tu lamar ? kau suka buat cerita kan. amboi. kesian kat dia pun takkan sampai nak gadai kakak sendiri kot . ingat kakak tak tahu ke yang kau tu saje menipu sbb kesian ? "

sadis dapat adik mcm ni. yep. memang aku kesian. mmg aku simpati. tapi aku lagi kesian kalau dia dapat aku. HHAHAHAHAHAHAH.

matang dah adik aku ni. tak lama lagi bole makan penampo dari aku. huahuahua

oh ye. hari tu aku ada sertai kejohanan terbuka pingpong di UM. let the picture story about everything k.


aku ni tumpang sekaki je medal tu. Just , alhamdulillah :)

kereta kancil ada prob lagi. clutch dan gear dia ada problem. macam dah nak habis.  kat jalan aku bawak slow je sbb tak le nak bawak laju. kalau sebelum ni paling slow 80km/h dan bawak sampai 100++ kali ni aku bawak 60km/h je tau. mesti brader berader jalan ingat aku ni pompan ayu sopan bawak kete slow. ppuih HAHAHAHA. semoga kancil aku cepat sembuh. next week baru nak betulkan.

oh. ada lagi ni nak cerita.

hari tu aku ada dapat paper test. dari test 1 , test 2 dan quiz. sekaligus lecturer tu bagi. dah la masa tu ramai dah dapat paper memasing. aku terlewat sikit sbb kelas before tu aku TER ponteng kelas dia. LAGI . SEKALI . haha 

bila dia tengok markah test 1 aku, " laila, markah awak okaylah. sekadar lepas " .
bila dia tengok markah test 2 aku, " laila, awak bawak toyol eh ? "

sabo je.

tahulah dalam kelas dia aku terbongkang tido. aduh . mungkin salah aku jugak. sape suruh tak concentrate masa dia ajar. jadi kalau dapat full mark pun, takde lah disangkal dan disangsikan lagi. sesungguhnya aku budak sekema dalam kelas. tak tido.

tapi .

itu bukan aku. kalau kelas sejuk sgt , tido lah. kan. sape suruh pasang aircond kuat kuat. kelas petang pulak tu. haha ZZZZZzzZZZ. sekian. kalu panas pun aku tido jugak.

mungkin ada hikmahnya. mungkin Allah nak bagi aku usaha lebih lagi untuk buktikan pada lecturer ni walaupun aku bukan student dari matriks, aku boleh buat. mungkin juga Allah nak uji samada aku lupa akan nikmat DIA beri. mungkin. 

muhasabah diri. mungkin boleh sedarkan diri.

exam dah nak dekat .

tapi tak rasa pun aura nak exam tu.

apa nak jadi dengan sem ni ? mampukah ?

kalau tak usaha , mana nak tahu setakat mana kemampuan kita :) jadi kena terus usaha usaha usaha, lepas tu tawakal dan berdoa. Kita merancang. tapi perancangan allah adalah sebaik baik perancangan.

dibumi mana pun kita study , di mana mana universiti pun kita belajar , bukan itu yang membezakan keputusan . tetapi , u s a h a . usaha yang menentukan kejayaan . Allah penentu segalanya.

layakkah seorang wanita biasa untuk menyukai pada seorang lelaki yang sangat cintakan masjid ?
Allahurabbi.

Maaf kepada ahadiyah sbb tak dapat attend wedding dia sbb kebetulan tournament pingpong pada hari yang sama. Maaf walaupun rumah aku tak jauh mana. HAHA ( cakap jelah dekat ).

Akan datang, najib pulak kahwin . Membina masjid adalah perkara yang mulia. Dimana pada hari seorang lelaki dan wanita diijabkabulkan secara halal, berjuta spesis syaitan dok menangis airmata berdarah kegagalan . (extravaganza punya bahasa :) ) keh keh


Jodoh ? jodoh tu ada. Allah dah tetapkan . cuma cepat atau lambat. Tapi antara jodoh dan kematian , kematian itu adalah suatu benda yang kebih pasti.

Cukupkah amal yang ingin aku bawa?

