Thursday, 31 May 2012

3 bulan.

salam.

hello boys. hari ini hari jumaat. mesti korang nampak macam semat pakai kain pelekat , pakai kopiah nak pi masjid.

oh dan tak lupa jugak to boy(s) yg tengah rehat dari kerja sebab nak pi solat jumaat tapi melencong pi kedai makan ( especially kalau kat meru ni restoran Bandung) untuk makan sambil cover dengan bos kononnya dia pi solat jumaat. pffft

dan kepada wanita wanita seluruh dunia yang osem !

semoga hari ini bertambah baik dari hari semalam. heheheheheee =D

3 bulan ni bukan bermaksud tarikh atau pun menunjukkan aku dah mengandung selama 3 bulan sebab aku tak kahwin lagi.

tapi tajuk ni sempena 3 bulan dah aku study di uitm shah alam bachelor in food technology and science.

life will be meaningless as student if you just wake up in the morning ( early morning ? ) to go to lecture class, finish your assignments for a whole day, eating drinking sleeping cooking, study until dying for tomorrow tests, and sleeping again.

be an active student. involve with clubs (oh not clubbing night ), means persatuan or involve yourself in each competition held. such as SUKOL (sukan antara kolej), SAF ( sukan antara fakulti ), lawatan, camping, or watever such activities , good activities okayyyy.

kalau dalam UiTM shah alam ni, ada persatuan mahasiswa hadhari. banyak aktiviti islamik. ada skuad penyayang. kuliah agama for free. tilawah. jadi, masih boleh dapat pengisian agama disamping kita study subjek duniawi.

ada jugak kelab errr dan macam macam. aku tak teroka sangat sebenarnya. hihiiii

aku ada menyertai beberapa pertandingan sukan.
 1- sukan pencarian bakat baru ( ping-pong).
 2- sukan piala dekan (ping pong)
 3-sukan antara kolej (ping pong)

walaupun aku tak berapa hebat dalam bermain ping pong tapi errr errr memang tak hebat pun. grr aku dapat second place for each competition ! what !!! sebab aku kalah pada orang yang sama. fed-up! grrrr
mesti budak tu gelak gelakkan aku sebab asyik jumpa muka aku kat final.  mesti aku kalah dengan dia. dem.

ok,aku tak nak cite pepanjang kekalahan yang amat memalukan ini.




aku akan berlagak control dan bajet hebat walaupun hakikatnya aku tak hebat.



NEXT.

lecturer.

oh ye. kostly lecturer kat sini PHD. paling kurang pun semua da ade master.

for CHM 431, lecturer aku best. lelaki. oh ye. dia suka curi curi dengar perbualan kitorang masa dalam lab. hihihiiii. . . dia suka perli. tapi dia caring. masih bujang. siapa nak, bole contact saya. nanti saya tolong rekomenkan. (cis, nak guna saya saya pulak)

FST 501, kauuuu lecturer ni bahaya. pompan. errr wanita. kau bayangkan nota nota dia slide bjela jela. Quiz suka mengejut. Tapi soalan quiz on the spot. Malang lagi bila soalan quiz dia macam test. explain itu ini bla bla. oh ye, and the worst thing, soalan dia tak de dalam slide. since that, aku dah malas nak baca notes sebelum masuk kelas sebab soalan dia pun luar kotak pemikiran. so, kau hanya perlu on9 memalam dan berchatting sebagai persediaan nak masuk kelas dia. dan lepas tu, kau hanya perlu tawakal untuk tak mendapat 0 marks !! grr

oh ye. dan untuk test, aku rasa aku tak perlu nak buat final year punya soalan sebab semua soalan dia buat sendiri ikut kepala dia. so that we all will be genius like her. duhhh final past year exam tu lagi senang berbanding soalan quiz dia. ni apentah lagi tets. faham ? okayy . Dying.

untuk subjek lain, ohh biasa biasa sajaaaaaa.

cakap jela malas nak cerita. kekekkeke

bulan 6 ni akan menjadi bulan paling sibuk dan menjadi mata panda. tests bgelumpangan. ditambah lagi dengan projek food is fun. kan best kalau dalam setiap projek hanya menjadi peserta biasa. hanya perlu join n goyang kaki. tapi bila dah diberi amanah untuk memikul tugas, kenalah laksanakan. bukanlah secara paksa. kena ikhlaskan hati. buat sungguh sungguh, ini amanah. walaupun hakikatnya mesti akan terselit perasaan malas tu.

