Wednesday, 26 December 2012

My Little boyfriend.



Assalammualaikum.

Semoga sihat sejahtera semuanya..

Esok my little boyfriend , Mohd Nazihan Atif nak buat pembedahan.

He is part of my heart.

" Atif sayang kakak tak ? "
--- " Sayang ! "

atif ni anak jiran aku. dari kecik mak dia habis pantang , mak aku yang dok jaga. masa dia baby, aku tak rapat dgn dia sbb aku kena pi study n9. Aku rapat dengan budak ni semenjak aku cuti 5 bulan lebih sebelum masuk degree di UiTM shah alam. (cuti fast trek). Dia makan , aku suapkan. Dia tidur dulu kat buaian (umur dia 2 tahun lebih ) tapi semenjak aku kat rumah ni, dia tidur atas toto je. hehe lepas tu mengada ngada nak aku temankan dia tido.
" kakak, tido la sini "
terpaksa la aku pi baring sat sampai dia tido. selalunya aku tidur tipu tipu , tp last last tertidur sekali dengan budak ni. HOHO

tiap petang aku suka berjalan dengan dia. Naik moto pusing kampung. tak pun , naik basikal dokong dia . tapi jalan dekat taman sebelah jelah. dok pi naik kete pi beli jajan dan kuih muih.
senang kata, dialah peneman setia aku. My Little boypren. :D

atif sebenarnya dari kecik tak berapa sihat. Kadang kadang asma. Sebenarnya dia ada leukemia. Parents dia kerja. Atif ni kalau dok sini ( rumah aku ) dia jadi macam aktif gila . macam takde penyakit . Adik adik aku dan adik adik sedara aku kalau dok pi shuffle , si atif ni join . kadang kadang buat lipat atas bawah . OI pening ! dah tak macam sakit aku tengok.

Satu perkara yang aku tak suka buat kat orang lain, tapi aku paling gemar buat kat atif. -> suap makan.

sebab perasaan sayang aku kat budak kecik ni dah macam adik aku sendiri (kadang kadang aku rasa aku sayang atif ni lebih dari adik aku sendiri sebab aku spent masa lebih kat atif ) , jadi aku suka suap dia makan. aku suka makan pedas. Si atif ni semenjak dok dengan aku, dia dah pandai makan sambal. HAHA . mak dia pon dok pelik . dah macam anak jawa. :P

kalau aku bawak pi jalan , mesti orang ingat ni adik aku. muka hampir sama. kalau mak aku pulak , orang dok pelik. semenjak bila mak aku ada anak kecil ? HAHA muka pun lebih kurang mak aku si atif ni. mungkin sebab dari kecik mak aku jaga. tu ada aura mukaaa ~~~ (heh! )

semenjak aku dok study shah alam , tak sampai 3,4 hari aku dah start rindu kat atif. tu aku selalu dok menghilang kalau tak de kelas. balik rumah sebab nak jumpa atif !

mak atif ni seorang cikgu. jadi cuti sekolah ni mak aku tak jaga dia. cuti . tapiiii mak dia sporting gila. kalau aku mintak nak ambil atif, dia bagi je ! haha dia lagi suka kalau atif kat rumah aku sebab mak dia boleh buat kerja. aku pun no hal kalau atif ni kat rumah aku. sebab dah sayang :) aku tak pernah rasa atif ni macam anak orang lain

Aku memang sayang budak. sebab aku suka budak budak. Tapi, aku tak pernah sayang budak budak lain macam aku sayang atif.

Allah bagi rasa sayang kat budak ni terlalu mendalam.

Seminggu sebelum study week, aku balik rumah sat. parents atif belikan basikal untuk dia. dari rumah dia aku dah boleh dengarr suara dia gelak gelak main basikal hepi sangat. gerammm aku ! tapi aku let go budak tu biar hepi dengan basikal dia. dah rancang study week nanti boleh main puas puas dgn dia. hoho !

masa aku balik rumahhhhh, " mak, nak ambil atif "

" dia tengah demam kat rumah " ok. aku cadang ambil lagi 2-3 hari.

tapi sekaranggg ,,,,

atif kat hospital. demam panas dia tak kebah :(

HUKM.

doktor tak dapat sahkan kenapa atif sakit. bukan sebab leukemia dia attack. bukan sebab asma. tapi demam panas. 40degree. tak kebah kebah. doktor cakap, tak boleh berlanjutann lebih 3 hari. jadi doktor esok nak buat pembedahan , nak ambil air tulang sum sum belakang ? tulang belakang ? ( aku kurang pasti sebab mak dia talipon nangis teresak cakap dgn mak aku ). doktor nak cek sebab kemungkinan takut ada jangkitan kuman di otak.

Miss him so much.

Tak dapat tahan air mata setiap kali fikir pasal dia. Dia kecik lagi.

Kita merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan.

Aku berserah dan berdoa. Semoga Allah panjangkan umur dia. pulihkan dia. Miss him . really. a lot.

Hanya kepada Allah kami bergantung dan berserah.


my mom, atif, my aunt.

Semoga Allah sembuhkan atif.
Allahurabbi.
May Allah Give him extra strengthness.










Friday, 21 December 2012

sem 3.

ASSALAMMUALAIKUM.

hari ini hari sabtu . siang tadi hari jumaat . so , how's your day ?

Jumaat semalam berakhirlah kelas aku pada sem ini. walaubgaimanapun , next week aku ada dua lagi test . 1, home test , dan satu lagi just datang je jumpa lecturer untuk terus buat test.

Sem ini , alhamdulillah . Terlalu banyak perkara yang dilalui .SYUKUR Ya Allah .

sem ini aku terasa feeling belajar . feeling bergunanya ilmu yang aku dapat dalam kelas. feeling faham perkara yang lecturer ajar untuk aplikasi afterwards.

Bukan macam sebelum ini, belajar pun feeling tak ada, masuk ke tak masuk, redah aja. asalkan dapat good result . ye dak ?

Something happen actually membuatkan aku sebenarnya terasa nak belajar . belajar untuk merasakan perasaan belajar . Belajar ilmu sains atau ilmu apa apa semuanya perlukan rasa . dan rasa itu mampu hadir kalau kita mulakan dengan niat . :)

belajar - for Allah . for your deen , islam. for family , for yourself.

kita manusia , terlalu banyak tanggungjawab sebenarnya untuk dipikul dalam sedar tak sedar .

Kadang kadang kita terlalu banyak berfikir tentang masa depan. Berfikir tentang masa depan tanpa mengambil apa apa tindakan. So, act.

hari ini menentukan hari esok.

dan sebaik baiknya , hari ini adalah lebih baik dari semalam . :)

belajar belajar belajar adalah tanggungjawab utama kita sekarang. belajar pun jihad jugak dak ? tapi macam mana nak bawa belajar ni selari dengan jihad ? Buat untuk Allah dan islam ! HEHE. aku punnnn kadang kadang jugak terlupaaaaaaaa . Bila tension , ingat lah perkara ini . Kita belajar untuk Allah , InsyaAllah Allah akan tolong kita. Mohon semoga dipermudahkan segala urusan :)

Ni dah nak start study week . 3 januari 2013 stat exam. 21 hb januari 2013 habis exam.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KAMI .

Allahumma yassir wala tuassir.

Semoga Ilmu yang kami pelajari ini mendapat berkat dan Redha dari - MU.

ALHAMDULILLAH . next sem akhirnya masuk semester 4 ! dah ada no 4. sebelum ni dokkk  pakat sem 1 , 2 , 3 je. diploma 1, 2,3 then bla pi fast trek . fast trek part 2 n 3. next sem 4 ! Alhamdulillah . baru rasa macam dah besauuu sikit . umuq pun 20 tahun naaaa. Alhamdulillah Allah masih beri nyawa, peluang untuk memperbaiki diri.



uhuuuu sem ini aku masuk acara SAF je. sem last at least banyak jugak event uitm ni aku join. tapi tak pe lah. oh . dalam Uitm ni ada kelab PMH . sangat aktif . bagi sesiapa yang nak masuk UiTM shah alam ni, bersyukur lah. ada banyak program. terpulang nak sertai atau tak. aku pun jarang je join. hehe

maklumlah , dah tetiap minggu balik rumah. jadi lebih kepada aktiviti di masjid meru yang disertai berbanding aktiviti dimasjid mizan :)

so , here ! saya nak ajak . meh meh datang sempena tahun baru !
LOKASI : masjid as-syariff , meru klang.



mari penuhi masjid diambang tahun baru. :)))))

kita laungkan ALLAHUAKBAR ALLAH maha besar :)

hehe. nak study week ni. aku tak dapat bayangkan macam mana aku nak study ctu 553. macam sejarahhh ha.

ok lah. 

seorang gadis universiti dok minat kat sorang laki ni. tapi dia dan laki ni tak kenal pun . cuma pompan ni perasan lelaki ni suka datang pi masjid , dok main sukan kebetulan dia ternampak. tetibe dapat tahu lelaki tu last sem di universiti tu . tak ke sadis ?

ok. bai assalammualaikum. WISH LUCK kepada semua student universiti yang nak hadapi final juga terutamanya student UiTM ! : D



Thursday, 13 December 2012

mereka !


Assalammualaikum :)

eh. semua. apa khabar. Semoga semua baik baik dan berada dalam jagaan Allah selalu.

MEREKA.

umum bukan ? : D

Mereka.

yang selalu memberi semangat dan menjadi pencetus untuk aku sentiasa berjaya dunia dan akhirat . Mereka yang telah  mengajar aku erti kehidupan dari aku lahir sampai besarrr dah sekarang. sweet 20. hoho. kawan aku cakap salty 20 -.-
Mereka yang tak pernah putus asa membimbing aku, membahagiakan aku. Dan segala galanya adalah sebab mereka aku menjadi insan pada hari ini. MY PARENTS :)

Mereka.

yang menjadi teman setia buat gaduh , wrestling , bual bual kosong , bual bual berisi , solat sama sama , berlumba siapa lagi banyak menghafal ( part ni aku selalu menang, tapi sekarang aku give up sebab adik aku yang bongsu tu masuk tahfiz setiap kali cuti sekolah. Dia menanggg ha ) . Gaduh kecik kecik sampai demam , rupanya salah urat. HEHE   Tapi gaduh gaduh ni la yang best sebab hubungan kita tak kan putus umpama air yang dicincang tak kan putus. tak gitu ? Best jugak adik beradik semua laki. Semua pakat aku buli. Durr aku yang kena buli ? Sometimes. haha MY SIBLINGS !


