Wednesday, 29 February 2012

Di Langit Biru dan hitam.

Assalamualaikum.
duhai gadis dan jejaka.

Alam ini terbentang luas. Melihat laut kebiruan. kadang coklat kerana kekeruhan.
Biru kerana langit itu berwarna biru. memberi warna kepada laut yang jernih untuk menjadi kebiruan apabila dipandang.

Biru. ye. aku suka warna biru. ooo. tapi bukan itu yang aku nak bagitau. (harhar).

aku nak bagitau yang aku tak suka warna pink. tapi bukan ni gak sebenarnya yang aku nak cakap. ppffffff

Melihat langit yang terbentang luas membuatkan fikiranku berasa tenang dan lapang.

melihat laut yang luas dan ombak yang berderu membuatkan fikiranku berasa segarrrr. yep. tapi rumahku bukan ditepi pantai untukkku menghirup udara laut yang bertiup ke daratan selalu. dan rumahku bukan di atas bukit untuk melihat gunung ganang yang menghijau. rumahku di bawah atap yang digelar LANGIT. Langit yang mampu berdiri tanpa tiang. subhanallah.

Langit yang mampu ku tatap tiaptiap masa aku mahu melihatnya.
Langit yang selalu memberi ketenangan kepadaku setiap kali aku berasa gusar.
Langit yang berwarna biru memberi ketenangan kepada mata yang melihatnya. :)

Sungguh benarlah. Ciptaan Allah semuanya sempurna. memandang kepada ciptaanNYA mampu memberikan kelapangan jiwa.

Melihat burung bebas di udara seolah olah tiada masalah yang perlu dirisaukannya. tidak seperti manusia.

Di langit hitam. walaupun tiada warna, tetapi dihiasi dengan bulan. bintang. nampak berseri. tidak sunyi. sekalipun tidak kelihatan bulan pada malam itu, langit tetap ditemani oleh bintang bintang. bintang bintang yang setia menemani malam. (paling setia adalah kapal terbang yang selalu lalu langit dan makcik aku ingat tu adalah UFO)  durrgghhh. amatlah salah okayhhh.

ye. di langit hitam tu juga aku kadangkadang tatap untuk tenangkan fikiran aku yang agak berserabut. lagilagi bila study. ye. bila da penat stadi, aku selalu tatap langit malam. biarpun gelap, tetap memberi ketenangan.

tapi lepas aku puas tatap langit, aku borak n makan dengan kawankawan sebab malas nak study lagi.haha.ok. rosakkan ayat je.


AS MUCH AS YOU WANT TO PLAN YOUR LIFE, IT HAS A WAY TO SURPRISING YOU WITH AN UNEXPECTED THINGS THAT WILL MAKE YOU HAPPIER THAN YOU ORIGINALLY PLANNED. THAT'S WHAT YOU CALLED
 . . .  GOD'S WILL.

Even if we haven't talked in a while, I still care about you. I'd support you on the things you do.The decisions and choices you make. You'll always be something a part of me. No Matter The DISTANCE, No Matter The SILENCE. No Matter the DRIFT. I still care about you. and i hope you know that too.

dan kadang kadang termenung dilangit membuatkan aku rasa sayu. mungkin sebab teringat pada kenangan. aku boleh hidup denagn kenangan. dan biarlah aku hidup dengan kenangan itu.

apa yang berlaku adalah permulaan. dan kisah kita baru bermula. dan kenangan itu ingin ku jadikan memori . bukan penyebab kisah yang baru ingin ku mulakan.

Kedewasaan mengajarku erti segalanya. Belajar menyapa, mengenal, berteman, bersahabat, bermusuh  dan saling mengerti. Semoga kedewasaan juga mengajariku untuk selalu dekat dengan-NYA. 



langit.awan. tapi pemandangan langit dari bawah rumah aku bukan macam ni. ni dari kapal terbang. haha


Friday, 24 February 2012

kalau aku jadi watak indon sebenar.

salam ya pak. buk.

iya apa khabar nya kalian hari ini semua. sihat sihat aja harapnyaaaa. -loghat indon pliz kalau baca-


silakan sokong filem tempatan indon. amat best ya enggak.

pffffffffffffffffffffttttttttttttttttttttttttttttt.

sebenarnya, aku amatlah anti gilak gilak dengan cerita indon ni. bila tengok cerita indon dari awal hingga akhir, boleh buat aku muntah beriburibu baldi.  loya dan pening.

lagilagi bila episodnya sampai beratusratus. da seratus pun tak tamattamat. ANNOYING SO MUCH okayy.

perasaan sebenar bila tengok cerita indon yang ade blambak episod.

beginning : woww. lawalawa n hensemhensem ah pelakon indon ni. wahhh. macam best je cerita ni. waaahhhh  nak tengok lagi la esok.




middle of story : bila nak tamat ni. grrrr. boring ah. menyakitkan hati je. bla bla bla. sarcasm. bla bla. 


at the end : ceh. da agak da tamat macam ni. err. tak pun, apesal tamatnya macam ni. tergantung! siasia aku tengok cerita ni. bengong.


ok.

contoh cerita.

