Thursday, 13 December 2012

mereka !


Assalammualaikum :)

eh. semua. apa khabar. Semoga semua baik baik dan berada dalam jagaan Allah selalu.

MEREKA.

umum bukan ? : D

Mereka.

yang selalu memberi semangat dan menjadi pencetus untuk aku sentiasa berjaya dunia dan akhirat . Mereka yang telah  mengajar aku erti kehidupan dari aku lahir sampai besarrr dah sekarang. sweet 20. hoho. kawan aku cakap salty 20 -.-
Mereka yang tak pernah putus asa membimbing aku, membahagiakan aku. Dan segala galanya adalah sebab mereka aku menjadi insan pada hari ini. MY PARENTS :)

Mereka.

yang menjadi teman setia buat gaduh , wrestling , bual bual kosong , bual bual berisi , solat sama sama , berlumba siapa lagi banyak menghafal ( part ni aku selalu menang, tapi sekarang aku give up sebab adik aku yang bongsu tu masuk tahfiz setiap kali cuti sekolah. Dia menanggg ha ) . Gaduh kecik kecik sampai demam , rupanya salah urat. HEHE   Tapi gaduh gaduh ni la yang best sebab hubungan kita tak kan putus umpama air yang dicincang tak kan putus. tak gitu ? Best jugak adik beradik semua laki. Semua pakat aku buli. Durr aku yang kena buli ? Sometimes. haha MY SIBLINGS !


Mereka

yang osem sudi menjadi kawan dan tempat mendengar ketika aku buat lawak bodoh. kui kui. Mereka yang selalu menolong aku. Yang suka menemani aku ketika aku sorang sorang. Belajar sesama. Kejut solat . Pi jadi imam atau makmum ketika duduk serumah atau sekolej atau seasrama. Mereka yang aku amat terhutang budi........... Mereka yang merupakan antara anugerah yang Allah bagi  . MY FRIENDS !


Mereka.

mereka yang kadang kadang spoiled kan mood aku. yang membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati aku. Mereka yang bukan menjadi parasit kehidupan , tetapi mereka inilah yang mengajar aku tentang ragam kehidupan.

Dan semua ini aku perlu panjatkan kesyukuran kepada Allah. Allah telah memberikan aku nyawa. Memberikan aku kehidupan. Memberikan aku rezeki. Memberikan aku keluarga , kawan , saudara dan nikmat yang paling indah, nikmat deen , Islam . Alhamdulillah. Hanya kepada Allah tempat aku bergantung untuk meneruskan cabaran dalam kehidupan ini. :) Syukur Ya Allah. Semoga aku terus menjadi hambaMu yang tidak melupai nikmat yang Kau berikan.


Bercakap mengenai syukur, Sungguhlah andai kita bersyukur dalam semua hal, insyaAllah kita akan rasa cukup. Tapi ini bukanlah bermakna kita perlu mengundur ke belakang. Teruskanlah bergerak kehadapan untuk mencari erti sebuah kecemerlangan dunia dan akhirat. :)

Ha, part last ni aku nak cakap perkara paling mengejutkan yang baru aku tahu. Disebabkan aku ni student fast track, jadi dalam kelas aku tu mostly budak yang datang dari asasi dan matriks. Majority is them. MENIRU DALAM QUIZ DAN TEST. apakah perkara ini dilihat sebagai perkara yang normal dan mendatangkan pahala? ouch ! bukankah meniru ini tidak baik ? ke, aku yang sekema sangat?

ok fine la aku sekema. tapi kalau setakat bincang dengan kawan , mungkin bagi mereka ok lah kot.

Tapi part kantoi masa aku mencari attandance. Aku ambil dari atas meja diorang (masa tu aku jawab quiz habis awal) dan ternampak notes bawah kertas quiz ! ok fine ! mungkin quiz je kot. datang lah hari saiyidul ayyam hari jumaat, ada test islamic food law. durrrrr . yang ini tak boleh bla. kawan meniru kawan dia yang kat sebelah . Kawan yang kat sebelah tu tengok notes bawah meja. apa aku boleh buat ? balaci ? bagi tahu lecturer ?

nothing.

OHHHH. panas panas.

lagi satu ini bertambah panas bila tengok perlawanan bola tadi. kalah 0-2. YAWWWW

mungkin inilah dinamakan, " INNOCENT OF MALAYSIA " kalau main bola tempat lawan je, mesti dapat layanan buruk. then nothing tindakan yg boleh kita ambil.

ye, tak semua perkara boleh kita ambil tindakan. ye tak?

tapi kita ada 3 cara untuk mengambil tindakan.
1- melalui tindakan.
2- melalui percakapan.
3- melalui hati.

and im sure most of us at least can take an action through the smallest effort iaitu HATI :)


eh. final bola nanti nak support singapura atau thailand ? ohh . aku tak nak tengokkkk la. hehe.

JADUAL FINAL EXAM dah keluar ! semoga semua berjaya. semoga ilmu ini Allah berkati sebagai amalan yang akan dibawa ke sana nanti, insyaAllah :)

selamat malam. ini malam penuh emosi. huk huk.

                   stokin kesayangan aku hilang lepas solat di rumah atok. masa tu tengah ramai tetamu. :'(
sape jumpa, boleh infom aku. ahakssss.

MAY ALLAH BLESS US. AlWAYS. TO THE BEST MUSLIM. OR BE A BETTER PERSON FROM YESTERDAY.
selagi ada masa, tidak mustahil untuk berubah.


p/s : study week nanti nak buat kek red velvet la. hiksss









No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email