Moga Allah redha.


Have a nice life kawan kawan :) 

Maafkan aku.
if im being the most ignorant people.






aku cuma manusia. yang sering berbuat kesilapan. maafkan aku.

people make sins. 
muhasabah.
apa ertinya taubat andai diri ego untuk memohon keampunan dari tuhan.












Saturday, 4 May 2013

selamat hari ulangtahun kelahiran 21.

assalammualaikum.

macam mana ni.

besday kawan saya 3 mei la . 3 / 5 / 1992.

hari tu stay up malam update blog sbb nak wish tapi tak tahan kepenatan bermain pingpong lantas tertidur.

hari ni 5 mei.

saya dah terlepas nak wish kat dia.

nanti kalau wish sekarang macam dah terlambat. :(

dia sedar tak ?

tak pelah. wish dekat blog jela. dia pun bukannya baca pun. ha ha ha.

Kawan saya tu sekarang tengah exam. Harap semua dapat doakan dia dan kawan kawannya yang lain agar dipermudahkan menjawab soalan.

Moga umur 21 membawa hidupnya kepada sinar kehidupan yang bahagia. lebih bahagia. dan extra bahagia. Moga Allah melindungimu selalu. :)

im being irresponsible. yeah.

kawan saya ni budak yang sangat baik. jika diletak sebelah saya, umpama ermmm ermmm

mungkin umpama pokok kertas dan pokok bunga raya sebab beza tinggi tak de lah ketara ( HA HA ).
tapi dia umpama bunga yang mekar. Saya bunga yang tidak lawa.

apa apa pun, saya berharap hubungan persahabatan ini kekal selamanya. Dalam doa sepanjang masa.
itu yang penting.


wahai kawan saya ,




When u feel burden , 



EVEN, 





WHAT i hope is only you can find your happiness one day .



sorry for being such a bad friend. Hope you will forgive for all my wrongdoings before. 

HAPPY 21.

May Allah ease your way.

keep smile and take care.


Thursday, 2 May 2013

Random.

Assalammualaikum.

hei semua. apa khabar ? yeah. ini musim demam.

Randomly nak cakap . Share what happens lately.

what happens ? im growing. becomes taller and bigger ? HAHA. kidding !

sekarang aku dah pindah rumah sewa. saja ubah angin. duduk di kawasan terpencil dalam area shah alam. lari dari kesesakan ibu kota. Menghirup udara segar dan mencari erti kehidupan yang baru.

Im a big shock.
Semua test 1 yang lecturer bagi semua ke laut. soalan pelik ! baca notes and buat past year pun tak membantu. well. people said " belajar bukan untuk jawab periksa saja ". But this exam la yang tentukan tahap mana otak aku ni dah pickup apa yang lecturer bagi dalam kelas. Ceh. dah kerja tidur dalam kelas je. ehem !

Tapi kalau kita tak merasa kesusahan, sampai bila kita nak buat usaha yang lebih sikit ? Tiada siapa yang berada di puncak kejayaan denagn bersenang lenang. Thus, islam ada untuk kita selalu tarbiyah and motivate diri ni agar jadi kuat dan betulkan niat belajar :)

For Allah.
Deen islam.
Family .
Self.
Future.


sekarang tengah musim PRU 13. ada yang taksub. ada yang biasa biasa. ada yang tak ambil kisah.

dan aku pun bukannya kisah sangat pasal orang orang ni. kah kah ! sape cakap aku tak kisah. kadang kadang sampai tahap annoying. rasa macam nak angkat TV campak dan tumbuk tumbuk TV tu. yeah. saluran media tidak memaparkan apa yang perlu supaya rakyat malaysia dapat buat pertimbangan. hanya tahu memburukkan pihak yang lain. BUkankah sekarang masanya untuk anda bangkit dan pertahankan apa yang anda perjuangkan ? rakyat malaysia dah pandai berfikir. banyak lagi kemudahan dan saluran media yang diorang boleh dapat. 

Kadang kadang aku tanya kat diri. 