hei. next sem aku nak cari usrah untuk dibuat laaa. mesti lagi terisi kan hidup. bukan hanya sebagai student. sebgai anak. sebagai khalifah juuga :D

maybe im not the best one. but i want to be better. as muslimah.

aku bukan srikandi seperti wanita islam yang dahulunya berjuang di zaman nabi.
aku bukan fatimah syarha.

tapi aku ingin menjadi seperti mereka walaupun hanya sekelumit percent.

tak mustahil kan.

 dan next sem aku baru nak ambil muet. nak muet kat uitm shah alam, or pilah ? hmmm nanti lah fikir.

dan aku tak sabar nak study subjek next sem. banyak calculation. tak perlu banyak membaca sangat macam sem ni. so, i love it ! really love it . no doubt. coz i like to calculate. hate to read. hahah


bubui. :) :) :)

Tuesday, 29 May 2012

Nurul Khaibulna

“ Kau suruh jela Bulna tolong buatkan assignment tu untuk kau. Dia mesti tolong punya. “

“ Betul tu. Aku pun sokong. Tak kan lah kau nak ignore je band kita ni. Melepas la kalau peluang ni kita sia-siakan.”

Badrul dan Hisyam berpakat memujuk Hilmi supaya jemputan dari Hotel Concorde diterima. Hilmi keliru samada mahu terima atau tidak kerana pensyarahnya memberi 4 assignments untuk disiapkan dalam minggu tu juga.

“ Korang senang je kan cakap. Dah banyak kali aku terhutang budi kat Bulna tu tau. Dia selalu tolong aku. Tak kan lah kali ni aku masih nak minta tolong dia. “ Hilmi menafikan.

“ Ala, kau pun tahu kan. Bulna tu menaruh perasaan kat ko la Mie. Mesti dia sanggup punya kalau ko suruh dia buat. Entah-entah merentas lautan api pun sanggup dia tempuh. Wkwkwkwk :D “  *(gaya tulisan bajet komen hape)*

” Kalaulah aku ni pakwe dia, dah lama aku belasah mulut korang tu.” Hilmi merengus dan berlalu pergi dari tempat itu.

Nurul Khaibuna seorang gadis yang amat simple. Tidak lawa. Tapi tidaklah pula hodoh. Sedap mata memandang. Dia memang menaruh perasaan terhadap Hilmi semenjak awal semester lagi dia menjejakkan kaki di UPM itu. Tetapi Khaibulna merahsiakan perasaannya daripada Hilmi.

Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau Hilmi. Walaupun berlambak assaignment yang kau mintak tolong aku buatkan, aku pasti akan buatkan dengan sedaya yang aku mampu. Selagi itu lah satu satunya cara yang aku boleh dekati kau – Nurul Khaibulna.

“Tiit Tiit”. Satu mesej di inbox Bulna kelihatan. Usai membaca mesej itu, Bulna bergegas pergi ke satu tempat.

“ Wei Bulna ! Awat hang doq pi tgesa gesa ni? Mau pi mana ha? “ Nisa menyapa Bulna yang terkejut dengan reaksi Bulna secara mendadak.

“ Aku ada hal penting. Nanti aku bagitahu kau. Aku mungkin tak dapat datang kuliah esok. Papehal, aku inform kau nanti eh.”

Dalam sekelip mata, Bulna pun hilang dari pandangan Nisa.

“ Nisa, mana Bulna? Seharian tak nampak dia ni. “ Hilmi bertanya.

“ Aku pun tak tahu la weh. Tadi dia tergesa-gesa pergi lepas baca satu mesej. Risau gak aku. Kau buat apa nak jumpa dia? Nak mintak tolong dia siapkan assaignment la tu. “

“ Bukanlah. Aku saje nak jumpa dia. Takkanlah aku jumpa dia semata-mata sebab assaignment je kot. Kitorang kawan. Dah la Nisa. Aku bla dulu. Nanti mesej aku eh bila kau da tahu Bulna kat mana. “ Hilmi terus berlalu.

