Sunday, 13 November 2011

Love is friendship

Assalamualaikum

LOVE IS FRIENDSHIP.

Kalau aku terjemahkan dalam bahasa melayu, bermaksud
CINTA ADALAH PERSAHABATAN.

Apa kaitan cinta dengan persahabatan? adakah  kita tak kan sedar bila kita suka kat seseorang tu. ?

Ok. Kita akan sedar bila kita suka dekat seseorang tu. Tapi kita tak kan sedar bila kita jatuh cinta pada dia. Dan untuk mengenali seseorang tu, kita kenalah kenal dulu dengan dia. ‘untuk tahu dia sesuai dengan kita? ‘
oh. Maybe. Jadi bila dah berkawan, dah kenal, barulah akan muncul rasa cinta? Ewwww~~ pheewww~~ tui tui tui!



Sebenarnya, untuk mewujudkan sebuah persahabatan itu, kita memerlukan kasih sayang. Bila kita dah sayang dan suka pada orang lain, maka bolehlah wujud terms of ‘ kawan , sahabat , rakan, and etc ‘. Kasih sayang banyak kategori kann~ Love is friendship à bukan lah kasih sayang yang akan kita curahkan untuk jadi teman sehidup semati macam hasben atau ur waif. Durghh.  Tapi perasaan kasih dan sayang untuk kawan.

How about family? Bila difikir fikir balik, kasih sayang kita kat family pun lain. See.  Sekalipun kadang kadang kena marah ngan parents, gaduh dgn siblings gila-gila, cakar-cakar. . tapi still kita sayang family dan kita perlukan diorang dalam life ni.

Dan perasaan sayang ( CINTA ) kepada Pencipta Kita, Allah s.w.t dan Rasulullah pun tidak sama dengan taraf dan perasaan kasih dan cinta kita terhadap orang lain. Yeah. We need to put the first love to Allah and Rasulullah. After we love them, we can love others. Perasaan sayang itu, Allah yang bagi kan. Kalau kita tak cinta Allah, DIA boleh hilangkan perasaan itu dari hati kita dengan serta merta. J

FRIENDS. Kalau tak de kasih sayang, macam mana bole kawan? Kalau ade perasaan benci, boleh ke kita nak berkawan? Bila dah ade perasaan benci, nak bercakap dan bergurau senda punnn susah kan. J

Ada orang cakap “ friendship adalah friendship. Love is love. Dua dua tak de kena mengena”.
However~~~


Man is social animal. He can not live alone. He needs some near and dear to share his joys and sorrows. We can call the near and dear as friends. Friendship is the marriage of two souls. Two person develop friendship when they have similar views.



Mostly gurlzz, mereka perlukan kawan untuk luahkan ( sharing ) their problems, their joyness with someone(s). For boysss plak, kadang kadang orang cakap, lelaki mana suka nak cerita masalah diorang kat sape sape. Tapi tu sume hanya perkataan which show EGO. Yeah. Aku ada kawan lelaki hape. Suka cerita tentang life dia yang hepi hepi. Dan aku pun suka mendengar cerita dia. Kadang kadang kita perlu berkongsi kegembiraan juga kan. Hmm. Dan untuk berkongsi kesedihan atau kekecewaan, memang boys tak suka nak share share. ( sebab tu pesakit jantung di negara ini didominasi oleh lelaki dan peratus wanita untuk hidup lebih lama adalah tinggi compare dengan lelaki.) Mostly kaum Adam ni, hanya bermain dota sampai lewat malam (atau mungkin tak tido?) , karaoke, bersukan ataupun did some activity(ies) to release their tension. Untuk lelaki yang ada blog, twitter n fb yang menjadikan medium untuk lepaskan perasaan kecewa dan sebagainya, tahniah. Risiko nak dapat sakit jantung KURANG. HAHA.


Aku rasa sape yang malas nak cari teman hidup, ataupun takut kecewa , ataupun susah nak put trust on someone, dia akan pilih bestfren dia untuk jadi teman hidup tanpa bfikir panjang.


Friendship demands a balance: you give, you have to receive and vice versa. Unbalance is something unknown to friendship but very familiar to pals and buddies. In true friendship, you want to give up your life for your friend: just as simple as that.



Macam mana pulak dengan orang yang dah berkawan lama, dan salah seorang tu dia Fall in LOVE? Salah seorang je k. Then, aku bet better dia ignore perasaan dia dan jangan terlalu berharap. Perasaan tu hanya bole membuat diri kita merana.



Yeah.

RULE HOW TO BE HAPPY ? ----> Dont expect anything from anyone.


Just buat macam biasa. Kalau betul korang suka kat dia, tengok bila 2,3 tahun lagi samada perasaan tu wujud lagi ke tak. Kadang kadang some person(s) keliru dengan perasaan dia dan tak dapat nak bezakan sayang dia berada dalam kategori mana. Dan aku prefer untuk rujuk dekat sini  TEMPORARY FEELINGS bagi mendapat explanation yang lebih jelas.

Tapi pada pendapat aku, perasaan diri sendiri pun susah untuk diselami, apatah lagi nak menyelami perasaan orang lain. Juz live your life with the right path and happy with the way you have chose. And and and. . have a fun with people surroundings you. They can bring happiness and sometimes they also can give SORROWNESS. Hheueueheueheue.


::::::: ::::::: ::::::::   dan. kalau kita nak cari pasangan, mestilah nak cari pasangan yang boleh berkongsi kehidupan. kegembiraan. kesedihan. belajar bersama untuk jadi yang baik dan terbaik. saling bimbing membimbing. dan secara tak langsung, poasangan hidup kita bukan hanya title suami or isteri. hubby or chubby, tapi dia juga kawan kita. kawan baik kita. so, dlm marriage, akan wujud istilah love AND friendship. Dan perasaan cinta itu wujud tanpa sebab.