" mereka ni teringin jadi pemimpin kerana apa ? "

betul ke hendak memperjuangkan hak rakyat ?

apa apaun, aku bahagia dengan negeri selangor sekarang. banyak perubahan. dari konsert artis berlambak bertukar menjadi ceramah disana sini.

Jika diberi dua pilihan sahaja . 

" Antara Agama dan Bangsa . Mana yang akan dipilih ? "

Agama.

apa apa pun, aku takboleh mengundi lagi. ha ha ha :D


sukol akan berlangsung tak lama lagi.

HA? aku tak tahu nak masuk ke tak. kah kah. bila ingat dapat baju free, terus bagi nama. But frankly speaking, mcm kalah je tournament tu since NR pompan mcm tak de sape pun nak main. aku pun bukanlah hebat sangat. memang tak hebat pun. aku hebat dalam bermain main adalahhhh : p

main-main. bila aku nak jadi serius? its hard.



baca novel Hlovate. Novel dia santai. islamik. Then try for the changes. change to the good one.


dan akhir sekali.ini dia lagu maher zain yang terbaru. 



How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it's taking me back to You

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

Hidup ini ada tujuan.

Hidup bukan berakhir di dunia sahaja.

Count our blessings. is it enough for today ? how about the past ?

Hidup bukan untuk disia siakan. selagi ada masa untuk berubah, berubah.

Berubah itu payah. nak dapatkan ganjaran nikmat dan bahagia yang tidak ternilai harganya.

Berubah itu payah. andai tiada usaha, tawakal dan doa.

Berubah itu payah. Jika berubah bukan kerana Allah.

Berubah itu senang, andai Allah dah tetapkan hati kita untuk berada di jalan yang benar.

Berubah itu senang . andai ada kawan dan orang sekeliling untuk membantu.

Tidak salah untuk berubah. andai berubah mencari jalan Allah.

Tidak salah jika pernah berbuat kesalahan dan berada pada jalan yang bengkang bengkok sebelum ini. Tetapi salah andai tidak menyedari kesalahan dan terus melakukannya. Sedangkan dalam Islam ada perkataan
"TAUBAT".

kadang kadang mereka yang pernah hidup bergelumang dosa, lebih mengerti dan menghayati hidup selepas mendapat Hidayah dari Allah.

How about us?




thats randomly nak taip.

tak boleh bau minyak atar. tak tahu kenapa jantung akan berdegup kencang. harrr harrr hahahaha





Saturday, 30 March 2013

Tunggu.



Tolong jangan hilangkan diri.

I'm comfort when you have around .

I'm glad to see you happy .

But if you start to run away , away from me , away from everyone else .... how can i feel calm ?

Because you will start to appear in my dream. And that makes me feel more sick.

Why ? mungkin sebab aku tertidurrrrrrr tanpa baca doa ?

HEHE.

cepatlah habisssssss study. tak sabar nak graduate. cant stand with these reports ! lab reports.
nasib baik lab report tak masuk mimpi. mungkin nightmare dan mata lebam lebam tak cukup tidur.

hei. sape yang sudi untuk sambung tidur kalau dalam mimpi tu yang keluar adalah suasana lab reports and with your laboratory env ?!




apa maksudnya kalau mimpi orang yang sama dalam jangka masa yang panjang

? 3 bulan ? 5 bulan ? setahun ? 2 tahun ?



mimpikan mainan tidur :) :) :)

tula. jadi lagi kaki tidur.




Tuesday, 12 March 2013

Assalammualaikum.

Saya sudah mula belajar untuk part 4 ( tahun 2 akhir ) di uitm shah ale ini. koya nya nak kecek kelate .

First impression as usual always negative thinking.
"  Fuh.. apesal subjek ni macam susah je. boleh ke aku stadi ni. menyampahnya . bla dan bla dan bla. "

Tapi sebenarnya, dalam proses belajar mestilah tak mudah. sebab tulah kita kena BELAJAR : D

selalu motivate (paksa motivasi) diri sendiri untuk berfikiran positif. Orang kata dalam belajar ni senang je sebab teori semata. Tapi tidak pada course food technology. Ia tentang teori dan praktikal dikala kita belajar.