Sudah 4 hari Bulna tidak hadir ke kuliah. Nisa mendapat khabar dari Bulna bahawa ibu Bulna diserang penyakit lamanya. Kali ini lebih kronik. Doktor mengesahkan ibu Bulna bukan menghidap penyakit gastrik, tetapi kanser di usus. Bulna balik ke kampungnya di Perak untuk menjaga ibunya di hospital. Nisa lah yang membantunya melaporkan ketidakhadirannya ke kuliah atas alasan itu.

“ Jadi, kita terpaksa lah tolak tawaran dari hotel tu eh? Rugi la weh. Income besar. Peluang masa depan pun cerah. Mana tahu ade yang tertarik untuk ambil kita sebagai band anak angkat.” Badrul meluahkan perasaannnya yang tidak puas hati gara-gara Hilmi tidak mahu menyertai band Tocopherol untuk membuat persembahan.

“ Aku bukan saja-saja tak nak sertai. Tapi aku ada banyak kerja untuk aku selesaikan. Aku macam tak de feeling la nak buat apa-apa minggu ni. Baik aku tarik diri daripada aku petik gitar yang takde rentak jiwa aku, suara aku pun lari dengan menyanyi tanpa perasaan.” Hilmi memberi alasan.

“ Tak pelah Hilmi. Kali ni, kitorang follow je. Lagipun ko ketua ktorang. Tapi lepas ni andai dapat offer daripada mana-mana pihak lagi, kau jangan pulak nak menolak. Aku kick ko karang. “ Hisyam mencelah.

Pelajaran di kuliah umpama debu debu yang berterbangan. Segala patah haram lecturer ajar dalam kelas tak masuk otak. Mana taknya, masuk telinga pun tidak. Hanya jasad Hilmi sahaja yang hadir dikelas, tapi roh dan fikirannya, terbang melayang jauh.

“ Apesal dengan aku ni. Wajah Bulna jugak yang tetibe terjah kat fikiran aku sejak kebelakangan ni kenapa? Haishh. Mungkin sebab aku risau kot dengan ibu dia. Apa khabar ibu dia eh? Tak kan la aku ni da jatuh hati dengan dia. Bulna? Tak de yang istimewa pun tentang dia. “ Hilmi bermain teka teki dengan perasaannnya.
Hilmi kebosanan. Dia merenung ke luar tingkap. Keluar dari kamar biliknya dan menuju ke ruang tamu.

“ Ko baca buku apa ni Azrul ? “

“ Adik aku bagi buku ni kat aku. Tulisan Fatimah Syarha. Entah ape ke bengong adikpompan aku tu bagi buku ni kat aku. Tapi lepas baca beberapa mukasurat, best pulak. “ Azrul merupakan housemate Hilmi. Penasihat Hilmi juga.

“ Eleh kau cover macho. Pekejadah adik kau tetibe bagi buku ni kat kau ? Ni mesti sebab dia sedar abang dia da meningkat tua tapi jodoh belum ade. “ Hilmi menyakat.

“ Lek la. Baru 26 tahun. Biar aku habiskan Master ni dulu. Kerja. Dalami ilmu agama cukup-cukup baru bole kahwin. Bab-bab mecari pasangan ni, aku tak risau. Insya-Allah, jodoh aku ade kat luar sana. Mungkin aku je belum jumpa dia. Allah kan hebat dalam merancang. Eh, kau aku tengok minggu ni kau dok kat rumah je. Malam malam pun rajin melekat kat rumah. Tak pi jamming? “ Azrul bertanya.

“ Emm. Tak de mood la. Ntah. Aku rasa hidup aku ni tetibe kosong. Baik aku siapkan segala assaignments bagai yang berlambak tu. “

“ Malam esok ada ustaz popular nak bagi ceramah kat Masjid Fatah. Jomlah follow aku. Kau pun tak de ape kan nak buat. “ Azrul mengajak dengan penuh bersungguh.

“ InsyaAllah.” Hilmi membalas pendek.

Selepas dua minggu, Bulna pulang ke kampusnya. Ibu dikampung dijaga oleh saudaranya yang terdekat memandangkan keadaan ibunya beransur pulih. Tapi tidaklah sembuh sepenuhnya.

