Saturday, 28 May 2011

orang gas.

HAHA. cuma nak bagi tau..

tadi masa naik moto dekat nak maghrib, aku nampak mamat hensem hitam bawak gas. maksud aku, tong gas.

hitam itu manis : )

nasib baik aku masih boleh mengawal moto walaupun tengah usha mamat tu bawak tong gas dia kt moto.

aku tergelak sakai  sorang-sorang sebab mamat tu menguap punyalah besar. eh, ni bukan nak mengumpat. Cuma, aksi dia agak bahaya. ye. bahaya. Dia menunggang moto dengan mood yg sungguh mengantuk. Barangkali penat setelah seharian bekerja hantar gas ke rumah-rumah orang kt area- area sini. Dan motornya hampir terjatuh (dah senget pun) . Nasib baik dia tersedar dan mungkin nasib dia agak baik.. dia berjaya seimbangkan motor tu.

Dan terima kasih kt mamat tong gas tu, disebabkan anda.. saya bawak moto dgn speed 2+ km/h sbb nak usha anda. Nasib baik tu jalan kampung . ( Macam siput )

Esok da nak balik kolej.

Babai mamat tong gas.

Babai mamat kedai runcit.

Babai mamat yg jual nasi ayan kukus.

kah kah kah kah kah kah kah kah kah!


p/s : kalau ngantuk, jgn naik moto. bahaya woooo~

nak jumpa orang ni pd masa akan datang. wee~

Tuesday, 24 May 2011

Love the one who loves you.

Love the one who loves you.

Kawan aku pernah tanya tentang pendapat aku.

jadi, entry ni khas untuk dia.

“ Lela, tadi mak ‘Now ra eleh na’ ade cakap.. terimalah seseorang yang sayang pada kita. Apa pendapat ko tentang ni? Ko setuju ke? “

Pandai betul kawan aku ni tanya kat aku. Ingat hape? Aku pakar cinta? No way.
Bercinta pun tak pernah. =.=” .


SAYANGI SESEORANG YANG SAYANG PADA KITA.

Well, aku rasa ayat ni lebih sesuai ditujukan untuk orang dah desperate, kecewa dalam percintaan. Since dia fed-up da putus cinta lebih 28x, dia akan setuju untuk quotes ini.

Eh,  kenapa kita nak paksa diri kita untuk seseorang yang kita tak sayang..? sekalipun orang tu sayang kat kita? (eh, mungkin perkataan sayang tu perlu ditukar kepada ayat..CINTA) eww  ~ HAHA. Lawak + geli.

Korang bayangkan dalam REAL LIFE :

Lelaki yang sayang kat korang tu adalah Aaron Aziz ( bayangkan jela dia tu blum kahwin dan merupakan kawan korang ).
Dan korang pula masa tu baru putus tunang ..err atau baru putus cinta.

Dan tetiba si Aaron Aziz yg hensem nak mampuih ni pergi lamar korang.

Dan hati korang memujuk “ terima jela. Lagipun, kita kena terima dan sayang kt seseorang yg sayang kat kita .“

Masa tu korang akan rasa quotes tu teramatlah betul. Well~ Aaron Azizi Aziz (opss) , sape yg tak nak kan..?

Tapi waktu korang terima dia pun, korang jelas sekali bukan terima sebab korang mempunyai perasaan kat dia. Cuma..well, desperate kan masa tu. Jd terima jela + apeearance dia PERFECT. HAHA

Tapi, bayangkan lelaki tu buka Aaron Aziz, tapi orang ni:






Dia datang rumah korang dan cakap dia sayang kt korang.. da lama dia sayang. Da lama dia perhati korang. (mungkin kalau nak sedap ayat, dia cakap dah 25 tahun dia tunggu korang. That means, since you all lahir ). And..no incomes. Wakaka!

Korang nak terima ke? Masa tu korang akan rasa quotes ni tak bole diterima pakai.


Aku rasa, kalau kita terima seseorang yang sayang pada kita ( dan kita TAK DE perasaan kat dia ) mungkin hanya membuat diri kita rasa SELAMAT.  Well, maksud aku, tak de penceraian (maybe) dan diberi nafkah yang cukup. Atau dalam ayat couple = tak putus. Eh?

Tapi kalau kita terima seseorang yang sayang pada kita dan kita pun memang sayang kt orang tu ( dat means saling menyayangi ) pasti membuat kita BAHAGIA DAN SELAMAT. (dapat dua-dua tu)


Btw, Jodoh semua  DIA dah aturkan. Jadi, tak perlulah sibuk2 ko nak try couple ngan semua orang. Semua yg ko jumpa, ko nak sapu. Eh. Eh. Buang masa.