Ceh. aku sebenarnya bukan nak cerita pasal studi pun.

Jelesnya aku tengok orang yang kahwin awal ni. Kononnya aku jeles. Tapi , apa nak buat . . sekarang ni bukan masa untuk berfikir soal kahwin.
Tetibe kawan aku cakap, " kalau kau tak fikir soal kahwin, sampai bila bila kau tak akan buat persediaan nak kahwin " -_____-""""""

FINE.

Instead of thinking about marriage, i tend to think about my deen. Mendalami agama juga sebagai satu persediaan juga kan ? :)

stok berborak dengan kawan, sedih sebenarnya kalau kahwin lambat . nanti dah tua, anak belum lagi besar. sempat ke timang cucu. haih . stok borak dengan kawan aku yang sorang ni memang macam ni. HE HE HE


Ada satu perkara yang aku paling tak faham .

Kenapa bila sesiapa je jumpa aku, " kau kan dah ada calon ".
 atau sesiapa yang jumpa mak aku , " tak lama lagi tu bermenantu la kau. kan dah ada calon anak kau "

Aku sendiri buntu. macam mana diorang tahu aku dah ada calon sedangkan aku sendiri tak tahu sape calon aku. Sedih tau diri ni tak pernah menjadi kepunyaan sesiapa walaupun untuk sesaat tetibe kena gosip macam ni. mintak pelempang laju laju  dijauhkannnnnnn . Kesian bakal suami aku nanti.

Aku agak la kannnnnnnnn , orang kampung ni mesti salah anggap kot kalau aku keluar jalan dengan adik sedara atau adik sendiri atau abang sendiri . mungkin diorang ingat aku dating ? ( harap dijauhkan dari fitnah ) . tu lah susahnya, orang kampung kenal aku tapi tak kenal abang dan adik aku. susah jugak jadi PEMES ni. HA HA HA

Oh ya. Hari tu aku makan ABC dan cendol dengan adik adik sedara aku yang kecik kecik tu. duduk semeja dengan diorang . Pakcik ABC tu cakap , " aku tengok kau ni dah macam budak 13 tahun keciknya makan semeja dengan diorang " -.-'''''' perli tak kesudah . dulu cakap aku ni besar. sekarang  cakap aku ni kecik. aku ni dah macam metal yang bila panas mengembang , bila sejuk mengecut.

SABAR JE EDEN. pujian tu kot. he he


Oh Ya. Aku baru je baca buku ' denyut kasih medik ' . ( habis ketinggalan aku ni ). Tabik springgggggg .

InsyaAllah , mungkin nak ikut jejak langkah . Dalam bekerja kita berdakwah . Jadi nak ke arah itu, kena bersiap dari sekarang . AYUH ! tapi aku bukan boleh berdakwah macam doktor. aku tak rawat patient .



ingatkan hujung minggu ni nak balik rumah betulkan ekzos kereta tu . dah berkarat keparat . Tapi apakan daya , tetibe ada KI . Modul 7 ! yeah . mesti akan jadi antara paling JUNIOR masa program tu.
maklumlah , ini program second last KI di UiTM. biasanya senior yang akan hadiri modul 7. Tapi aku bukan senior . Baru part 4 . Walaupun dah tinggal kat UiTM shah alam dekat setahun lebih , blok dan bangunan FSG ni pun aku bukannya ingat . jadi, aku suka nak elak untuk dari orang bertanya kat aku, " adik, bilik XYZ ni kat mana ? "

dan jawapan aku either panggil kawan aku untuk jawab soalan dia atau ...... " maaf, saya tak tahu ". kesian dia :(

kesiannya sapa jumpa aku. uwaaaaaaaaaaaa :'(






lets fight ! for the best future .

For Allah. Deen islam . Family . ourselves .

for malaysia ?



" Sesungguhnya , orang yang kuat adalah orang yang dapat menhan kemarahannya "

dan orang yang bijak adalah mereka yang sentiasa ingat akan kematian.

Kahwin tu tak pasti . tetapi mati itu adalah pasti.

