Sunday, 30 September 2012

kami dan mereka.

perasaan ini.

perasaan sedih ini. perlukan masa untuk menerima semua ini . bukan meratap . cuma mengingati .

kerana dia kawan yang sangat baik . baik sangat .

merasai kehilangan adalah perkara yang amat pedih . tetapi itulah hakikat dan kita kena belajar untuk menerimanya .

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,  

" Allah taala berfirman : tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin disisiku , diwaktu aku mengambil kekasihnya dari dunia , kemudian dia mengharapkan keredhaan Allah , melainkan orang itu akan mendapatkan syurga " ( HR BUKHARI )

Kita semua adalah milik Allah . Cuma lambat atau cepat sahaja menjadi rahsia .

Semoga kita semua ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. amiiiin.

kebahagiaan yang sebenar benar kebahagiaan adalah mendapat redha Allah , berjaya memasuki syurgaNya dan hidup di jannahNya.

Semua kebahagiaan ini kita peroleh andai cinta kita kepada Allah adalah sebenar benar cinta dan dibuktikan kecintaan ini .

kematian memberi kesedaran hidup didunia hanyalah sementara. sekarang bukan masa untuk mengejar duniawi. dengan meningkat umur , meningkat ilmu, kita kena tingkatkan lagi amal ibadah kita. kumpul kebaikan dan amal soleh untuk dibawa ketika kita sudah tiada.

Betul kata kawan . sekarang bukan persoalan siapa kahwin dulu . tetapi siapa pergi dulu.

kadang kadang realiti nampak seperti mimpi.

dan mimpi itu seperti realiti . dan pilihlah untuk hidup secara realiti di alam realiti.

aku teringin dan ingin sangat mendapat kebahagiaan sebenar benar kebahagiaan. masih adakah pintu kebahagiaan bagi aku ?

kadang kadang aku terfikir . aku takut sekiranya dosa dosa aku seperti pepasir dilautan tidak diampunkan.

dosa aku sesama manusia juga. adakah mereka akan memaafkan diri ini seandainya aku pernah membuat mereka tersinggung ? terluka ?
kerana aku bukan insan yang sempurna dan sering membuat kesalahan.

masing masing belajar. belajar. dan terus belajar. belajar untuk menjadi baru . baru kearah menjadi insan yang lebih baik. belajar dari perkara yang pernah berlaku didepan mata.

biarlah air mata yang mengalir menjadi saksi kita diakhirat kelak bahawa kita amat inginkan taubat dan keampunan dari Allah.

dari insan yang sangat kerdil yang juga melakukan dosa tanpa disedari dibumi Allah. terasa kerdil sungguh diri ini.

Benar ! jodoh itu tidak pasti tetapi kematian itu adalah pasti . Cuma satu sahaja persoalan , Cepat mahupun lambat.

kawan , seandainya kau ingin memasuki jannahNYA , tariklah aku sekali menuju ke arah itu.

emak , ayah , abang , adik , saudara saudaraku , sahabat sahabtku , aku ingin sekali kita semua berkumpul disana dalam JannahNYA. jangan lupakan aku disana kelak.

masih adakah ruang untuk aku?

aku menaip selagi nafas masih ada. selagi jantung masih berdegup . kematian bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. pandanglah dan fahamlah dengan mata hati maksud sebenar kematian .

selagi jantung berdegup , aku ingin ucapkan kata sayang aku pada mereka semua . terima kasih Ya Allah kerana beri kehadiran mereka dalam kisah episod hidupku .


ku tatap gambar , dan ku rasakan seolah olah dia masih hidup .

ku lihat mesej .

ku lihat namanya didalam handphone , seperti ingin kirim mesej dan telefon dia . kacau dia. gurau dengan dia . hehehehhehe macam dulu.

tapi sekarang dah lain.

sekarang aku hanya mampu kirim doa dan alfatihah. Ya Allah , tempatkanlah Nur Hidayah Zaid dalam golongan mereka yang beriman . lapangkanlah kuburnya . pertemukan kami di akhirat kelak. sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani . Musolla di Sambest , langsir , bilik dorm , kelas semua menjadi saksi beliau berusaha menuntut ilmu agama Mu Ya Allah . terima kasih sebab selalu bagi guna ubat gigi dan guna iron dorm dulu. terima kasih.

aku mampu taip je disini ayat terima kasih itu .
terima kasih sebab ingat nak talipon aku pergi raya rumah Una.
terima kasih sebab sudi jumpa dekat hotel Piji walaupun kau cakap tidak pasti lepas aku ajak kau bawak budak budak uia datang sana.
terima kasih sebab kau hadir dalam hidup aku.

sekarang waktu kita untuk kumpul amal soleh banyak banyak untuk dibawa ke 'sana' nanti.

