Thursday, 28 July 2011

nak cakap dengan awak walaupun awak da tiada.

             Awak. Saya nak lupakan awak boleh? Tak sangka da lama kita berkawan. Semenjak sekolah rendah lagi. Nama kita pun bermula dr huruf yg sama. Huruf ‘L’. Hemo hemo.  Tak sangka juga, baru saya sedar saya ade simpan perasaan kat awak. Tapi awak dah pergi jauh. Awak dah tak ade. Allah da ambil semula nyawa awak yg merupakan hak-NYA. Saya redha. Walaupun saya tak pernah luah perasaan pada awak, saya tak menyesal sbb Allah lg Maha Mengetahui. Perasaan ni pun DIA yg bagi. Saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah dan doa. Moga awak ditempatkan dengan mereka yg beriman di sisi ALLah. Ayat last awak pada saya “ Laila, marilah datang ke tempat kerja aku. Pilihlah jajan yg kau nak. Tp bayar sendiri. Aku tak dapat nak bayarkan kot”. Esok hari, saya dpt mesej dr kawan yg awak exciden moto. Tak sangka kata-kata terakhir awak tu betul-betul membawa makna yg sangat besar.



           Awak, saya ade ramai kawan lelaki. Tapi, saya tak pernah pun nak taruh perasaan kat sape sape. Rasa takut sayang saya akan melebihi cinta saya pada Allah. Tapi awak, lama-lama, hati saya rapuh juga. Wanita hati lembut, mudah tersentuh. Saya suka kat seorg budak lelaki tu. Tapi saya tak pernah luah. Layan macam kawan biasa je. Lagipun umur masih muda dan mentah. Masih tak faham lagi erti hidup yg sebenarnya. Jadi saya tak berani nak pupuk perasaan sayang saya tu.Terus layan dia macam kawan biasa sebab tak nak leka dengan kehidupan dunia.hihii.. poyo tak saya. Tapi, tu lah yg patut saya buat. Walaupun agama saya tak kukuh, ilmu saya kurang, tapi saya tahu la sikit sikit.

              Awak, da lama kitorang berkawan. Tapi kitorg da jarang berhubung. Saya pun tahu, lelaki dan perempuan ade batasnya. Hik hik. Tapi awak, saya rasa saya mcm tak layak untuk dia. Dia da jauh lebih hebat dan ke depan dalam agama, ilmunya dan imannya. Bole saya undurkan diri dr mnyukainya? Saya rasa saya makin terkebelakang la. Banyak yg perlu saya belajar dan catch-up balik ntk jd wanita yang lebih berharga.

                Awak, hari tu ade lelaki cakap datang nak lamar saya. Ajak saya bertunang. Tapi saya buat acuh tak acuh je. Takut kalau dilayan, karang cakap perasan pulak. Saya tak rapat pun dengan lelaki tu. Tapi masa tu memang saya dapat rasakan dia tak cakap dengan serius pun. Mata dia seolah-olah mmberitahu yg itu hanya gurauan. Saya tak pernah memberikan jawapan pada lelaki itu. Tapi tak lama lepas tu, saya dengar yang dia dah bertunang. Nampak sangat dia tak serius untuk menyukai dan melayan perangai saya. Terus saya teringat kat awak. Awak je yang paham dan bole layan perangai saya yang gila-gila macam orang tak betul.



      
              Awak, selama saya hiduppp ni baru saya perasan. Setiap kali ada seseorang yang pergi meninggalkan kita, pasti akan hadir insan lain yang akan mengisi kekosongan itu. Betapa baiknya ALLah terhadap saya. Alhamdulillah. Saya tak pernah ditinggalkan keseorangan. Dan setiap kali kesusahan yang saya alami, lepas itu pasti akan muncul sinar kebahagiaan dan kesenangan. Betapa seimbangnya kehidupan ini.


     Aku amat bersyukur kepada-Mu Ya Allah. Di sepanjang perjalanan dalam menempuh liku hidup ini, pernah aku tersungkur. Dan KAU pasti  memberikan bantuan kepadaku kerana aku hanya insan yang lemah. Bergantung harap padaMU YA ALLAh. Jangan sesekali KAU abaikan diri ini. Kerana TANPAMU, pasti aku tak boleh hidup di atas kaki sendiri tanpa petunjuk dan ajaran dariMU.

Terima Kasih YA ALLAH kerana memberi  ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara, sahabat handai untuk terus jadi peneman dalam hidupku.


-LeLa S~ - 

2 comments:

aween said...

waaaaaaa...ak sgt tersentuh bace entri ko nh..huhu~

Lela S said...

hehe. datang dr hati :)

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email