Monday, 31 October 2011

hidup aku sementara tengah cuti semester.

assalamualaikum

detik detik cuti dirumah. tak pernah boring. tapi kadang kadang memenatkan. penat dengan kerja kat rumah. aigooo~ ni la troublenye bile jadi anak dara sorang kat rumah.

tak sabar nak tunggu result exam yang akan keluar 4nov nanti. tapi surely aku akan dapat tengok dulu result exam aku 3 nov malam melalui link tertentu.

hmm. tp bila nak tengok result tu, jantung da macam nak tercabut. walaupun aku tau pointer aku bakal menurun, tapi harap sangat result tak teruk mana. uwaaaa~

next.

aku tgah on . dalam proses mengambil lesen kereta. adik adik aku sume tak yakin aku bole amek lesen. dem.
menjatuhkan semangat aku je. tapi tak pe. tu tak effect pon. dorang bukannye pernah sokong aku pun selama ni. biasalah.

      siblings is the worst enemy we cant live without.

*nak dapat tenaga pengajar yang muda dan kacak bole? * haha. tapi macam mustahil. aku tengok semua da tua. tapi tak pelah. hehe. yang penting, dia tak marah marah. hopefully la.

next.

aku apply fast track uitm. insyaallah kalau dapat, babai uitm pilah. hopefully dapat. walaupun berat hati nak tinggalkan uitm tu. ;(
sayang dah aku kat uitm tu. walaupun hari hari bau najis burung. jalan kaki di bawah sinaran matahari yang garang tanpa ada pokok pokok yang rendang untuk meredupkan suasana. alah bisa tegal biasa. kesedihan bercampur baur.
lagi lagi lepas sukan karisma hari tu. sedih. kalau dapat, tu kira macam last time aku jumpa diorang la kann. mungkin akan berjumpa lagi, tapi bukan dalam waktu yang terdekat. da anggap kawan kawan kat uitm pilah tu macam family. Hihihiiii.

doakan aku dapat fast track bsama kawan kawan aku yang lain. :)

aku tengah on diet. makan macam biasa. tapi kuantiti kurang. bersenam setiap petang. tapi lari 2 round area kat rumah ni da penat. demm. jadi, inisiatif, aku gantikan dengan bmain badminton.

berat badan turun ke 45.5 kg.

tp ngeng sangat, aku tengok cermin sama je. tak de perubahan. haih~~~~

kesimpulannye, aku berat ke, ringan ke, rupa sama je. mungkin sebab ketinggian kot *terdiam*. haha
 
jadi aku amalkan diet just nak bagi badan sihat. :) lagipun umur da nak meningkat 20tahun . (walaupun 20 nov ni bru nak masuk 19th).

tiba tiba sekarang ni selalu borak pasal kahwin dengan beberapa orang kawan. cakap mengenai jodoh. haihhh~~~~

ade ke yang nak kahwin dengan aku?

next.

insyaallah kalau dapat fast track, aku nak kerja sementara awal bulan 12 nanti. habiskan amek lesen dulu. lagipun, kemasukan degree next year akhir bulan 2.

nak kerja kat mana eh? hmm. nanti aku fikir.

masa lapang kat rumah aku tengok cite one piece. kartun. cerita korea sume da buang. tak minat. aku isi hard disk dengan movie melayu, kartun n boliwud je.HAHA!!

ok. moga kita semua bahagia dan gembira. selamat menyambut raya korban. selamat merebut ganjaran amalan di bulan dzulhijjah :) tingkatkan amalan. tingkatkan iman. perbaiki diri. ayuhhh. kita semua serba serbi kekurangan. iman pun turun naik.

mari menuju kejayaan! :)


hmm. aku nak try jadi yang lebih baik. doakan aku. :)

maafkan aku kalau aku banyak buat salah silap ngan korang. *__*

Sunday, 25 September 2011

tak perlu risau walau diri tak cantik.

assalamualaikum.

hape tajuk. yep. tak perlu risau walau diri tak cantik. tapi perlu risau kalau diri tak comel  baik.

::: dont judge a book by its cover :::

same goes with women in this world. guys too.


muka lawa tapi hati busuk bole pergi jauh jauh dari jadi kawan aku. *hee*

muka hensem tapi perangai macam cibai  err. . tak senonoh pomm bole pergi main jauh jauh sebab aku tak suka. then, bile aaku tak suka, kompem lagi ramai tak suka.


YE KE CIK LELA?

eeehhh. tak la. masing masing punya citarasa berkawan lain lain. sama macam citarasa kita nak pilih pasangan hidup punnn. lain lain. sebab tu la kadang kadang kita tengok, perempuan cunnn giler tapi suami ###. well. itu sebab perempuan tu bukan bcinta dan berkahwin atas dasar fizikal je. tapi dia lebih consider *maybe* religion, manner, money (?), . . and act.

tempek muka maher zain nak cover ketidakcomelan.

macam aku, aku tak memilihhh dalam berkawan. gemuk kurus huduh lawa cantik comeL gelap cerah. ada aku kesahhh? tak  .  sebab aku punnn gemuk, tak lawa. *terasa*




tapi kalau ade yang suka menggedik, (kawwww kawww punye gedixx), harapann la aku nak rapat. buat sengsara hiduppp wo. tapi borak borak still lagi. no prob.

tak perlu risau walau diri tak cantik.

ALLAH tak memandang pada rupa kamu. Tapi tingkah laku kamu. percakapan kamu *terasa*.

dan manusia manusia yang hubungan rapat bertahan sampai berabad dekad juga bukan disebabkan oleh faktor rupa. its all about manner. baik tingkah laku, orang lain pasti akan suka bkawan dengan kita. deadly serious. just kita perlu berkeyakinan untuk berkawan dengan semua orang.

sama jugak dalam situasi korang nak buat presentation untuk pihak luar. pihak luar yang skema dan garang dan bla bla bla.. dan datang nak amek markah presentation kita. (ayat keling). wajah lawa tak de harga, tapi pakaian kemas ade markah . keyakinan yang tinggi membuatkan mereka berkobar kobar untuk dengar lagi presentation kita. YEAH! *tapi, certain certain person amek bonus mark untuk muka lawa. durrrh. itupun kalau presentation dorang gempak la kannnn.

seterusnya. pasangan? eh. ade je orang cunnn tak kawen lagi. so, yang rasa rendah diri Sgt~ ~ ~ mengatakan diri tak lawa tak payah risau k. jodoh da ditetapkan. usaha untuk MENCARI. yep! kalau diri lawa tapi dok rumah tak buat pape kerja, pemalasss pulak tuh, harapan la orang nak masuk meminang.
 tapi kalau tak lawa ponnnn, rajin, pegi tolong mak masak masak kat rumah jiran jiran ke, sahabat handai ke, kompem ade mak mak orang lain (bakal mertua kot) berkenannnn tengok kita. *aku la tuuhhh* haha.

