Monday, 31 October 2011

hidup aku sementara tengah cuti semester.

assalamualaikum

detik detik cuti dirumah. tak pernah boring. tapi kadang kadang memenatkan. penat dengan kerja kat rumah. aigooo~ ni la troublenye bile jadi anak dara sorang kat rumah.

tak sabar nak tunggu result exam yang akan keluar 4nov nanti. tapi surely aku akan dapat tengok dulu result exam aku 3 nov malam melalui link tertentu.

hmm. tp bila nak tengok result tu, jantung da macam nak tercabut. walaupun aku tau pointer aku bakal menurun, tapi harap sangat result tak teruk mana. uwaaaa~

next.

aku tgah on . dalam proses mengambil lesen kereta. adik adik aku sume tak yakin aku bole amek lesen. dem.
menjatuhkan semangat aku je. tapi tak pe. tu tak effect pon. dorang bukannye pernah sokong aku pun selama ni. biasalah.

      siblings is the worst enemy we cant live without.

*nak dapat tenaga pengajar yang muda dan kacak bole? * haha. tapi macam mustahil. aku tengok semua da tua. tapi tak pelah. hehe. yang penting, dia tak marah marah. hopefully la.

next.

aku apply fast track uitm. insyaallah kalau dapat, babai uitm pilah. hopefully dapat. walaupun berat hati nak tinggalkan uitm tu. ;(
sayang dah aku kat uitm tu. walaupun hari hari bau najis burung. jalan kaki di bawah sinaran matahari yang garang tanpa ada pokok pokok yang rendang untuk meredupkan suasana. alah bisa tegal biasa. kesedihan bercampur baur.
lagi lagi lepas sukan karisma hari tu. sedih. kalau dapat, tu kira macam last time aku jumpa diorang la kann. mungkin akan berjumpa lagi, tapi bukan dalam waktu yang terdekat. da anggap kawan kawan kat uitm pilah tu macam family. Hihihiiii.

doakan aku dapat fast track bsama kawan kawan aku yang lain. :)

aku tengah on diet. makan macam biasa. tapi kuantiti kurang. bersenam setiap petang. tapi lari 2 round area kat rumah ni da penat. demm. jadi, inisiatif, aku gantikan dengan bmain badminton.

berat badan turun ke 45.5 kg.

tp ngeng sangat, aku tengok cermin sama je. tak de perubahan. haih~~~~

kesimpulannye, aku berat ke, ringan ke, rupa sama je. mungkin sebab ketinggian kot *terdiam*. haha
 
jadi aku amalkan diet just nak bagi badan sihat. :) lagipun umur da nak meningkat 20tahun . (walaupun 20 nov ni bru nak masuk 19th).

tiba tiba sekarang ni selalu borak pasal kahwin dengan beberapa orang kawan. cakap mengenai jodoh. haihhh~~~~

ade ke yang nak kahwin dengan aku?

next.

insyaallah kalau dapat fast track, aku nak kerja sementara awal bulan 12 nanti. habiskan amek lesen dulu. lagipun, kemasukan degree next year akhir bulan 2.

nak kerja kat mana eh? hmm. nanti aku fikir.

masa lapang kat rumah aku tengok cite one piece. kartun. cerita korea sume da buang. tak minat. aku isi hard disk dengan movie melayu, kartun n boliwud je.HAHA!!

ok. moga kita semua bahagia dan gembira. selamat menyambut raya korban. selamat merebut ganjaran amalan di bulan dzulhijjah :) tingkatkan amalan. tingkatkan iman. perbaiki diri. ayuhhh. kita semua serba serbi kekurangan. iman pun turun naik.

mari menuju kejayaan! :)


hmm. aku nak try jadi yang lebih baik. doakan aku. :)

maafkan aku kalau aku banyak buat salah silap ngan korang. *__*

1 comment:

Vampiresss said...

ye2..saya maafkan hehe...saya pon begitu jugak huhu...good luck nak amek lesen kete senang je tu yg penting ade confident tu yg pnting...n 1 more thing ketinggian memang ukuran tetapi bukan sebagai 1 alasan utk kita xblh menuju pe yg kita mahukan...insyaAllah akan dpt kalau itu terbaik buat kita...

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email