1- Bawang putih bawang merah.

jap jap jap.

tak perlu nak bawang putih bawang merah. meh aku list kan semua sekali cerita indon yang aku pernah tengok di iklan tv mahupun di layar perak.  suratkhabar.

cinta dan anugerah, anugerah, putri yang ditukar, lagi. . emm.mm.. ha. bella, mutiara, solehah, aqsa dan madinah  bla bla. dan bla.

pertama. 

watak hero dan heroin.

:::::: kebanyakan yang aku tengok, hero n heroin adalah watak yang amat baik. tapi bila da amat baik, jadi bebal. tak pandai melawan. bagi yang jahat tu menang je. okayyyyy. to face this life, you need to fight to get what you want. live your life. dan. dont be too easy to trust the rumours. mostly, when they heard rumours, they assume it as the reality had happen. pffft. kat situ la bangangnye.


watak mak ayah  bapak n ibu ibu hero dan heroin. (yang baik)

:::::: watak diorang ni pasrah je apa yang berlaku. tak pandai melawan. percaya bulatbulat apa si penjahat cakap. lembik.


watak jahat.

:::::: mulut macam perGGGHHHHH! dah jahat memang jahat ah. tak siapa bole lawan. umpama walaupun si penjahat ni cakap tipu, yang baik akan percaya. sekalipun diorang tak percaya, diorang kena tunduk kepada katakata si penjahat. what the heaven antagonis life. 

dan. yeahhhhh. korang tau tak. aku amat geram tengok cerita indon sebab si baik tak pandai melawan!

kalau aku jadi heroin, da lama dah aku lawan balik katakata watak antagonis ni. semua tak bole percaya. tapi paling aku pelik. kadangkadang si ayah bole tunduk kat katakata si isteri (isteri yg jahat) dan si ayah tak mampu melawan. redha dan terima je. grrrrrr. lemah!

MOST ANNOYING : setiap kali satu bala (masalah) settle, kompem akan wujud lagi masalah lain. at least, bagilah nampak moment bahagia sekejap.ni asyik terseksa jeeee. masalahnya plak tu, ntah pape la. kadangkadang nak buat ujian DNA, bole dipalsukan ujian tu. nursenurse dan doktordoktor tu nampak agak banngangnag ( tak bole eja betol2 nampak kasar.haha) sebab kalau si penjahat menyamar jadi nurse, diorg takperasan. dan dan dan. kalau diorang tukar baby pun, diorang tak perasan. (yeahhh i talking about "putri yang ditukar"). 

so, bila aku tengok cerita indon, aku agak err... memang terlebih emosi. sebab aku macam nak jumpa face to face dengan si watak penjahat dan lawan mulut dengan diorang. see. sape yang akan menang nanti!!

fuhhh fuhhhh~~~ ade sape sape nak tambah?

jangan blog aku kene sepammmm atau blacklist oleh blogger dari indon sudah. 

pfffftttt. lela. blog ko ni tak ramai pun baca. hahahahahahaaaa

tapi tapi tapi. korang pernah tak tengok cerita "alisa" . 

cerita tu aku puji sikit jela. watak baik pandai berlawan. cuma tak sedar musuh dalam selimut menyamar jadi jahat. at least, takde la sakit hati sangat tengok cerita tu. ending dia pun best. *saje puji jap* walaupun sebenarnya biasabiasa jaaa.



aku akan tengok cerita indon bila nak tamat je. okayyyhh.


okayy. ni adik bongsu aku lukis kat laptop. tu je nak bagitau.heeee heeeeeeeeee



Monday, 20 February 2012

berbicara soal jodoh dengan mak aku.

assalamualaikum. dan hai. dan. apa khabar :)

untuk wanita yang lawa lawa dan comel comel . semoga dalam keadaan yang sihat sejahtera.

untuk lelaki yang. . errr. . kaki dota dan kaki berbau  lepak sekalian.

sekarang aku dah berumur 20 tahun. matang dah. dewasa. agak normal dan comel kan kalau anak dan ibu berborak soal jodoh. huehuehueee


aku tahu aku comel. ehem.

dibawah adalah beberapa sedutan episod perbualan antara laila bersama ibunya. (sopan sikit).



Lela : mak, macam mana kalau lela kahwin dapat lelaki kelantan?

Mak : ko jangan nak mengada ngada. mak nak ko kawin dengan orang dekat dekat je. tak payah nak kawin jauh jauh.