:::: kawan aku lelaki pernah cakap " aku tak kan jelez tengok orang lain sebab aku tahu pasti ade seorang pompan diciptakan untuk aku ". (ayat ni aku ubah sikit sikit ikut sedap mulut aku baca. ahakss).

so, berbalik kepada keyakinan kita terhadap jodoh yang telah ditakdirkan oleh Allah. kita perlu mencari. pasti ade untuk kita.

urhhhh. sebenarnya aku post tajuk ni lepas aku baca kat satu blog tu, dia cakap macam ni " perangai baik tapi muka hodoh, kompem ke mak mertua nak jumpa. baik guna simply CT nak lawakan muka kau". aku amat amatlah terasa. terasa terasa terasa.
aku tak lawa wehhh. tapi aku bsyukur aku ade fizikal yang sempurna. alhamdulillah.

tapi, betul ke mak mertua akan reject kalau tgok muka bakal menantu dia huduh?

nak je aku sepak sepak blogger tu.

nak je aku jadi anonymous dan kutuk dia kaww kaww. maksud aku. aku ceramah dia. biar dia insaf sikit. tapi, aku tak jadi bagi. haha.

tetibe plak tadi secara kebetulan, my mr.K baru update blog. yeah. bole pergi baca post dia tentang saya tak comel.

Pape pun bagi aku. rupa tak de harga di sisi Allah. Tengok balik amalan amalan kita . samada dipandang Allah ataupun tidak. itu yang utama. ya. itu yang utama. Jadi, jomjadi cantik dipandangan ALLAH.
 (^___^)




p/s : lusa hari terakhir syawal. peluang puasa 6 masih ade. tapi yang baru nak stat, babai.





Tuesday, 20 September 2011

aku tengah rasa down . tapi aku tahu. aku boleh.

assalamualaikum.

final tengah berlangsung.

tapi, aku dah rasa down. tak salah kan untuk rasa down sekali sekala. yang pasti, aku kena bangkit dari semua ujian ini. aku perlu pujuk diri .  aku perlu tabahkan diri  . aku tahu aku boleh buattt walaupun susah. ye. susah untuk memujuk diri sendiri.

aku ada ramai kawan. ramai kawan aku pandai pandai. tipulah kalau aku cakap aku tak jeless tgok dorang punya markah tinggi tinggi. tapi aku tahu, effort diorang lebih banyak dari aku. 

aku ade seorang kawan antara ramai ramai tu. err. . rapat? tak sangatlah. tapi kamceng. haha.
*perasan*.

tak sangka dia pun rasa down. tp aku tak mampu menipu. ( tapi dalam hal lain, aku boleh je menipu. lagi lagi bila aku cakap korang semua hensem hensem atau lawa lawa). ehem.

jadi, aku rasa aku kena bg kata kata semangat kat diri sendiri dulu. baru aku bole yakinkan org lain. betol tak? ye ye. betol betol betol :)

dem. sah sah. lpas ni aku akan ade tabiat dan hobi baru iaitu bcakap dengan diri sendiri. sedih itu hanya sementara. tak salah untuk menanges.


tak semua perjalanan kat dunia ni akan berjalan lancarr.
kita semua pasti akan diuji.
diuji dari segi perhubungan, kesihatan, kewangan, pembelajaran n sebagainya.
semua ujian itu adalah halangan yang kita perlu lalui untuk mendidik diri kita menjadi lebih tabah. 

ujian itulah yang membuat kita lebih ingat kepada-NYA.

Setiap masa DIA ada bersama kita.

Pohonlah kepadaNYA agar hati kita tabah untuk hadapi semua ini. manusia itu lemah. Iman adalah pemandunya, agar kita tetap mempunyai kekuatan untuk teruskan perjuangan. 

Bangkitlah wahai laila syahidah dan sahabat sahabat laila ! yeah!

janganlah terlalu mengharap untuk betul dalam semua perkara yang kita lakukan. tapi haraplah agar apa yang kita dah buat, merupakan perkara terbaik yang kita mampu beri dengan usaha kita.

oh. berbelit pulak dah ayat aku.



"Imagine there is a bank account that credits your account each morning with $86400. It carries over no balance from day to day. Every evening, the bank deletes whatever part of the balance you failed to use during the day. What would you do? Draw out every cents of course? Each of us has such a bank. Its name is TIME. Every morning it credits you with 86400 seconds. Every night, it writes off as lost, whatever of these you have failed to invest to a good purpose. It carries over no balance. It allows no overdraft. Each day it opens a new account for you. Each night it burns the remains of the day. If you fail to use the day's deposit, the loss is yours. There is no drawing against 'tomorrow'. You must live in the present of today's deposit. Invest it so as to get from it the utmost in health, happiness and success. The clock is running. Make the most of today."
kredit to blogger hanis zalikha



aku tahu aku wanita  gadis yang tabah. dan aku tahu kawan aku tu adalah seorang yg gagah dan kuat. berani hadapi ujian. yeah. insyaALLAH. La tahzan. innallah ha ma'ana. jangan bersedih. sesungguhnya Allah tu bersama kita. ayuhlah sahabat. kita maju ke depan!


Monday, 5 September 2011

poof.

tak sangka.

aku deactive facebook.

kali kedua.

aku pun tak dapat agak bila aku akan reactive balik fb aku.

aku rindu ngan twitter aku. tapi aku da tak suka ngan FB aku. ooo. *sekali kalau aku da reactive, sume org aku stalk kottt. haha.

biarlah. aku masih ada blog untuk aku menaip n luahkan apa yg aku rasa.

aku masih ada tumblr (tumblr org lain) untuk aku lawat.