Wallahualam. Forgive me :)




teringat ayat doktor tu sampai sekarang
" INSYAALLAH, berserah dan bertawakal kepada Allah . Moga masalah ini boleh selesai . Tak perlu risau "

Positive thinking always. 

Kita ada Allah :)

Kita ada agama . agama kita paling indah :)



















Saturday, 23 February 2013

Yang terakhir untuk cikuku

Assalammualaikum semua :)

Di pagi hari nan indah, aman dan damai....... aku telah ditinggalkan keseorangan dirumah pada hujung minggu. Abang n adik bsiap nak pi keje. Ayah dan adik bongsu sibuk dimasjid dgn tournamet futsal manakala emak sedang mengikuti rombongan bsama ibu ibu tunggal ( mak tolong uruskan bsama ajk masjid, bukan bmaksud mak aku ibu tunggal ) : D

Jadi dikesempatan waktu yang tiba tiba blurr tak tahu nak buat apa ni ( kemas rumah nanti tgahari ) , aku nak cerita pasal cikuku kesayangannnnnn.

Disebabkan Atif (my little boyprenn) pernah jatuh sakit sebelum ni, jadi dia tiba tiba sensitif dgn habuk ataupun bulu bulu tmasuk la bulu kucing. Ditambah pula dgn cikuku yang amat gedik sekarang dan tiba tiba bila dia semakin mbesar, perangainya umpama kucing yang baru dilahirkan. Cikuku kerap mbuang air kecil didalam rumah dan menyebabkan  mak asyik kena basuh kencing dia.

dipendekkan cerita, akhirnya ayah dan adik bongsu bsama adik sedara aku membawa cikuku ke bandar klang ( JAUH DARI RUMAH PULAK TU ) dan membuang cikuku disitu tanpa pengetahuan mak dan aku . Mungkin sehingga atif benar benar sembuh baru kitorg akan bela kucing lagi. Demi atif . Walaupun sedih, aku still boleh melepaskan rindu cikuku kat kucing makcik aku ni Kecik dan Bulat . walaupun tak samaaaa.... : (

Aku harap cikuku pandai bawak diri ataupun ada orang kaya yang akan ambil dia dan bela dia elok elok. Biarlah aku tak tinggal ditempat yang kaya dan mewah... asalkan cikuku dapat menginap ditempat mewah at least banglo 3 tingkat. ehem . ( macam dalam movie pulak ) .



babai cikuku :'(


apa nak buat lepas ni ?


Friday, 1 February 2013

cerita cuti sem



Assalammualaikum semua.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera :)

Oh. Semua tengah bercuti semester ?
Tidak juga kan.

Ada juga kawan kawan diploma yang sedang struggle dengan test n quiz n esainment yang berlambak sebelum final exam kan J jadi , selamat berjaya. Jangan rasa terbeban atau tertekan walaupun hakikatnya kadang kadang kita rasa penat dengan tugasan. Tapi insyaAllah segala penat lelah ni akan terbalas suatu hari nanti .  =) Rezeki Allah beri , jadi uasaha dan serahkan segala padaNYA.

Ada juga senior yang sepatutnya sudah cuti semester tapi belum cuti lagi.
Aaaaaaaa macam mana tu ? hehe mesti la sebab diorang sibuk nak betulkan dan siapkan thesis for final year. So, good luck jugak. Semoga semua usaha penat lelah akan terbayar . jadi, buat sungguh sungguh. Jangan semberono dan buat ala kadar okay ! 

Aku ada terbaca . seorang senior ni nak mencari kerja tapi dia nak cari kerja dalam suasana islamik. Hmmmmm macam mana tu ? hehe.