Cintailah YANG MAHA ESA dulu. Kalau dgn DIA pun kita fail untuk jatuh cinta dan gagal tunjukkan bukti yang kita cinta pada-NYA, kirim salam jela pd cinta dunia
Tak kan bertahan beb. (eh, tkeluar bahasa jantan plak).

Dan jgn demands sgt. Jangan banyak songeh dlm mncari pasangan hidup. Mcm tu sampai tua tak kan dapat makan sedap2. Well, biasanya kan pengantin dapat makan sedap2 pd hari pkahwinan.HAHA. 

Putera idaman tak wujud. 

Puteri kayangan tu fantasi je.

 Yang ada hanyalah insan-insan yg srba kekurangan dan memerlukan sesorang untuk saling melengkapi.

P/s: pada yg dah berkahwin, aku suggest quote ni untuk diorang. Pada yg dah berkahwin jela. Well, penceraian kan adalah pkara yg dibenci Allah.

P/s paling penting : kalau kahwin tu, ajak aku tau . eh, maksud aku.. sila jemput aku jd pengapit. HAHA. Aku nak tumpang sekaki makan makanan sedap2 kt meja pengantin. Kuang1000x! ( ^ ^ )

To my Invisible future husband :  Eh, ayah pasti akan test kamoo. Siapkan diri dgn ILMU yg banyak tau. Since lela ni terlalu LACK dlm banyak hal. Guide me. Jumpa dlm masa 5-6 tahun HAHA. *memandai je*


KESIMPULAN : Quotes ni hanya boleh pakai masa desperate. tak pun, bg mereka yg dah kahwin. (^^) Selagi ada masa, try to get someone that you loves. eh eh. haha. 


LOVE TO JIHAD. LOVE TO BE THE BEST A'BID. LOVE TO BE THE BEST WIFE (future) . LOVE TO BE THE BEST STUDENT. LOVE TO BE THE BEST DAUGHTER. LOVE TO BE THE BEST FRIEND. LOVE TO BE THE BEST SISTER.


we always forget to put the first love to THE CREATER.
MOST ALMIGHTY.







Tuesday, 17 May 2011

M.E.S.s.a.g.e.s

@@ : Laila, i hate your friend(s).

$$ :  damn you you do not know them deeper, so never ever judge them.

@@ : Laila, i hate-hate your friend(s) !

$$ : I hate-hate-hate-hate you more. duh. stop talking like that.

@@ : Laila, i hate your friend(s).

$$ : fed-up with you. can you tell me what is your problem(s) ?

@@ : Laila, i hate your friend(s).

$$ : HEY, you make me so irritating.

@@ : Laila, i hate YOUR FRIeNDs  !!

$$ : it's up to you. but, i LOVE them at all. i love them the way they are.


 A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are.




friends, may be i can't be a good friend to  yous  you, but i've tried enough. if i have made an overDOSA.. eh, overdose in every words or movements , pliz forgive me. yeah. i'm not d perfect one, but i try to be the best friend besides you. 


ade org cakap " kawan sampai akhir hayat. tapi aku tak percaya. eh, bkn x percaya.. tapi, susah nk bkawan hingga akhir hayat. setiap pertemuan pasti ada ppisahan right? bukan semua org KEEP IN TOUCH. 


..walaupun tak KEEP IN TOUCH, tetap ingat di hati. HAHA. tu lg satu mnipu. ingat senang ke nak ingat kawan2 lama yang dah tpisah..? susah woo. aku la. kot. jadi, kne tukar la ayat KAWAN SELAMA2NYA kepada INGAT KAWAN SELAMA2NYA. peh.


hehe. jadi aku lebih suka ayat ' ukhuwah fillah '. kawan kerana Allah. bersahabat kerana Allah. kita dipertemukan tanpa dirancang. dan pertemuan kita semua sudah diatur. ye . sweet kan.. :) 


dan , dalam sepanjang tempoh berkawan..tak semuanya akan baik. pasti akan diuji dipertengahan. yep. ujian sepatutnya mgukuhkan ikatan bkn merapuhkan ikatan. hargailah persahabatan. jgn sampai Allah tarik balik TALI PERSAHABATAN itu .


