Saturday, 29 September 2012

Mati adalah sebaik baik peringatan.

Assalammualaikum.

sesungguhnya mati itu adalah pasti dan kematian adalah sebaik baik peringatan.

mendapat mesej dari rakan memberi khabar bahawa sahabat kami bernama Nur Hidayah Bt Zaid telah kembali kerahmatullah. aku yang sedang berada di meru bgegas hanya mengambil baju dan tudung apa yang didepan mata dan menuju ke shah alam. dr shah alam, kami menuju ke Ukays perdana. Jika ditanya sebab dan mengapa beliau pergi , kami tak dapat memberikan jawapan yang tepat. beliau sakit perut . beliau sesak sebentar sebelum meninggal. Allah lebih menyayangi beliau.

beliau merupakan seorang anak yang amat baik dan menghormati kedua ibubapanya. Semoga Allah tempatkan beliau bersama golongan mereka yang beriman.

bercerita kepada emak mengenai rakanku yang baya telah pergi kerahmatullah. mak berkata, " sudah tiba masanya dia pergi . Allah lebih menyayangi dirinya . Kita yang masih hidup sebab Allah bagi peluang untuk kita terus bertaubat dengan dosa yang kita buat saban hari tanpa kita sedari. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Mohonlah pengampunan daripadaNYA. moga taubat kita diterima.

Ya Allah , di akhirat kelak pertemukanlah kami denganMu, bersama kekasihMu Rasulullah s.a.w .
Pertemukan kami dengan para pejuang Islam dahulu . Pertemukan kami dengan keluarga kami. pertemukan kami dengan saudara saudara kami. Pertemukan kami dengan sahabat sahabat kami. Pertemukan kami Ya Allah.


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang mengehendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya daripada balasan dunia itu dan sesiapa yang mengehendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya daripada balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.


(Surah Al Imran, ayat 145)


Dayah , kami semua sayang kau.

terima kasih untuk segalanya .

wahed, shahed, atiqahrafine, awin, hazirah, aiza, ainsop, dayah, una, ghai, pika, pija, shimi, del, haz, pain, fil, azyan, anis, ifa, mai, sap, amal,  shitot,  ras, hafsah, rafidah, hanum, zikri, hani, syeda, liz, ayun, insyi, dan semua yang tidak disebut . girls birunian farabian jabarian khindian razian ibnu kaldunian.(maaf salah penggunaan bahasa ) .terima kasih sebab judi jadi teman saya.

 walaupun kita tak jumpa selalu sekarang. tak macam dulu. pergi bilik iron je jumpa, pergi padang main futsal sama sama, pergi kelas jumpa, pergi dewan makan jumpa. pergi lepak dorm makan sama sama jumpaaa, pergi musolla kita jumpa. kita solat jemaah. tu semua dulu. tapi kita ade kenangan itu. kenangan itu tidak akan padam dan hilang.

terima kasih. dan untuk sesiapa yang pernah membenci diri ini, mahukan penjelasan apa apa yang ingin di jelasi, bagitahu ye. insyaAllah. kita selesaikan didunia. Maaf andai pernah tersinggung dengan perangai atau kata kata diri ini. 

sesungguhnya diri ini masih belajar.

 belajar erti kehidupan. erti kehidupan yang ingin dibawa ke akhirat.

belajar untuk redha. belajar untuk belajar.



aku mungkin bukan seorang teman yang baik. bukan seorang teman yang span. apa yang aku harapkan hanyalah rakan yang boleh terima diri ini seadanya. dan aku terima kawan dengan sikap mereka adanya. lelaki , perempuan . tapi kawan yang paling aku sayang, adalah kawan yang boleh memberi dan percaya satu sama lain. kita kawan kan ? kawan yang aku percaya mampu membawa aku untuk mencari erti kehidupan.



1 comment:

fUzAhEeChUl~ said...

kalau tgk gambar.....rasa mcm dia masih ada lagi TT

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email