Friday, 23 November 2012

ragam.

Assalammualaikum.

selamat malam , pagi , petang , selamat hari hari kepada semua . lelaki dan juga perempuan . tak kira tinggi mahupun rendah : D

Malam in i sungguh sunyi sepi . disebabkan tidak sampai sebulan je lagi aku akan study week dan menghadapi final , maka mulalah kehidupan kuliah sibuk . sibuk sangat . sangat sibuk . masa inilah nak buat program kelab , nak buat test , quiz , itu dan ini . tapi sebagai student , semua ini adalah normal . You have to face it so stop membebel laila ! *krikkk krikkk*

almost 3 weeks my kancil sakit . 1 week dah sihat but after my father try to drive to his work , it starts broke down again . nak bawak kereta saga ? memang taklahhhh sebab clutch dia berat + aku kena letak bantal kalau nak drive kereta yang itu . so , aku sayang kancil je. maaf tak mampu nak beli kereta mewah macam u olls yg pakai lamborgini atau ferrari. HEHEHEHE.

jadi sepanjang duduk shah alam ni , aku tak banyak dah keluar berjalan. jadi budak baik. tapi aku memang baik. ehem . nak balik rumah meru pun jarang . kalau sebelum ni , habis kelas atau takde kelas je terus hilang drive kereta balik rumah. sekarang , tidak lagi .

two last week , aku balik rumah naik moto . adik aku fetch la kannnnnn . dia naik moto kawan dia sebab moto dia kawan dia guna . see , lelaki mmg suka testing moto ke apa ? apa apa lah kannnn , yg penting dia nak ambil aku . kalau dia tak nak ambil aku pun , dia kena ambil aku gak . kalau tak , aku jumpa dia aku mesti ketuk kepala dia kalau dia tak nak ambil aku. then sampai satu traffic light dekat kawasan bukit rajah. jumpa mamat ni yang tengah bonceng makwe dia naik moto apa aku tak ingat . tapi bunyi moto dia kuat macam mat mat rempit di jalanan. oh , aku nak maklumkan yang moto adik aku naik masa tu pun lebih kurang macam mat rempit . nasib baik aku pakai helmet tinted sambil pakai beg galas belakang ( maklumlah, student) so , tak nampaklah muka aku. kalau tak , aku rasa malu oi. then aku cakap dengan adik aku , " kau bawak laju sikit , kakak dah lapar ni tak sabar nak balik rumah . nak makan . nanti hindustan dah nak start " . adik aku pun bawak laju . tiba tiba lelaki tu pun bawak laju . rupa rupanya dia ingat kitorang nak racing dengan dia. apa ke gila nak racing . tak kan pompan tudung bawah dada nak racing moto kot. bongok. Dia pun bawak laju dan memintas kitorg. sampai di traffic light berhampiran giant area setia alam , kau tahu apa yang berlakuuuuuu ? baju pompan tu dah terangkat sambil rambut dia dah serabut serabut . tu lah . bawak laju memanglah baju kau terangkat . kalau labuh hingga ke lutut , mungkin tak pe gak. adik aku jeling jeling lantas pandang ke tempat lain sebab aku ada kat belakang dia . tak kan dia nak tengok pompan tu lebih lebih kot . auratt oi.

oh . sudahla bercerita pasal itu.

btw , last week aku pergi kenduri tahlil arwah hidayah zaid. Jumpa auntie sham . Dia pesan banyak . Antaranya , sebgai perempuan ni , syarat untuk kita masuk ke syurga adalah dengan tiket mak ayah. Hormat mak ayah , sayang diorang . insyaAllah . dan apabila kita kahwin , tiket kita ada pada suami . bersamanya ketika senang dan susah . ketika naik dan jatuh . bina kehidupan sama sama. Lantas auntie sham bertanya, nak kahwin tak ? kalau tak nak kahwin pun, kena kahwin juga. Doa dari sekarang . " Ya Allah , berilah aku jodoh yang baik " . " Baik " , insyaAllah Allah bagi pakej sebab Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. :) then , aku cakap , " kahwin ? hmmmm hmmm hehehehe lama lagi laaaa . calon pun tak de . tak fikir lagi " . kahwin sebenarnya satu hal yang amat jauh untuk aku fikirkan . mungkin satu hari nanti kalau pintu hati aku terbukak, bolehla aku fikir kot.

mungkin tak fikir nak kahwin sangat sebab aku tak yakin . ada ke lelaki sanggup terima aku seadanya ? dah la aku ni macam bangang . tak lawa . gemok . pendek   pandai lagi suka memandai mandai . ehem . dan mungkin sebab aku takut kecewa , terkecewa , dikecewakan , dan mengecewakan . nampak tak self-confidence sangat rendah. huh .

teruskan.

ohhh. nampak panjang entry tapi semua ni taip sekejap je sebab aku taip apa yang aku nak taip dengan suka hati. HEHEHEHEHEHE

kau tahu tak . orang yang paling kuat adalah orang yang boleh menhan marah . ye . aku rasa nak marah tapi terpaksa pendammmmmm sambil memujuk diri sendiri . bukan senang nak jadi orang kuat oi . kenapa aku nak marah ? biasalah , tak semua orang akan buat kita hidup dalam keadaan hepi :) tapi , tak perlu ambil kira sangat . yang kau marah tu mungkin seorang , tapi kan ramai kawan kawan kau yang buat kau rasa HEPI :D :D :D :D so , kau kena lah hepi ! lagipun , Allah kan ade selalu ! thanks Allah !

ooooooo. aku baru sambut hari lahir yang ke 20 . my friends ( Fil dan Azyan) bagi hadiah hendbeg . LAWA SANGAT ! tapi aku tak guna lagi . aku nak guna nanti waktu annual dean meeting (apa nama sebenar prog aku pun lupa) . lepas program tu , baru aku nak pakai henbeg ni bawak pi kelas sebab saiz henbeg ni sesuai bawak pi kuliah . jadi FEMININ KAU LELA. My dearest friend , amal bagi smallkeychain yang aku boleh letak kat henbeg tu :) dan saya ade RAMAI KAWAN YANG WISH dan DOA untuk saya :) thats most precious gift :) thanks alot !

ok. next.

aku rasa annoying sangat bila study dengan budak budak yang rasa diri dah cukup pandai . kalau betul betul dah pandai macam STAR takpe gak. dulu aku belajar kat pilah , soalan student tanya lecturer macam ni , " Sir/Mdm , macam mana boleh jadi macam ni ye ? kenapa ? *tanya dengan lemah lembut dan sopan. * " tapi bila kat shah alam, soalan jadi macam ni , " Sir , macam pelik je jawapan sir kat depan tu. bukan sepatutnya jadi macam ni ke ? bla bla *dengan nada tak puas hati* " WOI . KAU TU BUKANNYA SAPE SAPE PUN . AKU YANG TAK SEPANDAI KO PUN BOLEH JE HORMAT LECTURER. dan aku rasa memang apa yang kau tanya tu lagi pelik. sebab jawapan sir tu betul ! sekian.

ok. ini bukan emosi . mungkin . HEHEHEHEHEHE

dan . teruskan berdoa . doa for Gaza. For our deen , Islam . our family , ourself , our relatives , our friends.

Mak dayah cakap , belajar sungguh sungguh . yang penting , belajar sebab Allah :D insyaAllah !




Kadang kadang kita yang hidup senang , lupa akan nikmat di waktu susah .



No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email