Sunday, 30 September 2012

kami dan mereka.

perasaan ini.

perasaan sedih ini. perlukan masa untuk menerima semua ini . bukan meratap . cuma mengingati .

kerana dia kawan yang sangat baik . baik sangat .

merasai kehilangan adalah perkara yang amat pedih . tetapi itulah hakikat dan kita kena belajar untuk menerimanya .

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,  

" Allah taala berfirman : tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin disisiku , diwaktu aku mengambil kekasihnya dari dunia , kemudian dia mengharapkan keredhaan Allah , melainkan orang itu akan mendapatkan syurga " ( HR BUKHARI )

Kita semua adalah milik Allah . Cuma lambat atau cepat sahaja menjadi rahsia .

Semoga kita semua ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. amiiiin.

kebahagiaan yang sebenar benar kebahagiaan adalah mendapat redha Allah , berjaya memasuki syurgaNya dan hidup di jannahNya.

Semua kebahagiaan ini kita peroleh andai cinta kita kepada Allah adalah sebenar benar cinta dan dibuktikan kecintaan ini .

kematian memberi kesedaran hidup didunia hanyalah sementara. sekarang bukan masa untuk mengejar duniawi. dengan meningkat umur , meningkat ilmu, kita kena tingkatkan lagi amal ibadah kita. kumpul kebaikan dan amal soleh untuk dibawa ketika kita sudah tiada.

Betul kata kawan . sekarang bukan persoalan siapa kahwin dulu . tetapi siapa pergi dulu.

kadang kadang realiti nampak seperti mimpi.

dan mimpi itu seperti realiti . dan pilihlah untuk hidup secara realiti di alam realiti.

aku teringin dan ingin sangat mendapat kebahagiaan sebenar benar kebahagiaan. masih adakah pintu kebahagiaan bagi aku ?

kadang kadang aku terfikir . aku takut sekiranya dosa dosa aku seperti pepasir dilautan tidak diampunkan.

dosa aku sesama manusia juga. adakah mereka akan memaafkan diri ini seandainya aku pernah membuat mereka tersinggung ? terluka ?
kerana aku bukan insan yang sempurna dan sering membuat kesalahan.

masing masing belajar. belajar. dan terus belajar. belajar untuk menjadi baru . baru kearah menjadi insan yang lebih baik. belajar dari perkara yang pernah berlaku didepan mata.

biarlah air mata yang mengalir menjadi saksi kita diakhirat kelak bahawa kita amat inginkan taubat dan keampunan dari Allah.

dari insan yang sangat kerdil yang juga melakukan dosa tanpa disedari dibumi Allah. terasa kerdil sungguh diri ini.

Benar ! jodoh itu tidak pasti tetapi kematian itu adalah pasti . Cuma satu sahaja persoalan , Cepat mahupun lambat.

kawan , seandainya kau ingin memasuki jannahNYA , tariklah aku sekali menuju ke arah itu.

emak , ayah , abang , adik , saudara saudaraku , sahabat sahabtku , aku ingin sekali kita semua berkumpul disana dalam JannahNYA. jangan lupakan aku disana kelak.

masih adakah ruang untuk aku?

aku menaip selagi nafas masih ada. selagi jantung masih berdegup . kematian bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. pandanglah dan fahamlah dengan mata hati maksud sebenar kematian .

selagi jantung berdegup , aku ingin ucapkan kata sayang aku pada mereka semua . terima kasih Ya Allah kerana beri kehadiran mereka dalam kisah episod hidupku .


ku tatap gambar , dan ku rasakan seolah olah dia masih hidup .

ku lihat mesej .

ku lihat namanya didalam handphone , seperti ingin kirim mesej dan telefon dia . kacau dia. gurau dengan dia . hehehehhehe macam dulu.

tapi sekarang dah lain.

sekarang aku hanya mampu kirim doa dan alfatihah. Ya Allah , tempatkanlah Nur Hidayah Zaid dalam golongan mereka yang beriman . lapangkanlah kuburnya . pertemukan kami di akhirat kelak. sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani . Musolla di Sambest , langsir , bilik dorm , kelas semua menjadi saksi beliau berusaha menuntut ilmu agama Mu Ya Allah . terima kasih sebab selalu bagi guna ubat gigi dan guna iron dorm dulu. terima kasih.

aku mampu taip je disini ayat terima kasih itu .
terima kasih sebab ingat nak talipon aku pergi raya rumah Una.
terima kasih sebab sudi jumpa dekat hotel Piji walaupun kau cakap tidak pasti lepas aku ajak kau bawak budak budak uia datang sana.
terima kasih sebab kau hadir dalam hidup aku.

sekarang waktu kita untuk kumpul amal soleh banyak banyak untuk dibawa ke 'sana' nanti.

painful september. painful 2012.

alfatihah juga kepada arwah atukku Hj Mohd Yasin @ Yasir yang meninggal dunia ketika aku berumur 5 tahun

kedua dua arwah nenekku yang amat aku sayangi sangat sangat , Hjh Zaimah yang pergi ketika aku darjah dua.

dan nenek yang sangat aku rapat semenjak aku kecil , nenek yang suka sangat beri belanja duit makan pergi sekolah, nenek yang suka isikan duit tabung, nenek yang bagi aku lihat kota kuala lumpur untuk pertama kalinya, Hajah Salamah yang meninggal ketika aku dihujung darjah 5. nenek yang menjaga aku dan mengajar aku ilmu agama.

alfatihah juga kepada sahabat sekolah rendah yang merupakan teman sekampung. teman bersihkan kelas. teman yang mengajar aku untuk cari duit poket sendiri walaupun dia anak orang kaya. teman yang tunjuk aku tempat kerja yang best sebab boleh solat bila bila dan senang nak perform prayer. teman yang sering memberi aku saingan untuk lihat siapa lebih berjaya . teman yang merpatakan dan mempertemukan kembali kami kawan kawan disekolah rendah tetapi beliau juga telah pergi selepas tamat form 5. beberapa hari sebelum mendapat keputusan spm. Luqman Hakim B Zamalolaily . Kawan yang selalu duduk belakang masa exam ni .

Al Fatihah . mereka hanya pergi awal dari kita. kita semua bakal menyusul .

benarlah. dunia ini persinggahan . persinggahan sementara .



No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email