Saturday, 3 March 2012

Bakal menjejak ke alam stadi yang baru

Assalamualaikum.

good ladies and bad boys. and osem guys. elehhhh.

5 mac 2011. eh 2012.

Esok aku da nak start masuk UiTM Shah Alam. Dulu masa mula mula dapat UPU, aku memang nak sangat masuk UiTM Shah Alam sebab dekat dengan rumah. Meru-Shah Alam. Oh. Bajet bole naik moto pergi balik rumah. Angan angan besar sangat. Tup tup. Early diploma aku kat UiTM Kuala Pilah negeri sembilan.

Alaaa. UiTM Pilah yang tercerobong kat hujung hutan tu. terhindar dari segala sosial. (cakap besar) haha.

First impression kat situ. omaiigoooodd. tak besshhht!

but first impression tu amatlah tak betuL. dan amatlah best kat situ okayhhh. Aku amatlah rindu rindu rindu sangat sangat dengan kawankawan n lecturer kat Pilah. terharu tak?

Since mak aku paksa aku amek fast track, aku pun amiklah.

3 sem je aku diploma. then terus masuk part 2 ijazah food and science technology.

Di Shah Alam. Fakulti Sains Gunaan.

I'm not too ready actually to start study. to meet with new friends. New environment. And everything that fresh to me. ceh. poyo je aku ni. padahal selalu lepak uitm shah alam walaupun tak stadi kat situ dulu.

Semoga Allah permudahkan segala urusanku.

By the way, in food tech, ade dua pilihan.

1- islamic food law.

2- food safety and hygiene.

Aku mula mula decide macam nak amek choice yang ke dua. tapi bila fikir dengan lebih mendalam, macam nak amik choice first sebab yang tu punye subjek kena study arabic. dan aku amatlah rindu untuk belajar bahasa arab. rindu sangat. sangatlah rindu nak belajar arabic.

enough laila. tak payah nak state berapa banyak rindu la sangatttt.

Oh ye. Walaupun kat shah alam ni boleh mohon untuk duduk kolej, tapi aku decide nak duduk rumah sewa.

So, kena tingkatkan ketabahan. Keyakinan. dan paling penting. Keimanan. Kesabaran!

Semoga aku boleh harungi semua itu. Kan aku nak jadi wanita berkarisma dan solehah. Solehah? Dalam proses. Its all about time.

Oh ye. Dalam rumah sewa aku ada dua orang budak kelantan. Aku nak jalankan misi nak belajar cakap dielek kelantan! hehehehhehe. Hape? ingat aku nak kahwin dengan budak kelantan? hik hik. sudah la laila dengan angan kauuuu.

Oh ye. dan mak aku suruh aku belajar masakan dari kelantan. Aiiyyyoooo. mak aku berfikiran lagi jauh.

Dulu memang aku selalu dan rajin tolong mak aku kat dapur.

Tapi semenjak aku study kat UiTM negeri sembilan dulu, boleh kira dengan jari berapa kali aku balik rumah.

Dan cuti semester dulu pun pendek. sebulan. Masa aku join karisma lagilah. Tak sampai sebulan okayh cuti. Ok. mungkin sampai. Tapi aku banyak berjalan.

So, dah lama tak masak. Setakat tolong mak kat dapur tu, haihhh.

Ni cuti sem panjang pun, aku kerja. Tak ade masa sangat nak jejak dapur. Setakat masak megi malammalam buta lepas balik petronas tu adalah. Masak nasi goreng dikala aku kelaparan tapi lauk da habis.

Tapi sumpah da lama aku tak masak lauk pauk. Inilah masa untuk aku tajamkan skill. haha. bajet nak jadi gadis melayu terakhir hape?


Semoga aku mampu menjadi gadis yang berdikari. Dan sepanjang proses nak jadi berdikari, aku tahu. aku kena hadap dengan pelbagai ujian dan cabaran. Dan ujian itulah yang akan membuatkan aku lebih tabah untuk meneruskan hidup.

Mneruskan hidup sebagai pelajar. meneruskan hidup sebagai anak. meneruskan hidup sebagai wanita. meneruskan hidup sebagai pejuang islam insya Allah.

Semoga ilmu yang bakal aku pelajari mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Itulah tujuan utama belajar. mencari rahmat Allah.

Doakan aku berjaya. terima kasih kawan!


p/s : next week tak online langsung. ade kesah? ye kisah. Jadi, cerpen aku agak tertunda. tersimpan dalam draft. semoga aku mampu untuk completekan cerpen aku tu. 

No comments:

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email