Sebenarnya tadi ada tengok rancangan usrah, encik abang imam muda ni cakap, dulu dia kerja pegawai bank, duduk depan laptop, pakai kot , duduk bawah aircond. Abang imam muda ni bertemu ramah dengan pakcik yang kerja di laut. Pakcik ni dahulunya seorang yang susah. Pergi kelaut hanya dengan menggunakan sampan. Dia pun kumpul duit dan akhirnya mampu membeli sebuah bot kecil. Dan hasil dilaut itu sebenarnya banyak. Walaupun tidak berpakaian kot, bekerja diwah sianaran matahari , tapi pakcik yang kerja dilaut ni dapat menerokai rezeki denagn lebih banyak. =) gaji lebih kurang sama denagn pegawai bank. Haaaa amacam. Percaya tak ? percayalah. Sebab bumi kita 79% terdiri daripada air. Sumber makanan pun kebanyakannya daripada air kan :)


Tapi cerita kat sini bukan nak cakap suruh jadi nelayan, sebenarnya kerja apa-apa pun , tapi aklau dibuat dengan bersungguh, insyaAllah kita masih mampu untuk hidup senang. Rezeki itu kan , Allah yang bagi =) dannnnnnnnnnnn, nak cari kerja suasana islamik sebenarnya, bukanlah kita nak cari kerja dimana, diwaktu dhuha, bos suruh pekerja buat jemaah dirikan solat dhuha. Masuk zohor, terus pegi masjid reramai dan solat jemaah. Sedangkan kita tahu, dalam malaysia cara bekerja ada timing dia tesendiri. Yang paling pentingggg, asalkan syarikat atau mana mana tempat kerja tu tidak melarang kita untuk menunaikan solat =)
Dan, walaupun suasana tempat kerja itu tidak seislamik yang kita mahukan, mungkin kita sendiri yang boleh wujudkan suasana islamik ditempat kerja itu. =) hehe. Tiba tiba teringat novel hlovate “ ROOFTOP “ . try lah baca.

Ok. Itu muqadimah je. Sebenanya nak cerita perjalan hidup dan perancangan sempena tengah cuti sebulan ni. Mula mula niatnya ingin mencari kerja. Tapi disebabkan cuti Cuma sebulan, susahla kot nak cari kerja. Ye tak ? hehe.

Firstly, dalam senarai cuti ni .. perkara yang wajib dibuat adalah mempelajari masakan n buat makanan ala ala western. Yep ! sebab aku memang fail bab bab makanan yang takde kena mengena dengan makanan tradisional melayu. Hehe ( bajet macam da pro masak makanan melayu.. tui tui tui )

1- karamel
2- kek red velvet
3- lupa dah nama dia apa.

Then, tempat wajib pergi dalam list hanyalah pwtc sempena pesta buku.
Disebabkan mak aku tetibe ambil lagi 3 orang budak untuk dijaga dan menjadikan semua budak yang perlu dijaga adalah 5 orang, memanglah tak menang tangan nak tolong. Jadi mungkin aku terpaksa ( paksa dgn ikhlas ) untuk tidak mencari kerja sementara cuti sem yang pendek ini. Dan untuk pi pwtc niiiiiiii entahlah. Mungkin akan digantikan dengan pi karnival karangkraf tu je kot sebab RAM ada kat situ kali ni !

hehehehehe !

Jadi rutin harian kat rumah ni kadang kadang jadi driver. Jaga budak . benda wajib adalah jadi pembonceng motor untuk bebudak ni petang petang sebelum diorang balik. Hehe. Budak budak kecik ni ,,,,,, buatkan aku tak kering gusi.

Tapi paling lawak tentang bebudak ni, kalau aku ajak diorag pi solat , baru rakaat pertama memasing dah habis sembahyang. -.-‘’’’’’ maklumlah. Budak tak cukup umur. Diorang semangat waktu nak ambil wudu’ je. Mungkin sebab suka main air. Oh udak yang mak aku jaga ni, umurnya semua 2-3 tahun. Tapi ada 2 orang yang dah besar sikit. Sorang ni 5 tahun , sorang lagi 6 tahun.
Bila aku tolong mak aku jaga bebudak ni, bukan ciri ciri mak yang nampak dalam diri aku, tapi dah tak nampak mana budak budak kecik dan mana ‘ budak dewasa ’ .
Akan sampai satu tahap ni, jaga budak sebenarnya mengajar aku erti kesabaran. Kesabaran yang nyata.

Hehe


Ada satu perkara ni yang adik aku si asyraaf suka buat lawak lately ni.