Mereka

yang osem sudi menjadi kawan dan tempat mendengar ketika aku buat lawak bodoh. kui kui. Mereka yang selalu menolong aku. Yang suka menemani aku ketika aku sorang sorang. Belajar sesama. Kejut solat . Pi jadi imam atau makmum ketika duduk serumah atau sekolej atau seasrama. Mereka yang aku amat terhutang budi........... Mereka yang merupakan antara anugerah yang Allah bagi  . MY FRIENDS !


Mereka.

mereka yang kadang kadang spoiled kan mood aku. yang membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati aku. Mereka yang bukan menjadi parasit kehidupan , tetapi mereka inilah yang mengajar aku tentang ragam kehidupan.

Dan semua ini aku perlu panjatkan kesyukuran kepada Allah. Allah telah memberikan aku nyawa. Memberikan aku kehidupan. Memberikan aku rezeki. Memberikan aku keluarga , kawan , saudara dan nikmat yang paling indah, nikmat deen , Islam . Alhamdulillah. Hanya kepada Allah tempat aku bergantung untuk meneruskan cabaran dalam kehidupan ini. :) Syukur Ya Allah. Semoga aku terus menjadi hambaMu yang tidak melupai nikmat yang Kau berikan.


Bercakap mengenai syukur, Sungguhlah andai kita bersyukur dalam semua hal, insyaAllah kita akan rasa cukup. Tapi ini bukanlah bermakna kita perlu mengundur ke belakang. Teruskanlah bergerak kehadapan untuk mencari erti sebuah kecemerlangan dunia dan akhirat. :)

Ha, part last ni aku nak cakap perkara paling mengejutkan yang baru aku tahu. Disebabkan aku ni student fast track, jadi dalam kelas aku tu mostly budak yang datang dari asasi dan matriks. Majority is them. MENIRU DALAM QUIZ DAN TEST. apakah perkara ini dilihat sebagai perkara yang normal dan mendatangkan pahala? ouch ! bukankah meniru ini tidak baik ? ke, aku yang sekema sangat?

ok fine la aku sekema. tapi kalau setakat bincang dengan kawan , mungkin bagi mereka ok lah kot.

Tapi part kantoi masa aku mencari attandance. Aku ambil dari atas meja diorang (masa tu aku jawab quiz habis awal) dan ternampak notes bawah kertas quiz ! ok fine ! mungkin quiz je kot. datang lah hari saiyidul ayyam hari jumaat, ada test islamic food law. durrrrr . yang ini tak boleh bla. kawan meniru kawan dia yang kat sebelah . Kawan yang kat sebelah tu tengok notes bawah meja. apa aku boleh buat ? balaci ? bagi tahu lecturer ?

nothing.

OHHHH. panas panas.

lagi satu ini bertambah panas bila tengok perlawanan bola tadi. kalah 0-2. YAWWWW

mungkin inilah dinamakan, " INNOCENT OF MALAYSIA " kalau main bola tempat lawan je, mesti dapat layanan buruk. then nothing tindakan yg boleh kita ambil.

ye, tak semua perkara boleh kita ambil tindakan. ye tak?

tapi kita ada 3 cara untuk mengambil tindakan.
1- melalui tindakan.
2- melalui percakapan.
3- melalui hati.

and im sure most of us at least can take an action through the smallest effort iaitu HATI :)


eh. final bola nanti nak support singapura atau thailand ? ohh . aku tak nak tengokkkk la. hehe.

JADUAL FINAL EXAM dah keluar ! semoga semua berjaya. semoga ilmu ini Allah berkati sebagai amalan yang akan dibawa ke sana nanti, insyaAllah :)

selamat malam. ini malam penuh emosi. huk huk.

                   stokin kesayangan aku hilang lepas solat di rumah atok. masa tu tengah ramai tetamu. :'(
sape jumpa, boleh infom aku. ahakssss.

MAY ALLAH BLESS US. AlWAYS. TO THE BEST MUSLIM. OR BE A BETTER PERSON FROM YESTERDAY.
selagi ada masa, tidak mustahil untuk berubah.


p/s : study week nanti nak buat kek red velvet la. hiksss









Friday, 23 November 2012

ragam.

Assalammualaikum.

selamat malam , pagi , petang , selamat hari hari kepada semua . lelaki dan juga perempuan . tak kira tinggi mahupun rendah : D

Malam in i sungguh sunyi sepi . disebabkan tidak sampai sebulan je lagi aku akan study week dan menghadapi final , maka mulalah kehidupan kuliah sibuk . sibuk sangat . sangat sibuk . masa inilah nak buat program kelab , nak buat test , quiz , itu dan ini . tapi sebagai student , semua ini adalah normal . You have to face it so stop membebel laila ! *krikkk krikkk*

almost 3 weeks my kancil sakit . 1 week dah sihat but after my father try to drive to his work , it starts broke down again . nak bawak kereta saga ? memang taklahhhh sebab clutch dia berat + aku kena letak bantal kalau nak drive kereta yang itu . so , aku sayang kancil je. maaf tak mampu nak beli kereta mewah macam u olls yg pakai lamborgini atau ferrari. HEHEHEHE.

jadi sepanjang duduk shah alam ni , aku tak banyak dah keluar berjalan. jadi budak baik. tapi aku memang baik. ehem . nak balik rumah meru pun jarang . kalau sebelum ni , habis kelas atau takde kelas je terus hilang drive kereta balik rumah. sekarang , tidak lagi .

two last week , aku balik rumah naik moto . adik aku fetch la kannnnnn . dia naik moto kawan dia sebab moto dia kawan dia guna . see , lelaki mmg suka testing moto ke apa ? apa apa lah kannnn , yg penting dia nak ambil aku . kalau dia tak nak ambil aku pun , dia kena ambil aku gak . kalau tak , aku jumpa dia aku mesti ketuk kepala dia kalau dia tak nak ambil aku. then sampai satu traffic light dekat kawasan bukit rajah. jumpa mamat ni yang tengah bonceng makwe dia naik moto apa aku tak ingat . tapi bunyi moto dia kuat macam mat mat rempit di jalanan. oh , aku nak maklumkan yang moto adik aku naik masa tu pun lebih kurang macam mat rempit . nasib baik aku pakai helmet tinted sambil pakai beg galas belakang ( maklumlah, student) so , tak nampaklah muka aku. kalau tak , aku rasa malu oi. then aku cakap dengan adik aku , " kau bawak laju sikit , kakak dah lapar ni tak sabar nak balik rumah . nak makan . nanti hindustan dah nak start " . adik aku pun bawak laju . tiba tiba lelaki tu pun bawak laju . rupa rupanya dia ingat kitorang nak racing dengan dia. apa ke gila nak racing . tak kan pompan tudung bawah dada nak racing moto kot. bongok. Dia pun bawak laju dan memintas kitorg. sampai di traffic light berhampiran giant area setia alam , kau tahu apa yang berlakuuuuuu ? baju pompan tu dah terangkat sambil rambut dia dah serabut serabut . tu lah . bawak laju memanglah baju kau terangkat . kalau labuh hingga ke lutut , mungkin tak pe gak. adik aku jeling jeling lantas pandang ke tempat lain sebab aku ada kat belakang dia . tak kan dia nak tengok pompan tu lebih lebih kot . auratt oi.

oh . sudahla bercerita pasal itu.

btw , last week aku pergi kenduri tahlil arwah hidayah zaid. Jumpa auntie sham . Dia pesan banyak . Antaranya , sebgai perempuan ni , syarat untuk kita masuk ke syurga adalah dengan tiket mak ayah. Hormat mak ayah , sayang diorang . insyaAllah . dan apabila kita kahwin , tiket kita ada pada suami . bersamanya ketika senang dan susah . ketika naik dan jatuh . bina kehidupan sama sama. Lantas auntie sham bertanya, nak kahwin tak ? kalau tak nak kahwin pun, kena kahwin juga. Doa dari sekarang . " Ya Allah , berilah aku jodoh yang baik " . " Baik " , insyaAllah Allah bagi pakej sebab Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. :) then , aku cakap , " kahwin ? hmmmm hmmm hehehehe lama lagi laaaa . calon pun tak de . tak fikir lagi " . kahwin sebenarnya satu hal yang amat jauh untuk aku fikirkan . mungkin satu hari nanti kalau pintu hati aku terbukak, bolehla aku fikir kot.

mungkin tak fikir nak kahwin sangat sebab aku tak yakin . ada ke lelaki sanggup terima aku seadanya ? dah la aku ni macam bangang . tak lawa . gemok . pendek   pandai lagi suka memandai mandai . ehem . dan mungkin sebab aku takut kecewa , terkecewa , dikecewakan , dan mengecewakan . nampak tak self-confidence sangat rendah. huh .

teruskan.

ohhh. nampak panjang entry tapi semua ni taip sekejap je sebab aku taip apa yang aku nak taip dengan suka hati. HEHEHEHEHEHE

kau tahu tak . orang yang paling kuat adalah orang yang boleh menhan marah . ye . aku rasa nak marah tapi terpaksa pendammmmmm sambil memujuk diri sendiri . bukan senang nak jadi orang kuat oi . kenapa aku nak marah ? biasalah , tak semua orang akan buat kita hidup dalam keadaan hepi :) tapi , tak perlu ambil kira sangat . yang kau marah tu mungkin seorang , tapi kan ramai kawan kawan kau yang buat kau rasa HEPI :D :D :D :D so , kau kena lah hepi ! lagipun , Allah kan ade selalu ! thanks Allah !

ooooooo. aku baru sambut hari lahir yang ke 20 . my friends ( Fil dan Azyan) bagi hadiah hendbeg . LAWA SANGAT ! tapi aku tak guna lagi . aku nak guna nanti waktu annual dean meeting (apa nama sebenar prog aku pun lupa) . lepas program tu , baru aku nak pakai henbeg ni bawak pi kelas sebab saiz henbeg ni sesuai bawak pi kuliah . jadi FEMININ KAU LELA. My dearest friend , amal bagi smallkeychain yang aku boleh letak kat henbeg tu :) dan saya ade RAMAI KAWAN YANG WISH dan DOA untuk saya :) thats most precious gift :) thanks alot !

ok. next.

aku rasa annoying sangat bila study dengan budak budak yang rasa diri dah cukup pandai . kalau betul betul dah pandai macam STAR takpe gak. dulu aku belajar kat pilah , soalan student tanya lecturer macam ni , " Sir/Mdm , macam mana boleh jadi macam ni ye ? kenapa ? *tanya dengan lemah lembut dan sopan. * " tapi bila kat shah alam, soalan jadi macam ni , " Sir , macam pelik je jawapan sir kat depan tu. bukan sepatutnya jadi macam ni ke ? bla bla *dengan nada tak puas hati* " WOI . KAU TU BUKANNYA SAPE SAPE PUN . AKU YANG TAK SEPANDAI KO PUN BOLEH JE HORMAT LECTURER. dan aku rasa memang apa yang kau tanya tu lagi pelik. sebab jawapan sir tu betul ! sekian.

ok. ini bukan emosi . mungkin . HEHEHEHEHEHE

dan . teruskan berdoa . doa for Gaza. For our deen , Islam . our family , ourself , our relatives , our friends.