Tumblr mbuat hidup aku lebih bermakna.hak hak.

Tumblr bole rawat hati aku ketika aku sedih. n bole hiburkan aku ketika aku stresss.

HAHA. Mr.K yg rekemen. dan. . . aku setuju ngan dia. :) :)

ok. aku rasa mood nak update tentang love ewww ewww masih ada. andai hati dan tangan ingin menaip, apa salahnya kan. *______*

poyo je aku ni. ahaxxxx :)

those gurllzzzz. jgn lupa puasa ganti eh. heee ;0

Aku rasa aku makin sensitifff. dulu aku tak pernah sensitifff. aku da berubah ke?
 aku rasa aku da berubah kpd fikiran yg lebih matang. tak nk jadi budak budak lg. *susah nak percaya kat diri sndiri* hakikat yg amat pedihh. adioos

Sunday, 4 September 2011

Di atas satu cinta


DI ATAS SATU CINTA.

Siapa yang tak mempunyai cinta di hatinya?

Allah memberi kita perasaan untuk menyayangi dan rasa disayangi.

Tetapi jangan lupa untuk kita mengenali cinta yg utama kepada Allah s.w.t.

Cinta terhadap insan. itu lumrah dunia. 
tetapi iman mampu mengawal hati dan fikiran. Iman membatasi cinta daripada di khianati. Kerana cinta itu suci. Cinta berlandaskan iman, agama. Cinta kerana mengharapkan Redha Allah.





jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku



repeat :

selalu di hatiku

repeat : [4x]

selalu di hatiku 

Tak salah untuk mencintai.

Tak salah untuk menyayangi.

Tak salah untuk rasa dicintai dan disayangi.



ya allah

izinkanlah aku bila suatu saat aku jatuh hati

pilihkan untukku seseorang yang hatinya

penuh dengan kasih dan cintamu

dan membuatku mengkagumi-mu


ya allah

bila suatu saat aku jatuh cinta

pertemukanlah kami

jodohkanlah kami,satukanlah kami

berikanlah kami kesempatan untuk lebih

mendekati cintamu
dalam suasana sakinah mawaddah dan rahmah



Ya Allah , andai suatu masa nanti cintaku pada insan bernama Adam kan muncul, kau peliharalah cintaku agar suci dijalan yg Kau redhai.
Ya Allah, untuk masa sekarang ini, biarlah ilmu ilmu mu yg menjadi peneman ku di saat ku keseorangan.

Amiin.





Friday, 2 September 2011

. . .

.
.
.
OMG. aku terkejuttt tgok baju raya kita sama kaler. 1 pasang warna hijauuu. 1 pasang lagi oren  + coklatt. HAHA.

Rindu wehh kat kauuu.

tak apalah. yang penting aku tengok kau bahagia sekaranggg. Better than kau yg aku pernah kenal dulu.

doakan aku. doakan aku pun bahagia bersama rakan rakan aku.

walaupun kita tak pernah bersua setelah beberapa tahun, tak pernah berkata kata . . cukuplah sekadarr ingatan.

 di dalam doa.

ukhuwah fillah. :)



thanxxx pernah bagi aku rasa dihargai. thanx. sepanjang aku kenaL kau, aku lebihh faham tentang kehidupan sebenarr kt dunia ni.

sekarang aku akan survive better. pengalaman mengajar erti hidupp. dan aku tahu. kau pun macam tu gak. kau lebih faham macam mana nak dapatkan kebahagiaan.

alhamdulillah. aku hepi tgok kauu hepi.
*kadang kadang aku teringin nak tengok kau dpn mata walaupun dalam jarak 50meter.





Aku tak kan sesekali menyesal atas apa yg berlaku. itu semua kehendak Allah. Perancangan Dia adalah sebaik baik perancangan. and now, we survive our life better than before. and happy with our journey we have taken.

aku tak tahu nak guna bahasa apa untuk gelarr diri kau dan aku. aku kau? saya awak? ana enta? lela kamu?

Biarlah masa yang menjadi penawar.

6tahun. aku pendam.

Aku serah hati aku pada Allah. ye. itu yg lebihh utama.

ma fil qalbi, ngoirullah.

Allah yg bagi perasaan ni wujud. aku kena jaga hati aku betul betul. terima kasih Ya Allah. moga hati ini sentiasa terjaga.

amiiin.

Wednesday, 31 August 2011

story raya ade unsur cinta.

ramai aku baca status, 'tak rasa raya pun. tak de semangat raya, makin lama raya makin boring, bla bla bla.. '
tapi bagi aku, raya BEST weh. 
kadang kadang ada yang bg alasan, raya syaitan tlepas.

tapi, kalau tak ade raya, xde nya kita kita semua ni akan berkunjung ke rumah sedara mara. lagi lagi mak cik mk cik nenek nenek sedara yang jauh jauh tu. huahua.
nasib baik semua sedara aku dok dalam selangor. jimat duet minyakkkkk.hak hak.

ooo. disebabkan aku xde kampung. (ayah n mak dok satu kampung satu pekan) jadi, aku bebas untuk dtg rumah atuk aku naik beskal or moto.



raya ptama lpas zuhur aku g uma atok. sebab? sebab nak tgok atok. lain? sebab biasanya raya ptama memang family aku akan jaga rumah tu dan layan tetamu yang datang. umpama aku adalah tuan rumah. heeee :) kalau bole, nak je aku datang uma atok aku pakai t-shirt je. yela. aku bkn g beraya ponnn. dan best kalau mak aku bg bawak naik moto sebab bole aku patah balik rumah n g jenjalan kalau da penat layan tetamu. tp aku tak buat semua tu. see. aku kan baik + sopan + ayu.  hak hak

wira n lailiza dtg uma atokk aku. sebenarnya, bole je korang nk dtg rumah. hehe. tp, kitorang tak isi lagi balang kuih raya. tu ajak dtg uma atok tros. :)

thannnxxxx bagi err err. . nasihat in love eww eww. haha. thanxxxx gak dengar lela bercerita. rasa terharu. huahua. *rasa dihargai. fuyyyo


ok. lepas ni rasanya nak buat entri pasal kisah cinta plak. huek huek. rasa mcm da matang n dewasa plak nk buat stori pasal tuh.