“ Assalamualaikum Bulna. Weh. Ibu kau da ok? Ni bole cath-up balik tak subjek yang ko da tinggalkan untuk seminggu ni? “ Hilmi menyapa.

“ ohh. W’salam. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan aku. Aku kena struggle sikit la. Tak nak ketinggalan. Ibu aku alhamdulillah. ” Bulna membalas pendek.

“ Bulna, final exam dah nak dekat. Aku nak minta maaf dan pohon bebanyak terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku. Ni pun dah jd final sem kita kat sini. Moga result final gempak. Lepas ni tak tahu la kita bole jumpa lagi ke tak. “

“ Awat cakap macam tu. InsyaAllah. Persahabatan tidak dinilai melalui jarak. Tapi melalui ingatan seseorang.” Bulna kehairaan dengan gaya percakapan Hilmi yang berlainan itu.



Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya…
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah…



Hilmi menutup buku. Sudah 2 tahun dia melanjutkan pelajarannya di luar negara. Menyambung master dalam bidang mechanical engineering. Dalam 2 tahun itu juga, tiada gadis lain yang berjaya menduduki hatinya. Hanya gadis itu. Dia tidak pernah meluahkan perasaan pada gadis itu. Lagi beberapa bulan sahaja dia akan menamatkan pelajarannya di US itu.




Hilmi, walaupun jarak ini jauh, tidaklah membuat ingatanku terhadapmu lenyap. Moga Allah melindungimu selalu. Moga Allah pelihara cinta yang aku pendam ini dengan baik. Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu sebab aku tidak tahu bagaimana dengan isi hatimu. Ibuku telah pergi meninggalkanku. Kini, aku hanya mempunyai adik-beradik yang amat menyayangi aku. Aku teruskan kehidupan ini dengan cinta mereka. Dan, aku menjadi tabah selepas kematian ibuku kerana Cintaku pada Murabbi. Allah yang beri aku kekuatan untuk aku hadapi hidup ini. Aku tak mampu melanjutkan pelajaran seperti kau Hilmi. Aku perlu terus bekerja selepas aku mendapat ijazah aku untuk aku menanggung kehidupan kami adik beradik. Alhamdulillah aku memperoleh pekerjaan yang baik. Mungkin aku tidak sedarjat denagn kau Hilmi, anak Dato’ Kamal.Student master lagi.Mungkin anganku ingin hidup  bersama kau akan jadi angan kosong sahaja. Cuma aku berharap, persahabatan kita akan kekal. Walaupun sebagai kawan sahaja. Aku tahu, hati ini aku kena jaga. Hati ini bukan milik aku. Bukan juga milik kau. Tapi hati ini milim Allah. Moga yang terbaik akan menjadi milikku, dan juga miliik kau.

Khaibulna menutup diarinya.



Masih teringat lagi Hilmi pada ceramah ustaz Haji Elias di masjid Fatah.

“ Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.”

 Semenjak itu, hati Hilmi terbuka untuk lebih mendalami tentang ilmu agama. Jika selama ini dia hanya merupakan seorang anak yang hanya tahu untuk tidak membuat malu terhadap keluarganya, kini dia menjdai seorang anak yang lebih bermakna. Tidak pernah meninggalkan solat dan mendoakan kesejahteraan keluarganya. Jika sebelum ini dia hanya bergelar mahasiswa untuk berjaya akademik. Sekarang dia menjadi mahasiswa untuk berjaya dunia dan akhirat.



Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,

Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,

Cintamu bermujahadah menahan nafsu.



“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Ya Allah, moga rasa kasihku terhadap Nurul Khaibulna tidak melebihi rasa cintaku padaMU dan RasulMu. Seandainya inilah jalan yang terbaik Engkau tunjuki, aku akan datang untuk melamar dia setibanya kepulangan aku nanti. Moga masih ada ruang untuk aku bertahkta dihatinya. Peliharalah cintaku ini Ya Allah.


                                          


* watak ini tiada kena mengena samada mereka hidup ataupun yang telah meninggaldunia. Cerita yang ringkas. sebab korang pun bukkannya rajin nak membaca kan.kekekkekek







pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email