1- dia suka berdiri sebelah aku , lepas tu gelak tetibe. Then cakap, “ pendeknye kau kakkkk “ -.- oi. Oi . oi. Oi oi oi oi. Geeessshhh


2- ejek kononnya aku dah ada pakwe. Sedangkan hakikatnya tak de langsung. Tak ke sadis bunyinye tu. Oooh, paling sadis bila mak aku jumpa kawan dia kat majlis kahwin. Dan kawan mak aku tu cakap yang mak aku ni tak lama lagi bakal nak dapat menantu. Sebab dengar ura ura yang aku ni dah ada pakwe. Tak ke rasa macam nak lempang pengsan je dengar mende merepek ni. Mungkin sebab aku lately ni syok dengan artis fahrin ahmad kot. Tu bajet aku dah ade pakwe. Hissssshhhhhhhh. Sepanjang aku hidup ni, pakwe aku Cuma soang je tau. Maher Zain. Hak hak hak

Cuti sem ni kena manfaatkan masa yang ada.

Ada 2 nikmat yang besar tetapi manusia tak sedar. 1-nikmat kesihatan 2- nikmat kelapangan.

Semoga masa yang lapang Allah bagi ni, kita semua boleh isi dengan perkara perkara bermanfaat =) tak semestinya kita kena jejak masjid untuk dengar ceramah. Tak semestinya kita kena cari kawan untuk buat halaqah n dirikan usrah andai kita tak mampu. Tapi, kita masih boleh buka tv dan dengar ceramah di tv, tengok rancangan islamik. Selain tu, kalau tak de tv pun, kita masih ada tafsir al quran untuk kita baca. =)

Dan tak semestinya nak buat baik kena bangun malam n buat solat sunat. Lepas sembahyang maghrib pun kita bole latih untuk buat solat sunat taubat n hajat J latih diri sedikit demi sedikit . yang penting , kita istiqamah . bila dah bersedia untuk menjadi orang yang lebih hebat , insyaAllah diri akan menjadi rajin dengan sendirinya untuk menjadi yang lebih baik.

Tapi kalau nak jadi luar biasa, bolehlah cuba untuk buat amalan lebih, yang extravaganza luarbiasa sebab sekarang dah ramai yang jadi luar biasa. Hehehehehehehe

Aku ?

aku pun masih berjalan . mungkin bertatih ? untuk melalui perjalanan hidup menuju kejayaan .

Sebab aku pun manusia yang pernah melakukan kesalahan .

Hehe.

Teringat kata kata senior dulu, “ selamat berjaya menuju syurga “ .

Aku jumpa kata kata ni haaaaa

  SOLEH BUKAN KERANA SOLEHAH TAPI KERANA ALLAH . SOLEHAH BUKAN KERANA SOLEH , TAPI KERANA ALLAH ‘


Yet. I still learn . learn how to be good .Good and then be better . to be the best . but still learn , how to be the good one.


Btw, tak slahkan kalau suka tengok drama melayu ? hehe. Aku suka tengok drama melayu. Tapi bila da sampai tahap jalan cerita yang si hero atau heroin kena tindas, aku terus tukar  cerita tv. Nanti dah agak agak konflik dah selesai , baru aku tengok balik cerita tu. Sebab tu aku lebih suka tengok horror film. So tak de lah bab bab perasaan ni. Dan , aku masih suka untuk dengar lagu bigbang. Yeah bigbang korea tu.
Kadang kadang aku pelik. Aku ni manusia  dua alam ke ? :P

Tak kisahlah =)

Tapi cuti semester ni yang paling best adalah aku dapat berjumpa dengan kawan kawan lama. =) syukuurrrrr ! Allah masih bagi peluang untuk kitorang berjumpa. Syukuurr! :)

Aku rasa , akan datang nanti aku nak cerita pasal diorang ni la. Hehe . jadi, selamat malam, pagi , petang  kepada semua !
Salam subuh, zohor , asar , magrib , isyak !

Salam 1 malaysia. (  errrrrkkkkkk? )






pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email