Mak dayah cakap , belajar sungguh sungguh . yang penting , belajar sebab Allah :D insyaAllah !




Kadang kadang kita yang hidup senang , lupa akan nikmat di waktu susah .



Saturday, 6 October 2012

Nikmat ini.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana laila syahidah masih diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk menaip . untuk menghirup udara . untuk belajar. untuk melihat alam ini . untuk terus menjadi hamba Allah di muka bumi ini.

untuk terus melihat wajah wajah mereka.

Alhamdulillah . siang tadi selesai juga pergi dan ziarah kubur Armarhumah Nur Hidayah Zaid.

mak dan ayah dan adik yang bongsu tu semua pergi melaka tengok adik yang tengah stadi dekat uitm melaka . tapi ni seriusli baru dapat mesej dari mak, " Kakak , kitorang tidur melaka . kau tidur rumah cik lilik  malam ni " -______- ''''''''

terus rasa sunyi dan mnyebabkan aku ingin menaip kat sini.

aku boringlah kalau takde teman kat sisi . tak bole duduk sorang sorang. mesti kena ade teman nak beborak. mak lah tempat aku selalu bercerita. and My MOM is the best listener i ever had. : D mak akan dengar aje walaupun aku tengah mengeluh. tengah membebel. dan bila dah habis cerita , kadang kadang ayat mak tkena balik kat aku. huhu . mak lah yang selalu teman aku berjoging . teman aku jalan jalan round meru tanpa pakai helmet dikala lewat petang. mak lah yang teman naik moto pergi beli burger. mungkin sebab aku sorang aje anak perempuan, jadi mak dan aku rapat. ye. kadang kadang kalau bangun tidur tengok mak takde, alahai sedihnya. padahal sebelum tidur borak aje dengan mak. gediknya aku.

kalau dengan ayah pulak , ayah pendiam . apa aku cakap kadang kadang aku tak tahu aku tengah cakap dengan ayah ke , tengah cakap sorang sorang. sampai aku kena tanya balik , " ayah dengar tak apa lela cerita tadi ? " hehe. then jawapan ayah , " ayah dengarlahhhhh " . oh good. haha lepas tu ayah mesti gelakkan aku balik -____________________- ayah adalah hero aku dalam senyap senyap. thanks ayah for make my life be the best. :)

adik aku yang dua orang tu tempat untuk bermanja dan bergaduh. mungkin lebih kepada bergaduh . they always treat me like im their brother. not their sister. kadang kadang gaduh sampai keluar silat. nasib baik aku hebat dalam mempertahan diri . ~~~~____~~~~~ lalaalla. tapi bila diorang takde , serius  sunyi nyeeeeeeeeeeeeee. i love them much ! capik dan acap.

abang akuuuuuuuu . aku rindukan abang aku yang dulu. : ) who can make me laugh , feel protected . tapi abang jadi pendiam semenjak best friend dia meninggal dunia. that give a big impact to him. May Allah give him strengh facing all this. really miss him. oh sekarang abang tgah tengok tv. hihi .tak berani nak kacau dia tengok tv  sebab abang tak tengok bola sangat dah sekarang ni.

kawan kawan aku. the best friends i ever had . no one can replace them. Kawan kawan masa di sambest ! even kawan di Universiti pun ..... emmmm ..... entahla. lain. kawan sambest jugak yang best. mungkin sebab 5 tahun di asrama. nangis sama sama. gembira sama sama. semua sama samalah. ubat gigi pun kadang kadang sama sama. hihihihi tapi berus gigi tak lah ! sukan sama sama. kena marah sama sama. main hujan sama sama. makan di dewan makan sama sama.
siang tadi una suap makan. tibe tibe rasa rindu nak kena makan suap dengan dayah . she likes to treat me like her younger sister . " nah lela. mari sini aku suap. aku memang suka suap orang ". rindu . mungkin susah nak gambar erti sebenar rindu. masa tak dapat diputar . terus berjalan ke hadapannnn.

dan aku kena terus melangkah ke hadapan dengan penuh tabah . dan melangkah untuk mencari makna erti setiap pergerakan itu .

Dayah love make works all  for Allah . for Islam . for Deen.

Allah sayang dia . she's been too kind.

Ya Allah,
Kau telah memberiku kebahagiaan yang amat besar,
memberi aku keluarga,
mempertemukan aku dengan rakan rakan,
memberiku ilmu,
memberiku kehidupan.

semua yang Kau berikan ini adalah nikmat yang perlu aku syukuri.
tanpa mereka,
pasti hidupku keseorangan.

Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Kadang kadang kita mengejar nikmat dunia , kesenangan dunia
sehingga terlupa dengan nikmat yang paling besar Allah dah bagi pada kita.

Islam . kehidupan . keluarga . sahabat . ilmu . dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat lagi.



aku kena terus mengorak langkah . walaupun aku tahu , jalan dihadapan bukannya lurus. pasti ade yang berlubang . aku perlu juga tempuhi . jatuh bangun kembali.

sebab nak buat semua ni untuk Allah . buat dengan ikhlas. tabah. kan Allah selalu ada dekat dengan kita : )

semua perkara yang berlaku ada hikmahnya.

The painful September have left a scar to us. but this scar let us to find out the truth . about what we life for ? this painful have give us a lesson. to be the best muslim / muslimah . To find the true LOVE.

Kematian itu pasti. cuma tak tahu cepat atau lambat.

Being lonely is not osem . but being lonely for remembering Allah is tooooooo osemmm !

terima kasih. saya bangga mengatakan saya sayang keluarga saya. Alhamdulillah Allah hadiahkan mereka . bagi pinjam mereka. sementara saya masih hidup didunia ini. hihi . Syukrannnnnn !









Sunday, 30 September 2012

kami dan mereka.

perasaan ini.

perasaan sedih ini. perlukan masa untuk menerima semua ini . bukan meratap . cuma mengingati .

kerana dia kawan yang sangat baik . baik sangat .

merasai kehilangan adalah perkara yang amat pedih . tetapi itulah hakikat dan kita kena belajar untuk menerimanya .

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,  

" Allah taala berfirman : tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin disisiku , diwaktu aku mengambil kekasihnya dari dunia , kemudian dia mengharapkan keredhaan Allah , melainkan orang itu akan mendapatkan syurga " ( HR BUKHARI )

Kita semua adalah milik Allah . Cuma lambat atau cepat sahaja menjadi rahsia .

Semoga kita semua ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. amiiiin.

kebahagiaan yang sebenar benar kebahagiaan adalah mendapat redha Allah , berjaya memasuki syurgaNya dan hidup di jannahNya.

Semua kebahagiaan ini kita peroleh andai cinta kita kepada Allah adalah sebenar benar cinta dan dibuktikan kecintaan ini .

kematian memberi kesedaran hidup didunia hanyalah sementara. sekarang bukan masa untuk mengejar duniawi. dengan meningkat umur , meningkat ilmu, kita kena tingkatkan lagi amal ibadah kita. kumpul kebaikan dan amal soleh untuk dibawa ketika kita sudah tiada.

Betul kata kawan . sekarang bukan persoalan siapa kahwin dulu . tetapi siapa pergi dulu.

kadang kadang realiti nampak seperti mimpi.

dan mimpi itu seperti realiti . dan pilihlah untuk hidup secara realiti di alam realiti.

aku teringin dan ingin sangat mendapat kebahagiaan sebenar benar kebahagiaan. masih adakah pintu kebahagiaan bagi aku ?

kadang kadang aku terfikir . aku takut sekiranya dosa dosa aku seperti pepasir dilautan tidak diampunkan.

dosa aku sesama manusia juga. adakah mereka akan memaafkan diri ini seandainya aku pernah membuat mereka tersinggung ? terluka ?
kerana aku bukan insan yang sempurna dan sering membuat kesalahan.

masing masing belajar. belajar. dan terus belajar. belajar untuk menjadi baru . baru kearah menjadi insan yang lebih baik. belajar dari perkara yang pernah berlaku didepan mata.

biarlah air mata yang mengalir menjadi saksi kita diakhirat kelak bahawa kita amat inginkan taubat dan keampunan dari Allah.

dari insan yang sangat kerdil yang juga melakukan dosa tanpa disedari dibumi Allah. terasa kerdil sungguh diri ini.

Benar ! jodoh itu tidak pasti tetapi kematian itu adalah pasti . Cuma satu sahaja persoalan , Cepat mahupun lambat.

kawan , seandainya kau ingin memasuki jannahNYA , tariklah aku sekali menuju ke arah itu.

emak , ayah , abang , adik , saudara saudaraku , sahabat sahabtku , aku ingin sekali kita semua berkumpul disana dalam JannahNYA. jangan lupakan aku disana kelak.

masih adakah ruang untuk aku?

aku menaip selagi nafas masih ada. selagi jantung masih berdegup . kematian bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. pandanglah dan fahamlah dengan mata hati maksud sebenar kematian .

selagi jantung berdegup , aku ingin ucapkan kata sayang aku pada mereka semua . terima kasih Ya Allah kerana beri kehadiran mereka dalam kisah episod hidupku .


ku tatap gambar , dan ku rasakan seolah olah dia masih hidup .

ku lihat mesej .

ku lihat namanya didalam handphone , seperti ingin kirim mesej dan telefon dia . kacau dia. gurau dengan dia . hehehehhehe macam dulu.

tapi sekarang dah lain.

sekarang aku hanya mampu kirim doa dan alfatihah. Ya Allah , tempatkanlah Nur Hidayah Zaid dalam golongan mereka yang beriman . lapangkanlah kuburnya . pertemukan kami di akhirat kelak. sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani . Musolla di Sambest , langsir , bilik dorm , kelas semua menjadi saksi beliau berusaha menuntut ilmu agama Mu Ya Allah . terima kasih sebab selalu bagi guna ubat gigi dan guna iron dorm dulu. terima kasih.

aku mampu taip je disini ayat terima kasih itu .
terima kasih sebab ingat nak talipon aku pergi raya rumah Una.
terima kasih sebab sudi jumpa dekat hotel Piji walaupun kau cakap tidak pasti lepas aku ajak kau bawak budak budak uia datang sana.
terima kasih sebab kau hadir dalam hidup aku.