raya kedua? dr pagi sampai malam aku beraya. perut aku pn fuLLLLL. err. maybe another words what they have said? LOADED? yeah. tu diaaaaa
aku sangat sangat gembira bila dtg rumah org, org ckp aku ni tingkatan bape. ewww. rasa muda weh. walaupun aku tau aku da tua. nk masuk lingkungan 20-an.
paling gembira bila aku dapat duet raya, tapi adek aku F5 tak dpt. padan muka. tahun lepas ejek aku sebab aku slalu tlepas dpt duet raya. kali ni giliran dia plak tak dpt duet raya sebab org ingat dia da besarrrrr. hahahah. *tp dlm hati kakak ni, rasa kesian gak kat kau wahai capik adikku.

eh eh. tapi aku tak de la batak sgt nak duet raya. *setelah kne brain wash ngan mak*. raya ni niat nak ziarah. kalau kita tak ziarah, nanti bila kita da tua . . tak de sape nak lawat kita. ohhh tragisss.

aku kagummmm tengok orang orang tua. bila aku tanya (mak aku yang tanya) ape petua sihat selalu n tak cepat sakit (sebab mostly umo diorang 60 + . . 70+ . . 90+). dorang cakap : doa. ( something related with islam ), tak minum air batu *TERASA* , tak makan kfc, tak makan Mc D, bla bla bla bla.


bila aku dgar, errrr.. aku FAIL. semua tu aku baham kottttttt.

OO. balik raya ni, aku ade byk gilerrrr test. homework pn byk gak. tp semua tu aku da nyorokkan dlm almari. jumaat mlm t baru bukak balik. kalau tak, hati aku mcm rasa cuak tgok buku buku tu. yela. tengok buku, tp xde mood nak study. baik aku simpan. Tp aku tau, bila kau bukak nanti, mesti aku rasa menyesal apesal tak study awal awal. walaupun aku tau aku akan menyesal, tapi. . .entahla. buat ape raya nak study? 

*oh, aku tau aku ni org kampung yang bfikiran err. entah la. tapi kalau kt kampung, kau tak nak raya rumah jiran jiran sebab nak study or sebab nak exammm, atau pun tetamu datang kau tak layan sebab nak buka  buku... huh memang kauuu akan kne attack dgn mulut makcik2 kampung.

gambar raya? ooo. aku nak letak ke? hue hue hue.

aku cuma ade mood nak taip blog ni je. k bai.

salam lebaran dr saya yg comeLLL. *jangan muntah k*


p/s: mak aku risau bila fikir nnt kalau dia da tua. sape nak jaga dia. nnt kitorg semua da kawen xde sape nk tgok dia. BAIK MAK. lela phm. mak nk kitorang cri calon mnantu untuk mak org yg dekat dekat je kan? aiyyyoooooo. semua serah kt ALLah . DIA lg maha mgetahui. tp mak, kitorg adik beradik sayang mak n ayah k. emo betul bila parents semakin mningkat usia. haha


Friday, 19 August 2011

hati menaip.

assalammualaikum.

raya da dekat. tapi hati aku tak rasa pape. mati sudahkah hati aku?

finaL examm pon dah dekat. cuakk gegiler cuak. On going assesment tak berapa nak ok. Aku cuba pujuk hati. Aku tahu, Allah tak bagi kejayaan n kesenangan dengan mudah. DIA pasti nk tgok hamba-hambaNYA sentiasa ingat dan rajin berusaha. InsyaALLAH. aku akan cuba menjadi antara mhamba yang tak kenal erti putus asa ditengah jalan selagi KAU masih mengurniakan nyawa dan jantung ini untuk terus berdegup.

Lpas habis final, maka habislah semester 3  aku di alam diploma. Fikiran tak kusut. Tapi sedikit keliru. FAST TRACK? yeah. itulah keputusan aku ( bsama beberapa rakan ) jikalau kami berjaya mendapat pointer cgpa yang bagus. kami akan terus terbang dari kuala pilah ----> uitm shah alam. Terlalu banyak yang telah aku lalui walaupun hanya setahun setengah berada di pilah. Mungkin hati aku berat sebab nak tinggalkan kengkawan kat sini. lagi lagi kawan kawan dari kelab kelab yang aku sertai. Ping pong, rekreasi n kelab pencinta alam sekitar.

Life kat negeri sembilan ni mengajar aku erti hidup.

 hidup sebenar yang bakal aku lalui apabila sudah dewasa *ayat orang matured* HAHA.

Dari segi pengurusan masa study dan pengurusan kelab kelab.
percayalah. terlalu seronok untuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. It's really fun. tak macam life aku dulu, study study n study. eh? tolong la percaya.muahaha.
sekarang? aku rasa macam aku da menginjak ke alam remaja yang sebenar. eh, macam menginjak ke alam dewasa je. weLL, aku kan matured. *sila jangan muntah k*


fine fine. da muntah. gi maen jejauhh

ok. da terbabas menaip.

*kembali yang asal*

dulu masa mula mula aku apply UPU, aku minta semua uitm. 4 tangga teratas. pilihan ke 5, adalah usim. kompem kompem la dapat choice pilihan tertinggi kan. alhamdulillah dpt uitm. since masa tu aku tau kos belajar murah kebabeng. matrix? aku tolak ke tepi. well, sebab aku bajet dan da terbayang bayang aku pergi kuliah naik moto dari rumah. Best n syokkkkk. sebab tu pilih uitm. ( bajet dapat uitm puncak alammmm atau shah alam). sekali tercampak di ceruk hutan umpama perkampungan orang asli.

tapi aku tau. Allah pilih apa yang terbaik untuk kita. dan sekarang memang aku bersyukur sesangat apa yang aku sedang lalui. hemo hemo. sayangnya Allah kat aku.


