Friday, 17 August 2012

hitam dan putih.

assalamualaikum.

kadang tangan menaip mengikut gerak hati. apa yang ingin diluahkan . sad. happy. well. hell. depends.

kadang tangan menaip. melalui idea idea dari pembacaan.

kadang kadang tangan menaip. melalui kefahaman dan mendengar dari bualan mulut orang.

dan kadang kadang tangan menaip untuk meringankan sedikit kegusaran di hati. mungkin. ( ? )


there has a girl. not too ugly and not too beauty. people will not notice her in a crowd. however, that girl try to be ordinary. extraordinary. to change and become a ' khalif '.

seorang gadis yang mempunyai ilmu agama tetapi tidak sedalam mana. perwatakan luaran dari segi pakaian kelihatan gadis itu tahu dalam mengenai agamanya. Tetapi sebenarnya gadis itu masih belajar. belajar untuk lebih mengenal tuhannya. Penciptanya. Itu sebab dia tidak suka orang lain judge on luaran. Dia takut dengan pakaiannya yang tertutup itu akan membuatkan orang pandang tinggi sehingga kesalahan yang kecil dilihat seperti sebesar alam. tetapi dia sedar, dia tak perlu takut untuk menjawab dengan manusia. tetapi takut untuk menjawab dihadapan Allah nanti.


jangan pernah rasa takut untuk berubah
harusnya lebih takut apa nak jawab nanti depan Allah


Bulan Ramadhan sebelum ini dijalankan dengan rutin biasa. menahan lapar dan dahaga disiang hari. Tadarus untuk khatamkan Al Quran kerana pihak sekolah menyuruh. Belajar. Ye, dulu dia melakukan semua itu. Tetapi apabila direnung kembali, dia melakukan semua itu hanya sebagai robot. Tidak memahami dan menghayati apa erti Ramadhan yang sebenar benarnya. Ya. Yang sebenar benarnya.


gadis itu tekad, ingin mencari erti ramadhan yang sebenar benarnya. mungkin tidak seperti fend dan chad. berpuasa di australia. backpacking dan disana mereka temui erti ramadhan. ramadhan yang bermakna sehingga mampu mengubah mereka. mengubah mereka 360degree. tetapi, gadis itu cuba untuk mencari erti ramadhan di tempatnya sendiri.


Kerna Ramadhan itu best :)
Bukan kerna di bumi mana
tapi kerna apa yang difahami jiwa


Sungguhlah 10 malam terakhir merupakan pembebasan dari neraka. mohon ampunlah dari Allah. Dia Maha Pengampun lagi Maha mengasihani.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
seorang lelaki merupakan penggali kubur datang menemui rasulullah dan menyatakan kekesalannya bertaubat pada Allah. tetapi dia tidak yakin adakah Allah akan memaafkan kesalahannya itu.

Maka dia bertanya, " Ya Rasulullah, aku telah berbuat dosa yang amat besar. adakah Allah akan mengampuniku ? "

" Sesungguhnya Allah itu Maha pengampun. Adakah Kau telah melakukan pembunuhan? Maka jika kau memohon taubat dengan bersungguh sungguh, nescaya Allah akan mengampunimu "

Lelaki itu berkata, " Tidak Ya Rasulullah. Dosa aku lebih besar daripada itu. "

Rasulullah pun berkata lagi, " Adakah engkau telah derhaka kepada kedua orang tuamu? Maka mohonlah ampun dan bertaubatlah. Nescaya Allah akan terima taubatmu itu "

" Tidak Ya Rasulullah. Dosa aku lebih besar daripada itu. "

Maka berkata lagi Rasulullah, " Adakah engkau telah mensyirikkan dan menyukutukan Allah ? Maka bertaubatlah kamu dengan bersungguh sungguh . nescaya Allah akan terima taubatmu itu. "

" Tidak Ya Rasulullah. Tetapi dosa aku lebih besar dari itu "

" Maka khabarkanlah padaku, apakah dosa yang engkau telah lakukan "

" Ya Rasulullah, sewaktu aku menggali kubur mayat seorang wanita, aku telah tertari padanya. Lalu aku memperkosanya. Kemudian mayat itu bersuara, "Mengapa engkau bertindak kejam padaku. Bagaimana aku nmahu menhadap Allah dalam keadaan junub ? " Lalu aku berasa amat menyesal. Adakah Allah akan menerima taubatku ya rasulullah? Aku benar benar kesal "

Maka Rasulullah s.w. berkata " Pergilah kau. Dosamu terlalu besar. Allah tidak akan menerima taubatmu. "

Maka lelaki itu pergi dari situ dan kembali bertaubat kepada Allah selama 41 hari memohon keampunan dari Allah dengan sebenar benar taubat.

Kemudian malaikat jibril menemui Rasulullah.

Jibril berkata, "Adakah engkau yang memberi rezeki kepada makhluk makhluk didunia? "

"Tidak. Sesungguhnya Allah swt yang memberikan rezeki. Dia Maha Pemurah lagi maha mengasihani. "

Maka jibril berkata lagi, " Adakah engkau yang mencipta makhluk makhluk di bumi ini ?"