HAHA. kawan buat kite enjoy hidup ini. tak sunyi. tak sepi. bagi tunjuk ajar. tunjuk jalan yang benar.
TERIMA KASIH KAWAN
tak selama-lamanya didunia tp kita bole jumpa diakhirat kelak ..kan..? insyaallah.







  Duhai teman sejatiku..
masihkah kau semadikan di minda?
bahawa ukhuwah yg tjalin antara kita
 Adalah cinta tulus bsulam takwa
rangkaian jiwa sesama insan manusia
mjadi lambang keagungan cinta 
thadap sang KHALIQ yg MAHA PENCIPTA -someone-

Thursday, 12 May 2011

KES SIMBAH ASID.

ye. siapa rajin tengok berita di televisyen atau membaca akhbar, pasti tahu mengenai kes ini. YANG MASIH BELUM SELESAI.

see. BELUM SELESAI. tapi tak pe.. kan ade pepatah :
sepandai-pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ke tanah juga.. 
mereka pasti AKAN TERTEWAS!


Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang 

berlaku di Kuala Lumpur. Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 

Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi. Kebanyakan 

mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, 

terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu 

ketika.

Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan 

menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan 

mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak 

mengakibatkan melecur.

Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika 

mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT. 

Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan 

berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.

    sumber: FB Polis KL

dan yang terbaru ------>

Polis meminta bantuan orang ramai termasuk persatuan pemandu teksi untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai suspek bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid di sekitar negeri ini dan Lembah Klang.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kerjasama orang ramai diharap dapat membantu pihak berkuasa memberkas suspek terbabit secepat mungkin. 


EMOSI AKU TAK STABIL BILA TAU LEMBAH KLANG ANTARA TEMPAT BERLAKU JENAYAH NI.

betapa bijaknya penjenayah sekarang. tak tertangkap lagi. pihak polis sedang berusaha. semakin aku tengok berita, semakin banyak aku rasa jenayah dalam negara. TAK SELAMAT DUH.

disebabkan kes ni gak, mak aku dah tak bagi aku jalan sorang-sorang kat klang tuh. peh. kalau nak pergi, kena ada teman. =,=" Habis tu kalau aku nak jumpa kawan aku di klang, siapa nak temankan aku dari rumah aku ni..? 

jadi, aku sekarang hanya duduk rumah. jadi gadis   ayu   melayu terakhir. muka aku la melekat tertempek kat dapur. sambil tolong mak, sambil makan, makan dan makan. tapi berat badan mantain. ehem. HAHA 

kepada kawan-kawan diluar tu, hati-hati tau. mangsa kebanyakannya adalah perempuan melayu.. bertudung.

kalau anda rasa tak tahan nak duduk di negara ini, kita boleh buat demonstrasi untuk minta dpindahkan ke...korea?? maybe. ahak ahak. palestin?? yeah!

 tapi aku sayang negara aku. MALAYSIA...


siapa pernah minum asid yg BERASID giler?? aku tabik!



jangan biarkan tupai bermaharajalela.


Wednesday, 11 May 2011

melawat sekolah cluster

BEST!

SYOKK!!

HEPPIE....!!
  kenape la aku suka rosakkan bahasa


perjalanan ke sekolah LAMA memberi kami debaran dan keraguan dan kecuakan...HAHA. sebab kitorg takut kedatangan kitorg ke sekolah tu tak dialu-alukan...hee. kan sedeh macam tu. Dalam teksi, kitorg sibuk bbincang n mngingati nama2 guru kami...hik3.

well.....bile da sampai skola tu................. WOW! ade ptandingan silat negeri. lantak la..kami xde kena mengena....tp secara jujurnya, kesian sekolah tu khilangan seorg ahli pesilat yg cukup hebat lagi gagah dan power..  -(  aku la (^^)   )-   fine.perasan jap.

datang sekolah tu, mestilah nak tengok perubahan tempat. first, aku nmpak kat taman anggur tu ada GALERI BESTARI.  zone WIFI tuh.  fuyyoo..~ dengan mggatal pn, aku  nk geledah la ape ade dlm tu. FINE. galeri tu BKUNCI. macam tau2 je aku dtg nk buat kekacauan...hik3


tetapi rupanya dalam tu dia simpan segala piala yg dimiliki sekolah. BANYAK seh.... mcm mne aku bole tw? ye.sbb before aku tinggalkan skola tu dulu,aku pna masuk bilik yg simpan piala-piala-piala-piala-piala10000x kami...hik3. banyak kan.