dan untuk Fast Track, aku bercadang nak amek sebab dekat dengan rumah. bile dekat dengan rumah, bole selalu balik rumah. bila selalu bole balik rumah, bole la jumpa dan jaga mak kat rumah. *rasanya, macam mak je yang jaga aku walaupun aku da besauuuu* huehuehue. cuma, bole kurangkan probabiliti kerisauan mak aku. asal aku nak balik je, risau. " hati hati kak. balik sensorang tu. mak tak percaya langsung ". oh agak tsentapp.

mak, walaupun lela ni kaki jalan, tp tak pena melencong. ok?
tapi tak pe. lela tau sebab mak sayang sangat kat lela yang terlalu comeLLL ni. -______- haha.


mak, ayah. sayang sesangat. lela slalu baca cerita yang ada anaknya tu, bila berjaya slaluuu lupa mak bapak. berlagak tak tentu arahh. mak ayah jangan risau. InsyaALLAH, i'm yours forever. *ayat poyo* wahai suami ku maher zain, jangan anda plak yg tsentapp lepas ni :) muahaha

Ya ALLah. thanx for letting me be a daughter for them. thanx for giving them as parents. Alhamdulillah.

ooo. abang? adik? adik? 3 hero malaya tu sentiasa menjadi pakweku bila bila. -maher zain, jgn risauu. status anda sebagai suami saya tak kan tgugat k-


awak jangan risau k. saya pandai bwk diri.


sayang keluarga saya. sayang kekawan saya. sayang semuanya.

errrr. gila ke hape aku taip mcm ni? oo. mood nak raya tetibe muncuL ke? oh tidak . tu semua sebab mata tetibe ngantuk. memangla aDA kaitan (gak).


p/s : 27 hb ogos ni nak jumpa kawan kawan lama. iftar sesama kat KBU rumah sewa shahed. muahaha. rumah sewa? eh, kolej dia la. nanti masak sesama k. aku akan prepare cili kcik dr rumah. hahaah







Thursday, 28 July 2011

nak cakap dengan awak walaupun awak da tiada.

             Awak. Saya nak lupakan awak boleh? Tak sangka da lama kita berkawan. Semenjak sekolah rendah lagi. Nama kita pun bermula dr huruf yg sama. Huruf ‘L’. Hemo hemo.  Tak sangka juga, baru saya sedar saya ade simpan perasaan kat awak. Tapi awak dah pergi jauh. Awak dah tak ade. Allah da ambil semula nyawa awak yg merupakan hak-NYA. Saya redha. Walaupun saya tak pernah luah perasaan pada awak, saya tak menyesal sbb Allah lg Maha Mengetahui. Perasaan ni pun DIA yg bagi. Saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah dan doa. Moga awak ditempatkan dengan mereka yg beriman di sisi ALLah. Ayat last awak pada saya “ Laila, marilah datang ke tempat kerja aku. Pilihlah jajan yg kau nak. Tp bayar sendiri. Aku tak dapat nak bayarkan kot”. Esok hari, saya dpt mesej dr kawan yg awak exciden moto. Tak sangka kata-kata terakhir awak tu betul-betul membawa makna yg sangat besar.



           Awak, saya ade ramai kawan lelaki. Tapi, saya tak pernah pun nak taruh perasaan kat sape sape. Rasa takut sayang saya akan melebihi cinta saya pada Allah. Tapi awak, lama-lama, hati saya rapuh juga. Wanita hati lembut, mudah tersentuh. Saya suka kat seorg budak lelaki tu. Tapi saya tak pernah luah. Layan macam kawan biasa je. Lagipun umur masih muda dan mentah. Masih tak faham lagi erti hidup yg sebenarnya. Jadi saya tak berani nak pupuk perasaan sayang saya tu.Terus layan dia macam kawan biasa sebab tak nak leka dengan kehidupan dunia.hihii.. poyo tak saya. Tapi, tu lah yg patut saya buat. Walaupun agama saya tak kukuh, ilmu saya kurang, tapi saya tahu la sikit sikit.

              Awak, da lama kitorang berkawan. Tapi kitorg da jarang berhubung. Saya pun tahu, lelaki dan perempuan ade batasnya. Hik hik. Tapi awak, saya rasa saya mcm tak layak untuk dia. Dia da jauh lebih hebat dan ke depan dalam agama, ilmunya dan imannya. Bole saya undurkan diri dr mnyukainya? Saya rasa saya makin terkebelakang la. Banyak yg perlu saya belajar dan catch-up balik ntk jd wanita yang lebih berharga.

                Awak, hari tu ade lelaki cakap datang nak lamar saya. Ajak saya bertunang. Tapi saya buat acuh tak acuh je. Takut kalau dilayan, karang cakap perasan pulak. Saya tak rapat pun dengan lelaki tu. Tapi masa tu memang saya dapat rasakan dia tak cakap dengan serius pun. Mata dia seolah-olah mmberitahu yg itu hanya gurauan. Saya tak pernah memberikan jawapan pada lelaki itu. Tapi tak lama lepas tu, saya dengar yang dia dah bertunang. Nampak sangat dia tak serius untuk menyukai dan melayan perangai saya. Terus saya teringat kat awak. Awak je yang paham dan bole layan perangai saya yang gila-gila macam orang tak betul.



      
              Awak, selama saya hiduppp ni baru saya perasan. Setiap kali ada seseorang yang pergi meninggalkan kita, pasti akan hadir insan lain yang akan mengisi kekosongan itu. Betapa baiknya ALLah terhadap saya. Alhamdulillah. Saya tak pernah ditinggalkan keseorangan. Dan setiap kali kesusahan yang saya alami, lepas itu pasti akan muncul sinar kebahagiaan dan kesenangan. Betapa seimbangnya kehidupan ini.


     Aku amat bersyukur kepada-Mu Ya Allah. Di sepanjang perjalanan dalam menempuh liku hidup ini, pernah aku tersungkur. Dan KAU pasti  memberikan bantuan kepadaku kerana aku hanya insan yang lemah. Bergantung harap padaMU YA ALLAh. Jangan sesekali KAU abaikan diri ini. Kerana TANPAMU, pasti aku tak boleh hidup di atas kaki sendiri tanpa petunjuk dan ajaran dariMU.