sekarang waktu kita untuk kumpul amal soleh banyak banyak untuk dibawa ke 'sana' nanti.

painful september. painful 2012.

alfatihah juga kepada arwah atukku Hj Mohd Yasin @ Yasir yang meninggal dunia ketika aku berumur 5 tahun

kedua dua arwah nenekku yang amat aku sayangi sangat sangat , Hjh Zaimah yang pergi ketika aku darjah dua.

dan nenek yang sangat aku rapat semenjak aku kecil , nenek yang suka sangat beri belanja duit makan pergi sekolah, nenek yang suka isikan duit tabung, nenek yang bagi aku lihat kota kuala lumpur untuk pertama kalinya, Hajah Salamah yang meninggal ketika aku dihujung darjah 5. nenek yang menjaga aku dan mengajar aku ilmu agama.

alfatihah juga kepada sahabat sekolah rendah yang merupakan teman sekampung. teman bersihkan kelas. teman yang mengajar aku untuk cari duit poket sendiri walaupun dia anak orang kaya. teman yang tunjuk aku tempat kerja yang best sebab boleh solat bila bila dan senang nak perform prayer. teman yang sering memberi aku saingan untuk lihat siapa lebih berjaya . teman yang merpatakan dan mempertemukan kembali kami kawan kawan disekolah rendah tetapi beliau juga telah pergi selepas tamat form 5. beberapa hari sebelum mendapat keputusan spm. Luqman Hakim B Zamalolaily . Kawan yang selalu duduk belakang masa exam ni .

Al Fatihah . mereka hanya pergi awal dari kita. kita semua bakal menyusul .

benarlah. dunia ini persinggahan . persinggahan sementara .



Saturday, 29 September 2012

Mati adalah sebaik baik peringatan.

Assalammualaikum.

sesungguhnya mati itu adalah pasti dan kematian adalah sebaik baik peringatan.

mendapat mesej dari rakan memberi khabar bahawa sahabat kami bernama Nur Hidayah Bt Zaid telah kembali kerahmatullah. aku yang sedang berada di meru bgegas hanya mengambil baju dan tudung apa yang didepan mata dan menuju ke shah alam. dr shah alam, kami menuju ke Ukays perdana. Jika ditanya sebab dan mengapa beliau pergi , kami tak dapat memberikan jawapan yang tepat. beliau sakit perut . beliau sesak sebentar sebelum meninggal. Allah lebih menyayangi beliau.

beliau merupakan seorang anak yang amat baik dan menghormati kedua ibubapanya. Semoga Allah tempatkan beliau bersama golongan mereka yang beriman.

bercerita kepada emak mengenai rakanku yang baya telah pergi kerahmatullah. mak berkata, " sudah tiba masanya dia pergi . Allah lebih menyayangi dirinya . Kita yang masih hidup sebab Allah bagi peluang untuk kita terus bertaubat dengan dosa yang kita buat saban hari tanpa kita sedari. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Mohonlah pengampunan daripadaNYA. moga taubat kita diterima.

Ya Allah , di akhirat kelak pertemukanlah kami denganMu, bersama kekasihMu Rasulullah s.a.w .
Pertemukan kami dengan para pejuang Islam dahulu . Pertemukan kami dengan keluarga kami. pertemukan kami dengan saudara saudara kami. Pertemukan kami dengan sahabat sahabat kami. Pertemukan kami Ya Allah.


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang mengehendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya daripada balasan dunia itu dan sesiapa yang mengehendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya daripada balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.


(Surah Al Imran, ayat 145)


Dayah , kami semua sayang kau.

terima kasih untuk segalanya .

wahed, shahed, atiqahrafine, awin, hazirah, aiza, ainsop, dayah, una, ghai, pika, pija, shimi, del, haz, pain, fil, azyan, anis, ifa, mai, sap, amal,  shitot,  ras, hafsah, rafidah, hanum, zikri, hani, syeda, liz, ayun, insyi, dan semua yang tidak disebut . girls birunian farabian jabarian khindian razian ibnu kaldunian.(maaf salah penggunaan bahasa ) .terima kasih sebab judi jadi teman saya.

 walaupun kita tak jumpa selalu sekarang. tak macam dulu. pergi bilik iron je jumpa, pergi padang main futsal sama sama, pergi kelas jumpa, pergi dewan makan jumpa. pergi lepak dorm makan sama sama jumpaaa, pergi musolla kita jumpa. kita solat jemaah. tu semua dulu. tapi kita ade kenangan itu. kenangan itu tidak akan padam dan hilang.

terima kasih. dan untuk sesiapa yang pernah membenci diri ini, mahukan penjelasan apa apa yang ingin di jelasi, bagitahu ye. insyaAllah. kita selesaikan didunia. Maaf andai pernah tersinggung dengan perangai atau kata kata diri ini. 

sesungguhnya diri ini masih belajar.

 belajar erti kehidupan. erti kehidupan yang ingin dibawa ke akhirat.

belajar untuk redha. belajar untuk belajar.



aku mungkin bukan seorang teman yang baik. bukan seorang teman yang span. apa yang aku harapkan hanyalah rakan yang boleh terima diri ini seadanya. dan aku terima kawan dengan sikap mereka adanya. lelaki , perempuan . tapi kawan yang paling aku sayang, adalah kawan yang boleh memberi dan percaya satu sama lain. kita kawan kan ? kawan yang aku percaya mampu membawa aku untuk mencari erti kehidupan.



Saturday, 15 September 2012

my story about yesterday

salam.

semoga sihat sejahtera kepada kawan kawan yang besar ,  kecik , muda ataupun tua. kaya mahupun miskin mahupun sederhana . kita semua adalah hamba yang kerdil di bumi Allah . :)

semalam.

takde apa apa yang menarik  seperti jumpa maher zain dan maher zain ajak aku makan bersama.
takde pape yang menarik seperti sedang aku berjalan, ada anak dato' terus jatuh hati bila terserempak dengan aku.
takde pape yang menarik seperti aku dapat tiket haji percuma untuk bagi kepada parents aku.

semalam.hanya perkara biasa yang berlaku cuma aku ingin kongsi seperti diari. uhuk uhuk.

(nak kena update blog cepat cepat sebab lepas ni nak keluar berjalan )

pagi semalam terbangun lambat after subuh. bangun terus tengok TV. semalam pagi sunyi sebab abang dah pergi kerja. ayah mak ikut orang surau pergi baroan ( konvoi raya ). capik tak balik minggu ni . cuma aku dan adik bongsu. kaki melangkah ,lantai terasa bersih jadi tak perlu nak menyapu pada hari itu.

ayah dan mak pulang ke rumah. kelam kabut ayah cakap " kakak, kemas rumah cepat ade orang nak datang ! "
aku yang sedang bersenang lenang bersama adik aku terkejut terus masuk ke dapur menyediakan apa yang patut.
dah siap buat air dan masukkan kuih dalam balang, kemudian cakap denagn ayah, " dah siap semua. bila orang tu nak datang? tak datang pun. "

ayah terus senyummmmmmmmm panjanggggggggggg dan keluar rumah nak pergi solat zohor di masjid.

grrr ayah tipu ! ( hukuman bangun lambat la tu ).

petang, aku sambung membaca novel 9 nyawa ramli awang murshid punya novel. petang tu keseorangan sebab adik ikut parents pergi open house. bila mak balik, mak bawak atif bersama! bila atif (my sweetheart) ada di rumah, aku secara semulajadinya terus hepi berkali gandanya ! weeehuuuuuuuuu :D :D :D

pada waktu malamnya, membantu mak masak kuey tiaw tomyam sebab kawan baik mak dan ayah nak datang rumah. tapi lepas maghrib, parents ceqq kena keluar sekejap pergi open house lagi jadi kerja kat rumah aku yang kena sambunggg. sambil abang aku bersantai di depan tv. huh.

aku ajak anak kepada kawan baik mak aku tu pergi bermain di taman. kebetulan di taman ade beberapa budak perempuan yang lain. umur mereka hmmm semua sekolah rendah

(alamak, da pukul berapa ni)

sedang melayan kerenah bebudak, budak budak tu tanya........

" akak, umur akak berapa? akak darjah berapa? "

OOOOOO MY GUUUUUD. WHAT ?!

lalu aku gelak sinis huhu akak bukan darjah la dik.

" jadi, akak ni dah tingkatan la ye? tingkatan 2 ke ? "

zepppppp hihihi. terus aku cakap, " akak baya abang Khairi kamu. 20 tahun :) "

aku cerita dekat mak aku, then mak aku gelak. mak aku pun cerita, " masa open house hari tu, kan ade sorang budak ni panggil kau adik. kau taju tak budak tu sebenarnya lagi muda daripada kau. umur dia 19 tahun. dia ingat kau 15-16 tahun "

hihihihiihhihiihhiihihihihiiii.

inilah motifnya aku nak cerita pasal semalam ! ok terima kasih. babai semua.

:) have a happy life. Got HIS blessing. Allah :)



p/s: i cant forget you. hopefulli after we met even in seconds you will disappear from my dream. but until now, you keep appear appear and appear. mungkin tidak apa kalau ini yang boleh ubati penyakit rindu. malunyeeeeeeeeeeee. what im talking about. uhuuuu. wish good luck for me ! nak berjaya sama sama jugak ! 

ok siap ! nak gerak pergi keluarrrrr zep!

Friday, 17 August 2012

hitam dan putih.

assalamualaikum.

kadang tangan menaip mengikut gerak hati. apa yang ingin diluahkan . sad. happy. well. hell. depends.

kadang tangan menaip. melalui idea idea dari pembacaan.

kadang kadang tangan menaip. melalui kefahaman dan mendengar dari bualan mulut orang.

dan kadang kadang tangan menaip untuk meringankan sedikit kegusaran di hati. mungkin. ( ? )


there has a girl. not too ugly and not too beauty. people will not notice her in a crowd. however, that girl try to be ordinary. extraordinary. to change and become a ' khalif '.

seorang gadis yang mempunyai ilmu agama tetapi tidak sedalam mana. perwatakan luaran dari segi pakaian kelihatan gadis itu tahu dalam mengenai agamanya. Tetapi sebenarnya gadis itu masih belajar. belajar untuk lebih mengenal tuhannya. Penciptanya. Itu sebab dia tidak suka orang lain judge on luaran. Dia takut dengan pakaiannya yang tertutup itu akan membuatkan orang pandang tinggi sehingga kesalahan yang kecil dilihat seperti sebesar alam. tetapi dia sedar, dia tak perlu takut untuk menjawab dengan manusia. tetapi takut untuk menjawab dihadapan Allah nanti.


jangan pernah rasa takut untuk berubah
harusnya lebih takut apa nak jawab nanti depan Allah


Bulan Ramadhan sebelum ini dijalankan dengan rutin biasa. menahan lapar dan dahaga disiang hari. Tadarus untuk khatamkan Al Quran kerana pihak sekolah menyuruh. Belajar. Ye, dulu dia melakukan semua itu. Tetapi apabila direnung kembali, dia melakukan semua itu hanya sebagai robot. Tidak memahami dan menghayati apa erti Ramadhan yang sebenar benarnya. Ya. Yang sebenar benarnya.


gadis itu tekad, ingin mencari erti ramadhan yang sebenar benarnya. mungkin tidak seperti fend dan chad. berpuasa di australia. backpacking dan disana mereka temui erti ramadhan. ramadhan yang bermakna sehingga mampu mengubah mereka. mengubah mereka 360degree. tetapi, gadis itu cuba untuk mencari erti ramadhan di tempatnya sendiri.


