Tuesday, 17 July 2012

sesuatu yang tertinggal

salam semua sihat tak tidak ? memana la tak nak letak titik kat ayat tuu kekkeke fine.

bila hidup ni kita jalan , jalan semakin ke hadapan. tak mungkin kita dapat berputar kembali ke zaman belakang. oh yeah. maksud aku zaman lampau.

bila kita berbuat sesuatu kenalah dengan bersungguh sungguh  agar tak menyesal kelak. tapi manusia sering lupa. mereka hanya akan belajar menghargai sesuatu bila perkara itu sudah berlalu. dan aku adalah salah seorang antara mereka. do not know to appreciate the things happen but only regret the past.

walau macam mana pun, masih tetap kena berdiri teruskan hidup ini. perjuangan tidak akan pernah berakhir sehinggalah tamat nyawa kita. dan ketika sudah penat, penat yang amat melampau, kita akan dapat rehat yang panjang setelah itu (kematian).

ok. cukup.

sesuatu yang tertinggal, mungkin kita pernah tinggalkan 'dia', sia siakan 'dia'. tetapi mungkin 'dia' kita mampu perolehinya kembali apabila kita berusaha.
contoh : kawan. (think with your own)

mungkin juga kita tak boleh mendapatkan 'dia' kembali tetapi  kita boleh create kan 'dia' yang baru.
contoh : kejayaan.

dan mungkin juga apabila 'dia' pergi, kita tak kan mampu nak mengembalikan 'dia'.
contoh : kematian.

oh. masa exam hari tu, aku sempat menyelit tengok movie melayu   SESUATU YANG TERTINGGAL.
frankly cerita ini amat merepek. lagi banyak mengutuk dan gelak dari terjerit jerit. (so, ade jugakla yang terjerit sebab kena cucuk dengan kawan oiii masa tengok filem). sinopsisnya, ohhhhh bukan. sependek pendeknya cerita ni macam ni. . .

Zahiril adzim terjumpa cermin dan bagi pada mona. mona kena rasuk sebab hantu dari cermin tu keluar. then hantu tu pi kat badan asyraf pulak. bila depan cermin je, hantu tu menyerap masuk kedalam cermin dan membawa semua sekali budak budak tu ke alam dalam cermin. and. . . habis dah. ending looks like its not the ending. dan cerita dalam ni semua nampak mustahil. ada ke sekolah yang bongek sangat macam dilakonkan dalam cerita ni. haishhh nak bikin cerita biar logik. ade seorang budak ni je yang terselamat sebab dia ade saka yang jaga dia. tapi paling mnegecewakan, bila jumpa hantu or watever happen happy or sad or frightened tak de satu pun kalimah kalimah suci dilafazkan. Allahuakbar, subhanallah. masyaAllah. Alhamdulilah. none! sedangkan mereka ni anak yatim di pusat asuhan anak anak yatim. so nampakla betapa logiknye cerita ini. btw, cerita still nice to watch la.kata nak kena support filem melayu kan?

eh pendeknya sinopsis aku haha.

dan sesuatu yang tertinggal. eh. aku da start cuti sem untuk 2 bulan ! bulan 9 nanti baru masuk shah alam lagi untuk sem ke 3. tu cerita nanti laaa.

sesuatu yang tertinggal. yang penting. seringkali dipandang enteng . bila baca ayat someone ni kat fb membuat aku gelak terbahak bahak. tapi disebalik tawa, masih ade perasaan yang mengiyakan kebenaran. ayat dia lebih kurang berbunyi :

"wanita arab sibuk membanting tulang. meringankan beban keluarga, ayah. meringankan beban suami agar masing masing boleh keluar mencari rezeki, berperang berjihad menegakkan islam. wanita arab sanggup mengangkut tong gas dikala abang, suami ataupun bapa keluar dari rumah. tetapi wanita melayu kini sibuk dengan mencipta puisi cinta la, sambil menunggu putera dalam hidupnya.oh bakal imamku.oh bakal suamiku. "

sesuatu yang kita perlu sedar. tentang nasib islam di negara lain. tidak kurang juga di negara sendiri. kita masih perlu lakukan sesuatu. bangkit bersama.

serius. terkena tempias. sikit je. ehem.

jadi sempena ramadhan yang bakal menjelma, marilah kita mempersiap siapkan diri dan bersedia untuk berjumpa dengan cinta kita. cinta ramadhan <3 ramadhan kali ini marilah kita laluinya dengan masa dan ibadah yang paling terbaik supaya pada saat, minit,jam, hari, bulan, tahun berikutnya kita kan menjadi insan yang semakin mantap. jangan jadikan Ramadhan kali ini menjadi " sesuatu yang tertinggal dan dikesali " sementara kita masih boleh memperbaiki segalanya. wasalam :)


VIDEO penghalwa mata. Assalammualaikum cinta

No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email