ye. aktiviti biasa bila sampai sekolah -----------------> TEGUR guru2 kesayangan kami. :)

dan seterusnya... -----------> kami ditegur oleh junior2 kami. hik3. malu dowh. aku x ingat nama diorg sangat. lagi2 adik usroh ku.maaf ye. akak nmpak mata kamu bgenang. ye.akak x pandai pujuk. jd..... ehem.aku pn trus bgerak mnuju ke kantin untuk makan sebab da lapar.

sebelum makan, lepak dengan cikgu wahdi dan cikgu amir. terima kasih atas kata2 semangat yang diberi. (?). HAHA.
*cikgu wahdi selaku guru BM cakap, dia pelik kalau SMS memang untuk tulis short. tp kalau guna komputer... KENAPA PERLU TULIS SHORT FORM gak? see.. TERASA TERASA.

adakah KITA perosak  bangsa  bahasa?

ewww~ aku rse mcm nk tulis diari lak.

then...bla bla....kami pn keluar dr skola cluster tu.

lpas tu kami jalan2 ke subang parade, (yep,sbb tmpt ni dkt dgn ktm.HAHA)

fine.dlm tu bkn beli barang...tp bgambar je. hehehe.... bagos sume kawan2 aku. aku suka tu.

p/s: sebelum jejak kaki keluar...seorg teacher btanya.. knapa kitorg x naik kete sendiri..x drive sendiri, sbb budak2 lelaki batch aku sume drive kete sendiri.. BESAU-BESAU lak tuh.ok. fine.aku lesen pn xde . =,=" hampeh.tunggulah aku bjaya mgenggam sebuah lesen.

antara padang dan dewan CLUSTER. hak hak

love is important right? love u all. ahaks.
untuk gadis2 je.

TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN SPM, SMA, PMR 2010 YANG GEMPAK. KAMI SEBAGAI SENIOR BANGGA SANGAT. ALHAMDULILLAH. *baka dr senior la tuh kot* hik3.



Sunday, 8 May 2011

kamu dah ade orang lain!

untuk org yg disukai...... (^^) uhuk2.

lela tw kamu dah ade org lain. ye. lela ni bkn sape2 pn dihati kamu... tak de harta, tak de rupa, tak baik, tak tinggi, tak comel  tak kurus... *sudah!! *

selalu nampak kamu dgn seorang gadis tu.. jeles tau! tolong la jgn bg alasan yg korang tu cuma kawan... see. i'm jealous! yeah! ewwww~

hik3... walaupun kita hanya berkawan, lela ade simpan perasaan tw. nak muntah aku!
kamu tak sedar ke.....??hik3.

sedar tak, kalau kamu tak de, lela jd senyap...jd suram....  oh..gediks nye..kawan aku baca ni mesti cakap aku penipu.


lepas tu kan, lela jumpa satu artikel.. dia cakap, "kalau suka cakap."

lepas tu, jumpa lagi satu artikel.. dia ckp.. "kalau suka, pendamlah perasaan kamu andai belum tiba masa yg sesuai, pohonlah pada-NYA..hanya DIA lah tmpat kamu mengadu..dan sesungguhnya DIA lebih mngetahui ape yg lebih baik ntk kamu. "

hi hi hi hi hi.....

ok. lpas tu... jumpa lg satu notes.. dia cakap " mustahil wujud istilah TEMAN RAPAT bg seorang lelaki dgn seorg wanita kerana pasti antara salah seorang akan mnaruh perasaan " see... maybe quotes tu betul. tp, kawan-kawan lela sanggah... ok. peh lis la. jgn nafikan..

lepas tu, kamu senyapkan diri... kamu dah jadi warak, alim seorang yg lebih baik..bagus dr segi agama. emm... rasa mcm tak layak je nk bdamping dgn kamoooo... huaa....!! sedeh....!
lepas fikir2 balik....emmm...

kenapa lela perlu sedih..?
kan bagus mcm tu...kamu dah berubah jd baik. bole jd pemuda yg sebenar~ bdiri dijalan menegakkan agama tanpa mmikirkan tntg duniawi.... kamu kejar akhirat. YE! itu sememangnya berita gembira. ALHAMDULILLAH...

see...now. i need to transform -------> better person.

can i?

