Thursday, 28 June 2012

kompilasi mimpi.

Assalamualaikum.

( ^     ^   )  V


Anis seorang gadis serba serba simple. Gadis biasa yang bisa untuk jatuh hati seperti insan yang lain juga. Bezanya, Anis tidak berani untuk meluahkan perasaanya. Takut tidak berbalas.

Anis bukanlah seorang gadis yang mudah untuk jatuh cinta. kerana dia sendiri tidak tahu apakah maksud cinta yang sering diungkapkan seperti di TV ataupun movie-movie yosshh. Anis sering menafikan perasaanya. Tidak suka untuk jatuh hati. Dia takut untuk berasa kecewa kerana Anis pernah kehilangan insan yang amat dia sayang. Azwan, merupakan kawan karibnya sewaktu dia sekolah rendah dan sekolah menengah. Tetapi Azwan telah kembali keRahmatullah.

Anis seorang gadis yang mudah untuk berkawan. Tetapi dia hanya benar benar akan berkawan terhadap orang yang mempercayai dirinya. Dia akan segera menjauhkan diri atau menyisihkan diri kepada orang orang yang dirasakan tidak menyayangi dan mempercayai dirinya.

oleh sebab itu, dia berkawan dengan Rafi lebih daripada 5 tahun. Setelah lama dia berkawan, barulah dia sedar bahawa dalam hati kecilnya menyimpan perasaan terhadap Rafi. Dia sendiri keliru samada itu perasaan sayang terhadap sahabat, ataupun perasaan sayang lebih dari seorang kawan.

Rafi melanjutkan pelajaran diluar negara. Manakala Anis hanya menyambung pelajarannya di Malaysia.
Anis mahu melupakan dan menghiraukan perasaanya itu. Dia berharap dengan jarak yang jauh dan menjauhkan diri dari Rafi mampu untuk dia terus berdiri tanpa memikirkan mengenai perasaan yang dia sendiri tidak pasti. Tambahan pula, hubungan Anis dan Rafi tidak seakrab dulu. Kawan, pasti akan ada pergaduhan. dan juga, perselisihan faham. Perselisihan faham yang kadang kadang bukan mudah untuk menyelesaikannya seperti bermain angry bird, ataupun batu seremban.

Di universiti, Anis bertemu dengan rakan yang baru. Dia mula memahami erti hidup denagn lebih mendalam. Yang paling penting, Anis belajar cara untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah. tidak seperti dahulu kala , hanya tahu menghindarkan diri dan lari dari masalah.

 Anis amat gembira dengan kehidupannya di universiti. Dia mulai faham, dengan menyibukkan diri, membuat masa yang dilalui dengan lebih bermakna. Menyertai aktiviti kelab, belajar, mendengar ceramah ceramah agama, pengisian rohani. Semua itu telah membuatkan dirinya menjadi insan yang baru. Lebih tabah dan bersedia untuk menghadapi dunia, masalah dikemudian hari. Alhamdulillah. Anis sedar, kadang kadang pilihan yang dirasakan salah, membawa kita ke destinasi yang betul.

Anis mempunyai kenalan lelaki yang menyenangkan hatinya, Nazim. Dia kagum dengan seorang lelaki yang dirasakan hebat ilmu agamanya. Dia belajar cara untuk mengendalikan sesuatu masalah, dan selok belok mengenai islam serba sedikit daripada bual bicara dan permuafakatan didalam bermesyuarat yang diketuai oleh Nazim. Anis mengagumi lelaki itu didalam diam.

Setelah dua tahun, Anis berpindah universiti. Dia amat merindui rakan rakannya di kampus lama. Anis mendapat tahu bahawa Nazim telah bertunang. Bersama seorang wanita yang tidak jauh hebat ilmu agamanya. Benarlah, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Anis terus melupakan perasaan terhadap lelaki itu. Anis bersyukur kerana dia tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi kepada Nazim kerana takut hati dilukai. Anis merasakan terdapat banyak jurang antara mereka. Anis bukanlah gadis yang sempurna dan lengkap ilmu agamnya. Anis masih lagi perlu belajar dan mendalami islam seluruh hatinya. Dia tidak mahu ketinggalan untuk menjadi antara insan yang akan menegakkan kalimah Allah.

