Wednesday, 26 December 2012

My Little boyfriend.



Assalammualaikum.

Semoga sihat sejahtera semuanya..

Esok my little boyfriend , Mohd Nazihan Atif nak buat pembedahan.

He is part of my heart.

" Atif sayang kakak tak ? "
--- " Sayang ! "

atif ni anak jiran aku. dari kecik mak dia habis pantang , mak aku yang dok jaga. masa dia baby, aku tak rapat dgn dia sbb aku kena pi study n9. Aku rapat dengan budak ni semenjak aku cuti 5 bulan lebih sebelum masuk degree di UiTM shah alam. (cuti fast trek). Dia makan , aku suapkan. Dia tidur dulu kat buaian (umur dia 2 tahun lebih ) tapi semenjak aku kat rumah ni, dia tidur atas toto je. hehe lepas tu mengada ngada nak aku temankan dia tido.
" kakak, tido la sini "
terpaksa la aku pi baring sat sampai dia tido. selalunya aku tidur tipu tipu , tp last last tertidur sekali dengan budak ni. HOHO

tiap petang aku suka berjalan dengan dia. Naik moto pusing kampung. tak pun , naik basikal dokong dia . tapi jalan dekat taman sebelah jelah. dok pi naik kete pi beli jajan dan kuih muih.
senang kata, dialah peneman setia aku. My Little boypren. :D

atif sebenarnya dari kecik tak berapa sihat. Kadang kadang asma. Sebenarnya dia ada leukemia. Parents dia kerja. Atif ni kalau dok sini ( rumah aku ) dia jadi macam aktif gila . macam takde penyakit . Adik adik aku dan adik adik sedara aku kalau dok pi shuffle , si atif ni join . kadang kadang buat lipat atas bawah . OI pening ! dah tak macam sakit aku tengok.

Satu perkara yang aku tak suka buat kat orang lain, tapi aku paling gemar buat kat atif. -> suap makan.

sebab perasaan sayang aku kat budak kecik ni dah macam adik aku sendiri (kadang kadang aku rasa aku sayang atif ni lebih dari adik aku sendiri sebab aku spent masa lebih kat atif ) , jadi aku suka suap dia makan. aku suka makan pedas. Si atif ni semenjak dok dengan aku, dia dah pandai makan sambal. HAHA . mak dia pon dok pelik . dah macam anak jawa. :P

kalau aku bawak pi jalan , mesti orang ingat ni adik aku. muka hampir sama. kalau mak aku pulak , orang dok pelik. semenjak bila mak aku ada anak kecil ? HAHA muka pun lebih kurang mak aku si atif ni. mungkin sebab dari kecik mak aku jaga. tu ada aura mukaaa ~~~ (heh! )

semenjak aku dok study shah alam , tak sampai 3,4 hari aku dah start rindu kat atif. tu aku selalu dok menghilang kalau tak de kelas. balik rumah sebab nak jumpa atif !

mak atif ni seorang cikgu. jadi cuti sekolah ni mak aku tak jaga dia. cuti . tapiiii mak dia sporting gila. kalau aku mintak nak ambil atif, dia bagi je ! haha dia lagi suka kalau atif kat rumah aku sebab mak dia boleh buat kerja. aku pun no hal kalau atif ni kat rumah aku. sebab dah sayang :) aku tak pernah rasa atif ni macam anak orang lain

Aku memang sayang budak. sebab aku suka budak budak. Tapi, aku tak pernah sayang budak budak lain macam aku sayang atif.

Allah bagi rasa sayang kat budak ni terlalu mendalam.

Seminggu sebelum study week, aku balik rumah sat. parents atif belikan basikal untuk dia. dari rumah dia aku dah boleh dengarr suara dia gelak gelak main basikal hepi sangat. gerammm aku ! tapi aku let go budak tu biar hepi dengan basikal dia. dah rancang study week nanti boleh main puas puas dgn dia. hoho !

masa aku balik rumahhhhh, " mak, nak ambil atif "

" dia tengah demam kat rumah " ok. aku cadang ambil lagi 2-3 hari.

tapi sekaranggg ,,,,

atif kat hospital. demam panas dia tak kebah :(

HUKM.

doktor tak dapat sahkan kenapa atif sakit. bukan sebab leukemia dia attack. bukan sebab asma. tapi demam panas. 40degree. tak kebah kebah. doktor cakap, tak boleh berlanjutann lebih 3 hari. jadi doktor esok nak buat pembedahan , nak ambil air tulang sum sum belakang ? tulang belakang ? ( aku kurang pasti sebab mak dia talipon nangis teresak cakap dgn mak aku ). doktor nak cek sebab kemungkinan takut ada jangkitan kuman di otak.

Miss him so much.

Tak dapat tahan air mata setiap kali fikir pasal dia. Dia kecik lagi.

Kita merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan.

Aku berserah dan berdoa. Semoga Allah panjangkan umur dia. pulihkan dia. Miss him . really. a lot.

Hanya kepada Allah kami bergantung dan berserah.


my mom, atif, my aunt.

Semoga Allah sembuhkan atif.
Allahurabbi.
May Allah Give him extra strengthness.










No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email