painful september. painful 2012.

alfatihah juga kepada arwah atukku Hj Mohd Yasin @ Yasir yang meninggal dunia ketika aku berumur 5 tahun

kedua dua arwah nenekku yang amat aku sayangi sangat sangat , Hjh Zaimah yang pergi ketika aku darjah dua.

dan nenek yang sangat aku rapat semenjak aku kecil , nenek yang suka sangat beri belanja duit makan pergi sekolah, nenek yang suka isikan duit tabung, nenek yang bagi aku lihat kota kuala lumpur untuk pertama kalinya, Hajah Salamah yang meninggal ketika aku dihujung darjah 5. nenek yang menjaga aku dan mengajar aku ilmu agama.

alfatihah juga kepada sahabat sekolah rendah yang merupakan teman sekampung. teman bersihkan kelas. teman yang mengajar aku untuk cari duit poket sendiri walaupun dia anak orang kaya. teman yang tunjuk aku tempat kerja yang best sebab boleh solat bila bila dan senang nak perform prayer. teman yang sering memberi aku saingan untuk lihat siapa lebih berjaya . teman yang merpatakan dan mempertemukan kembali kami kawan kawan disekolah rendah tetapi beliau juga telah pergi selepas tamat form 5. beberapa hari sebelum mendapat keputusan spm. Luqman Hakim B Zamalolaily . Kawan yang selalu duduk belakang masa exam ni .

Al Fatihah . mereka hanya pergi awal dari kita. kita semua bakal menyusul .

benarlah. dunia ini persinggahan . persinggahan sementara .



Saturday, 29 September 2012

Mati adalah sebaik baik peringatan.

Assalammualaikum.

sesungguhnya mati itu adalah pasti dan kematian adalah sebaik baik peringatan.

mendapat mesej dari rakan memberi khabar bahawa sahabat kami bernama Nur Hidayah Bt Zaid telah kembali kerahmatullah. aku yang sedang berada di meru bgegas hanya mengambil baju dan tudung apa yang didepan mata dan menuju ke shah alam. dr shah alam, kami menuju ke Ukays perdana. Jika ditanya sebab dan mengapa beliau pergi , kami tak dapat memberikan jawapan yang tepat. beliau sakit perut . beliau sesak sebentar sebelum meninggal. Allah lebih menyayangi beliau.

beliau merupakan seorang anak yang amat baik dan menghormati kedua ibubapanya. Semoga Allah tempatkan beliau bersama golongan mereka yang beriman.

bercerita kepada emak mengenai rakanku yang baya telah pergi kerahmatullah. mak berkata, " sudah tiba masanya dia pergi . Allah lebih menyayangi dirinya . Kita yang masih hidup sebab Allah bagi peluang untuk kita terus bertaubat dengan dosa yang kita buat saban hari tanpa kita sedari. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Mohonlah pengampunan daripadaNYA. moga taubat kita diterima.

Ya Allah , di akhirat kelak pertemukanlah kami denganMu, bersama kekasihMu Rasulullah s.a.w .
Pertemukan kami dengan para pejuang Islam dahulu . Pertemukan kami dengan keluarga kami. pertemukan kami dengan saudara saudara kami. Pertemukan kami dengan sahabat sahabat kami. Pertemukan kami Ya Allah.


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang mengehendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya daripada balasan dunia itu dan sesiapa yang mengehendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya daripada balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.


(Surah Al Imran, ayat 145)


Dayah , kami semua sayang kau.

terima kasih untuk segalanya .

wahed, shahed, atiqahrafine, awin, hazirah, aiza, ainsop, dayah, una, ghai, pika, pija, shimi, del, haz, pain, fil, azyan, anis, ifa, mai, sap, amal,  shitot,  ras, hafsah, rafidah, hanum, zikri, hani, syeda, liz, ayun, insyi, dan semua yang tidak disebut . girls birunian farabian jabarian khindian razian ibnu kaldunian.(maaf salah penggunaan bahasa ) .terima kasih sebab judi jadi teman saya.

 walaupun kita tak jumpa selalu sekarang. tak macam dulu. pergi bilik iron je jumpa, pergi padang main futsal sama sama, pergi kelas jumpa, pergi dewan makan jumpa. pergi lepak dorm makan sama sama jumpaaa, pergi musolla kita jumpa. kita solat jemaah. tu semua dulu. tapi kita ade kenangan itu. kenangan itu tidak akan padam dan hilang.

terima kasih. dan untuk sesiapa yang pernah membenci diri ini, mahukan penjelasan apa apa yang ingin di jelasi, bagitahu ye. insyaAllah. kita selesaikan didunia. Maaf andai pernah tersinggung dengan perangai atau kata kata diri ini. 

sesungguhnya diri ini masih belajar.

 belajar erti kehidupan. erti kehidupan yang ingin dibawa ke akhirat.

belajar untuk redha. belajar untuk belajar.



aku mungkin bukan seorang teman yang baik. bukan seorang teman yang span. apa yang aku harapkan hanyalah rakan yang boleh terima diri ini seadanya. dan aku terima kawan dengan sikap mereka adanya. lelaki , perempuan . tapi kawan yang paling aku sayang, adalah kawan yang boleh memberi dan percaya satu sama lain. kita kawan kan ? kawan yang aku percaya mampu membawa aku untuk mencari erti kehidupan.