Anis berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang. Dia ingin bersaing dan membuktikan kepada kawan kawannya, dia pun boleh berjaya dan mencapai angannya yang besar walaupun hanya sekadar belajar di Malaysia.

Anis berasa amat resah. keliru. semenjak kebelakangan ini, Anis sering bermimpi. Rafi sering muncul dalam mimpinya. Anis jarang sekali untuk mengenang Rafi. Tetapi setelah Rafi seringkali muncul dalam mimpinya, Anis mula untuk berfikir menegnai Rafi. Apakah Rafi masih marah terhadap dirinya. Adakah rafi masih menganggap dirinya sebagai rakan. dan pelbagai lagi persoalan. Adakah dia masih lagi mempunyai dan memendam perasaan terhadap Rafi sedangkan Anis sudah sedaya upaya untuk melupakan Rafi. dan mengganggapnya hanya sebagai teman biasa. tidak lebih dari itu. Anis amat keliru.

Kini hampir dua bulan. Rafi masih muncul dalam mimpinya. Anis sudah penat untuk bermain teka teki. Adakah mimpi itu hanya sekadar mainan tidur. Jadi, Anis bermohon dan meminta petunjuk daripada Allah.

" Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Aku takut jika cintaku terhadap manusia melebihi cintaku kepada diri-Mu. Aku tidak mahu menjadi antara mereka yang lari dari landasanMu. lari dari mengingatiMu. Tunjukkanlah,dan pimpinlah aku ke jalan yang lurus. Berilah aku petunjuk dan tafsiran isebalik mimpiku ini. Hanya padaMu aku berserah. "

Anis terus melangkah. melangkah dan menghadapi hidup ini. hidup dengan cinta dari Rabbul I'zzati. Cinta terhadap Tuhannya. Cinta Allah, yang tidak pernah mengecewakan dirinya. Cinta dan Redha Allah yang selalu dia harapkan. Agar dia kuat untuk menghadapi dunia ini.


Ya Allah ya tuhanku,
Seandainya telah engkau ciptakan Dia untuk diriku
Maka Satukanlah hatinya dengan hatiku, 
Titipkanlah kebahagian di antara kami agar kemesraan itu abadi dan takkan pernah berhenti Ya Allah, yang maha mengasihi, 
Seiring waktu berjalan tiada henti, Bimbinglah kami melayari hidup ini menuju Kebahagiaan yang abadi.

Akan tetapi, Seandainya telah engkau takdirkan bahwa dia bukan miliku, Bawalah ia jauh dari pandanganku, pikiranku dan relung kalbuku

Hilangkanlah kerinduan yang menyayat-nyayat perasanku
Luputkanlah dia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari keputusasaan

Berikanlah aku kekuatan Untuk Menepis bayangannya jauh ke ujung langit biru
Agarku bisa bahagia dan tersenyum Walaupun Dia tidak ada bersama diriku

Gantilah yang telah tiada, Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama seperti dirinya , seorang yang tulus dalam mencinta

Kupasrahkan segala jiwa dan raga ini hanya milikmu
Kutahu Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik dalam realita hidup dan matiku
kerana engkau maha mengetahui.Segala yang terbaik bagiku

Ya Allah…

RAFI ??

hahahahahahahhahahahaaa. : )



Mohonlah petunjuk daripada Allah. sesungguhNya, Dia lebih Maha Mengetahui. :)




p/s : doakan laila syahidah agar berjaya dengan cemerlang dan terbilang dalam exam kali ini :) berkati ilmuku ini Ya Allah.

No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email