Kerna Ramadhan itu best :)
Bukan kerna di bumi mana
tapi kerna apa yang difahami jiwa


Sungguhlah 10 malam terakhir merupakan pembebasan dari neraka. mohon ampunlah dari Allah. Dia Maha Pengampun lagi Maha mengasihani.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
seorang lelaki merupakan penggali kubur datang menemui rasulullah dan menyatakan kekesalannya bertaubat pada Allah. tetapi dia tidak yakin adakah Allah akan memaafkan kesalahannya itu.

Maka dia bertanya, " Ya Rasulullah, aku telah berbuat dosa yang amat besar. adakah Allah akan mengampuniku ? "

" Sesungguhnya Allah itu Maha pengampun. Adakah Kau telah melakukan pembunuhan? Maka jika kau memohon taubat dengan bersungguh sungguh, nescaya Allah akan mengampunimu "

Lelaki itu berkata, " Tidak Ya Rasulullah. Dosa aku lebih besar daripada itu. "

Rasulullah pun berkata lagi, " Adakah engkau telah derhaka kepada kedua orang tuamu? Maka mohonlah ampun dan bertaubatlah. Nescaya Allah akan terima taubatmu itu "

" Tidak Ya Rasulullah. Dosa aku lebih besar daripada itu. "

Maka berkata lagi Rasulullah, " Adakah engkau telah mensyirikkan dan menyukutukan Allah ? Maka bertaubatlah kamu dengan bersungguh sungguh . nescaya Allah akan terima taubatmu itu. "

" Tidak Ya Rasulullah. Tetapi dosa aku lebih besar dari itu "

" Maka khabarkanlah padaku, apakah dosa yang engkau telah lakukan "

" Ya Rasulullah, sewaktu aku menggali kubur mayat seorang wanita, aku telah tertari padanya. Lalu aku memperkosanya. Kemudian mayat itu bersuara, "Mengapa engkau bertindak kejam padaku. Bagaimana aku nmahu menhadap Allah dalam keadaan junub ? " Lalu aku berasa amat menyesal. Adakah Allah akan menerima taubatku ya rasulullah? Aku benar benar kesal "

Maka Rasulullah s.w. berkata " Pergilah kau. Dosamu terlalu besar. Allah tidak akan menerima taubatmu. "

Maka lelaki itu pergi dari situ dan kembali bertaubat kepada Allah selama 41 hari memohon keampunan dari Allah dengan sebenar benar taubat.

Kemudian malaikat jibril menemui Rasulullah.

Jibril berkata, "Adakah engkau yang memberi rezeki kepada makhluk makhluk didunia? "

"Tidak. Sesungguhnya Allah swt yang memberikan rezeki. Dia Maha Pemurah lagi maha mengasihani. "

Maka jibril berkata lagi, " Adakah engkau yang mencipta makhluk makhluk di bumi ini ?"

" Tidak ya jibril. Sesungguhnya Allah yang maha mencipta "

Kemudia jibril berkata, " Ketahuilah ya rasulullah, Sesungguhnya Allah telah menerima taubat lelaki itu dan telah memaafkan kesalahan lelaki itu ."

Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih lagi maha penyayang. [ Al Fatihah : 3 ]

Maka Rasulullah memberikan khabar berita baik kepada lelaki itu.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

10 malam terakhir. Malam pembebasan dari api neraka. Mohonlah. mohonlah pada Allah .

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

gadis itu mulai faham. merasakan erti ramadhan. memahaminya dengan mendengar kuliah dari masjid itu. walaupun masjid itu agak terpencil. tetapi pengisian yang bermakna. Mungkin dulu dia adalah gadis perwatakan hitam. tetapi dia ingin menjadi gadis perwatakan putih. sedaya upaya follow seperti yang dinyatakan dalam Al quran. tidak perlu tergesa gesa. dia ke arah itu. tapi hanya mula dengan bertatih. mula mengenal erti kehidupan. Dia ingin menyamakan watak luaran dan dalaman.

 benar. hati itu Allah yang pegang.

Allah paling suka pada hambanya yang apabila mereka melakukan kesalahan, mereka akan segera mohon taubat PadaNya.

" Moga Ramadhan kali ini cukup sebagai bekalan untuk aku 11 bulan yang akan datang. Mungkin sebagai manusia aku tidak akan lepas dari berbuat dosa samada aku sedar atau tidak. Tetapi yang aku pasti , aku akan cuba untuk mengelakkannya. Moga Allah akan mengampuni segala kesalahanku. Terlalu banyak rasanya tak tertanggung. 
Aku bukanlah gadis dalam cerita HILAL ASYRAF. Gadis yang sederhana tetapi menjaga hubungannya hablumminallah wa hablumminannas .
 Aku bukan gadis seperti itu. Tetapi aku sedang ke arah itu. Keluarga aku juga bukan seperti dalam cerita islamik yang mana ibubapa sedaramara adikberadik berbicara soal agama, dari tingkahlaku dan percakapan melambangkan mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi. Ye. Keluarga aku bukan seperti ini. 
Adik beradikku juga insan biasa. Kadang kadang terfollow up arus kehidupan. aku juga mungkin begitu dulu. Tetapi aku hanya berdoa. YE ! aku perlu berdoa agar kami sama sama bole merasa nikmat indahnya hidup yang Allah telah aturkan untuk hamba hambanya. Moga Allah memberikan hidayah.
Aku bukan gadis  seperti dalam cerita novel islamik ataupun mana mana novel yang ingin disunting oleh mana mana jejaka.
Kerana aku seringkali berasa tidak layak untuk mereka. Layakkah aku berdamping dengan lelaki yang sempurna agamanya. Dia lebih layak untuk mendapat wanita yang lebih baik agamnya berbanding diriku.
Layakkah aku berdamping dengan lelaki yang mempunyai harta sedangkan aku hanya gadis biasa.
Layakkah aku berdamping dengan lelaki yang baik parasnya sedangkan aku mungkin swan kelabu antara swan berwarna putih.
Layakkah aku meminta semua itu ? Walaupun dalam hati aku berkeinginan untuk mempunyai seorang yang mampu memimpin aku sehingga keakhirnya. 
Layakkah aku meminta semua itu?
Sedangkan aku baru belajar untuk mengenal erti kehidupan ?
Tetapi dalam banyak persoalan yang aku tanya, aku menemui 1  jawapan. 

Allah kan ada. Dia selalu ada untuk hamba hambanya yang mengingatiNYA selalu :D 
jadi tak perlu rasa kecewa. tak perlu rasa insecure. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. its all about time rite?

And i need a time to learn about this life. learn to live well. not to live hell. learn to live. and live to learn. 

ANTARA dia dan DIA.

When things get though, ask Allah for the inner strength to keep things going.

Dan aku masih memunyai kawan. kawan yang akan mengingatkanku dikala aku terlupa. dan aku mempunyai ibubapa yang sentiasa menyayangiku. Allah sudah beri mereka kepadaku. Aku perlu bersyukur.. :)


Inilah kisah gadis. Gadis yang tidak tahu akan benarkah wujudnya gadis ini. Hanya tangan menaip mengikut gerak hati hati berkata kata.

I used to make sins before. forgive me Ya Allah. Forgive me, my parents. forgive me, my friends. yes. i realised to be a bad girl before whether im noticed or not. Refresh.

salam ramadhan yang terakhir dan selamat menyambut hari raya eid.

TAHNIAH. 

tahniah for succeed fasting in ramadhan al mubarak :D

pray for syria , afghanistan , iraq.

pray for muslimin n muslimat.

pray for us.




thanks to Allah. for giving me an opportunity live in Ramadhan . Choose me to keep fasting and perform ibadah in ramadhan kareem.
thanks to hlovate for her novel . giving me a bit refresh about life. 
thanks to them for loving me.


Monday, 30 July 2012

live to learn and learn to live.

salam.
salam ramadhan.
apa khabar iman? mungkin iman anak saudara kamu? atau kamu yang bernama iman. atau just. . . IMAN?

ramadhan di malaysia. apa yang best? bazar mungkin. sibuk dengan persiapan raya. itu juga mungkin.

ramadhan di perantauan. tadarus setiap hari. mungkin. berebut solat malam. mungkin. inikah yang dikatakan lebih best. mungkin.
tapi ini bukan mungkin. inilah erti ramadhan yang sebenarnya. bulan dimana masing masing sibuk untuk beribadah.
"jikalau mereka tahu akan nikmat dan ganjaran di bulan ramadhan, nescaya mereka inginkan sepanjang tahun adalah ramadhan.. " - ikim.

ramadhan. try to find back FITRAH.

mungkin dulu aku bukan baik. dan tak pernah jadi baik? mungkin.

tapi masa demi masa, aku juga ingin berubah. bukan secara fizikal sahaja.


mungkin mereka berkata diri ini tiada halangan untuk menjadi baik. kerana diri ini sudah baik. tetapi itu mungkin hanya sekadar pandangan luaran. aku juga insan biasa. used to make mistake(s). 

just time passing. through ang tough. tough and through. i manage to change. step by step. even my step move a bit slowly compared to my friends those studies in egypt, jordan and else. they are so lucky to gain knowledge abroad. however, i need to manage myself, and be like them. to be better? insyaAllah.


benarlah. bumi Allah ini luas. bermusafirlah . bermusafirlah untuk mencari erti sebenar kehidupan. belajar dari perjalanan itu. 

nak hidup kena belajar. 
hidup ini perlu belajar dan memahami bagaimana untuk menguruskan kehidupan ini kepada yang lebih baik.

aku pernah tersadung. dan kemudian aku cuba untuk berdiri. berdiri sekejap. kemudian aku tersadung kembali kerana tersepak batu yang kecil. lalu aku baring kerana terkilan jatuh hanya kerana tersadung batu yang kecil. lama kelamaan aku mula resah. dan aku tersedar, aku perlu bangun  kembali. terus bangun dan bangun walaupun kadang kadang akan terjatuh. hanya itu sahajalah cara untuk aku meneruskan kehidupan. tak gitu?

tapi disamping aku berdiri, aku perlu berjalan. jalan arah yang mana? 