Saturday, 15 September 2012

my story about yesterday

salam.

semoga sihat sejahtera kepada kawan kawan yang besar ,  kecik , muda ataupun tua. kaya mahupun miskin mahupun sederhana . kita semua adalah hamba yang kerdil di bumi Allah . :)

semalam.

takde apa apa yang menarik  seperti jumpa maher zain dan maher zain ajak aku makan bersama.
takde pape yang menarik seperti sedang aku berjalan, ada anak dato' terus jatuh hati bila terserempak dengan aku.
takde pape yang menarik seperti aku dapat tiket haji percuma untuk bagi kepada parents aku.

semalam.hanya perkara biasa yang berlaku cuma aku ingin kongsi seperti diari. uhuk uhuk.

(nak kena update blog cepat cepat sebab lepas ni nak keluar berjalan )

pagi semalam terbangun lambat after subuh. bangun terus tengok TV. semalam pagi sunyi sebab abang dah pergi kerja. ayah mak ikut orang surau pergi baroan ( konvoi raya ). capik tak balik minggu ni . cuma aku dan adik bongsu. kaki melangkah ,lantai terasa bersih jadi tak perlu nak menyapu pada hari itu.

ayah dan mak pulang ke rumah. kelam kabut ayah cakap " kakak, kemas rumah cepat ade orang nak datang ! "
aku yang sedang bersenang lenang bersama adik aku terkejut terus masuk ke dapur menyediakan apa yang patut.
dah siap buat air dan masukkan kuih dalam balang, kemudian cakap denagn ayah, " dah siap semua. bila orang tu nak datang? tak datang pun. "

ayah terus senyummmmmmmmm panjanggggggggggg dan keluar rumah nak pergi solat zohor di masjid.

grrr ayah tipu ! ( hukuman bangun lambat la tu ).

petang, aku sambung membaca novel 9 nyawa ramli awang murshid punya novel. petang tu keseorangan sebab adik ikut parents pergi open house. bila mak balik, mak bawak atif bersama! bila atif (my sweetheart) ada di rumah, aku secara semulajadinya terus hepi berkali gandanya ! weeehuuuuuuuuu :D :D :D

pada waktu malamnya, membantu mak masak kuey tiaw tomyam sebab kawan baik mak dan ayah nak datang rumah. tapi lepas maghrib, parents ceqq kena keluar sekejap pergi open house lagi jadi kerja kat rumah aku yang kena sambunggg. sambil abang aku bersantai di depan tv. huh.

aku ajak anak kepada kawan baik mak aku tu pergi bermain di taman. kebetulan di taman ade beberapa budak perempuan yang lain. umur mereka hmmm semua sekolah rendah

(alamak, da pukul berapa ni)

sedang melayan kerenah bebudak, budak budak tu tanya........

" akak, umur akak berapa? akak darjah berapa? "

OOOOOO MY GUUUUUD. WHAT ?!

lalu aku gelak sinis huhu akak bukan darjah la dik.

" jadi, akak ni dah tingkatan la ye? tingkatan 2 ke ? "

zepppppp hihihi. terus aku cakap, " akak baya abang Khairi kamu. 20 tahun :) "

aku cerita dekat mak aku, then mak aku gelak. mak aku pun cerita, " masa open house hari tu, kan ade sorang budak ni panggil kau adik. kau taju tak budak tu sebenarnya lagi muda daripada kau. umur dia 19 tahun. dia ingat kau 15-16 tahun "

hihihihiihhihiihhiihihihihiiii.

inilah motifnya aku nak cerita pasal semalam ! ok terima kasih. babai semua.

:) have a happy life. Got HIS blessing. Allah :)



p/s: i cant forget you. hopefulli after we met even in seconds you will disappear from my dream. but until now, you keep appear appear and appear. mungkin tidak apa kalau ini yang boleh ubati penyakit rindu. malunyeeeeeeeeeeee. what im talking about. uhuuuu. wish good luck for me ! nak berjaya sama sama jugak ! 

ok siap ! nak gerak pergi keluarrrrr zep!

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email