HAK HAK HAK.

lela pnah dgar.. org yg baik ntk org yg baik, n begitu juga sebaliknya. jd.. tgah try la ni nk jd baik. aduih... bkn senang dowh...

tp...kan.......................................................

knape lela tgok kamu still rapat dgn pompan tu........................?? see..i'm being a nice stalker. ahak3


tak pe lah. mungkin dia lg sesuai ntk kamooo... ok. doakan lela dpt jumpa jodoh yg lg baik..! ye.... bye2 kamu. kamu bkn org tbaik yg boleh bimbing lela.

lela perlu tuntut lebih banyak ilmu untuk mnjadi insan yg lebih sempurna. lela perlu lupakan kamu. TATA. moga hati kita sentiasa dijaga... hik3

bunga ada jantina kah....?


bye2 kamu...kamu da ade yg lain! moga bahagia dgn dia. .lela  x sedeh la... sob3


kesimpulan :

- jgn syok sendiri. TAK TERASA TAK TERASA
jaga batas dlm pgaulan. jgn jumpa bdua-duaan. syaitan bijak dlm kerjanya.
-sentiasa letak CINTA yg UTAMA pd ALLAH.. insyaallah, tak kan kecewa dlm pcintaan yg hakiki... kih3..

cerita dlm watak ini bkn saya..tp tu laila majnun. saya laila syahidah. ok!

p/s:  FINE. sekarang baru tau..pompan tu adalah isteri kamu...patutla slalu nmpak kamu dgn dia... aisyah kn namanya... cantik secantik orangnya.. hee. maaf kalo mgganggu rumahtangga kamu.

FINALLY...


Syaitan sentiasa bijak dalam mgelirukan keturunan nabi adam. umat nabi Muhammad s.a.w.
sentiasalah kita waspada dlm setiap perbuatan.. -lbih ditujukan ntk diri sendiri-

bkawan tak salah. lelaki dan pompan. aku pn ramai kawan gak. kalau aku terlebih had dlm bgurau senda, atau mnutur kata...boleh la tegur. xde hal. HAHA. aku pn bknnya baik sgt. see... sosial gak. so, kpd bakal suami aku...HARAP bole bimbing lela nnt... hik3. MAHER ZAIN, you are not the one.

Saturday, 7 May 2011

pesta buku

weee~

PENAT! =,="

yela...ari tu abeh exam 30apr. ptg tu gak bgegas balik rumah.hik3. sbb esoknye (1 MEI) aku tak saba nk g pwtc...pesta buku. ye. seperti yg semua org tau. hiii...

fine. bru setahun lebih kot aku dok kt pilah,tp da lupa camne nk g pwtc.ngok ngek. nk cari stesen masjid jamek pn tsalah...HAHA.

watever.lpas tu jumpa gak. dan akhirnya sampai la kt pwtc...hehe. ye.

kami berempat-amal,nazu,pain n aku. mggondol n mborong buku2 di pwtc tanpa mgenal erti penat lelah tak de jemu dan tak mngenal erti penat. hik3.

serbu gerai booth karangkraf...
heee...pain dia bolot semua buku RAMLI SARIP  Ramli Awang Murshid. hebat2x.
aku? ye.aku ade beli sebuah novel kt situ. fine. cite yg aku beli tu tak best. aku baru je abes baca. tjoknya- yang mana satu.

tp tujuan utama kami ke situ adalah mncari novel tbaru HLOVATE. - contengan jalanan. kitorg redah banyak kawasan semata2 mncari booth jemari seni. tp, tak jumpa. hati mase tu rasa nk  nanges  bkecai tak jumpa booth dorg.susah wo. pusing2 dekat complete la kalau nk tawaf buat haji. last2x kitorg keluar n tnye seorg abang yang hensem  pekerja kt situ. hik3. lpas tu jumpa dah! nampak buku tu, tros ambil!
haaa...kt sini, nazu plak gondol semua novel HLOVATE.ish3... gila kentang ah. hihi...xpe,aku bole pinjam lpas tu.bagus.

BEST! BEST! BEST! da abes baca dah novel contengan jalanan tu...hik3.

bla, bla,bla...... lpas tu kitorg jenjalan kt THE MALL.

lpas tu msok blek PWTC. lpas tu balik. waahh~ pjalanan yg memenatkan n mggembirakan..!

p/s: KTM mse tu pnuh...sesak wo! sumpah aku malu diri thuyug hayang kt dlm ktm. fine. diri aku x stabil.


best wo! sape nk pinjam boleh~



mula2 di perjalanan


kt sini,amal kne langgar dgn lelaki.sabo ye. dia pn klam kabut tuh.



kih3..di booth karangkraf..


nazuwa,pain n amal.

pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email