[1:6] 
tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

jalan yang membolehkan kami lebih mengenalimu Ya Allah. agamaMu, Islam. jalan mereka yang kau beri nikmat. dan bukan jalan mereka yang sesat.

disetiap langkahku, langkah untuk lebih mendekatimu, aku takut kadang kadang langkahku akan terhenti. oleh itu, berilah aku kekuatan. kekuatan untuk menghadapi hidup ini. ye. manusia ini bukanlah sempurna.  tapi manusia ini adalah sebaik baik kejadian. melalui ketidaksempurnaan itulah , aku harus mempelajari sesuatu. agar aku menjadi lebih baik.

sesungguhnya. aku benar benar pernah tersadung. tapi itu tak bermakna aku akan tersadung dan terbaring selama lamanya.


benarlah hati itu Allah yang pegang. bukan manusia. sedangkan batu besar yang keras pun apabila terkena air terjun lama kelamaan akan hancur menjadi batu batu kecil. inikan pula hati manusia yang lembut.

i  used to be angry. to keep revenge. but now, i need to forget and forgive.   i need to. 

to you, i manage to forget n forgive about the past. and also, i need to ask for your apologize. 

forgive me. 

please forgive me kalau sepanjang perkenalan kita ade tsalah faham. tsalah kata. tsalah bicara. yes. im not a perfect person. but i try to be the perfect one.


salam ramadhan. to you (all).

as usual. all the words need spoke to someone, ended here. haha.

manage to be. although it seems difficult and hard. and bitter. 
me.






He knows the best better than us.

= D



p/s : aku teringin nak post buat salam perantauan. tapi aku kat malayisa. perantauan ape kemendenye. 


p/s : u said u cant  celebrate raya here. but lastly u comeback. and i dont know drastically suppose how to talk to you. how stupid i am?


p/s : this weekend need to finish and khatam quran with makcik makcik kat masjid tu. next week da nak buat majlis khatam quran. makcik makcik tu semangat datang masjid nak tilawah. malu la jadi orang muda cenggini sebab tak ramai pun orang muda.. . . ke takde? haih. respek kat makcik makcik !


wake up me when im unconcious.


p/s: the happiest news for me untuk sementara ni la. atiqah rafine balik yeay ! pray for her. moga selamat tunaikan umrah dan kemudia balik malaysia okay. ade 3 novel yang perlu diserahkan pada hang.


Tuesday, 17 July 2012

sesuatu yang tertinggal

salam semua sihat tak tidak ? memana la tak nak letak titik kat ayat tuu kekkeke fine.

bila hidup ni kita jalan , jalan semakin ke hadapan. tak mungkin kita dapat berputar kembali ke zaman belakang. oh yeah. maksud aku zaman lampau.

bila kita berbuat sesuatu kenalah dengan bersungguh sungguh  agar tak menyesal kelak. tapi manusia sering lupa. mereka hanya akan belajar menghargai sesuatu bila perkara itu sudah berlalu. dan aku adalah salah seorang antara mereka. do not know to appreciate the things happen but only regret the past.

walau macam mana pun, masih tetap kena berdiri teruskan hidup ini. perjuangan tidak akan pernah berakhir sehinggalah tamat nyawa kita. dan ketika sudah penat, penat yang amat melampau, kita akan dapat rehat yang panjang setelah itu (kematian).

ok. cukup.

sesuatu yang tertinggal, mungkin kita pernah tinggalkan 'dia', sia siakan 'dia'. tetapi mungkin 'dia' kita mampu perolehinya kembali apabila kita berusaha.
contoh : kawan. (think with your own)

mungkin juga kita tak boleh mendapatkan 'dia' kembali tetapi  kita boleh create kan 'dia' yang baru.
contoh : kejayaan.

dan mungkin juga apabila 'dia' pergi, kita tak kan mampu nak mengembalikan 'dia'.
contoh : kematian.

oh. masa exam hari tu, aku sempat menyelit tengok movie melayu   SESUATU YANG TERTINGGAL.
frankly cerita ini amat merepek. lagi banyak mengutuk dan gelak dari terjerit jerit. (so, ade jugakla yang terjerit sebab kena cucuk dengan kawan oiii masa tengok filem). sinopsisnya, ohhhhh bukan. sependek pendeknya cerita ni macam ni. . .

Zahiril adzim terjumpa cermin dan bagi pada mona. mona kena rasuk sebab hantu dari cermin tu keluar. then hantu tu pi kat badan asyraf pulak. bila depan cermin je, hantu tu menyerap masuk kedalam cermin dan membawa semua sekali budak budak tu ke alam dalam cermin. and. . . habis dah. ending looks like its not the ending. dan cerita dalam ni semua nampak mustahil. ada ke sekolah yang bongek sangat macam dilakonkan dalam cerita ni. haishhh nak bikin cerita biar logik. ade seorang budak ni je yang terselamat sebab dia ade saka yang jaga dia. tapi paling mnegecewakan, bila jumpa hantu or watever happen happy or sad or frightened tak de satu pun kalimah kalimah suci dilafazkan. Allahuakbar, subhanallah. masyaAllah. Alhamdulilah. none! sedangkan mereka ni anak yatim di pusat asuhan anak anak yatim. so nampakla betapa logiknye cerita ini. btw, cerita still nice to watch la.kata nak kena support filem melayu kan?

eh pendeknya sinopsis aku haha.

dan sesuatu yang tertinggal. eh. aku da start cuti sem untuk 2 bulan ! bulan 9 nanti baru masuk shah alam lagi untuk sem ke 3. tu cerita nanti laaa.

sesuatu yang tertinggal. yang penting. seringkali dipandang enteng . bila baca ayat someone ni kat fb membuat aku gelak terbahak bahak. tapi disebalik tawa, masih ade perasaan yang mengiyakan kebenaran. ayat dia lebih kurang berbunyi :

"wanita arab sibuk membanting tulang. meringankan beban keluarga, ayah. meringankan beban suami agar masing masing boleh keluar mencari rezeki, berperang berjihad menegakkan islam. wanita arab sanggup mengangkut tong gas dikala abang, suami ataupun bapa keluar dari rumah. tetapi wanita melayu kini sibuk dengan mencipta puisi cinta la, sambil menunggu putera dalam hidupnya.oh bakal imamku.oh bakal suamiku. "

sesuatu yang kita perlu sedar. tentang nasib islam di negara lain. tidak kurang juga di negara sendiri. kita masih perlu lakukan sesuatu. bangkit bersama.

serius. terkena tempias. sikit je. ehem.

jadi sempena ramadhan yang bakal menjelma, marilah kita mempersiap siapkan diri dan bersedia untuk berjumpa dengan cinta kita. cinta ramadhan <3 ramadhan kali ini marilah kita laluinya dengan masa dan ibadah yang paling terbaik supaya pada saat, minit,jam, hari, bulan, tahun berikutnya kita kan menjadi insan yang semakin mantap. jangan jadikan Ramadhan kali ini menjadi " sesuatu yang tertinggal dan dikesali " sementara kita masih boleh memperbaiki segalanya. wasalam :)


VIDEO penghalwa mata. Assalammualaikum cinta

Thursday, 28 June 2012

kompilasi mimpi.

Assalamualaikum.

( ^     ^   )  V


Anis seorang gadis serba serba simple. Gadis biasa yang bisa untuk jatuh hati seperti insan yang lain juga. Bezanya, Anis tidak berani untuk meluahkan perasaanya. Takut tidak berbalas.

Anis bukanlah seorang gadis yang mudah untuk jatuh cinta. kerana dia sendiri tidak tahu apakah maksud cinta yang sering diungkapkan seperti di TV ataupun movie-movie yosshh. Anis sering menafikan perasaanya. Tidak suka untuk jatuh hati. Dia takut untuk berasa kecewa kerana Anis pernah kehilangan insan yang amat dia sayang. Azwan, merupakan kawan karibnya sewaktu dia sekolah rendah dan sekolah menengah. Tetapi Azwan telah kembali keRahmatullah.

Anis seorang gadis yang mudah untuk berkawan. Tetapi dia hanya benar benar akan berkawan terhadap orang yang mempercayai dirinya. Dia akan segera menjauhkan diri atau menyisihkan diri kepada orang orang yang dirasakan tidak menyayangi dan mempercayai dirinya.

oleh sebab itu, dia berkawan dengan Rafi lebih daripada 5 tahun. Setelah lama dia berkawan, barulah dia sedar bahawa dalam hati kecilnya menyimpan perasaan terhadap Rafi. Dia sendiri keliru samada itu perasaan sayang terhadap sahabat, ataupun perasaan sayang lebih dari seorang kawan.

Rafi melanjutkan pelajaran diluar negara. Manakala Anis hanya menyambung pelajarannya di Malaysia.
Anis mahu melupakan dan menghiraukan perasaanya itu. Dia berharap dengan jarak yang jauh dan menjauhkan diri dari Rafi mampu untuk dia terus berdiri tanpa memikirkan mengenai perasaan yang dia sendiri tidak pasti. Tambahan pula, hubungan Anis dan Rafi tidak seakrab dulu. Kawan, pasti akan ada pergaduhan. dan juga, perselisihan faham. Perselisihan faham yang kadang kadang bukan mudah untuk menyelesaikannya seperti bermain angry bird, ataupun batu seremban.

Di universiti, Anis bertemu dengan rakan yang baru. Dia mula memahami erti hidup denagn lebih mendalam. Yang paling penting, Anis belajar cara untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah. tidak seperti dahulu kala , hanya tahu menghindarkan diri dan lari dari masalah.

 Anis amat gembira dengan kehidupannya di universiti. Dia mulai faham, dengan menyibukkan diri, membuat masa yang dilalui dengan lebih bermakna. Menyertai aktiviti kelab, belajar, mendengar ceramah ceramah agama, pengisian rohani. Semua itu telah membuatkan dirinya menjadi insan yang baru. Lebih tabah dan bersedia untuk menghadapi dunia, masalah dikemudian hari. Alhamdulillah. Anis sedar, kadang kadang pilihan yang dirasakan salah, membawa kita ke destinasi yang betul.