Terima Kasih YA ALLAH kerana memberi  ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara, sahabat handai untuk terus jadi peneman dalam hidupku.


-LeLa S~ - 

Wednesday, 29 June 2011

istikharah cinta

Lately ni. aku layan lagu daripada indon. Best-best.
hape?
Best woo.

banyak. tapi satu je yang aku berminat nak letak kat sini. ^ ^














Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com


see. Kalau susah, minta je kat Allah kita nak apa. kalau kita blurr eh, kalau kita tak tahu mana satu pilihan terbaik, buatlah istikharah sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.

istikharah dlm mencari pasangan hidup. ye. tu mesti.

tapi, akhir-akhir ni aku sentiasa ragu-ragu mengenai calon suami   kos yang aku ambil sekarang.

eh, maksud aku, aku ragu-ragu sama ada nak ambil Fast track atau tak. Moga jalan terbaik yang akan aku ambil nanti agar tak menyesal dikemudian hari. wowo.

kalau saya buat istikharah, awak pun kena buat istikaharah. kalau awak dpt petunjuk sayalah orangnya, tak payahla saya nak buat istikharah dah. saya buat sujud syukur tros. HAHA. sila abaikan. *__*


setelah berfikir (tanpa buat istikharah), aku pun da ade logo link untuk blog aku. HAHA. serius. tetibe nak buat.



ye, aku tau. buruk. Jadi, tengok je. jangan cakap pape. o__0


maher zain da keluarkan lagu terbaru dia. tajuk - I BELIEVE -
husband aku tu nyanyi dengan irfan makki.
lagu dia BEST woo. tak tipu punya. 
meaningfuL!
dalam lagu tu, suami aku ade pakai baju wna hijau . 
dan pemakaiannya sempoi. nampak hensem sangat.
kih kih. aku dengar tros download lagu tu. ok. 
tapi bak kata mak aku : jangan 24 jam sumbat telinga dengan lagu walaupun lagu tu lagu baik-baik. *sebab mak aku tak nak aku jadi pekak. lgpun mmg betul, nanti telinga (pendengaran) cepat rosak.  (^^)v dan ade maksud yg lain gak. ngeh ngeh.













Friday, 17 June 2011

easy to speak with HIM





kadang-kadang, tak semua perkara kita boleh share dengan kawan-kawan atau ibu bapa.

kadang-kadang , kita juga tak perlukan bantuan dari mereka.

TAPI. .

almost time, kita memerlukan DIA. 

DIA yang MAHA ESA, maha pemurah , maha penyayang. .

DIA adalah sebaik-baik tempat mengadu. Dalam kesenangan dan kesusahan, kepada-NYAlah tempat untuk kita kembali.





p/s: thanx to aween. ni cilok dr hang. sebab bg kesan yang besar kepada si pembaca.


Tuesday, 7 June 2011

FaceBook. NOW.

ok. sekarang facebook aku macam orang gila. serius.

jangan salah faham kepada sesiapa yg menjadi kawan aku kat FB.

tu sebab HACKER yg telah bgabung bsama-sama kawan-kawan diorang.

Jadi, aku tak dapat buat pape. dan aku hanya follow rentak. tq!

laila masih laila yg dulu.

the true friends and always on going with me will understand evrything happens.

orait.

TQ!

pliz don misjudge.

-SERIUS-

today 8 JUN 2011. the war games on facebook start.

simple words describe evrything i want to tell. TRUTHFULLY.

Saturday, 4 June 2011

cuti masih menghantui.

asalamualaikum.

hai.

apa khabar blog?

walaupun da seminggu dok U selepas habis cuti sem, aku rasa . . . aku masih lg bcuti.

tak de semangat nk blaja. tak de MOOD nk buat homwork. tak de masa hati nk siapkan assignment.

mintak maapp kt diri sendiri sbb diri ini telah btindak kejam.

seminggu blalu macam keling teruk je.

LAILA SYAHIDAH! please wake up from your happy cuti-cuti malaysia. focus on your study and your boyfriend  life. eh?

orang cakap, kt rumah sendiri diorang banyak TiDO. kt U diorg kurang tido. well, study gila-gila nk dpt dekan. MEstila kurg tido. eh? eh?

aku plak tbalik. kt rumah aku kurang tido. bgun2 da kne bebel dgar nasihat dr mak. buat tu buat ni.
bile da sampai U, mulalah mata aku nk bmanja-manja. mintak tido je. nak usha tengok budak-budak hensem muka junior pn tak sempat.


dan.. aku rasa calcium byk da hilang dr badan. sampai U ni je, kaki aku cpt lenguh. padahal kt rumah selalu main kejar-kejar. well, hyper active. tp skrg..? hampeh active.


*tapi mata aku dpt btahan kalau tgok movie. nasib baik tak pyh byr bil letrik. thanx pihak U.

dan, aku main pingpong kebelakangan ni macam teruk. eh, memang teruk sebenarnya.


Laila Syahidah telah hilang. aku perlu mencari diri sendiri dgn cepat.


doakan aku jumpa semula diri aku yg tgah mghilang ni.


for myself. pliz return back soon. enlighten me. cheer and colour my life. wake up from your dream.


don ever never ever never stolen laila from me (laila s).



MOTIVASI untuk DIRI SENDIRI kadang kala LEBIH BERKESAN drpd terima motivasi dr orang lain.

 believe me. (^^)v

Saturday, 28 May 2011

orang gas.

HAHA. cuma nak bagi tau..

tadi masa naik moto dekat nak maghrib, aku nampak mamat hensem hitam bawak gas. maksud aku, tong gas.

hitam itu manis : )

nasib baik aku masih boleh mengawal moto walaupun tengah usha mamat tu bawak tong gas dia kt moto.

aku tergelak sakai  sorang-sorang sebab mamat tu menguap punyalah besar. eh, ni bukan nak mengumpat. Cuma, aksi dia agak bahaya. ye. bahaya. Dia menunggang moto dengan mood yg sungguh mengantuk. Barangkali penat setelah seharian bekerja hantar gas ke rumah-rumah orang kt area- area sini. Dan motornya hampir terjatuh (dah senget pun) . Nasib baik dia tersedar dan mungkin nasib dia agak baik.. dia berjaya seimbangkan motor tu.