" Tidak ya jibril. Sesungguhnya Allah yang maha mencipta "

Kemudia jibril berkata, " Ketahuilah ya rasulullah, Sesungguhnya Allah telah menerima taubat lelaki itu dan telah memaafkan kesalahan lelaki itu ."

Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih lagi maha penyayang. [ Al Fatihah : 3 ]

Maka Rasulullah memberikan khabar berita baik kepada lelaki itu.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

10 malam terakhir. Malam pembebasan dari api neraka. Mohonlah. mohonlah pada Allah .

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

gadis itu mulai faham. merasakan erti ramadhan. memahaminya dengan mendengar kuliah dari masjid itu. walaupun masjid itu agak terpencil. tetapi pengisian yang bermakna. Mungkin dulu dia adalah gadis perwatakan hitam. tetapi dia ingin menjadi gadis perwatakan putih. sedaya upaya follow seperti yang dinyatakan dalam Al quran. tidak perlu tergesa gesa. dia ke arah itu. tapi hanya mula dengan bertatih. mula mengenal erti kehidupan. Dia ingin menyamakan watak luaran dan dalaman.

 benar. hati itu Allah yang pegang.

Allah paling suka pada hambanya yang apabila mereka melakukan kesalahan, mereka akan segera mohon taubat PadaNya.

" Moga Ramadhan kali ini cukup sebagai bekalan untuk aku 11 bulan yang akan datang. Mungkin sebagai manusia aku tidak akan lepas dari berbuat dosa samada aku sedar atau tidak. Tetapi yang aku pasti , aku akan cuba untuk mengelakkannya. Moga Allah akan mengampuni segala kesalahanku. Terlalu banyak rasanya tak tertanggung. 
Aku bukanlah gadis dalam cerita HILAL ASYRAF. Gadis yang sederhana tetapi menjaga hubungannya hablumminallah wa hablumminannas .
 Aku bukan gadis seperti itu. Tetapi aku sedang ke arah itu. Keluarga aku juga bukan seperti dalam cerita islamik yang mana ibubapa sedaramara adikberadik berbicara soal agama, dari tingkahlaku dan percakapan melambangkan mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi. Ye. Keluarga aku bukan seperti ini. 
Adik beradikku juga insan biasa. Kadang kadang terfollow up arus kehidupan. aku juga mungkin begitu dulu. Tetapi aku hanya berdoa. YE ! aku perlu berdoa agar kami sama sama bole merasa nikmat indahnya hidup yang Allah telah aturkan untuk hamba hambanya. Moga Allah memberikan hidayah.
Aku bukan gadis  seperti dalam cerita novel islamik ataupun mana mana novel yang ingin disunting oleh mana mana jejaka.
Kerana aku seringkali berasa tidak layak untuk mereka. Layakkah aku berdamping dengan lelaki yang sempurna agamanya. Dia lebih layak untuk mendapat wanita yang lebih baik agamnya berbanding diriku.
Layakkah aku berdamping dengan lelaki yang mempunyai harta sedangkan aku hanya gadis biasa.
Layakkah aku berdamping dengan lelaki yang baik parasnya sedangkan aku mungkin swan kelabu antara swan berwarna putih.
Layakkah aku meminta semua itu ? Walaupun dalam hati aku berkeinginan untuk mempunyai seorang yang mampu memimpin aku sehingga keakhirnya. 
Layakkah aku meminta semua itu?
Sedangkan aku baru belajar untuk mengenal erti kehidupan ?
Tetapi dalam banyak persoalan yang aku tanya, aku menemui 1  jawapan. 

Allah kan ada. Dia selalu ada untuk hamba hambanya yang mengingatiNYA selalu :D 
jadi tak perlu rasa kecewa. tak perlu rasa insecure. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. its all about time rite?

And i need a time to learn about this life. learn to live well. not to live hell. learn to live. and live to learn. 

ANTARA dia dan DIA.

When things get though, ask Allah for the inner strength to keep things going.

Dan aku masih memunyai kawan. kawan yang akan mengingatkanku dikala aku terlupa. dan aku mempunyai ibubapa yang sentiasa menyayangiku. Allah sudah beri mereka kepadaku. Aku perlu bersyukur.. :)


Inilah kisah gadis. Gadis yang tidak tahu akan benarkah wujudnya gadis ini. Hanya tangan menaip mengikut gerak hati hati berkata kata.

I used to make sins before. forgive me Ya Allah. Forgive me, my parents. forgive me, my friends. yes. i realised to be a bad girl before whether im noticed or not. Refresh.

salam ramadhan yang terakhir dan selamat menyambut hari raya eid.

TAHNIAH. 

tahniah for succeed fasting in ramadhan al mubarak :D

pray for syria , afghanistan , iraq.

pray for muslimin n muslimat.

pray for us.




thanks to Allah. for giving me an opportunity live in Ramadhan . Choose me to keep fasting and perform ibadah in ramadhan kareem.
thanks to hlovate for her novel . giving me a bit refresh about life. 
thanks to them for loving me.


pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email