Anis mempunyai kenalan lelaki yang menyenangkan hatinya, Nazim. Dia kagum dengan seorang lelaki yang dirasakan hebat ilmu agamanya. Dia belajar cara untuk mengendalikan sesuatu masalah, dan selok belok mengenai islam serba sedikit daripada bual bicara dan permuafakatan didalam bermesyuarat yang diketuai oleh Nazim. Anis mengagumi lelaki itu didalam diam.

Setelah dua tahun, Anis berpindah universiti. Dia amat merindui rakan rakannya di kampus lama. Anis mendapat tahu bahawa Nazim telah bertunang. Bersama seorang wanita yang tidak jauh hebat ilmu agamanya. Benarlah, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Anis terus melupakan perasaan terhadap lelaki itu. Anis bersyukur kerana dia tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi kepada Nazim kerana takut hati dilukai. Anis merasakan terdapat banyak jurang antara mereka. Anis bukanlah gadis yang sempurna dan lengkap ilmu agamnya. Anis masih lagi perlu belajar dan mendalami islam seluruh hatinya. Dia tidak mahu ketinggalan untuk menjadi antara insan yang akan menegakkan kalimah Allah.

Anis berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang. Dia ingin bersaing dan membuktikan kepada kawan kawannya, dia pun boleh berjaya dan mencapai angannya yang besar walaupun hanya sekadar belajar di Malaysia.

Anis berasa amat resah. keliru. semenjak kebelakangan ini, Anis sering bermimpi. Rafi sering muncul dalam mimpinya. Anis jarang sekali untuk mengenang Rafi. Tetapi setelah Rafi seringkali muncul dalam mimpinya, Anis mula untuk berfikir menegnai Rafi. Apakah Rafi masih marah terhadap dirinya. Adakah rafi masih menganggap dirinya sebagai rakan. dan pelbagai lagi persoalan. Adakah dia masih lagi mempunyai dan memendam perasaan terhadap Rafi sedangkan Anis sudah sedaya upaya untuk melupakan Rafi. dan mengganggapnya hanya sebagai teman biasa. tidak lebih dari itu. Anis amat keliru.

Kini hampir dua bulan. Rafi masih muncul dalam mimpinya. Anis sudah penat untuk bermain teka teki. Adakah mimpi itu hanya sekadar mainan tidur. Jadi, Anis bermohon dan meminta petunjuk daripada Allah.

" Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Aku takut jika cintaku terhadap manusia melebihi cintaku kepada diri-Mu. Aku tidak mahu menjadi antara mereka yang lari dari landasanMu. lari dari mengingatiMu. Tunjukkanlah,dan pimpinlah aku ke jalan yang lurus. Berilah aku petunjuk dan tafsiran isebalik mimpiku ini. Hanya padaMu aku berserah. "

Anis terus melangkah. melangkah dan menghadapi hidup ini. hidup dengan cinta dari Rabbul I'zzati. Cinta terhadap Tuhannya. Cinta Allah, yang tidak pernah mengecewakan dirinya. Cinta dan Redha Allah yang selalu dia harapkan. Agar dia kuat untuk menghadapi dunia ini.


Ya Allah ya tuhanku,
Seandainya telah engkau ciptakan Dia untuk diriku
Maka Satukanlah hatinya dengan hatiku, 
Titipkanlah kebahagian di antara kami agar kemesraan itu abadi dan takkan pernah berhenti Ya Allah, yang maha mengasihi, 
Seiring waktu berjalan tiada henti, Bimbinglah kami melayari hidup ini menuju Kebahagiaan yang abadi.

Akan tetapi, Seandainya telah engkau takdirkan bahwa dia bukan miliku, Bawalah ia jauh dari pandanganku, pikiranku dan relung kalbuku

Hilangkanlah kerinduan yang menyayat-nyayat perasanku
Luputkanlah dia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari keputusasaan

Berikanlah aku kekuatan Untuk Menepis bayangannya jauh ke ujung langit biru
Agarku bisa bahagia dan tersenyum Walaupun Dia tidak ada bersama diriku

Gantilah yang telah tiada, Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama seperti dirinya , seorang yang tulus dalam mencinta

Kupasrahkan segala jiwa dan raga ini hanya milikmu
Kutahu Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik dalam realita hidup dan matiku
kerana engkau maha mengetahui.Segala yang terbaik bagiku

Ya Allah…

RAFI ??

hahahahahahahhahahahaaa. : )



Mohonlah petunjuk daripada Allah. sesungguhNya, Dia lebih Maha Mengetahui. :)




p/s : doakan laila syahidah agar berjaya dengan cemerlang dan terbilang dalam exam kali ini :) berkati ilmuku ini Ya Allah.

Thursday, 31 May 2012

3 bulan.

salam.

hello boys. hari ini hari jumaat. mesti korang nampak macam semat pakai kain pelekat , pakai kopiah nak pi masjid.

oh dan tak lupa jugak to boy(s) yg tengah rehat dari kerja sebab nak pi solat jumaat tapi melencong pi kedai makan ( especially kalau kat meru ni restoran Bandung) untuk makan sambil cover dengan bos kononnya dia pi solat jumaat. pffft

dan kepada wanita wanita seluruh dunia yang osem !

semoga hari ini bertambah baik dari hari semalam. heheheheheee =D

3 bulan ni bukan bermaksud tarikh atau pun menunjukkan aku dah mengandung selama 3 bulan sebab aku tak kahwin lagi.

tapi tajuk ni sempena 3 bulan dah aku study di uitm shah alam bachelor in food technology and science.

life will be meaningless as student if you just wake up in the morning ( early morning ? ) to go to lecture class, finish your assignments for a whole day, eating drinking sleeping cooking, study until dying for tomorrow tests, and sleeping again.

be an active student. involve with clubs (oh not clubbing night ), means persatuan or involve yourself in each competition held. such as SUKOL (sukan antara kolej), SAF ( sukan antara fakulti ), lawatan, camping, or watever such activities , good activities okayyyy.

kalau dalam UiTM shah alam ni, ada persatuan mahasiswa hadhari. banyak aktiviti islamik. ada skuad penyayang. kuliah agama for free. tilawah. jadi, masih boleh dapat pengisian agama disamping kita study subjek duniawi.

ada jugak kelab errr dan macam macam. aku tak teroka sangat sebenarnya. hihiiii

aku ada menyertai beberapa pertandingan sukan.
 1- sukan pencarian bakat baru ( ping-pong).
 2- sukan piala dekan (ping pong)
 3-sukan antara kolej (ping pong)

walaupun aku tak berapa hebat dalam bermain ping pong tapi errr errr memang tak hebat pun. grr aku dapat second place for each competition ! what !!! sebab aku kalah pada orang yang sama. fed-up! grrrr
mesti budak tu gelak gelakkan aku sebab asyik jumpa muka aku kat final.  mesti aku kalah dengan dia. dem.

ok,aku tak nak cite pepanjang kekalahan yang amat memalukan ini.




aku akan berlagak control dan bajet hebat walaupun hakikatnya aku tak hebat.



NEXT.

lecturer.

oh ye. kostly lecturer kat sini PHD. paling kurang pun semua da ade master.

for CHM 431, lecturer aku best. lelaki. oh ye. dia suka curi curi dengar perbualan kitorang masa dalam lab. hihihiiii. . . dia suka perli. tapi dia caring. masih bujang. siapa nak, bole contact saya. nanti saya tolong rekomenkan. (cis, nak guna saya saya pulak)

FST 501, kauuuu lecturer ni bahaya. pompan. errr wanita. kau bayangkan nota nota dia slide bjela jela. Quiz suka mengejut. Tapi soalan quiz on the spot. Malang lagi bila soalan quiz dia macam test. explain itu ini bla bla. oh ye, and the worst thing, soalan dia tak de dalam slide. since that, aku dah malas nak baca notes sebelum masuk kelas sebab soalan dia pun luar kotak pemikiran. so, kau hanya perlu on9 memalam dan berchatting sebagai persediaan nak masuk kelas dia. dan lepas tu, kau hanya perlu tawakal untuk tak mendapat 0 marks !! grr

oh ye. dan untuk test, aku rasa aku tak perlu nak buat final year punya soalan sebab semua soalan dia buat sendiri ikut kepala dia. so that we all will be genius like her. duhhh final past year exam tu lagi senang berbanding soalan quiz dia. ni apentah lagi tets. faham ? okayy . Dying.

untuk subjek lain, ohh biasa biasa sajaaaaaa.

cakap jela malas nak cerita. kekekkeke

bulan 6 ni akan menjadi bulan paling sibuk dan menjadi mata panda. tests bgelumpangan. ditambah lagi dengan projek food is fun. kan best kalau dalam setiap projek hanya menjadi peserta biasa. hanya perlu join n goyang kaki. tapi bila dah diberi amanah untuk memikul tugas, kenalah laksanakan. bukanlah secara paksa. kena ikhlaskan hati. buat sungguh sungguh, ini amanah. walaupun hakikatnya mesti akan terselit perasaan malas tu.

hei. next sem aku nak cari usrah untuk dibuat laaa. mesti lagi terisi kan hidup. bukan hanya sebagai student. sebgai anak. sebagai khalifah juuga :D

maybe im not the best one. but i want to be better. as muslimah.

aku bukan srikandi seperti wanita islam yang dahulunya berjuang di zaman nabi.
aku bukan fatimah syarha.

tapi aku ingin menjadi seperti mereka walaupun hanya sekelumit percent.

tak mustahil kan.

 dan next sem aku baru nak ambil muet. nak muet kat uitm shah alam, or pilah ? hmmm nanti lah fikir.

dan aku tak sabar nak study subjek next sem. banyak calculation. tak perlu banyak membaca sangat macam sem ni. so, i love it ! really love it . no doubt. coz i like to calculate. hate to read. hahah


bubui. :) :) :)

Tuesday, 29 May 2012

Nurul Khaibulna

“ Kau suruh jela Bulna tolong buatkan assignment tu untuk kau. Dia mesti tolong punya. “

“ Betul tu. Aku pun sokong. Tak kan lah kau nak ignore je band kita ni. Melepas la kalau peluang ni kita sia-siakan.”

Badrul dan Hisyam berpakat memujuk Hilmi supaya jemputan dari Hotel Concorde diterima. Hilmi keliru samada mahu terima atau tidak kerana pensyarahnya memberi 4 assignments untuk disiapkan dalam minggu tu juga.