Lela : tapi mak, kalau benda tu la yang mak tak nak, benda tu jugak lah yang akan terjadi.

Mak : yelah. suka hati kau la. kelantan tu jauh. membazir minyak je. better cari dekat. tak payah susah susah.

then, aku fikir balik. walaupun mak aku cakap ikut suka hati aku, tapi dia still bg penegasan kena cari dekatdekat.

aku pernah baca satu novel ni ( banyak jugak lah). mostly hantaran perkahwinan tinggi tinggi. then aku saje guraugurau dengan ayah aku yang aku nak hantaran perkahwinan RM 20 000. $$$$$$ see. mata duitan gak aku ni. tapi aku stil comel. hik3

lepas tu ayah aku pun cakap, kalau boleh biarlah cari suami yang boleh jadi imam. bukan imam surau, masjid, ataupun imam muda.(imamduda)? tp imam bagi keluarga aku pun sudah memadai. yang boleh membimbing. sebab aku adalah perempuan. wanita. hawa. dicipta dari tulang rusuk kiri yang bengkok. perlu mendapat bimbingan dari seorang lelaki bernama suami untuk meluruskannya.

tapi. tapi . tapi. bila memikirkan soal jodoh dengan lelaki yang baik, mesti aku rasa diri aku tak layak. macam mana kalau suatu hari nanti ade lelaki baik datang meminang aku? tapi pada masa yang sama , aku tahu dia pinang aku atas dasar family. dalam hati dia ade wanita lain yg dia cintai. dan wanita itu lebih baik peribadinya dari aku.

aku tak nak cincin yang ni. aku nak cincin yang tu.


aku rasa aku akan tolak pinangan itu. pertama sebab lelaki itu kahwin dengan aku bukan sebab kerelaan.
kedua, aku rasa baik dia pilih perempuan yang lebih elok peribadinya.

itu adalah jawapan aku setakat ni. tapi bila da tiba masanya nanti, aku tak tahu aku akan beri jawapan apa. hanya berserah pada jodoh. istikharah. itulah pilihan muktamad :)

itu bila borak dengan ayah aku.

kembali dengan mak aku yang masih cantik lagi sekarang walaupun mak aku agak berisi. tp dia comel. (patutla anaknya pun comel). again. perasan jap.

aku cakap dengan mak aku. ada budak laki saje saje main main cakap nak hantar hantaran rm 200. tapi aku tak bagi kata putus pun samada setuju atau tak. aku senyap je. tunduk muka sebab aku rasa muka aku merah. masa tu tengah makan ramai ramai sebab tengah buka puasa. lagipun, agak tersentap first time orang tanya macam tu. tak berani nak bagi jawapan. kalau cakap setuju, macam bagi harapan pulak. dan dan, rasa tak layak sebab budak tu baik. alim.

tapi kalau cakap tak setuju, rasa macam melepas pulak. hahahahahhaaaaa

lama lama. benda tu senyap macam biasa. just anggap semua tu adalah gurauan menyakat.

bila cerita kat mak aku, mak aku tak nak aku dapat hantaran murah murah. mak aku cakap, malu la sebab sekarang hantaran disebut bila nikah nanti. tp tak ke mak aku rasa macam suwit bila dengar hantaran RM 200. comel la. sebaik baik hantaran adalah hantaran yang murah nilainya. :) so, awak nak bagi saya berapa?

aku ade tengok cerita ombak rindu. aaron aziz n maya karat. n lisasurirumahani.

cerita tu tak best dan tak sedap. dan aku bukan nak ulas pape tentang cerita tu sebenarnya.

aku nak cakap, eh. sah eh perkahwinan diorg tu? ok. papela. mungkin aku terlepas pandang kot.

tapi tapi tapi.

ape ye aku nak cakap lagi.

ooo ye. aku nak kawin 25 tahun sebab kebanyakan kawan aku cakap umur tu ideal  nak kawin. siap bole kejar cita cita lagi.

tapi. . mak aku cakap, dia nak aku 23 tahun da kahwin.

seriousssssssssssssssssssssssssssss?

oh no! i wouldnt make it happen. diri sendiri tak terurus.

adakah aku sukar untuk menyukai seseorang sebab aku tengah menunggu seseorang?

ENTAHLAH. diri sendiri pun tak pasti ppuiihhhhh~

stop being ridiculous laila.

people always changed. mungkin ni ayat ayat yang keluar dari mulut aku sekarang. bila tiba masanya nanti, mungkin keputusan aku pun akan berubah.

heeeeeee. :)

ayat ni da cukup untuk aku berfikir bila nak buat keputusan nanti :)


istikharah cinta memanngilku. memohon petunjukMU. Ya Allah.

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email