Dan terima kasih kt mamat tong gas tu, disebabkan anda.. saya bawak moto dgn speed 2+ km/h sbb nak usha anda. Nasib baik tu jalan kampung . ( Macam siput )

Esok da nak balik kolej.

Babai mamat tong gas.

Babai mamat kedai runcit.

Babai mamat yg jual nasi ayan kukus.

kah kah kah kah kah kah kah kah kah!


p/s : kalau ngantuk, jgn naik moto. bahaya woooo~

nak jumpa orang ni pd masa akan datang. wee~

Tuesday, 24 May 2011

Love the one who loves you.

Love the one who loves you.

Kawan aku pernah tanya tentang pendapat aku.

jadi, entry ni khas untuk dia.

“ Lela, tadi mak ‘Now ra eleh na’ ade cakap.. terimalah seseorang yang sayang pada kita. Apa pendapat ko tentang ni? Ko setuju ke? “

Pandai betul kawan aku ni tanya kat aku. Ingat hape? Aku pakar cinta? No way.
Bercinta pun tak pernah. =.=” .


SAYANGI SESEORANG YANG SAYANG PADA KITA.

Well, aku rasa ayat ni lebih sesuai ditujukan untuk orang dah desperate, kecewa dalam percintaan. Since dia fed-up da putus cinta lebih 28x, dia akan setuju untuk quotes ini.

Eh,  kenapa kita nak paksa diri kita untuk seseorang yang kita tak sayang..? sekalipun orang tu sayang kat kita? (eh, mungkin perkataan sayang tu perlu ditukar kepada ayat..CINTA) eww  ~ HAHA. Lawak + geli.

Korang bayangkan dalam REAL LIFE :

Lelaki yang sayang kat korang tu adalah Aaron Aziz ( bayangkan jela dia tu blum kahwin dan merupakan kawan korang ).
Dan korang pula masa tu baru putus tunang ..err atau baru putus cinta.

Dan tetiba si Aaron Aziz yg hensem nak mampuih ni pergi lamar korang.

Dan hati korang memujuk “ terima jela. Lagipun, kita kena terima dan sayang kt seseorang yg sayang kat kita .“

Masa tu korang akan rasa quotes tu teramatlah betul. Well~ Aaron Azizi Aziz (opss) , sape yg tak nak kan..?

Tapi waktu korang terima dia pun, korang jelas sekali bukan terima sebab korang mempunyai perasaan kat dia. Cuma..well, desperate kan masa tu. Jd terima jela + apeearance dia PERFECT. HAHA

Tapi, bayangkan lelaki tu buka Aaron Aziz, tapi orang ni:






Dia datang rumah korang dan cakap dia sayang kt korang.. da lama dia sayang. Da lama dia perhati korang. (mungkin kalau nak sedap ayat, dia cakap dah 25 tahun dia tunggu korang. That means, since you all lahir ). And..no incomes. Wakaka!

Korang nak terima ke? Masa tu korang akan rasa quotes ni tak bole diterima pakai.


Aku rasa, kalau kita terima seseorang yang sayang pada kita ( dan kita TAK DE perasaan kat dia ) mungkin hanya membuat diri kita rasa SELAMAT.  Well, maksud aku, tak de penceraian (maybe) dan diberi nafkah yang cukup. Atau dalam ayat couple = tak putus. Eh?

Tapi kalau kita terima seseorang yang sayang pada kita dan kita pun memang sayang kt orang tu ( dat means saling menyayangi ) pasti membuat kita BAHAGIA DAN SELAMAT. (dapat dua-dua tu)


Btw, Jodoh semua  DIA dah aturkan. Jadi, tak perlulah sibuk2 ko nak try couple ngan semua orang. Semua yg ko jumpa, ko nak sapu. Eh. Eh. Buang masa.

Cintailah YANG MAHA ESA dulu. Kalau dgn DIA pun kita fail untuk jatuh cinta dan gagal tunjukkan bukti yang kita cinta pada-NYA, kirim salam jela pd cinta dunia
Tak kan bertahan beb. (eh, tkeluar bahasa jantan plak).

Dan jgn demands sgt. Jangan banyak songeh dlm mncari pasangan hidup. Mcm tu sampai tua tak kan dapat makan sedap2. Well, biasanya kan pengantin dapat makan sedap2 pd hari pkahwinan.HAHA. 

Putera idaman tak wujud. 

Puteri kayangan tu fantasi je.

 Yang ada hanyalah insan-insan yg srba kekurangan dan memerlukan sesorang untuk saling melengkapi.

P/s: pada yg dah berkahwin, aku suggest quote ni untuk diorang. Pada yg dah berkahwin jela. Well, penceraian kan adalah pkara yg dibenci Allah.

P/s paling penting : kalau kahwin tu, ajak aku tau . eh, maksud aku.. sila jemput aku jd pengapit. HAHA. Aku nak tumpang sekaki makan makanan sedap2 kt meja pengantin. Kuang1000x! ( ^ ^ )

To my Invisible future husband :  Eh, ayah pasti akan test kamoo. Siapkan diri dgn ILMU yg banyak tau. Since lela ni terlalu LACK dlm banyak hal. Guide me. Jumpa dlm masa 5-6 tahun HAHA. *memandai je*


KESIMPULAN : Quotes ni hanya boleh pakai masa desperate. tak pun, bg mereka yg dah kahwin. (^^) Selagi ada masa, try to get someone that you loves. eh eh. haha. 


LOVE TO JIHAD. LOVE TO BE THE BEST A'BID. LOVE TO BE THE BEST WIFE (future) . LOVE TO BE THE BEST STUDENT. LOVE TO BE THE BEST DAUGHTER. LOVE TO BE THE BEST FRIEND. LOVE TO BE THE BEST SISTER.


we always forget to put the first love to THE CREATER.
MOST ALMIGHTY.







pisang lambat berbuah

There was an error in this gadget

Follow by Email