“ Korang senang je kan cakap. Dah banyak kali aku terhutang budi kat Bulna tu tau. Dia selalu tolong aku. Tak kan lah kali ni aku masih nak minta tolong dia. “ Hilmi menafikan.

“ Ala, kau pun tahu kan. Bulna tu menaruh perasaan kat ko la Mie. Mesti dia sanggup punya kalau ko suruh dia buat. Entah-entah merentas lautan api pun sanggup dia tempuh. Wkwkwkwk :D “  *(gaya tulisan bajet komen hape)*

” Kalaulah aku ni pakwe dia, dah lama aku belasah mulut korang tu.” Hilmi merengus dan berlalu pergi dari tempat itu.

Nurul Khaibuna seorang gadis yang amat simple. Tidak lawa. Tapi tidaklah pula hodoh. Sedap mata memandang. Dia memang menaruh perasaan terhadap Hilmi semenjak awal semester lagi dia menjejakkan kaki di UPM itu. Tetapi Khaibulna merahsiakan perasaannya daripada Hilmi.

Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau Hilmi. Walaupun berlambak assaignment yang kau mintak tolong aku buatkan, aku pasti akan buatkan dengan sedaya yang aku mampu. Selagi itu lah satu satunya cara yang aku boleh dekati kau – Nurul Khaibulna.

“Tiit Tiit”. Satu mesej di inbox Bulna kelihatan. Usai membaca mesej itu, Bulna bergegas pergi ke satu tempat.

“ Wei Bulna ! Awat hang doq pi tgesa gesa ni? Mau pi mana ha? “ Nisa menyapa Bulna yang terkejut dengan reaksi Bulna secara mendadak.

“ Aku ada hal penting. Nanti aku bagitahu kau. Aku mungkin tak dapat datang kuliah esok. Papehal, aku inform kau nanti eh.”

Dalam sekelip mata, Bulna pun hilang dari pandangan Nisa.

“ Nisa, mana Bulna? Seharian tak nampak dia ni. “ Hilmi bertanya.

“ Aku pun tak tahu la weh. Tadi dia tergesa-gesa pergi lepas baca satu mesej. Risau gak aku. Kau buat apa nak jumpa dia? Nak mintak tolong dia siapkan assaignment la tu. “

“ Bukanlah. Aku saje nak jumpa dia. Takkanlah aku jumpa dia semata-mata sebab assaignment je kot. Kitorang kawan. Dah la Nisa. Aku bla dulu. Nanti mesej aku eh bila kau da tahu Bulna kat mana. “ Hilmi terus berlalu.

Sudah 4 hari Bulna tidak hadir ke kuliah. Nisa mendapat khabar dari Bulna bahawa ibu Bulna diserang penyakit lamanya. Kali ini lebih kronik. Doktor mengesahkan ibu Bulna bukan menghidap penyakit gastrik, tetapi kanser di usus. Bulna balik ke kampungnya di Perak untuk menjaga ibunya di hospital. Nisa lah yang membantunya melaporkan ketidakhadirannya ke kuliah atas alasan itu.

“ Jadi, kita terpaksa lah tolak tawaran dari hotel tu eh? Rugi la weh. Income besar. Peluang masa depan pun cerah. Mana tahu ade yang tertarik untuk ambil kita sebagai band anak angkat.” Badrul meluahkan perasaannnya yang tidak puas hati gara-gara Hilmi tidak mahu menyertai band Tocopherol untuk membuat persembahan.

“ Aku bukan saja-saja tak nak sertai. Tapi aku ada banyak kerja untuk aku selesaikan. Aku macam tak de feeling la nak buat apa-apa minggu ni. Baik aku tarik diri daripada aku petik gitar yang takde rentak jiwa aku, suara aku pun lari dengan menyanyi tanpa perasaan.” Hilmi memberi alasan.

“ Tak pelah Hilmi. Kali ni, kitorang follow je. Lagipun ko ketua ktorang. Tapi lepas ni andai dapat offer daripada mana-mana pihak lagi, kau jangan pulak nak menolak. Aku kick ko karang. “ Hisyam mencelah.

Pelajaran di kuliah umpama debu debu yang berterbangan. Segala patah haram lecturer ajar dalam kelas tak masuk otak. Mana taknya, masuk telinga pun tidak. Hanya jasad Hilmi sahaja yang hadir dikelas, tapi roh dan fikirannya, terbang melayang jauh.

“ Apesal dengan aku ni. Wajah Bulna jugak yang tetibe terjah kat fikiran aku sejak kebelakangan ni kenapa? Haishh. Mungkin sebab aku risau kot dengan ibu dia. Apa khabar ibu dia eh? Tak kan la aku ni da jatuh hati dengan dia. Bulna? Tak de yang istimewa pun tentang dia. “ Hilmi bermain teka teki dengan perasaannnya.
Hilmi kebosanan. Dia merenung ke luar tingkap. Keluar dari kamar biliknya dan menuju ke ruang tamu.

“ Ko baca buku apa ni Azrul ? “

“ Adik aku bagi buku ni kat aku. Tulisan Fatimah Syarha. Entah ape ke bengong adikpompan aku tu bagi buku ni kat aku. Tapi lepas baca beberapa mukasurat, best pulak. “ Azrul merupakan housemate Hilmi. Penasihat Hilmi juga.

“ Eleh kau cover macho. Pekejadah adik kau tetibe bagi buku ni kat kau ? Ni mesti sebab dia sedar abang dia da meningkat tua tapi jodoh belum ade. “ Hilmi menyakat.

“ Lek la. Baru 26 tahun. Biar aku habiskan Master ni dulu. Kerja. Dalami ilmu agama cukup-cukup baru bole kahwin. Bab-bab mecari pasangan ni, aku tak risau. Insya-Allah, jodoh aku ade kat luar sana. Mungkin aku je belum jumpa dia. Allah kan hebat dalam merancang. Eh, kau aku tengok minggu ni kau dok kat rumah je. Malam malam pun rajin melekat kat rumah. Tak pi jamming? “ Azrul bertanya.

“ Emm. Tak de mood la. Ntah. Aku rasa hidup aku ni tetibe kosong. Baik aku siapkan segala assaignments bagai yang berlambak tu. “

“ Malam esok ada ustaz popular nak bagi ceramah kat Masjid Fatah. Jomlah follow aku. Kau pun tak de ape kan nak buat. “ Azrul mengajak dengan penuh bersungguh.

“ InsyaAllah.” Hilmi membalas pendek.

Selepas dua minggu, Bulna pulang ke kampusnya. Ibu dikampung dijaga oleh saudaranya yang terdekat memandangkan keadaan ibunya beransur pulih. Tapi tidaklah sembuh sepenuhnya.

“ Assalamualaikum Bulna. Weh. Ibu kau da ok? Ni bole cath-up balik tak subjek yang ko da tinggalkan untuk seminggu ni? “ Hilmi menyapa.

“ ohh. W’salam. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan aku. Aku kena struggle sikit la. Tak nak ketinggalan. Ibu aku alhamdulillah. ” Bulna membalas pendek.

“ Bulna, final exam dah nak dekat. Aku nak minta maaf dan pohon bebanyak terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku. Ni pun dah jd final sem kita kat sini. Moga result final gempak. Lepas ni tak tahu la kita bole jumpa lagi ke tak. “

“ Awat cakap macam tu. InsyaAllah. Persahabatan tidak dinilai melalui jarak. Tapi melalui ingatan seseorang.” Bulna kehairaan dengan gaya percakapan Hilmi yang berlainan itu.



Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya…
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah…



Hilmi menutup buku. Sudah 2 tahun dia melanjutkan pelajarannya di luar negara. Menyambung master dalam bidang mechanical engineering. Dalam 2 tahun itu juga, tiada gadis lain yang berjaya menduduki hatinya. Hanya gadis itu. Dia tidak pernah meluahkan perasaan pada gadis itu. Lagi beberapa bulan sahaja dia akan menamatkan pelajarannya di US itu.




Hilmi, walaupun jarak ini jauh, tidaklah membuat ingatanku terhadapmu lenyap. Moga Allah melindungimu selalu. Moga Allah pelihara cinta yang aku pendam ini dengan baik. Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu sebab aku tidak tahu bagaimana dengan isi hatimu. Ibuku telah pergi meninggalkanku. Kini, aku hanya mempunyai adik-beradik yang amat menyayangi aku. Aku teruskan kehidupan ini dengan cinta mereka. Dan, aku menjadi tabah selepas kematian ibuku kerana Cintaku pada Murabbi. Allah yang beri aku kekuatan untuk aku hadapi hidup ini. Aku tak mampu melanjutkan pelajaran seperti kau Hilmi. Aku perlu terus bekerja selepas aku mendapat ijazah aku untuk aku menanggung kehidupan kami adik beradik. Alhamdulillah aku memperoleh pekerjaan yang baik. Mungkin aku tidak sedarjat denagn kau Hilmi, anak Dato’ Kamal.Student master lagi.Mungkin anganku ingin hidup  bersama kau akan jadi angan kosong sahaja. Cuma aku berharap, persahabatan kita akan kekal. Walaupun sebagai kawan sahaja. Aku tahu, hati ini aku kena jaga. Hati ini bukan milik aku. Bukan juga milik kau. Tapi hati ini milim Allah. Moga yang terbaik akan menjadi milikku, dan juga miliik kau.

Khaibulna menutup diarinya.



Masih teringat lagi Hilmi pada ceramah ustaz Haji Elias di masjid Fatah.

“ Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.”

 Semenjak itu, hati Hilmi terbuka untuk lebih mendalami tentang ilmu agama. Jika selama ini dia hanya merupakan seorang anak yang hanya tahu untuk tidak membuat malu terhadap keluarganya, kini dia menjdai seorang anak yang lebih bermakna. Tidak pernah meninggalkan solat dan mendoakan kesejahteraan keluarganya. Jika sebelum ini dia hanya bergelar mahasiswa untuk berjaya akademik. Sekarang dia menjadi mahasiswa untuk berjaya dunia dan akhirat.



Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,

Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,

Cintamu bermujahadah menahan nafsu.



“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Ya Allah, moga rasa kasihku terhadap Nurul Khaibulna tidak melebihi rasa cintaku padaMU dan RasulMu. Seandainya inilah jalan yang terbaik Engkau tunjuki, aku akan datang untuk melamar dia setibanya kepulangan aku nanti. Moga masih ada ruang untuk aku bertahkta dihatinya. Peliharalah cintaku ini Ya Allah.


                                          


* watak ini tiada kena mengena samada mereka hidup ataupun yang telah meninggaldunia. Cerita yang ringkas. sebab korang pun bukkannya rajin nak membaca kan.kekekkekek







pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email